STRUKTUR PENGURUSAN INOVASI JPA. Struktur tertinggi pemandu kepada
dasar dan strategi Inovasi JPA adalah. Mesyuarat Pengurusan JPA yang ...
STRUKTUR PENGURUSAN INOVASI JPA
Struktur tertinggi pemandu kepada dasar dan strategi Inovasi JPA adalah Mesyuarat Pengurusan JPA yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) dan dianggotai oleh Timbalan-timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam serta Pengarah-pengarah Bahagian. Mesyuarat ini bertanggungjawab untuk merangka dan menentukan halatuju JPA dalam aspek pembudayaan inovasi dan kreativiti di kalangan warga. Struktur Pasukan Petugas Inovasi (PPI) JPA pula dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) dan dianggotai oleh Pengarah-pengarah Bahagian di JPA. Struktur pengurusan ini akan menerajui program pembudayaan kualiti dan inovasi di JPA selaras dengan halatuju yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Pengurusan JPA. PPI akan bersidang 4 kali setahun dengan fokus membincangkan dasar dan strategi inovasi
Jabatan, memantau prestasi pelaksanaan Program Pembudayaan Inovasi dan mengkaji semula pelan dan program sedia ada bagi tujuan penambahbaikan.
Mesyuarat Pengurusan Bahagian adalah merupakan struktur tertinggi pemandu kepada dasar dan strategi Inovasi di Bahagian-bahagian. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian dan dianggotai oleh Timbalan-timbalan Pengarah Bahagian serta Ketua-ketua Cawangan dan Sektor. Mesyuarat ini bertanggungjawab untuk merangka dan menentukan halatuju Bahagian dalam aspek pembudayaan inovasi dan kreativiti di kalangan anggota Bahagian. Pasukan Kerja pula adalah merupakan struktur yang memainkan peranan penting dalam melaksanakan keputusan-keputusan yang dibuat di peringkat Mesyuarat Pengurusan Bahagian berkenaan dengan pelaksanaan program pembudayaan inovasi dan kreativiti. Struktur pelaksana ini dipengerusikan oleh seorang pegawai yang dilantik oleh Mesyuarat Pengurusan Bahagian
manakala ahli-ahlinya terdiri dari kalangan wakil Cawangan atau Sektor di Bahagian berkenaan. Kejayaan program pembudayaan inovasi dan kreativiti di sesebuah Jabatan adalah bergantung kepada komitmen dan penglibatan seluruh warganya. Oleh itu, Struktur Pengurusan Inovasi JPA yang telah diwujudkan adalah mengambil kira penglibatan seluruh warga JPA dari pihak Pengurusan Atasan JPA sehinggalah kepada komitmen Pengurusan di peringkat Bahagian dan warga JPA keseluruhannya.