SOALAN ESEI BAB 7 TINGKATAN 4. Soalan 1. Secara umumnya terdapat tiga
teori atau pendapat tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara yang.
SOALAN ESEI BAB 7 TINGKATAN 4 Soalan 1 Secara umumnya terdapat tiga teori atau pendapat tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara yang dikemukakan oleh beberapa sejarawan. a)Jelaskan bukti yang menyokong teori kedatangan Islam dari Semenanjung Tanah Arab. (8 markah) b)Terangkan bukti kedatangan Islam dari China. (6 markah) c)Pada pandangan anda, apakah keistimewaan ajaran Islam yang menarik minat masyarakat Asia Tenggara untuk menganutinya? (6 markah) Jawapan: (a) F1-melalui aktiviti perdagangan F2-melalui catatan China H2a-orang Arab dan Parsi mempunyai pusat perniagaan/petempatan di Canton atau Amoy sejak 300M H2b-wujud perkampungan Islam Ta Shih di Sumatera Utara pada tahun 650M F3-pedagang Arab menguasai perdagangan laut H3a-dari pelabuhan Iskandariah di Mesir ke China H3b-singgah di pelabuhan terutamanya Selat Melaka F4-pedagang Arab menetap sebelum meneruskan perjalanan F5-pedagang membina perkampungan H5a-menyediakan tapak berdagang H5b-mengumpulkan barang jualan H5c-membeli barang mewah dari China dan India F6-pedagang Arab berkahwin dengan wanita tempatan F7-pedagang Arab berinteraksi/berbincang dengan masyarakat tempatan sementara menunggu perubahan angin monsun F8-kehidupan serta nilai Islam pendakwah/pedagang Islam menarik minat penduduk tempatan C8a-kejujuran/kebersihan/berhemah tinggi F9-wujud persamaan antara bahan penulisan dan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan Semenanjung Tanah Arab F10-perkataan Arab dalam tulisan Jawi diambil dari bahasa Arab F11-adat resam dan kebudayaan orang Melayu dipengaruhi budaya Arab C11a-amalan menghormati tetamu C11b-muzik Melayu seperti Dabus dan tarian zapin F12-karya tempatan menceritakan pengislaman raja-raja di Asia Tenggara dilakukan oleh syeikh dari Arab C12a-Hikayat Raja-Raja Pasai Syeikh Ismail mengislamkan raja Pasai iaitu Merah Silu atau Malik Al-Salih C12b-raja Pattani Phaya Tu Nakpa diislamkan oleh Syeikh Said C12c-Hikayat Merong Mahawangsa tentang pengislaman Raja Kedah oleh Syeikh Abdullah Al-Yamani C12d-Hikayat Acheh menceritakan Syed Abdullah Arif berusaha mengembangkan Islam di Sumatera C12e-Sejarah Kepulauan Sulu menceritakan mubaligh Islam berketurunan Arab seperti Syarif Hassan dan Awlia menyebarkan Islam ke Kepulauan Sulu F13-kitab agama dalam Bahasa Melayu menggunakan bahasa dan gaya penulisan bahasa Arab C13a-Hikayat Nabi Bercukur F14-tiada unsur India dan China dalam kitab yang dikarang ulama tempatan
F15-kitab tempatan menggunakan bahasa Arab dan sumber rujukan dari Arab C15a-kitab tauhid/tafsir/hadis (mana-mana 8 isi x 1 markah) (b) F1-dikemukakan oleh Emanuel Gadinho Eredia dan S.Q. Fatimi F2-Khan Fo atau Canton menjadi pusat perniagaan terkenal dalam kalangan peniaga Arab sejak abad ke 9M F3-jalinan hubungan antara peniaga F4-peniaga China Islam berdagang ke Asia Tenggara F5-berlaku perpindahan beramai-ramai pedagang Islam yang tinggal di Canton atau Amoy ke Asia Tenggara sekitar 876M F6-penemuan batu bersurat Terengganu di Kuala Berang, Terengganu H6a-catatan pada batu bersurat menyatakan kewajipan menjalankan kewajipan menjalankan hukuman syarak/peraturan/undang-undang keluarga/hukuman berzina/hukuman tidak bayar hutang H6b-bertulisan jawi F7-persamaan unsur seni bina di China dengan masjid-masjid di Nusantara C7a-di Melaka unsur seni bina China pada bumbung masjid yang sama dengan pagoda C7b-pengaruh atap genting China C7c-warna merah dan kuning pada kayu kepala pintu dan tingkap masjid C7d-jubin lantai/dinding/tangga/kolam air F8-batu nisan mempunyai ayat-ayat al-Quran dan kalimah Arab bertarikh 1028M ditemui di kampung Permatang Pauh di Pantai Timur pada 1953 F9-dibawa oleh mubaligh China ke Phang Rong di Indo China dan Pekan, Pahang (mana-mana 6 isi x 1 markah) ( C) F1-kemurnian ajaran Islam F2-konsep tuhan yang maha esa F3-keadilan hak individu F4-kehidupan yang harmoni F5-Islam menuntut manusia berfikir secara rasional (mana-mana jawapan munasabah)
Soalan 2 Kedatangan Islam di Asia Tenggara telah mencorakkan kehidupan yang berbeza daripada zaman sebelumnya. a)Jelaskan perubahan cara hidup masyarakat Asia Tenggara setelah kedatangan Islam. (6markah) b)Huraikan peranan ulama dalam penyebaran Islam di Asia Tenggara (8 markah) c)Berikan pendapat anda tentang kebaikan penerapan nilai-nilai Islam dalam kehidupan masyarakat hari ini. (6markah)
Jawapan: F1-kedatangan Islam mengubah budaya masyarakat dengan cara hidup yang berorientasikan Islam C1a-cara berpakaian iaitu bertudung kepala dan bersongkok F2-Islam dijadikan sebagaibAd-Din iaitu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh F3-kedatangan Islam telah mengubah sistem sosial masyarakat yang mempunyai kelas kepada konsep persaudaraan dan persamaan taraf sesama manusia F4-nilai-nilai akhlak Islam dijadikan panduan dalam kehidupan harian C4a-sifat tolong-menolong, hormat-menghormati dan bekerjasama menjadi budaya masyarakat F5-kemurnian Islam tergambar dalam cara hidup orang Melayu C5a-amalan gotong-royong F6-amalan bersatu padu dan semangat kerjasama dalam kalangan masyarakat kampung dapat dipupuk dan diperkukuhkan (mana-mana 6 isi x 1 markah ) (b) F1-Syeikh Ismail dan Fakir Muhammad ialah pendakwah terawal F2-ahli sufi seperti Syarif Amir Sayyid Al-Syirazi dan Tajuddin Al-Asfahani menyebarkan Islam di pasai F3-di Melaka terdapat pendakwah seperti Syeikh Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar dan Maulana Yusuf F4-menjadikan masjid, istana dan rumah sebagai tempat mempelajari ilmu pengetahuan Islam H4a-berkembang menjadi pusat pendidikan seperti pondok, pesantren dan dayah di Acheh F5-muncul ulama tempatan seperti Hamzah Al-Fansuri, Syamsuddin Al-Sumaterani dan Abdul Rauf Singkel F6-Acheh menjadikan ulama sebagai penasihat raja yang memerintah H6a-seramai 22 orang ulama ditugaskan di Balai Gadang untuk memberi bantuan kepada pentadbiran Acheh F7-Islam dapat dipraktikkan dalam politik dan penradbiran Acheh F8-di Jawa, kebijakan Wali Songo berdakwah berjaya mengislamkan masyarakat tempatan H8a-menimbulkan kesedaran tentang maksud bekerja dan beramal H8b-menghapuskan pengangguran dengan mengikis sifat malas H8c-mengelakkan hidup mewah dan membazir F9-Wali Songo menjadikan Demak sebagai pusat pergerakan dakwah Islamiah F10-Wali Songo mendirikan Masjid Agung Demak untuk menjadi markas dakwah Islamiah (mana-mana 8 isi x 1 markah ) ( C) F1-menjamin kestabilan negara F2-mewujudkan keharmonian dan keamanan F3-melahirkan masyarakat yang bersatu padu F4-mendidik akhlak yang baik F5-melahirkan pemimpin yang adil (mana-mana jawapan yang munasabah)