SOSIALISASI AGAMA DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR ... - UKM

90 downloads 92 Views 122KB Size Report
Kajian mengenai sosialisasi di sekolah agama juga tidak kurang banyaknya. .... Di mana Zi adalah satu fungsi f(X) dengan X adalah pembolehubah bebas yang  ...
SOSIALISASI AGAMA DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH AGAMA DI SELANGOR1

Prof. Madya Dr. Jaffary Awang, Prof. Madya Dr. Rozmi Ismail, Kamaruddin Salleh dan Hairunnizam Wahid Kumpulan Kajian Dunia Melayu & Islam2 Institut Alam dan tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected]; [email protected]; [email protected]; [email protected]

Abstrak Sosialisasi agama merupakan satu proses penyerapan dan penghayatan nilai-nilai agama dalam kegiatan seharian. Prasyarat kepada penghayatan tersebut adalah pengetahuan berkaitan dengan nilai-nilai agama dan persekitaran yang mendokong kepada pembentukan perlakuan yang positif, khususnya di kalangan para pelajar. Artikel ini akan membincangkan proses sosialisasi yang berlaku di kalangan para pelajar di sekolahsekolah menengah agama terpilih di Selangor yang dikelolakan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Kajian ini menggunakan pendekatan secara lapangan dengan edaran soal selidik di kalangan para guru untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai proses sosialisasi pelajar. Artikel ini juga membincangkan konsep sosialisasi dan hubungannya dengan pengetahuan. Isu-isu yang dibincangkan termasuklah konsep sosialisasi agama di kalangan pelajar, hubungan antara pengetahuan dengan sosialisasi agama dan akhirnya hubungan sosialisasi dengan pembentukan identiti diri pelajar. Perbincangan ini merumuskan bahawa, pengetahuan dan perlakuan serta persekitaran mempengaruhi proses sosialisasi pelajar serta menentukan bentuk identiti diri pelajar.

Kata kunci: Sekolah agama, proses sosialisasi, persepsi guru, regresi logistik

PENDAHULUAN Sosialisasi agama merupakan satu proses yang melibatkan hubungan antara pengetahuan, persekitaran dan pemikiran serta perlakuan. Interaksi antara komponen-komponen ini akhirnya membentuk watak dan diri seseorang individu yang boleh disebut sebagai pembentukan identiti. Dalam konteks pelajar, faktor persekitaran sekolah serta hubungan yang berlaku antara murid dan guru, murid dengan murid dan kegiatan pembelajaran baik sewaktu dalam bilik darjah atau semasa kegiatan luaran sebenarnya mempengaruhi diri dan pemikiran. Dalam konteks perbincangan kertas kerja ini, penulis akan menumpukan terhadap hubungan epistemologi Islam terhadap pemikiran dan perlakuan pelajar. KONSEP SOSIALISASI PELAJAR

Sekolah merupakan salah satu tempat berlakunya pertembungan, asimilasi dan pembentukan watak dan pemikiran seseorang pelajar. Melalui interaksi dan komunikasi yang berlaku baik antara pelajar dengan pelajar atau antara pelajar dengan para guru, ianya memberi kesan yang mantap. Demikian juga dengan sekolah agama yang menjadikan pendidikan Islam sebagai asas dalam membina karakter serta watak para pelajar. Proses ini dikenali sebagai proses sosialisasi yang secara khusus dapat disebut sebagai proses sosialisasi agama. Secara umumnya sosialisasi agama membabitkan faktor budaya kelompok dan pengetahuan agama Islam sebagai sumber yang 1

Kertas kerja dibentangkan di National Seminar Science, Technology and Social Science 2008. Anjuran UiTM Pahang, 3-4 Jun 2008, M.S Garden Hotel, Kuantan Pahang. 2 Penyelidikan di bawah Program Malim Sarjana iaitu DAMAI di ATMA, UKM

1

bersifat murni. Dalam menjelaskan konsep sosialisasi pelbagai definisi telah dikemukakan oleh para penyelidik sosial. Bogardus umpamanya mendefinisikan sosialisasi sebagai “process of working together, of developing group responsibility, or being guided by the welfare needs of others”. Ini bererti sosialisasi semacam satu proses bagi seseorang individu menempatkan dirinya dalam sesebuah masyarakat agar kehadirannya memberi makna atau kesan. Adapun kesan kewujudan dirinya itu bukan sekadar memberi nilai pada diri tetapi juga pada masyarakat. Justeru itu, proses sosialisasi juga dianggap sebagai satu bentuk atau kaedah bagaimana seseorang individu menyesuaikan dirinya dengan nilai-nilai serta norma-norma yang ada dalam masyarakat.(W.F. Ogburn) Secara lebih luas sosialisasi menjadi satu mekanisme untuk berlakunya pemindahan sesuatu budaya atau peraturan bagi seseorang individu untuk ianya diterima dalam sistem yang sedia ada dalam masyarakat. Sementara Lundberg menegaskan sosialisasi sebagai satu proses interaksi yang berlaku dalam masyarakat di mana seseorang individu akan mempelajari tingkah laku, kepercayaan, kemahiran dan nilai penghukuman bagi tindakan-tindakan yang berlaku. Melalui proses ini maka penyertaan seseorang individu dalam sesebuah masyarakat akan benar-benar memberi erti dan akhirnya ia akan diterima sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat.( Rao, 2006) Berdasarkan perbincangan dan definisi tersebut, menunjukkan sosialisasi sebagai satu proses bagi membentuk identiti individu dan masyarakat. Dalam konteks pembentukan identiti, prosesnya biasa berlaku dalam dua keadaan. Pertama dikenali sebagai proses yang datang dari pihak atasan seperti pemerintah yang menentukan bentuk dan pola identiti. Kedua, proses pembentukan yang berlaku dari peringkat bawahan iaitu masyarakat sendiri yang menentukan bentuk kehidupan mereka. Bagi seseorang individu, kedua-dua bentuk itu lazimnya berlaku kepada diri seseorang. Ini kerana sewaktu ia berada dalam kelompoknya, mereka akan mematuhi dan akur kepada sistem dan nilai yang dihayati oleh masyarakat tersebut. Akan tetapi apabila ia berinteraksi pada peringkat nasional lazimnya ia akan mematuhi nilai dan peraturan yang dapat diterima oleh semua kelompok. Kajian mengenai sosialisasi di sekolah agama juga tidak kurang banyaknya. Aspek yang sering dianalisis oleh para pengkaji meliputi Epistemologi Islam dalam Pendidikan Istilah epistemologi pertama kali digunakan oleh J.F. Ferrier pada tahun 1854. Secara etimologi, epistemologi berasal dari bahasa Yunani “episteme” yang bererti ilmu, dan “logos” yang bererti teori, uraian atau alasan yang dikemukakan secara sistematik. Berhubung dengan pengertian dalam bidang falsafah ilmu, lebih tepat apabila “logos” diterjemahkan sebagai teori-teori. Jadi epistemologi dapat diertikan sebagai teori tentang ilmu, yang dalam bahasa Inggeris nya adalah theory of knowledge. Maksud khususnya adalah teori tentang ilmu yang membahaskan ilmu itu dan bagaimana ilmu diperoleh. Persoalan ini dikemukakan sebagai preamble kepada diskusi pengkaji tentang kajian ini. Dalam konteks kajian, persoalan epistemologi dan keberkesanan pengajaran seorang guru mempunyai kaitan yang rapat. Ini kerana perbezaan epistemologi yang difahami oleh seseorang ketika menuntut ilmu atau tanggapannya terhadap ilmu seperti sains dan teknologi, fardu ain dan fardu kifayah serta ilmu dari dunia Barat akan mempengaruhi tahap keberkesanan pengajarannya. Epistemologi yang pengkaji maksudkan dalam kajian ini ialah mengenai bagaimana sesuatu ilmu itu diperoleh dan ditakrifkan. Dengan lain perkataan perbezaan memahami dan menggunakan metodologi yang diaplikasikan ketika dalam usaha untuk mentakrifkan sesuatu ilmu akan menghasilkan takrifan yang berbeza terhadap sesuatu ilmu. Malah lebih ekstrem daripada itu, berlainan metodologi juga bermakna jika sesuatu ilmu itu tidak boleh dibuktikan melalui metodologi tertentu yang telah dipelajari dan diketahui oleh seseorang ilmuwan itu akan mengakibatkan sesuatu ilmu tidak dapat diiktiraf sebagai suatu ilmu malah sebaliknya hanya akan dianggap sebagai sesuatu yang tidak memberi makna apa-apa (meaningless) Pada hakikatnya terdapat dua proses yang menyebabkan berlakunya perbezaan pandangan tersebut iaitu: pertamanya proses pemerolehan ilmu, kedua, proses pembentukan dua kerangka pandangan dunia yang berbeza, dalam konteks yang lebih luas. Dalam proses yang pertama alam ilmiah di Malaysia sudah didokotomikan semenjak kedatangan penjajah dari Barat khususnya penjajah Inggeris, di mana ilmu dipecahkan kepada dua kelompok Islam dan sekular atau disebut sebagai dualisme ilmu. Ini jelas dalam sistem pendidikan awal di Malaysia. Implikasinya terbentuk pandangan kedua yang berasaskan kepada kerangka pemikiran dari dunia Barat moden yang menolak aspek ketuhanan, roh dan aspek keagamaan umum. Berdasarkan pendekatan ini sesuatu yang

2

benar mestilah dapat dibuktikan melalui kaedah saintifik dan eksperimen. Apabila pendekatan ini menjadi sebagai teras kepada tradisi keilmuan, membawa kepada pemecahan dan pembahagian kepada ilmu-ilmu saintifik dan non saintifik yang berpisah dan berbeza. Contoh rajah pembentukan epistemologi antara metodologi saintifik dan bukan saintifik yang dipetik: (Shamsul Amri Baharuddin 2001, 29) Rajah 1: Kerangka Falsafah Ilmu Falsafah Ilmu Pemikiran Kehidupan

Politik

Ekonomi

Sosial Budaya Agama Sumber: Shamsul Amri Baharuddin, 2001:29

Rajah kedua pula berkedudukan begini; Rajah 2: Kerangka Pemikiran Kehidupan Perintah/Larangan Agama Falsafah/ Pemikiran Kehidupan

Politik

Ekonomi Sosial Budaya Sumber: Shamsul Amri Baharuddin, 2001:29

Bergantung kepada apakah bentuk epistemologi-epistemologi yang dipelajari dan dialami oleh seseorang maka pengkaji percaya setiap apa yang dipelajari itu akan memberi impak besar ke atas kehidupan baik dari segi cara berfikir yang seterusnya akan dimanifestasikan menerusi gerak laku. Begitulah halnya dengan kedua-dua epistemologi di atas Pertembungan epistemologi ini nanti mempengaruhi pandangan dan tanggapan yang akhirnya membawa kepada perlakuan menyentuh bidang keilmuan nanti. Permasalahan Kajian Minat dan kecenderungan masyarakat terhadap sekolah agama kelihatan begitu menggalakkan. Ini berdasarkan kepada permohonan yang mengatasi tempat yang disediakan oleh pihak sekolah. Fenomena ini berlaku bukan sahaja di sekolah yang dikendalikan oleh pihak kerajaan baik persekutuan mahupun negeri, akan tetapi juga sekolah agama persendirian khususnya di kawasan bandar. Ini menunjukkan tahap harapan dan keyakinan yang tinggi di kalangan masyarakat terhadap kemampuan sekolah menengah agama untuk memberi sistem pengajaran yang baik dan sempurna. Namun begitu, kebelakangan ini timbul beberapa isu berhubung dengan akhlak dan disiplin pelajar sekolah menengah agama. Kes-kes seperti buli dan perlanggaran disiplin di sekolah menengah agama kian membimbangkan ibu bapa dan masyarakat. Walaupun kes-kes yang berlaku boleh dianggap sebagai terpencil namun persoalan di sini apakah sosialisasi nilai-nilai agama tidak berkesan atau perlu dinilai semula pendekatannya. Dalam keghairahan yang begitu tinggi di kalangan masyarakat namun secara terperinci belum ada satu kajian yang dapat membuktikan sejauh mana sekolah menengah agama benar-benar mempengaruhi serta membentuk sahsiah pelajar. Malah perlu ditegaskan sejauh mana suasana persekitaran sekolah berupaya merangsang minat dan kesungguhan pelajar untuk terus cemerlang dalam setiap bidang.

3

Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru tentang sejauh mana sekolah agama mampu mensosialisasikan pelajar mengikut kehendak nilai-nilai agama dari segi perwatakan, minat, dan kesungguhan untuk belajar, interaksi antara pelajar dengan pelajar dan antara pelajar dengan guru. Secara lebih spesifik, kajian ini mempunyai objektif seperti berikut: iiiiii-

Mengenal pasti proses sosialisasi yang berlaku di kalangan pelajar sekolah agama. Mengenal pasti sejauh mana pengaruh epistemologi agama terhadap pemikiran dan sikap pelajar. Mengenal pasti persepsi serta sikap tenaga pengajar terhadap pengajaran dan pembelajaran di sekolah agama.

METODOLOGI KAJIAN Kajian ini merupakan satu kajian yang melibatkan satu tinjauan (survey) yang bertujuan untuk menguji orientasi guru, kaedah pengajaran guru, pengamalan murid dan tingkah laku murid di sekolah menengah agama. Satu instrumen akan dibina dan digunakan iaitu borang soal selidik. Borang soal selidik ini dibuat untuk menganalisis persepsi guru terhadap tingkah laku murid-murid sekolah agama yang bersekolah di negeri Selangor. Sebelum menjalankan penyelidikan sebenar, satu kajian rintis (pilot study) telah dilakukan terhadap 45 orang guru yang melibatkan sekolah agama menengah Bandar Baru Salak Tinggi dan beberapa sekolah agama yang berdekatan. Ia bertujuan untuk memastikan instrumen-instrumen yang akan digunakan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Kaedah Pensampelan Kajian ini mensasarkan sebanyak 600 orang responden yang terdiri daripada guru-guru di sekolah menengah agama di bawah pentadbiran JAIS. Namun begitu, oleh kerana ramai guru yang sibuk dengan mesyuarat, kursus serta penyediaan pengajaran, hanya 378 borang soal selidik berjaya dikutip. Kajian ini mengkaji 12 buah sekolah seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1 Jadual 1: Sekolah yang dijadikan Sampel kajian Bil Nama Sekolah 1 SAM Sg. Merab Luar, Sepang 2 SAM Hulu Langat Bt. 10, Cheras 3 SAM Hishamudin Jln Tepi Sg Bertik, Klang 4 SAMT Hishamudin Jln Kota Raja, Klang 5 SAM Rawang 6 SAM Bestari,USJ 7 SAMT Tengku Ampuan Jamaah, Shah Alam 8 SAM Nurul Iman, Bukit Cherakah 9 SAM Paya Jaras, Sg. Buluh 10 SAMT Tengku Ampuan Rahimah, Banting 11 SAM Unwanus Saadah, Kanchong Darat, Banting 12 SAM Salak Tinggi, Sepang Penyelidik telah menghubungi pengetua-pengetua dan penolong kanan sekolah-sekolah agama yang terlibat untuk mendapatkan kebenaran membuat kajian di sekolah mereka. Sebelum itu, satu kebenaran bertulis telah diperoleh daripada JAIS membenarkan kajian ini dilakukan. Sebanyak 600 soal selidik telah diedarkan mengikut bilangan guru di sekolah tersebut. Terdapat sekolah yang mempunyai 22 orang guru sehinggalah ke sebuah sekolah yang mempunyai hampir 80 orang guru. Spesifikasi model Analisis kajian ini adalah kepada guru di sekolah agama di negeri Selangor di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS). Pensampelan dilakukan ke atas 600 guru dan hanya 378 soal selidik telah dikembalikan. Analisis regresi logistik akan digunakan untuk melihat kebarangkalian pembolehubah yang

4

dijangkakan mempengaruhi orientasi guru, kaedah pengajaran guru dan tingkah laku murid di sekolah agama di negeri Selangor. Pembolehubah bersandar adalah berbentuk dikotomi dan pembolehubah bebas yang digunakan kebanyakannya berbentuk dami maka model ini sesuai dianggarkan dengan menggunakan model logit binomial. Model yang dianggarkan secara umumnya adalah seperti berikut : Pi = E( Y = 1/X ) = 1/ ( 1+ e-z )

(1)

Di mana: Pi adalah kebarangkalian bagi responden yang mempunyai guru yang mempunyai orientasi, pengajaran yang tinggi serta murid yang bertingkah laku baik yang tinggi iaitu Y = 1 dan Y = 0 bagi responden yang sebaiknya Perlu dijelaskan di sini bahawa pencapaian tahap yang tinggi adalah berdasarkan min bernilai 3.68 dan ke atas. Bagi min responden bernilai 3.67 dan ke bawah adalah tahap sederhana dan rendah. Kajian ini juga menguji beberapa pembolehubah yang dipertimbangkan mempengaruhi kaedah pengajaran guru di sekolah agama iaitu : Zi = β0 + β1 X1 + β2 X2 + β3 X3 + ……+ βi Xi

(2)

Di mana Zi adalah satu fungsi f(X) dengan X adalah pembolehubah bebas yang dipertimbangkan iaitu tahap kelulusan guru, pendidikan di timur tengah, pilihan profesion guru, pengalaman guru berdasarkan tahun bekerja dan orientasi pendidikan guru. Dengan ini, berpandukan kepada persamaan (2), model khusus yang akan dianggarkan dalam kajian ini ialah : L = In (Pi / ( 1-Pi ) = β0 + β1 X1 + β2 X2 + β3 X3 + β4 X4

(3)

Di mana; L X1 X2 X3 X4

adalah log bagi nisbah ‘odds’ orientasi guru tahap kelulusan guru pendidikan guru; = 1 untuk di timur tengah, 0 untuk bukan di timur tengah pilihan profesion perguruan, = 1 untuk pilihan pertama, 0 untuk pilihan kedua Pengalaman guru mengikut tahun berkhidmat.

Kesemua pembolehubah bebas dijangkakan mempengaruhi orientasi guru secara positif dan signifikan. Bagi pengujian pengajaran guru, satu model lain dibina dalam kajian ini iaitu L = In (Pi / ( 1-Pi ) = β0 + β1 X1 + β2 X2 + β3 X3 + β4 X4 + β5 X5

(4)

Di mana; L X1 X2 X3 X4 X5

adalah log bagi nisbah ‘odds’ pengajaran guru tahap kelulusan guru pendidikan guru; = 1 untuk di timur tengah, 0 untuk bukan di timur tengah pilihan profesion perguruan, = 1 untuk pilihan pertama, 0 untuk pilihan kedua Pengalaman guru mengikut tahun berkhidmat. orientasi guru

Kesemua pembolehubah bebas dijangkakan mempengaruhi pengajaran guru secara positif dan signifikan. Bagi pengujian tingkah laku murid, satu model dibina dalam kajian ini iaitu; L = In (Pi / ( 1-Pi ) = β0 + β1 X1 + β2 X2 + β3 X3

(5)

Di mana; L

adalah log bagi nisbah ‘odds’ tingkah laku murid di sekolah agama

5

X1 X2 X3

orientasi guru pengajaran guru pengamalan murid

Kesemua pembolehubah bebas dijangkakan mempengaruhi tingkah laku murid secara positif dan signifikan. Ujian ANOVA juga dilakukan untuk melihat sejauh manakah min setiap pembolehubah iaitu orientasi guru, pengajaran guru, tingkah laku murid dan pengamalan murid di setiap sekolah agama adalah berbeza. Ini bertujuan untuk memastikan min setiap sekolah bagi keempat-empat pembolehubah tersebut adalah tidak berbeza secara signifikan. Implikasinya setiap sekolah agama di Selangor mempunyai orientasi dan pengajaran guru serta tingkah laku dan amalan murid yang sama. HASIL KAJIAN Bab ini akan membincangkan dapatan kajian yang telah dijalankan. Hasil kajian mendapati tahap kebolehkepercayaan soalan adalah baik walaupun soalan mengenai orientasi guru mempunyai nilai alpha yang sederhana. Walau bagaimanapun secara keseluruhannya nilai alpha adalah tinggi dan baik. Kajian ini memberi tumpuan di sekolah-sekolah agama di negeri Selangor khususnya sekolah-sekolah agama yang ditadbir oleh kerajaan negeri. Berdasarkan Jadual 2, majoriti responden adalah dari SAMT Tengku Ampuan Rahimah, Banting iaitu sebanyak 14.6% daripada keseluruhan responden. Ini diikuti oleh SAM Hishamudin Jln Tepi Sg Bertik, Klang iaitu sebanyak 12.2%, SAMT Hishamudin Jln Kota Raja, Klang sebanyak 11.4% dan SAM Hulu Langat Bt. 10, Cheras sebanyak 10.8 %. Terdapat sekolah yang mempunyai bilangan guru yang sedikit iaitu SAM Sg. Merab Luar, Sepang yang mempunyai hanya 22 orang guru sebagai responden. Ini jelas menunjukkan bilangan responden yang dapat diambil adalah sedikit kerana bilangan guru di sekolah agama adalah sedikit disebabkan bilangan pelajar yang tidak begitu ramai. Jadual 2: Profil Responden Sekolah-Sekolah Agama di Selangor Bil Nama Sekolah Kekerapan Peratusan 1 SAM Sg. Merab Luar, Sepang 22 5.8 2 SAM Hulu Langat Bt. 10, Cheras 41 10.8 3 SAM Hishamudin Jln Tepi Sg Bertik, Klang 46 12.2 4 SAMT Hishamudin Jln Kota Raja, Klang 43 11.4 5 SAM Rawang 21 5.6 6 SAM Bestari,USJ 21 5.6 7 SAMT Tengku Ampuan Jamaah, Shah Alam 35 9.3 8 SAM Nurul Iman, Bukit Cherakah 22 5.8 9 SAM Paya Jaras, Sg. Buluh 19 5.0 10 SAMT Tengku Ampuan Rahimah, Banting 55 14.6 11 SAM Unwanus Saadah, Kanchong Darat, Banting 22 5.8 12 SAM Salak Tinggi, Sepang 31 8.2 Jumlah 378 100.0 Jadual yang akan dibincangkan seterusnya adalah melibatkan latar belakang responden. Latar belakang responden ini penting memandangkan ia sangat berkaitan dengan tanggapan dan pemerhatian guru dan ini akan memberi kesan kepada hasil kajian yang dilakukan. Berdasarkan Jadual 3, majoriti responden adalah guru perempuan (75.6%) berbanding guru lelaki (24.4%). Ini menunjukkan kebanyakan guru di sekolah agama majoritinya adalah perempuan dan perkara ini sebenarnya hampir sama berlaku di sekolah kebangsaan. Ini disebabkan profesion guru adalah sesuai dengan wanita yang mempunyai sifat kependidikan. Jadual 3: Jantina Responden Kekerapan Lelaki 92 Perempuan 285

Peratus 24.4 75.6

6

Berdasarkan Jadual 4 pula, kebanyakan responden adalah berumur antara 30 tahun hingga 39 tahun iaitu sebanyak 37.9% berbanding mereka yang di bawah 29 tahun sebanyak 31% dan 40 tahun ke atas (31.1%). Ini menunjukkan guru-guru di sekolah agama kebanyakannya adalah di bawah 40 tahun dan dianggap masih muda dan kuat serta dedikasi. Namun begitu guru yang berumur 40 tahun ke atas juga masih ramai dan mereka ini dapat mencurahkan segala pengalaman kepada guru lain. Kebanyakan mereka ini memegang jawatan sebagai pentadbir sekolah iaitu sebagai pengetua ataupun guru penolong kanan atau guru bidang tertentu. Implikasi kepada kajian ini adalah ia merupakan respons yang menyeluruh daripada pelbagai lapisan umur dan ini akan menjadikan keseluruhan jawapan yang diberi berkemungkinan kurang bias. Jadual 4: Umur Responden Kategori Umur Kekerapan 20 tahun – 29 tahun 113 30 tahun – 39 tahun 138 40 tahun – 49 tahun 84 50 tahun ke atas 29

Peratusan 31.0 37.9 23.1 8.0

Selain daripada faktor umur, pengalaman guru juga sangat penting dalam membina dan melahirkan pelajar yang terbilang. Majoriti responden telah mengajar kurang sepuluh tahun iaitu 58.6% berbanding mereka yang berpengalaman lebih 10 tahun (41.2%). Ia menunjukkan keseimbangan pengalaman guru dalam kajian ini kerana peratusannya adalah hampir seimbang. Ini juga jelas menunjukkan guru-guru di sekolah agama juga mempunyai pengalaman mengajar yang lama sama seperti guru di sekolah-sekolah kebangsaan. Jadual 5: Pengalaman Responden mengajar di sekolah Kekerapan Peratusan Kurang setahun 20 5.4 Setahun – 9 tahun 197 53.2 10 tahun – 19 tahun 92 24.9 20 tahun – 29 tahun 51 13.8 lebih 30 tahun 10 2.7 Jadual 6 pula menunjukkan guru-guru di sekolah menengah agama majoritinya adalah tahap kelulusan yang tinggi iaitu sarjana muda dan ke atas termasuk sarjana iaitu 81.7%. Ini disebabkan guru-guru ini mengajar di sekolah menengah. Namun begitu terdapat hanya 18.3% sahaja yang mempunyai diploma dan ke bawah dan ini adalah jumlah yang relatifnya kecil. Ini menunjukkan responden adalah mereka yang berpendidikan tinggi dan respons yang diberikan untuk kajian ini adalah dikatakan berkualiti. Jadual 6: Tahap kelulusan Responden Kelulusan Kekerapan SPM dan ke bawah 8 Diploma/STPM 61 Sarjana muda 290 Sarjana dan ke atas 18

Peratusan 2.1 16.2 76.9 4.8

Dalam aspek latar belakang pendidikan yang lain yang tidak kurang pentingnya ialah sama ada mereka mendapat pendidikan di timur tengah atau tidak. Daripada Jadual 7 mendapati sebanyak 18.3% daripada responden mempunyai latar belakang pendidikan di timur tengah dan ini menunjukkan guru-guru di sekolah agama mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan terutamanya pengalaman dan orientasi pendidikan yang mereka ikuti sebelum ini. Orientasi pendidikan di timur tengah adalah satu latar belakang yang baik dan sangat berguna untuk seseorang guru mengajar di sekolah agama terutamanya dalam mengajar subjek bahasa Arab dan subjeksubjek lain dalam bahasa Arab. Jadual 7: Orientasi Pendidikan Responden Kekerapan Peratusan Mendapat pendidikan di Timur Tengah Ya

69

18.3

7

Tidak Latihan Perguruan Maktab perguruan Kursus perguruan universiti GSTT

308

81.7

226 97 52

60.1 25.8 13.8

Daripada Jadual 7 juga didapati sebanyak 60.1% responden mendapat latihan perguruan daripada maktab perguruan berbanding kursus perguruan universiti sebanyak 25.8% dan akhirnya GSTT sebanyak 13.8%. Ini menunjukkan hampir 86% responden adalah guru yang terlatih dalam bidang pendidikan. Implikasinya respons yang diberikan dalam kajian ini secara umumnya boleh diterima baik kerana majoritinya adalah guru terlatih dan latar belakang orientasi pendidikan yang pelbagai. Jadual 8: Pilihan pertama profesion perguruan Profesion perguruan sebagai pilihan pertama Profesion perguruan bukan pilihan pertama

Kekerapan peratusan 312 83.0 64 17.0

Berdasarkan Jadual 8 juga menunjukkan secara umumnya responden adalah mereka yang sememangnya mempunyai minat dan naluri ingin menjadi pendidik. Perlu ditegaskan bahawa ramai yang ingin menjadi guru kerana gaji dan tidak ramai yang ingin menjadi pendidik yang sebenarnya. Hasil kajian ini amat penting kerana respons yang didapati secara umumnya majoriti daripada responden adalah seorang guru yang ingin mendidik bukan sahaja dalam menyampaikan ilmu tetapi ingin mendidik akhlak pelajar. Rumusannya hasil kajian yang akan dibincangkan adalah boleh diterima dengan keyakinan yang tinggi berdasarkan latar belakang responden yang boleh dikatakan guru dan pendidik yang tulen, mempunyai latar belakang yang pelbagai mengikut umur, kelulusan, orientasi pendidikan dan sebagainya. Seterusnya kajian ini akan membincangkan secara deskriptif pandangan guru sekolah agama terhadap pelajar di sekolah agama. Bahagian seterusnya membincangkan secara deskriptif empat perkara utama iaitu aspek sosialisasi guru iaitu melihat kepada orientasi dan latar belakang pemikiran guru yang merintis kepada sosialisasi seseorang guru. Seterusnya aspek kedua yang dilihat ialah pengajaran guru itu sendiri sejauh manakah orientasi guru tersebut memberi kesan kepada aspek pengajaran guru tersebut di kelas. Aspek ketiga yang penting adalah pandangan guru tersebut terhadap pemahaman dan pengamalan murid di sekolah menengah agama dalam tindakan murid di sekolah. Kesemua aspek ini penting untuk melihat sejauh manakah aspek sosialisasi pelajar-pelajar sekolah agama berjaya mengikut acuan pendidikan agama dan ia sebenarnya bermula daripada orientasi dan kaedah pengajaran guru di sekolah agama. Perlu dinyatakan di sini guru yang terlibat adalah guru-guru daripada latar belakang pengajaran subjek yang berbeza. Jadual 9 : Orientasi Guru Bil Item P01 Pengalaman saya di Universiti atau di Institusi Perguruan banyak membantu dalam pengajaran P02 Sekolah Agama merupakan institusi pendidikan yang mendokong sistem integrasi ilmu duniawi dan ukhrawi P03 Jika diberi pilihan, saya akan terus mengajar di sekolah agama P04 Pendidikan sekadar menyediakan pelajar dengan kemahiran bagi keperluan pasaran kerja P05 Ibubapa sekolah ini begitu kuat memberi sokongan ke arah peningkatan sahsiah dan kualiti akademik para pelajar P06 Ilmu dalam Islam tidak membezakan antara fardhu ain dan fardhu kifayah P07 Corak pentadbiran sekolah ini membantu membentuk sahsiah pelajar P08 Prasarana sekolah ini baik dan mendorong motivasi guru P09 Ceramah dan seminar yang pernah saya hadiri membantu dalam meningkatkan kefahaman ilmu dan Islam P10 Islam Hadhari mendokong kepada peningkatan budaya ilmu

Min 4.27 4.66 4.68 2.76 3.81 3.63 4.02 3.49 4.18 3.85

8

P11 Pergaulan dengan bangsa lain perlu untuk meningkatkan ilmu dan bertukar-tukar pandangan P12 Konsep pendidikan dalam Islam tidak mampu membentuk generasi berilmu dan berakhlak P13 Saya benar-benar tidak memahami falsafah pendidikan dalam Islam Purata Nota : * termasuk pernyataan yang dinyatakan secara negatif yang telah di kod semula

4.22 1.63 1.91 4.04*

Jadual 9 menunjukkan orientasi dan kefahaman terhadap konsep pendidikan guru-guru sekolah agama. Nilai purata skor jawapan responden yang didapati menyokong hipotesis kajian ini. Bagi pernyataan yang negatif, nilai purata skor yang dijangkakan adalah bernilai kurang daripada 3 dan bagi nilai pernyataan yang positif, nilai purata skor yang dijangkakan adalah melebihi nilai 3. Bagi kebanyakan pernyataan yang positif, nilai purata skor 3.49 sehinggalah ke nilai maksimum 4.68. Bagi soalan P03, iaitu jika diberi pilihan terhadap guru, mereka akan terus mengajar di sekolah agama menunjukkan nilai skor yang tertinggi iaitu bernilai 3.68. Ini menunjukkan secara umumnya kebanyakan guru amat berminat mengajar di sekolah agama walaupun mereka sebenarnya bukan berlatarbelakangkan pendidikan agama. Ini berkemungkinan disebabkan pelbagai faktor tarikan sekolah agama seperti disiplin yang baik, pelajar yang cemerlang dan sebagainya. Ini akan dibincangkan dalam aspek tingkah laku pelajar. Nilai purata skor yang tinggi iaitu bernilai 3.66 juga ditunjukkan pada soalan P02. Ini menunjukkan hampir kesemua guru bersetuju sekolah agama mementingkan pendidikan duniawi dan ukhrawi dan keseimbangan inilah antara faktor yang menyebabkan pendidikan sekolah agama berjaya melahirkan insan yang seimbang seiring dengan kehendak Islam kejayaan di dunia dan akhirat. Oleh itu tidak hairanlah pelajar sekolah agama bukan sahaja baik daripada segi akhlaknya malah berjaya daripada segi pencapaian akademik. Bagi jawapan pernyataan negatif pula, jika dilihat soalan P12 dan P13 mendapati nilai purata skor yang terendah iaitu masing-masing bernilai 1.63 dan 1.91 menunjukkan guru di sekolah agama bersetuju bahawa pendidikan Islam mampu membentuk generasi manusia yang berilmu dan berakhlak mulia dan mereka tidak bersetuju mereka sebagai guru tidak memahami falsafah pendidikan Islam. Perlu diingatkan ramai guru yang mengajar di sekolah agama adalah dari mereka yang bukan mendapat latar belakang pendidikan agama tetapi respons yang diberikan menunjukkan mereka secara tersendiri dan semula jadi memahami konsep pendidikan Islam di sekolah agama kesan daripada proses sosialisasi antara ustaz dan ustazah dengan guru-guru yang bukan latar belakang pendidikan Islam. Kajian ini jelas menunjukkan proses sosialisasi berjaya menyemai konsep dan falsafah pendidikan Islam di sekolah agama. Jadual 10 : Kaedah pengajaran guru Item Persediaan mengajar bukan penentu utama kefahaman pelajar Penampilan guru tidak mempengaruhi keberkesanan pembelajaran murid Kandungan teks subjek yang diajar mencapai objektif silibus Kandungan teks menarik dan mudah difahami pelajar Buku teks banyak menyediakan contoh-contoh yang bersifat tempatan dan terkini PP06 Saya jarang memberikan contoh-contoh terkini semasa pengajaran PP07 Ada sebilangan guru yang tidak menghiraukan sama ada murid memahami atau tidak apa yang diajar PP08 Saya jarang mengguna alat bantu mengajar PP09 Saya sentiasa membantu murid yang bermasalah dalam pembelajaran PP10 Guru sentiasa mengaplikasi set induksi sebelum pengajaran PP11 Saya tidak mengamalkan interaksi yang berkesan dengan murid-murid ketika pengajaran. PP12 Pembelajaran berkumpulan kurang berkesan diamalkan dalam kelas PP13 Memotivasi dan memberi layanan yang adil kepada semua pelajar tidak menjadi keutamaan dalam pengajaran PP14 Saya yakin pelajar sekolah ini mampu berinteraksi dengan pelajar bukan Islam Purata Nota : * termasuk pernyataan yang dinyatakan secara negatif yang telah di kod semula Bil PP01 PP02 PP03 PP04 PP05

Min 2.64 2.31 3.79 3.75 3.72 2.21 2.92 3.08 2.77 3.82 2.21 2.49 2.15 3.95 3.55*

9

Jadual 10 menunjukkan respons guru-guru di sekolah agama dalam aspek pengajaran di dalam kelas mahupun di luar kelas. Nilai purata skor didapati lebih terarah kepada purata nilai 3. Tiada satu pun nilai pernyataan negatif bernilai melebihi 4. Pernyataan negatif pula tiada satu pun mendapat di bawah nilai 2 (0-1.99). Secara umumnya ini menunjukkan kaedah pengajaran guru di sekolah agama masih perlu dipertingkatkan dan diperbaiki lagi. Nilai purata skor yang tertinggi ialah 3.95 iaitu soalan PP14 dan nilai terendah ialah soalan PP13 iaitu bernilai 2.15. Hasil respons guru juga mendapati mereka juga membuat persediaan dan menggunakan set induksi serta alat bantu dalam pengajaran mereka. Walaupun nilai purata skor yang rendah, namun kajian ini berpendapat guru dan pelajar di sekolah agama sama-sama mempunyai motivasi yang tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kesannya guru tidak perlu bersusah payah menerangkan kepada pelajar dengan mendalam kerana pelajar di sekolah agama sendiri sebenarnya yang akan berusaha dengan sendirinya kerana mereka sangat menghargai ilmu. Pelajar-pelajar ini bukan sahaja mendapat tunjuk ajar daripada guru, malah mereka juga akan berusaha dengan cara mereka sendiri seperti mewujudkan kumpulan belajar berkumpulan, kerap bertanya kepada guru dan sebagainya. Jadual 11: Tingkah laku murid Bil Item M01 Ramai di kalangan murid sekolah ini yang tidak menghormati guru M02 Disiplin pelajar sekolah ini semakin merosot M03 Tingkah laku, etika dan adab pelajar semakin teruk M04 Pelajar sekolah ini sukar menerima dan tidak menghiraukan teguran guru M05 Pelajar sekolah ini tidak gemar membantu guru dan rakan-rakan mereka M06 pelajar sekolah ini terlalu bersikap pentingkan diri sendiri M07 Pergaulan pelajar lelaki dan perempuan sekolah ini agak bebas M08 Sekolah ini terlalu mengongkong pergaulan antara jantina M09 Murid-murid sekolah ini begitu pasif dalam sesi pembelajaran M10 Gejala moral, buli, gangsterism, mencuri, vandalisme semakin meningkat di sekolah ini M11 Wujudnya jurang interaksi dan pergaulan di antara peringkat umur di kalangan murid sekolah ini M12 Pakaian murid sekolah ini terpengaruh dengan fesyen semasa yang kurang sopan M13 Prestasi akademik sekolah ini adalah lebih baik dari sekolah menengah kebangsaan M14 Pelajar-pelajar sekolah ini berani mengemukakan soalan ketika sesi pembelajaran M15 Pelajar-pelajar sekolah ini begitu yakin memberi pandangan ketika sesi pembelajaran M16 Prestasi akhlak pelajar sekolah ini lebih baik dari sekolah menengah kebangsaan Purata Nota : * termasuk pernyataan yang dinyatakan secara negatif yang telah di kod semula

Min 2.43 2.61 2.63 2.50 2.51 2.47 2.36 2.45 2.53 2.15 2.58 2.31 4.06 3.78 3.61 4.22 3.63*

Jadual 11 pula menunjukkan tingkah laku murid sekolah agama daripada persepsi guru di sekolah tersebut. Kajian ini mendapati secara umumnya guru-guru bersetuju tahap pencapaian akhlak dan akademik pelajar di sekolah agama adalah baik. Berdasarkan soalan M13 dan M14, nilai purata skor masing-masing adalah 4.06 dan 4.22 menunjukkan secara umumnya akhlak dan prestasi akademik pelajar adalah baik. Bagi jawapan soalan-soalan yang memerlukan jawapan negatif juga menunjukkan purata skor yang diberi adalah kurang daripada nilai 3 yang menunjukkan guru-guru tidak bersetuju wujudnya budaya negatif di sekolah agama. Ini menyokong hipotesis awal yang menunjukkan pelajar di sekolah agama mempunyai akhlak dan budi pekerti yang mulia.

Bil E01 E02 E03 E04

Jadual 12: Pengamalan murid Item Pelajar gagal membezakan antara ilmu fardu ain dan fardu kifayah Pelajar hanya menutup aurat kerana takutkan peraturan sekolah Wujud kecenderungan pelajar membuli pelajar lain di sekolah ini Pelajar sekolah ini suka bergurau secara kasar dan merbahaya

Min 2.58 2.74 2.56 2.34

10

E05 Pelajar sekolah ini suka melakukan vandalisme seperti menconteng, mengotori tandas, telefon awam dan mencuri E06 Terdapat sebahagian pelajar yang bercinta dan berdua-duaan (couple) di kawasan sekolah E07 Pelajar gagal mematuhi etika Islam ketika makan seperti berebut-rebut ketika membeli makanan di kantin sekolah E08 Ada pelajar yang membazir makanan dan membuang makanan merata-rata E09 Pelajar suka berebut-rebut ketika menaiki bas E10 Ada pelajar yang tidak menunaikan solat atau ponteng ketika amali solat E11 Ada pelajar yang membuat bising dan mengganggu pelajar lain bersolat ketika dalam surau E12 Pelajar sekolah ini bercakap secara tidak sopan dengan guru dan kakitangan sekolah E13 Pelajar lebih mengutamakan pencapaian akademik berbanding pembentukkan sahsiah mulia E14 Pelajar sekolah ini akan menyerahkan wang atau apa-apa barang yang ditemui di kawasan sekolah kepada guru E15 Pelajar memberi salam ketika berjumpa guru atau rakan E16 Ada pelajar yang suka mengejek dan memanggil kawan dengan panggilan yang buruk E17 Para pelajar sekolah ini bergiat dengan aktif dalam aktiviti bersukan dan kokurikulum E18 Pelajar sekolah ini begitu peka dengan isu-isu semasa E19 Pelajar sekolah ini mempunyai daya saing yang tinggi untuk cemerlang dalam akademik E20 Pelajar sekolah ini mempunyai semangat mencuba yang tinggi Purata Nota : * termasuk pernyataan yang dinyatakan secara negatif yang telah di kod semula

2.47 2.76 2.57 2.62 2.53 2.75 2.74 2.35 2.91 3.90 4.25 3.16 4.10 3.53 3.98 3.94 3.52*

Jadual 12 menunjukkan pengamalan dan kefahaman murid dalam aspek agama Islam. Ia juga mempunyai pertalian dengan Jadual 11 iaitu proses sosialisasi antara pelajar dengan pelajar yang lain. Hasil kajian menunjukkan pelajar memberi salam kepada guru dan rakan serta mudah bersosial dengan melibatkan diri dengan aktiviti luar kelas seperti bersukan, kadet dan sebagainya. Jawapan bagi persoalan negatif pelajar juga dalam nilai purata skor yang rendah menunjukkan proses sosialisasi pelajar adalah baik dan di masa yang sama mempunyai akhlak yang tinggi. Jadual 13: Ujian ANOVA Orientasi Guru berdasarkan Sekolah-sekolah agama Pemboleh ubah Sekolah Min Orientasi guru

SAM Sg. Merab Luar, Sepang SAM Hulu Langat Bt. 10, Cheras SAM Hishamudin Jln Tepi Sg Bertik, Klang SAMT Hishamudin Jln Kota Raja, Klang SAM Rawang SAM Bestari,USJ SAMT Tengku AMpuan Jamaah, Shah Alam SAM Nurul Iman, Bukit Cherakah SAM Paya Jaras, Sg. Buluh SAMT Tengku Ampuan Rahimah, Banting SAM Unwanus Saadah, Kanchong Darat, Banting SAM Salak Tinggi, Sepang

3.98 3.97 4.07 4.12 4.02 4.03 3.95 4.06 3.88 4.08 4.18 4.09

Aras Signifikan 0.060

Berdasarkan Jadual 13, min orientasi di sekolah-sekolah agama yang dikaji adalah berbeza antara satu sama lain. Kajian ini mendapati SAM Unwanus Saadah, Kanchong Darat, Banting mempunyai min tertinggi iaitu bernilai 4.18 diikuti SAMT Hishamudin Jln Kota Raja, Klang bernilai 4.12 dan seterusnya SAM Salak Tinggi, Sepang bernilai 4.09. Nilai min terendah adalah SAM Paya Jaras, Sg. Buluh iaitu 3.88. Perbezaan min di antara sekolahsekolah agama yang dikaji menunjukkan orientasi guru yang amat berbeza dan ia adalah signifikan pada aras ke

11

ertian 10%. Ini menjelaskan latar belakang pemikiran dan orientasi guru yang berbeza antara mereka di sekolah yang berbeza. Jadual 14: Ujian ANOVA Pengajaran Guru berdasarkan Sekolah-sekolah agama Pembolehubah Sekolah Min pengajaran guru

SAM Sg. Merab Luar, Sepang SAM Hulu Langat Bt. 10, Cheras SAM Hishamudin Jln Tepi Sg Bertik, Klang SAMT Hishamudin Jln Kota Raja, Klang SAM Rawang SAM Bestari,USJ SAMT Tengku AMpuan Jamaah, Shah Alam SAM Nurul Iman, Bukit Cherakah SAM Paya Jaras, Sg. Buluh SAMT Tengku Ampuan Rahimah, Banting SAM Unwanus Saadah, Kanchong Darat, Banting SAM Salak Tinggi, Sepang

3.62 3.44 3.59 3.68 3.49 3.58 3.49 3.59 3.45 3.48 3.53 3.61

Aras Signifikan 0.303

Berdasarkan Jadual 14, didapati min pembolehubah pengajaran guru di semua sekolah agama yang dikaji adalah hampir sama. Min antara sekolah tidak dapat dibezakan secara signifikan kerana ia hanya signifikan pada aras ke ertian 30.3%. Nilai min tertinggi adalah di SAMT Hishamudin Jln Kota Raja, Klang iaitu bernilai 3.68 diikuti oleh SAM Sg. Merab Luar, Sepang (3.62) dan SAM Salak Tinggi, Sepang iaitu bernilai 3.61. Sekolah agama yang mempunyai nilai min terendah ialah SAM Hulu Langat Bt. 10, Cheras iaitu bernilai 3.44. Walau bagaimanapun perbezaan min keseluruhan sekolah agama adalah tidak signifikan yang menunjukkan persepsi guru terhadap kaedah pengajaran di sekolah adalah hampir sama di semua sekolah agama. Jadual 15: Ujian ANOVA Tingkahlaku murid berdasarkan Sekolah-sekolah agama Pembolehubah Sekolah Min tingkah laku murid

SAM Sg. Merab Luar, Sepang SAM Hulu Langat Bt. 10, Cheras SAM Hishamudin Jln Tepi Sg Bertik, Klang SAMT Hishamudin Jln Kota Raja, Klang SAM Rawang SAM Bestari,USJ SAMT Tengku AMpuan Jamaah, Shah Alam SAM Nurul Iman, Bukit Cherakah SAM Paya Jaras, Sg. Buluh SAMT Tengku Ampuan Rahimah, Banting SAM Unwanus Saadah, Kanchong Darat, Banting SAM Salak Tinggi, Sepang

3.87 3.84 3.64 3.60 3.55 3.65 3.60 3.61 3.48 3.61 3.38 3.65

Aras Signifikan 0.177

Jadual 15 pula menunjukkan min keseluruhan di sekolah-sekolah agama di negeri Selangor. Kajian ini mendapati SAM Sg. Merab Luar, Sepang mempunyai nilai min tertinggi iaitu 3.87 dan diikuti oleh SAM Hulu Langat Bt. 10, Cheras iaitu 3.84. Ini menunjukkan kedua-dua sekolah ini mempunyai min yang tinggi melebihi 3.68 yang dijelaskan sebelum ini. Walau bagaimanapun kesemua sekolah agama ini mempunyai nilai min yang hampir sama dan perbezaan min adalah tidak signifikan antara kesemua sekolah agama. Ini menjelaskan kesemua pelajar di sekolah agama di Selangor mempunyai tingkah laku yang baik dan hampir sama antara mereka dan tidak dapat dibezakan secara jelas. Ini juga menggambarkan kesemua sekolah agama telah berperanan baik mendidik muridmuridnya dan tidak dapat dibezakan manakah sekolah agama yang berjaya melahirkan murid yang berakhlak dan bersahsiah tinggi Jadual 16 pula menunjukkan pemahaman daan pengamalan murid di sekolah agama terhadap ilmu yang telah mereka pelajari di dalam kelas. SAM Sg. Merab Luar, Sepang mempunyai nilai min yang tertinggi iaitu bernilai 3.75 diikuti oleh SAM Bestari,USJ iaitu bernilai 3.71. Kedua-dua sekolah ini mempunyai nilai min yang tinggi

12

melebihi 3.68. Namun terdapat sekolah yang mempunyai nilai min yang agak rendah iaitu SAM Paya Jaras, Sg. Buluh iaitu min nya ialah 3.44 dan SAM Rawang yang mempunyai nilai min 3.35. Walau bagaimanapun perbezaan min antara sekolah agama menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara sekolah. Ini jelas menunjukkan kesemua sekolah agama mempunyai murid yang mempunyai tahap pengamalan yang hampir sama antara sekolah agama Jadual 16: Ujian ANOVA pengamalan murid berdasarkan Sekolah-sekolah agama Pembolehubah Sekolah Min pengamalan Murid

SAM Sg. Merab Luar, Sepang SAM Hulu Langat Bt. 10, Cheras SAM Hishamudin Jln Tepi Sg Bertik, Klang SAMT Hishamudin Jln Kota Raja, Klang SAM Rawang SAM Bestari,USJ SAMT Tengku Ampuan Jamaah, Shah Alam SAM Nurul Iman, Bukit Cherakah SAM Paya Jaras, Sg. Buluh SAMT Tengku Ampuan Rahimah, Banting SAM Unwanus Saadah, Kanchong Darat, Banting SAM Salak Tinggi, Sepang

3.75 3.58 3.53 3.43 3.35 3.71 3.54 3.48 3.34 3.53 3.44 3.64

Aras Signifikan 0.105

Hasil kajian regresi logistik adalah di tunjukkan dalam Jadual 17. Bagi pembolehubah orientasi guru sebagai pembolehubah bersandar, didapati pembolehubah pilihan profesion perguruan sebagai pilihan utama adalah signifikan mempengaruhi orientasi guru di sekolah agama. Ia adalah berhubungan secara positif dan signifikan pada aras ke ertian 10%. Ini memberi implikasi bahawa jika guru tersebut memilih kerjaya guru sebagai pilihan utama, kebarangkalian orientasi guru akan meningkat. Perlu difahami orientasi guru penting untuk memastikan proses sosialisasi di sekolah menjadi semakin baik dan akan memberi kesan yang positif terhadap tingkah laku murid. Kajian ini juga mendapati tahap kelulusan guru, pendidikan di timur tengah dan pengalaman guru tersebut tidak signifikan mempengaruhi orientasi guru tersebut. Ini mungkin disebabkan jika guru itu memilih dan meminati kerjaya sebagai guru, bercita-cita menjadi seorang pendidik anak bangsa, maka ia mengatasi pembolehubah-pembolehubah yang lain. Jadual 17: Hasil Regresi binomial logistik orientasi guru# Jangkaan B Koefisien Exp(B) Kelulusan 0.086 1.089 α1 / + Timur tengah 0.439 1.551 α2 / + Profesion pertama 0.718* 2.050 α3 / + Pengalaman 0.021 1.021 α4 / + Konstan 1.331 3.785 Nota: klasifikasi regresi logistik orientasi guru:

Statistik Wald 0.057 0.605 2.977 0.010 1.019

Orientasi guru sederhana = (0%); Tinggi = (100 %); keseluruhan = (90.5%) pembolehubah bersandar adalah Orientasi guru * signifikan pada aras ke ertian 10% #

Jadual 18 menunjukkan hasil regresi logistik di mana pembolehubah bersandar adalah pengajaran guru. Kajian menunjukkan pembolehubah profesion guru sebagai pilihan utama dan orientasi guru adalah signifikan mempengaruhi pengajaran guru, masing-masing berhubungan secara positif mengikut hipotesis dan signifikan pada aras ke ertian 5% dan 1%. Ini jelas menunjukkan pembolehubah orientasi guru sangat signifikan mempengaruhi pengajaran guru berbanding profesion guru sebagai profesion utama. Seperti yang dibincangkan sebelum ini orientasi guru memang dipengaruhi profesion perguruan sebagai utama dan hasil kajian ini seiring dengan hasil kajian di Jadual 17. Implikasinya keberkesanan kaedah pengajaran seseorang guru di sekolah agama amat bergantung kepada orientasi dan latar belakang perguruan guru tersebut dan minat menjadi guru dan pendidik. Kesannya pencapaian murid sekolah agama akan menjadi baik daripada aspek pencapaian akademik ataupun sahsiah.

13

Jadual 18: Hasil Regresi binomial logistik pengajaran guru# Pembolehubah Jangkaan B koefisien Exp(B) Kelulusan 0.059 1.061 α1 / + Timur tengah 0.091 1.096 α2 / + Profesion pertama 0.773* 2.165 α3 / + Pengalaman 0.019 1.019 α4 / + Orientasi guru 2.056** 7.811 α5 / + Konstan -3.627** .027 Nota: klasifikasi regresi logistik pengajaran guru;

Statistik Wald 0.062 0.095 4.457 0.020 7.728 10.238

Kaedah pengajaran sederhana = (100%); Tinggi = (0 %); keseluruhan = (68%) # pembolehubah bersandar adalah kaedah pengajaran guru ** signifikan pada aras ke ertian 1% * signifikan pada aras ke ertian 5%

Tahap pencapaian sahsiah dan akademik seseorang murid dijangkakan menjadi semakin baik bergantung kepada guru-guru mereka dalam aspek pengajaran dan juga tahap kefahaman ilmu agama yang diajarkan oleh guru tersebut. Hasil kajian ini mendapati orientasi guru tidak mempengaruhi sahsiah pelajar. Ia berkemungkinan hanya berhubungan secara tidak langsung. Berdasarkan Jadual 19, didapati pembolehubah yang mempengaruhi pelajar di sekolah agama secara langsung ialah kaedah pengajaran guru dan tahap kefahaman murid di sekolah agama terhadap konsep ilmu dan pengamalannya dalam kehidupan seharian. Pembolehubah pengajaran dan pengamalan murid adalah signifikan mempengaruhi sahsiah pelajar di sekolah agama pada aras ke ertian masing-masing 1% dan 10%. Kedua-dua pembolehubah tersebut juga berhubungan secara positif dan mengikut teori. Ini menunjukkan kebarangkalian pelajar di sekolah agama meningkat sahsiah nya menjadi sangat baik amat bergantung kepada peningkatan kualiti pengajaran dan peningkatan tahap pemahaman murid terhadap ilmu. Jadual 19: Hasil Regresi logistik tingkah laku murid#. Jangkaan B Koefisien Exp(B) Orientasi guru 0.185 1.203 α1 / + Kaedah pengajaran 1.229** 3.417 α2 / + Pengamalan murid 2.037* 7.664 α3 / + Konstan -1.239 0.290 Nota: klasifikasi regresi logistik tingkah laku murid;

Wald 0.165 17.845 2.968 1.054

Tingkah laku murid sederhana = (87.5%); Tinggi = (68.8 %); keseluruhan = (79.1%) # pembolehubah bersandar adalah tingkah laku murid ** signifikan pada aras ke ertian 1% * signifikan pada aras ke ertian 10%

Implikasi daripada kajian ini, pihak sekolah di sekolah-sekolah agama perlu memastikan kaedah pengajaran guru dipertingkatkan untuk memastikan pencapaian sahsiah dan akademik murid di sekolah agama adalah tinggi melebihi tahap pencapaian murid di sekolah kebangsaan. Perbincangan dan Rumusan Kajian ini bertujuan meneliti persepsi guru atau pengajar sekolah agama terhadap corak sosialisasi di kalangan para pelajar sekolah agama khususnya di negeri Selangor. Terdapat empat tumpuan utama kajian iaitu melihat orientasi dan latar belakang pemikiran guru yang mungkin mempengaruhi proses sosialisasi pelajar. Aspek kedua yang dilihat ialah pengajaran guru itu sendiri sejauh manakah orientasi guru tersebut memberi kesan kepada aspek pengajaran guru tersebut di kelas. Aspek ketiga adalah pandangan guru terhadap amalan dan tingkah laku murid di sekolah. Kesemua aspek ini penting untuk melihat sejaumanakah aspek sosialisasi pelajar-pelajar sekolah agama berjaya mengikut acuan pendidikan agama Aspek sosialisasi pelajar sekolah agama sebenarnya bermula daripada orientasi dan kaedah pengajaran guru di sekolah agama. Keputusan kajian ini menyokong hipotesis kajian iaitu kebanyakan guru amat berminat mengajar di sekolah agama walaupun mereka sebenarnya bukan berlatar belakangkan pendidikan agama. Ini berkemungkinan disebabkan pelbagai faktor tarikan sekolah agama seperti disiplin pelajar yang baik, pelajar yang cemerlang dan sebaginya. Hampir kesemua guru bersetuju sekolah agama mementingkan pendidikan seimbang

14

antara duniawi dan ukhrawi dan keseimbangan inilah antara faktor yang menyebabkan pendidikan sekolah agama berjaya melahirkan insan yang seimbang seiring dengan kehendak Islam. Oleh itu tidak hairanlah pelajar sekolah agama bukan sahaja baik daripada segi akhlaknya malah berjaya daripada segi pencapaian akademik. Walaupun ramai guru yang mengajar di sekolah agama adalah dari mereka yang bukan berlatarbelakang pendidikan agama tetapi respon yang diberikan menunjukkan mereka memahami falsafah pendidikan Islam, mungkin kerana kesan dari proses sosialisasi mereka dengan ustaz dan ustazah. Ini jelas menunjukkan proses sosialisasi berjaya menyemai konsep dan falsafah pendidikan Islam di sekolah agama. Dari segi persepsi guru sekolah agama dalam aspek pengajaran di dalam kelas mahupun di luar kelas menunjukkan kebanyakan mereka berpendapat kaedah pengajaran di sekolah agama masih perlu dipertingkatkan misalnya membuat persediaan dan menggunakan set induksi serta alat bantu dalam pengajaran mereka perlu dipertingkatkan. Kajian ini juga mendapati tahap motivasi guru dan pelajar di sekolah agama dalam pengajaran dan pembelajaran adalah tinggi walaupun dalam keadaan persekitaran fizikal yang agak daif berbanding sekolah tajaan kementerian pelajaran. Kesannya guru tidak perlu bersusah payah menerangkan kepada pelajar dengan mendalam kerana pelajar sendiri sebenarnya berusaha gigih kerana mereka sangat menghargai ilmu. Pelajar-pelajar ini bukan sahaja mendapat tunjuk ajar daripada guru, malah mereka juga akan berusaha dengan cara mereka sendiri seperti mewujudkan kumpulan belajar berkumpulan, kerap bertanya kepada guru dan sebagainya. Salah satu indikator kesan sosialisasi sekolah agama ialah dengan melihat aspek tingkah laku dan amalan murid seharian di sekolah. Kajian ini telah meninjau tingkah laku murid sekolah agama daripada persepsi guru di sekolah tersebut. Kajian ini mendapati secara umumnya guru-guru bersetuju tahap pencapaian akhlak dan akademik pelajar di sekolah agama adalah baik. Berdasarkan nilai purata skor persepsi terhadap akhlak dan amalan murid menunjukkan secara umumnya guru melihat akhlak dan prestasi akademik pelajar adalah baik. Bagi soalan-soalan yang memerlukan jawapan negatif juga menunjukkan keputusan adalah konsisten yang menunjukkan guru-guru tidak bersetuju wujudnya budaya negatif di sekolah agama. Ini menyokong hipotesis awal yang meramalkan pelajar di sekolah agama mempunyai akhlak dan budi pekerti yang mulia. Analisis perbandingan persepsi terhadap akhlak dan tingkahlaku yang dibuat ke atas kesemua sekolah agama menunjukkan kesemua sekolah yang dikaji mempunyai nilai min persepsi yang hampir sama dan tidak berbeza secara signifikan antara kesemua sekolah agama. Ini menjelaskan kesemua pelajar di sekolah agama di Selangor mempunyai tingkah laku yang baik dan kesan sosialisasi agama ini hampir sama antara mereka dan tidak dapat dibezakan secara jelas. Ini juga menggambarkan kesemua sekolah agama telah berperanan baik mendidik muridmuridnya dan tidak dapat dibezakan manakah sekolah agama yang paling berjaya melahirkan murid yang berakhlak dan bersahsiah tinggi. Dari aspek pemahaman dan pengamalan murid sekolah agama terhadap ilmu yang telah mereka pelajari di dalam kelas menunjukkan perbezaan skor kefahaman dan amalan antara sekolah agama adalah tiada perbezaan yang signifikan antara sekolah. Ini jelas menunjukkan kesemua sekolah agama mempunyai murid yang mempunyai tahap pengamalan yang hampir sama antara sekolah agama. Bagaimanapun untuk pengesahan bagi dapatan seumpama ini satu kajian perbandingan akhlak pelajar sekolah gama dan pelajar sekolah biasa adalah perlu. Pilihan profesion perguruan sebagai pilihan utama adalah mempengaruhi orientasi guru di sekolah agama. Orientasi guru penting untuk memastikan proses sosialisasi di sekolah menjadi semakin baik dan akan memberi kesan yang positif terhadap tingkah laku murid. Kajian ini juga mendapati tahap kelulusan guru pendedahan pendidikan di timur tengah dan pengalaman guru tersebut tidak begitu penting dalam mempengaruhi orientasi guru tersebut sebaliknya yang paling penting ialah memilih dan meminati kerjaya sebagai guru, bercita-cita menjadi seorang pendidik anak bangsa. Implikasinya keberkesanan kaedah pengajaran seseorang guru di sekolah agama amat bergantung kepada orientasi dan latar belakang perguruan guru tersebut dan minat menjadi guru dan pendidik. Kesannya pencapaian murid sekolah agama akan menjadi baik daripada aspek pencapaian akademik ataupun sahsiah. Tahap pencapaian sahsiah dan akademik seseorang murid dijangkakan menjadi semakin baik bergantung kepada guru-guru mereka dalam aspek pengajaran dan juga tahap kefahaman ilmu agama yang diajarkan oleh guru tersebut. Kajian juga mendapati pembolehubah yang mempengaruhi pelajar di sekolah agama secara langsung ialah kaedah pengajaran guru dan tahap kefahaman murid di sekolah agama terhadap konsep ilmu dan pengamalannya dalam kehidupan seharian. Pembolehubah pengajaran dan pengamalan murid adalah signifikan mempengaruhi sahsiah pelajar di sekolah agama. Kedua-dua pembolehubah tersebut juga berhubungan secara positif dan mengikut teori kebarangkalian pelajar di sekolah agama meningkat sahsiah nya menjadi sangat baik amat bergantung kepada peningkatan kualiti pengajaran dan peningkatan tahap pemahaman murid terhadap ilmu.

15

Implikasi Kajian Hasil daripada kajian ini telah menemui bahawa tahap sosialisasi pelajar sekolah adalah baik, sekali gus mencerminkan bahawa sekolah agama adalah berkesan dan sangat relevan dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dari aspek moral dan akademik. Kajian juga mendapati terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi sosialisasi pelajar sekolah agama. Pertama, orientasi pemikiran guru dan pihak sekolah. Kedua, penekanan seimbang antara ilmu dunia dan akhirat dan ketiga budaya persekolahan agama yang bersifat praktikal iaitu mementingkan teori dan amalan dari segi akhlak dan sahsiah. Kesemua faktor di atas mewarnai sosialisasi mereka. Tahap disiplin yang tinggi serta motivasi tinggi dalam penghayatan ilmu menjadikan pelajar sekolah agama dilihat sebagai pelajar yang baik. Bagaimanapun masih terdapat ruang-ruang kelemahan pada sekolah-sekolah agama misalnya perlu memastikan kaedah pengajaran guru dipertingkatkan untuk memastikan pencapaian sahsiah dan akademik murid di sekolah agama adalah tinggi melebihi tahap pencapaian murid di sekolah kebangsaan.

KESIMPULAN Ringkasnya, kajian ini telah memperlihatkan bahawa wujud kesan sosialisasi agama kepada murid-murid sekolah agama yang dikaji. Bagaimanapun keputusan kajian ini masih terlalu awal untuk mengesahkan bahawa tahap sosialisasi pelajar agama adalah baik. Ini kerana terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum mengeneralisasikan keputusan kajian ini. Pertama, kelemahan utama kajian ini ialah hanya melihat tahap sosialisasi hanya dari perspektif guru sekolah yang berkenaan, oleh itu ia mungkin bias. Untuk itu ia perlu dilihat dalam perspektif yang lebih luas seperti mengambil kira persepsi golongan lain seperti masyarakat umum dan ibu bapa. Selain itu kelemahan kedua kajian ini ialah perlu satu kajian perbandingan antara sekolah agama dan sekolah kebangsaan. Melalui kajian perbandingan tersebut maka pengesahan yang hakiki boleh dibuat sama ada aspek orientasi agama yang ditekankan di sekolah agama memang berjaya melahirkan pelajar yang cemerlang kedua-dua aspek rohani dan akademik. RUJUKAN Abdullah Ishak. 1995. Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Suzalie Mohamad. 2003. Memahami Isu-Isu Pendidikan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: IKIM Kementerian Pendidikan Malaysia. Perangkaan Pendidikan Malaysia 2004. Shah Alam: A G Grafik Sdn Bhd. Muhammad Yasir Abu Hassan, 2005. Pengetahuan dan Penghayatan Islam di Kalangan Pelajar: Satu Kajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah. Projek Ilmiah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Muhd Zaki, 1989. Sejarah Perkembangan Sekolah-sekolah Menengah di Pulau Pinang Tinjauan Khusus Madrasah Manabiul Ulum, Penanti. Latihan Ilmiah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Musalmah Harun, 2005. Peranan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dalam Membentuk Personaliti Remaja: Satu Kajian Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan Kangar Perlis. Tidak diterbitkan Norhafizah Shoheme, 2001. SMKA (P) Al-Mashoor: Sejarah Penubuhan Dan Perkembangan Serta Peranannya Dalam Membentuk Generasi Islam. Tidak diterbitkan Rao, C.N Shankar. 2006. Sociology:Principles of Sociology with an Introduction to social thought. New Delhi: S.Chand & Company Ltd. Robiah Sidin, 1998. “Pendidikan”, dalam Wan Hashim Wan The & Ismail hamid (peny.), Nilai Budaya Masyarakat Desa: Kajian Etnografi di Wang Kelian, Perlis, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, hlm. 5880.

16

Rokiah Abdul Rahman, 1982. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring: Satu Kajian dari Segi Sejarah Penubuhan dan Sistem Pendidikannya. Latihan Ilmiah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Shamsul Amri Baharuddin (ed.), 2001. Pembentukan Identiti: Sebuah Wacana, Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

17