1 Nov 2013 ... Siapakah yang layak untuk menyertai program promosi ini? Jawapan:
Pendeposit yang membuka akaun atau membuat penambahan depositĀ ...
SOALAN-SOALAN LAZIM PROGRAM PROMOSI AKHIR TAHUN MELALUI PEMBERIAN PERLINDUNGAN TAKAFUL KEMALANGAN DIRI SECARA PERCUMA SELAMA SETAHUN KEPADA PENDEPOSIT SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL (SSPN-ii) Soalan 1: Siapakah yang layak untuk menyertai program promosi ini? Jawapan: Pendeposit yang membuka akaun atau membuat penambahan deposit minimum RM3,000 secara sekaligus ke dalam akaun SSPN-i dari 01 November 2013 hingga 31 Disember 2013 tertakluk kepada 15,000 pendeposit terawal. Soalan 2: Mengapa orang ramai perlu merebut peluang promosi ini? Jawapan: Promosi ini menawarkan perlindungan takaful kemalangan diri secara percuma berjumlah RM100,000 sekiranya berlaku kematian/ keilatan kekal disebabkan oleh kemalangan. Pendeposit juga berpeluang mendapat tuntutan manfaat takaful berganda berdasarkan perlindungan takaful sedia ada (Ringgit to Ringgit)*. *Tertakluk kepada syarat dan terma
Soalan 3: Selama manakah tempoh perlindungan takaful diberikan secara percuma? Jawapan: Perlindungan takaful kemalangan diri diberikan secara percuma selama setahun mulai dari tarikh penerimaan deposit di PTPTN. *Tertakluk kepada syarat dan terma Soalan 4: Apakah syarat-syarat bagi menyertai program promosi ini? Jawapan: Syarat-syarat program promosi ini adalah seperti berikut:
i.
ii. iii. iv.
v. vi.
Terbuka kepada semua pendeposit yang membuka akaun atau membuat penambahan deposit SSPN-i sekurang-kurangnya RM3,000 pada masa yang sama dalam tempoh promosi; Promosi ini hanya untuk 15,000 pendeposit yang terawal membuat pembukaan akaun atau penambahan deposit; Pendeposit hendaklah mendepositkan sekurang-kurangnya RM3,000 secara sekaligus; Pendeposit hendaklah mengekalkan jumlah deposit yang melayakkannya mendapat perlindungan takaful kemalangan diri percuma ini dalam tempoh setahun dari tarikh deposit; Pendeposit yang layak hanya akan dilindungi bagi kematian/keilatan kekal akibat kemalangan sahaja; dan Pendeposit yang gagal mematuhi syarat yang ditetapkan akan menyebabkan perlindungan ini akan terbatal.
Soalan 5: Berapakah had umur pendeposit yang dilindungi di bawah promosi ini? Jawapan: Perlindungan di bawah promosi ini diberikan kepada pendeposit berumur 18 hingga 69 tahun sahaja. Soalan 6: Berapakah tempoh pengekalan deposit bagi pendeposit yang dilindungi melalui program promosi ini? Jawapan: Tempoh pengekalan deposit adalah selama satu tahun bermula dari tarikh deposit SSPN-i diterima di PTPTN. Pendeposit dinasihatkan untuk mengekalkan deposit berkenaan bagi mengelakkan perlindungan terbatal. Soalan 7: Bolehkah pendeposit menyimpan dan membuka akaun SSPN-i di semua ejen SSPN-i untuk layak menyertai program promosi ini? Jawapan: Tidak. Bagi melayakkan pendeposit menyertai program promosi ini, pendeposit perlu membuka akaun/menambah deposit di empat ejen (bank) yang melaksanakan online iaitu Maybank, Bank Islam, Agrobank, Bank Rakyat dan semua Pejabat PTPTN Negeri (PPN).
Soalan 8: Bolehkah pendeposit menuntut perlindungan takaful kemalangan diri bagi setiap akaun SSPN-i yang dimiliki? Jawapan: Tuntutan takaful hanya akan diberikan satu kali sahaja bagi setiap pendeposit dan tidak mengambil kira bilangan akaun/penerima manfaat. Contoh : Pendeposit yang mempunyai 3 orang anak (penerima manfaat) hanya layak menuntut satu tuntutan sahaja. Soalan 9: Sekiranya ibu dan bapa membuka akaun SSPN-i berasingan bagi anak yang sama, adakah layak untuk mendapat perlindungan takaful kemalangan diri di bawah promosi ini? Jawapan: Ya, layak bagi dua perlindungan kerana pendeposit adalah berbeza. Soalan 10: Saya telah membuka akaun SSPN-i untuk diri sendiri. Adakah saya berpeluang mendapat perlindungan takaful kemalangan diri di bawah program promosi ini? Jawapan: Ya, pendeposit berpeluang untuk mendapat perlindungan takaful kemalangan diri secara percuma dengan melakukan penambahan deposit sebanyak RM3000.00 sekaligus pada masa yang sama di mana-mana empat ejen PTPTN dan Pejabat PTPTN Negeri (PPN). Soalan 11: Apakah yang berlaku sekiranya pendeposit yang dilindungi melalui program ini menutup akaun SSPN-i? Jawapan: Perlindungan bagi pendeposit berkenaan terbatal dan pendeposit tidak layak untuk menuntut perlindungan takaful kerana telah melanggar syarat dan terma program promosi ini.
Soalan 12: Bagaimanakah pendeposit yang berjaya terpilih untuk mendapat perlindungan kemalangan diri secara percuma ini akan dimaklumkan? Jawapan: Pendeposit yang berjaya mendapat perlindungan takaful kemalangan diri berjumlah RM100,000.00 akan dimaklumkan melalui surat rasmi yang akan dikeluarkan oleh PTPTN. Soalan 13: Apakah yang perlu dilakukan oleh waris untuk membuat tuntutan takaful ke atas kematian pendeposit yang dilindungi di bawah program promosi ini? Jawapan: Waris perlu mengisi dan melengkapkan dokumen berikut dan menyerahkannya kepada Pejabat PTPTN Negeri (PPN). i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi.
Borang Makluman Tuntutan Takaful; Surat permohonan tuntutan daripada penuntut takaful; Salinan Kad Pengenalanpenuntut takaful; Salinan Kad Pengenalan pendeposit; Salinan Sijil Kematian; Salinan permit/pengesahan pengkuburan; Salinan laporan hospital (post mortem); Salinan laporan polis; Salinan Sijil Nikah (sekiranya telah berkahwin); dan Lain-lain (sekiranya berkaitan); Mengemukakan salah satu dokumen berikut daripada mana-mana badan yang dilantik (asal atau salinan) seperti berikut :
a. Surat Kuasa Mentadbir/Geran Probet (Petisyen di bawah Akta Probet dan Pentadbiran 1959) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya; atau b. Surat Kuasa Mentadbir yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Daerah; atau; c. Surat Kuasa Pentadbiran yang dikeluarkan oleh Amanah Raya Berhad Seksyen 17 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (Akuan/Arahan). *Semua salinan dokumen sokongan perlu disahkan oleh pegawai yang layak.
Soalan 14: Apakah dokumen yang diperlukan bagi kes keilatan kekal pendeposit?
Jawapan: Pendeposit/waris hendaklah mengisi dan melengkapkan dokumen berikut dan menyerahkannya kepada Pejabat PTPTN Negeri (PPN). i. ii. iii. iv. v. vi. vii.
Borang Makluman Tuntutan Takaful; Surat permohonan daripada penuntut takaful; Salinan Kad Pengenalan pendeposit; Salinan Kad Pengenalan penuntut takaful (sekiranya orang yang berlainan); Kad Pengenalan Diri Orang Kelainan Upaya (OKU); Laporan perubatan terperinci dan terkini; dan Salinan laporan polis.
*Semua salinan dokumen sokongan perlu disahkan oleh pegawai yang layak.
Soalan 15: Apakah yang perlu dilakukan untuk membuat tuntutan takaful sekiranya pendeposit di bawah promosi ini adalah juga penerima biaya PTPTN? Jawapan: Waris perlu mengemukakan tiga set borang dan dokumen sokongan yang telah disahkan untuk proses tuntutan takaful berkenaan (rujuk Borang Makluman Tuntutan Takaful). Tiga set borang ini digunakan untuk: 1. Tuntutan takaful SSPN-i bagi deposit melebihi RM1,000.00; 2. Tuntutan takaful kemalangan diri sebanyak RM100,000; dan 3. Tuntutan takaful pembiayaan pendidikan. Soalan 16: Bagaimana cara bayaran bagi tuntutan takaful yang berjaya dilakukan? Jawapan: Tuntutan takaful yang berjaya akan dimasukkan ke dalam akaun SSPN-i pendeposit. Sekiranya pendeposit mempunyai lebih dari satu akaun, tuntutan takaful berkenaan akan diagihkan sama rata kepada semua akaun. Soalan 17: Apakah keistimewaan lain yang akan diperoleh pendeposit di bawah program promosi ini?
Jawapan: Selain daripada perlindungan takaful kemalangan diri berjumlah RM100,000, khairat kematian sebanyak RM2,500 atas semua sebab kematian juga diberikan selain daripada khairat kematian sedia ada iaitu sebanyak RM2,000 bagi perlindungan takaful sedia ada. Ini bermakna sekiranya berlaku kematian ke atas pendeposit atas sebab kemalangan, manfaat takaful yang akan diterima adalah berjumlah RM100,000 beserta khairat kematian berjumlah RM2,500 dan jika pendeposit meninggal dunia disebabkan selain daripada kemalangan, manfaat takaful RM100,000 tidak layak diberikan walau bagaimanapun khairat kematian berjumlah RM2,500 tetap akan diberikan.