TAHAP KESEDIAAN PELAJAR KEJURUTERAAN POLITEKNIK ...

38 downloads 287 Views 618KB Size Report
alatan tangan terhadap keselamatan di dalam bengkel mengikut jabatan. .... ( 1994), peraturan keselamatan di bengkel atau tempat kerja perlu diamalkan dari.
TAHAP KESEDIAAN PELAJAR KEJURUTERAAN POLITEKNIK TERHADAP KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL

ROSLENA BINTI CHE JUHAN NEGARA

Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional

Jabatan Pendidikan Teknikal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Johor

JANUARI 2012

ABTRACT

Safety is the most important key in our daily life. This study was carried out to examine the readiness of security in the lab of polytechnic engineering students. The objective of this study was to identify the readiness of the student safety in the lab of engineering course in Polytechnic Ungku Omar in terms of the attitudes, environment and skills of student using hand tools. The method used in this study was stratified random sampling method.

Sample of this study comprised 243

respondents consisting of Civil, Electrical and Mechanical Engineering students. Research instruments used were questionnaires containing 40 items questions. A path study was conducted on 30 respondents of engineering students in Polytechnic Shah Alam to see the reliability of the questionnaires items. The result of value of the reliability of a path study was 0.899. SPSS software (Statistical Package For Social Science Ver 16) was used for statistic analysis. Question number 1 and 3 were analysed by using descriptive statistic mean. The second question was used ANOVA test. The findings found the readiness of engineering course students of Polytechnic Ungku Omar in terms of attitudes, environment and skills of hand tools is at high level. The findings also found that there were significant differences skills towards the safety in the lab by the departments in terms of attitudes, environment and hand tools. While, the findings of lab safety rules practised by engineering students of Polytechnic Ungku Omar are at high level. Even though the findings shows a high level of readiness but the persons involved need to make some improvements to minimize the risk of accidents occur in the lab.

ABSTRAK

Keselamatan merupakan suatu aspek yang amat penting dalam kehidupan seharian. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji tahap kesediaan pelajar kejuruteraan Politeknik terhadap keselamatan di dalam bengkel. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kesediaan pelajar kursus kejuruteraan Politeknik Ungku Omar dari aspek sikap, persekitaran dan kemahiran penggunaan alatan tangan terhadap keselamatan di dalam bengkel. Kajian ini menggunakan kaedah pensampelan rawak berlapis. Sampel kajian terdiri daripada 243 responden yang terdiri daripada pelajar Kejuruteraan Awam, Elektrik dan Mekanikal. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik yang mengandungi 40 item soalan. Kajian rintis telah dijalankan terhadap 30 orang responden ke atas pelajar Kejuruteraan Politeknik Shah Alam untuk melihat kebolehpercayaan item-item soal selidik. Nilai kepercayaan hasil kajian rintis ialah 0.899. Perisian SPSS(Statistical Package For Social Science Ver 16) telah digunakan untuk menjalankan analisis statistik. Data analisis menggunakan statistik deskriptif yang meliputi min, peratusan, dan ujian ANOVA. Hasil dapatan kajian mendapati tahap kesediaan pelajar kursus kejuruteraan Politeknik Ungku Omar dari aspek sikap, persekitaran dan kemahiran penggunaan alatan tangan adalah pada tahap tinggi. Dapatan kajian juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek sikap, persekitaran dan kemahiran penggunaan alatan tangan terhadap keselamatan di dalam bengkel mengikut jabatan. Manakala hasil dapatan kajian bagi peraturan keselamatan bengkel yang di amalkan oleh pelajar kejuruteraan Politeknik Ungku Omar adalah pada tahap yang tinggi. Oleh itu, pihak terlibat perlulah membuat penambahbaikan bagi meminimakan risiko berlakunya kemalangan di dalam bengkel.

KANDUNGAN

JUDUL TESIS PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABTRACT ABSTRAK KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN BAB I

PENGENALAN 1.1 Pengenalan 1.2 Latar Belakang Masalah 1.3 Penyataan Masalah 1.4 Tujuan Kajian 1.5 Objektif Kajian 1.6 Persoalan Kajian 1.7 Hipotesis 1.8 Kerangka Teori 1.9 Kepentingan Kajian 1.10 Skop Kajian 1.11 Batasan Kajian 1.12 Definisi & Istilah 1.13 Rumusan

i ii iii iv v vi vii xi xiii xiv xv 1 5 8 8 9 9 10 10 11 11 12 12 14

viii

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pengenalan 2.1.1 Politeknik Kajian Lepas 2.2.1 Faktor Sikap 2.2.2 Faktor Persekitaran di Dalam Bengkel 2.2.3 Faktor Kemahiran 2.3.4 Faktor Kelengkapan Alatan tangan Keselamatan

2.2

2.3

2.3.1 Konsep Keselamatan 2.3.2 Peraturan Keselamatan

2.3.2.1 Keselamatan Diri 2.3.2.2 Keselamatan Alat dan Perkakasan 2.3.2.3 Keselamatan Persekitaran

2.4 2.5 BAB 3

Kemalangan 2.4.1 Teori Penyebab Kemalangan Rumusan

16 17 18 20 21 22 24 24 25 26 27 28 29 29 32

METODOLOGI

3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 3.8 3.9

Pengenalan RekaBentuk Kajian Populasi dan Persampelan Tempat Kajian Instrumen Kajian Pengesahan Pakar Dan Kajian Rintis Kaedah Pengumpulan Data Rangka Kerja Operasi Analisis Data 3.9.1 Analisis Deskriptif 3.9.2 Analisis ANOVA 3.10 Rumusan BAB 4

15

33 34 34 35 35 38 39 40 40 41 41 42

ANALISIS DATA

4.1 4.2

Pengenalan Bahagian A 4.2.1 Jantina Responden 4.2.2 Jabatan 4.2.3 Jumlah Penggunaan Bengkel Dalam Seminggu

4.3 Bahagian B

4.3.1

4.4 4.5

Tahap Kesediaan Pelajar Kejuruteraan Politeknik Terhadap Keselamata Di dalam Bengkel 4.3.1.1 Persoalan pertama 4.3.1.2. Persoalan Kedua Bahagian C 4.4.1. Persoalan ketiga Rumusan

43 44 44 44 45 45 46

46 49 56 56 57

ix

BAB 5

PERBINCANGAN, KESIMPULAN, CADANGAN 5.1 Pengenalan 5.2 Perbincangan 5.2.1 Sejauhmanakah tahap kesediaan pelajar

58 59 59

kursus kejuruteraan di Politeknik Ungku Omar dari aspek sikap, persekitaran dan kemahiran penggunaan alatan tangan terhadap keselamatan di dalam bengkel? 5.2.1.1 Aspek Sikap 5.2.1.2 Aspek Persekitaran 5.2.1.3 Aspek Kemahiran Penggunakan alatan tangan 5.2.2 Apakah terdapat perbezaan yang

60 61 63 65

signifikan dari aspek sikap, persekitaran dan kemahiran penggunaan alatan tangan terhadap keselamatan di dalam bengkel

5.3

mengikut jabatan 5.2.2.1 Aspek Sikap 5.2.2.2 Aspek Persekitaran Bengkel 5.2.2.3 Aspek Kemahiran Penggunaan

65 66 67

Alatan Tangan 5.2.3 Adakah peraturan keselamatan diamalkan

68

semasa menjalan amali bengkel? Cadangan 5.3.1 Pihak Politeknik 5.3.2

5.4 5.5

RUJUKAN

Pihak Pensyarah

Cadangan Kajian Lanjutan Rumusan

69 70 70 71 72 73

x

SENARAI JADUAL

BIL

TAJUK

MUKA SURAT

1.1

Kes kemalangan maut yang dilaporkan mengikut sektor (2007-2010)

5

1.2

Rekod Kemalangan Bengkel Institusi Pengajian

7

1.3

Tinggi di Malaysia Rekod Kemalangan Bengkel di politeknik Setempat

7

dan Luar Negara 2.1

Peraturan Keselamatan Diri

3.1

Bilangan pelajar semester akhir (semester 6)

3.2

26

Diploma Kejuruteraan Elektrik, Awam, dan

35

Mekanikal di Politeknik Ungku Omar Bahagian di dalam instrument Kajian

36

xi

3.3

Bilangan item soal selidik

37

3.4 3.5

Skala Likert Interpretasi skor Alpha Cronbach

38 39

3.6

Analisis Data berdasarkan setiap Persoalan Kajian

41

4.1

Taburan bilangan dan peratus responden mengikut jantina

44

4.2

Bilangan responden mengikut jabatan

45

4.3

Jumlah Penggunaan bengkel dalam seminggu

45

4.4

Skor min bagi tahap kesediaan pelajar Kejuruteraan

46

4.5

Politeknik Analisis skor min bagi aspek sikap

47

4.6

Analisis skor min bagi aspek persekitaran

48

4.7

Analisis skor min bagi aspek kemahiran penggunaan

48

4.8

alatan tangan Analisis skor min bagi aspek sikap, persekitaran dan

49

kemahiran pengunaan alatan tangan terhadap 4.9

keselamatan di dalam bengkel Skor Min bagi aspek sikap mengikut jabatan

50

4.10

Anova sehala perbandingan aspek sikap mengikut

50

4.11

jabatan Ujian Post Hoc (Tukey) dari aspek sikap mengikut

51

4.12

jabatan Skor Min bagi aspek persekitaran mengikut jabatan

52

4.13

Anova sehala perbandingan aspek persekitaran

52

terhadap keselamatan di dalam bengkel mengikut 4.14

jabatan Ujian Post Hoc (Tukey) dari aspek persekitaran

53

4.15

mengikut jabatan Skor min bagi aspek kemahiran penggunaan alatan

54

4.16

tangan mengikut jabatan Anova sehala perbandingan aspek kemahiran

54

4.17

penggunaan alatan tangan mengikut jabatan Ujian Post Hoc (Tukey) dari aspek kemahiran

55

penggunaan alatan tangan mengikut jabatan

xii

4.18

Analisis skor min bagi Peraturan Keselamatan

56

Bengkel

SENARAI RAJAH

BIL

TAJUK

MUKA SURAT

1.1 2.1 3.1 3.2

Kerangka Teori Struktur Teori Domino Heinrich Kerangka Kerja Operasi Konsep ujian ANOVA

10 30 40 42

xiii

SENARAI SINGKATAN

NOISH

- National Institute for Occupational Safety and Health

PTV

- Pendidikan Teknik dan Vokasional

OSHA

- Occupational Safety and Health Administration

JKKP

- Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

IPT

- Institusi Pengajian Tinggi

SPSS

- Statistical Package for the Sosial Science Version 16

xiv

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN

TAJUK LAMPIRAN

MUKA SURAT

A

Jadual Krejcie, R.V. and Morgan

82

B

Soal Selidik

84

C

Pengesahan Soal Selidik

91

D

Surat Kebenaran Menjalankan Kajian

92

E

Analisis Kajian Rintis

93

F

Demografi

96

G

Analisis Skor Min Item

98

H

Analisis Ujian ANOVA

101

I

Carta Gantt

108

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Di dalam perkembangan teknologi industri yang semakin maju, Negara memerlukan banyak pekerja mahir dan faham tentang penggunaan alat dan mesin yang canggih. Oleh itu, pelajar adalah generasi akan datang memainkan peranan penting kearah merealisasikan teknologi berasaskan peralatan mesin dan automasi yang canggih.

Pendidikan Teknik dan Vokasional sebenarnya menyediakan landasan alternatif yang baik bagi para pelajar merealisasikan potensi mereka. Bagi membolehkan mereka mendapat pendidkan teknikal dan latihan vokasional, kemudahan pendidikan teknik dan Latihan vokasional akan dipertingkatkan (Rancangan Malaysia Ke -10)

2

Sehubungan dengan itu, untuk melatih dan membentuk tenaga kerja yang diperlukan ke arah Negara perindustrian, maka pelajar perlu dilatih supaya mempunyai sikap kerja yang betul dan mempunyai nilai-nilai positif seperti berdisiplin, tekun dan dedikasi. Industri yang berteknologi adalah memerlukan tenaga kerja yang berdisiplin, yang dilengkapi dengan asas kemahiran yang lebih luas serta mempunyai budaya dan etika kerja yang positif. Dalam usaha ini, pihak Kementerian Sumber Manusia berhasrat menjadikan Malaysia sebuah negara yang selamat untuk bekerja. Sasaran kementerian adalah untuk menurunkan kadar kes kemalangan industri kepada 3.5 peratus kes menjelang 2020. Kadar tersebut adalah menyamai kadar kes kemalangan bagi negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat. Sehingga ini tahun 2005, negara kita telah mencatatkan statistik kemalangan yang dilaporkan di sekitar 5.6 peratus (Bakar, 2007). Kebanyakkan pekerja industri kini tidak mementingkan aspek keselamatan semasa berada di tempat kerja. Menurut Thye (2009), aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia masih ketinggalan berbanding negara maju meskipun jumlah kemalangan industri menunjukkan penurunan ketara. Walaupun berjaya mencapai kadar 6.5 kes kemalangan bagi setiap 1,000 pekerja pada 2008 namun ia masih tinggi berbanding negara maju seperti Sweden dan Norway yang merekodkan hanya dua atau tiga kes setahun bagi setiap 1,000 pekerja. Menurut Kementerian Sumber Manusia (2010) , undang-undang keselamatan dan kesihatan ketika ini hanyalah peraturan dalaman dan oleh itu banyak syarikat tidak mengambil berat untuk memberikan perhatian terhadap aspek tersebut. Sebagai contoh katanya, sesetengah pekerja tidak dibekalkan dengan topi keledar keselamatan atau tidak memasang tali pinggang bagi pekerja yang bekerja di bangunan tinggi. Pekerja juga tidak diajar tentang langkah berjaga-jaga yang harus diambil apabila bekerja di tempat berbahaya, yang boleh mengakibatkan kemalangan. Sesungguhnya keselamatan pekerja mempunyai kaitan rapat dengan produktiviti. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH) Basri, (2010) menyatakan satu jawatankuasa akan dibentuk untuk mencari kaedah terbaik agar kemalangan melibatkan pekerja dapat dikurangkan

3

Menurut Sarip (2002), politeknik merupakan salah satu institusi pengajian yang melahirkan tenaga kerja separuh mahir terutamanya di dalam bidang kejuruteraan di dalam pelbagai disiplin. Bagi mengeluarkan bakal-bakal profesional ini kemahiran yang tinggi dalam latihan teknikal amatlah diperlukan. Di dalam melahirkan pelajar-pelajar yang berkemahiran tinggi pada kebiasaannya mereka akan lebih kerap menggunakan bengkel bagi latihan amali mereka. Ini adalah untuk memantapkan lagi ilmu yang dimiliki oleh pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Akan tetapi aspek keselamatan hendaklah diutamakan supaya dapat menyahut seruan kerajaan supaya dapat melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam bidang teknikal. Politeknik menekankan dua aspek pengajian iaitu teori dan amali. Di samping menimba ilmu dalam pendidikan amali, perkara yang perlu dititik beratkan dan diberi perhatian oleh pelajar ialah tentang keselamatan, alatan dan mesin serta persekitaran tempat kerja kerana setiap pelajar akan terlibat dengan penggunaan pelbagai kelengkapan bengkel seperti alatan tangan dan mesin dan sekaligus mendedahkan mereka kepada risiko kemalangan. Menurut Hamdan (1994), keselamatan merupakan satu aspek yang paling penting dalam pengendalian bengkel mahupun makmal. Semua yang terlibat dalam perkerjaan makmal mestilah mengutamakan keselamatan diri, tempat bekerja, persekitaran dan orang lain yang bekerja bersama mereka. Pada hari ini, setiap individu yang bekerja di makmal mestilah diberikan peringatan, panduan, tatacara dan pengetahuan untuk mengendalikan makmal dan melakukan uji kaji dengan selamat. Keselamatan bengkel adalah aspek yang perlu menjadi fokus utama di dalam melakukan kerja-kerja amali ketika berada di dalam bengkel. Ianya hendaklah dititik beratkan bukan sahaja ketika melakukan kerja-kerja amali malahan pada bila-bila masa sahaja ketika pelajar berada di dalam bengkel. Keselamatan boleh dianggap sebagai suatu kebiasaan atau sebagai satu bentuk sikap yang positif. Ianya tidak akan lahir dengan sendiri kecuali manusia itu sendirilah yang membentuknya sama ada hendak menganggapnya sebagai keutamaan ataupun tidak. Menurut Bakar (1994), peraturan keselamatan di bengkel atau tempat kerja perlu diamalkan dari semasa ke semasa. Untuk mengelakkan kemalangan dan kecelakaan, seseorang harus sedar dan bertanggungjawab.

4

Dalam pendidikan teknik dan vokasional, pelajar-pelajar dikehendaki menggunakan banyak mesin-mesin berkuasa tinggi dan alatan tangan yang tajam dan merbahaya (Buhari, 2008). Oleh itu, pendidikan keselamatan perlu ditekankan kepada pelajar yang beraliran teknik dan vokasional, yang mana sesi pengajaran dan pembelajarannya lebih banyak dilakukan di dalam bengkel. Ia bagi menjamin keselamatan diri pelajar, keselamatan orang sekeliling, keselamatan alatan dan mesin serta keselamatan persekitaran bengkel itu sendiri. Semasa melakukan kerja amali, pelajar akan terdedah dengan pelbagai bahaya terutamanya semasa melakukan aktiviti menyediakan bahan untuk projek amali, ketika mengendalikan pelbagai jenis alatan yang tajam dan mesin berkuasa tinggi dan juga ketika menjalani proses pembelajaran di dalam bengkel. Beberapa aspek yang lain seperti sistem pengudaraan bengkel, pencahayaan dan keselesaan susun atur bengkel juga perlu diambil kira. Kemalangan boleh berlaku dimana-mana dan pada bila-bila masa. Oleh itu, pelajar harus menitikberatkan kefahaman dan amalan keselamatan terhadap diri, alatan dan mesin serta persekitaran tempat kerja semasa berada di dalam bengkel (Buhari, 2008). Kemalangan tidak dapat dielakkan namun dapat dikurangkan atau dicegah sekiranya semua pihak yang terlibat dalam pengurusan bengkel bekerjasama dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab supaya peraturan keselamatan bengkel dapat difahami dan diamalkan oleh semua pelajar. Untuk memenuhi keperluan sektor industri, pelajar-pelajar akan didedahkan dengan pelbagai bidang kemahiran dan pengetahuan. Pelajar-pelajar ini juga dilatih bagaimana hendak menggunakan peralatan tangan serta pengendalian mesin. Dalam usaha mempelajari dan memenuhi semua kemahiran ini, pelajar bukan sahaja berdepan dengan kemungkinan berlakunya kesilapan dan kegagalan tetapi juga akan menghadapi pelbagai risiko kecuaian dan kemalangan yang boleh berlaku pada bilabila masa. Kemalangan yang terjadi di dalam bengkel bukan sahaja akan mengakibatkan kerosakan harta benda dan kecederaan anggota badan manusia malah boleh membawa maut. Oleh itu, pelajar seharusnya menggunakan kemudahan yang ada di dalam bengkel dengan menjaga keselamatan diri dan juga orang lain. Kesedaran terhadap keselamatan perlu ditanamkan kepada setiap pelajar supaya sikap mementingkan

5

keselamatan ini dapat di amalkan semasa membuat kerja-kerja amali di sekolah dan seterusnya diamalkan setelah memasuki ke alam pekerjaan (Azhar, 2008).

1.2

Latar Belakang Masalah

Keselamatan ditakrifkan sebagai satu keadaan bebas daripada kecederaan, ketakutan, kesakitan atau kehilangan yang mana ia memerlukan tindakan yang sewajarnya daripada semua pihak (Loganathan, 2008). Walaupun beberapa usaha telah dibuat, namun kemalangan bengkel masih lagi berlaku terutamanya ketika menjalankan kerja-kerja amali di bengkel. Kemalangan yang terjadi biasanya boleh mengakibatkan luka, kecacatan anggota dan kehilangan nyawa. Jadual 1 dibawah menunjukkan kes kemalangan maut yang dilaporkan mengikut sektor dari tahun 2007-2010. Merujuk kepada jadual 1, sektor yang paling tinggi mencatat kemalangan maut ialah pada sektor pembinaan, di ikuti dengan sektor Pengilangan, Pertanian, Kemudahan dan yang terakhir ialah Perlombongan. Bukan itu sahaja, sektor pembinaan juga mencatat kes kemalangan maut yang paling tinggi pada setiap tahun. Daripada jumlah yang dicatatkan, didapati kadar kemalangan yang berlaku di industri walaupun tidak mengerunkan tetapi amatlah perlu untuk disifarkan jika berkemampuan. Jadual 1.1: Kes kemalangan maut yang dilaporkan mengikut sektor (2007-2010) (Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (2007-2010)) 2007

2008

2009

2010

Jumlah

Pengilangan

63

76

63

75

277

Perlombongan Pembinaan Kemudahan

9 95 10

6 72 19

3 71 23

1 85 11

19 323 63

Implikasi dari perkembangan industri yang semakin meningkat maju. Negara memerlukan lebih ramai pekerja mahir dan mempunyai kefahaman yang tinggi mengenai amalan keselamatan. Dengan menjadikan aspek keselamatan sebagai perkara yang utama ianya dapat meningkatkan budaya kerja selamat dan terjamin.

6

Oleh itu, menurut Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NOISH), Thye (2010), pihak majikan di negara ini disarankan supaya meningkatkan pendedahan mengenai Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) kepada pekerja bagi mengurangkan risiko kemalangan berkaitan tempat kerja. Mengutamakan kepentingan keselamatan berkait rapat dengan individu yang melakukan kerja, penggunaan peralatan serta mesin dan tempat kerja itu sendiri serta orang awam. Justeru, Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia dipertanggungjawabkan untuk menerapkan budaya kerja yang selamat bagi memastikan aspek keselamatan dan kesihatan sentiasa terjamin. Ini bertujuan untuk melatih para pelajar menceburi alam pekerjaan serta mendedahkan mereka kepada suasana kerja yang bakal mereka tempuhi semasa bekerja kelak (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Kebanyakan kemalangan berlaku adalah disebabkan oleh kecuaian manusia sendiri dan jarang sekali berlaku dengan sendirinya. Menurut Kementerian Sumber Manusia (2010), satu jawatankuasa akan dibentuk yang akan bertindak untuk mengumpul data dan melaksanakan pelbagai program dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan membabitkan pekerja. Oleh itu, kesedaran berhubung amalan keselamatan terhadap diri sendiri, penggunaan alatan dan mesin serta persekitaran tempat kerja perlu ditanamkan kepada setiap pelajar seawal di bangku sekolah lagi. Ini adalah kerana segala amalan yang baik ketika melakukan kerja di bengkel sekolah akan dapat diamalkan setelah memasuki alam pekerjaan kelak. Kemalangan juga turut berlaku dikalangan pelajar kejuruteraan di sekolah mahupun di pusat institusi pengajian tinggi. Mereka tidak terlepas dari bahaya kemalangan semasa bekerja di dalam bengkel amali. Ini kerana mereka turut menggunakan mesin-mesin, alatan tangan dan bahan yang boleh membawa bahaya kepada mereka sekiranya tidak dikendalikan dengan betul. Ini bermakna secara dasarnya pelajar kursus kejuruteraan di Malaysia sepatutnya mempunyai pengetahuan asas mengenai aspek-aspek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Jadual 2 menunjukkan rekod kemalangan bengkel di sebuah Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia.

7

Jadual 1.2: Rekod Kemalangan Bengkel Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia (Mesyuarat jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan Universiti Bil 1/2010) Tempat IPTA (UTHM) IPTA (UTHM) IPTA (UTHM) IPTA (UTHM)

Bengkel Makmal Kayu Makmal Konkrit Makmal Polimer dan Seramik Makmal JalanRaya

Jenis Kecerderaan Patah Kaki akibat dihempap mesin Kaki cedera dan pengsan (kaki terkena kiub konkrit) Cedera pada Peha & kaki( ditimpa acuan membuat seramik) Luka di jari (Tidak Mengenakan pin keselamatan yang terdapat di mesin pemampat

Tahun 2009 2009 2009

2010

Kemalangan ini melibatkan pelajar-pelajar kejuruteraan yang meliputi kursus pendidikan Kejuruteraan Awam dan Kejuruteraan Mekanikal sepanjang tahun 20092010. Walaupun pelbagai usaha telah dibuat, namun masih lagi berlaku kemalangan di dalam bengkel terutamanya sewaktu sedang berlangsungnya aktiviti pembelajaran amali. Kemalangan yang terjadi biasanya boleh mengakibatkan kecederaan sama ada serius atau ringan, kecacatan anggota dan ada kalanya boleh membawa maut.

Jadual 1.3: Rekod Kemalangan Bengkel di Politeknik Setempat dan Luar Negara Tempat Bay of Plenty ,Tauranga (New Zealand) Politeknik (PUO) Politeknik (PUO)

Bengkel Bengkel kayu

Bengkel kimpalan Bengkel Mesin

Jenis Kecerderaan Putus ibu jari kiri, menderita akibat kerosakan saraf pada telapak tangan kiri Tangan Melecur (Terkena besi panas) Kepala cedera (terkena besi pengetat bindu)

Tahun 2009

2010 2010

Jadual 3 menunjukkan rekod kemalangan bengkel di politeknik setempat dan Luar Negara. Kebanyakan kemalangan yang berlaku di politeknik tidak didedahkan kepada media berikutan menjaga reputasi dan nama baik politeknik. Pada tahun 2009, Di Bay of Plenty, Tauranga misalnya, seorang pelajar kejuruteraan awam putus ibu jari kiri serta menderita akibat kerosakan saraf akibat terkena mesin pemotong kayu . Bukan itu sahaja, terdapat juga kes kemalangan bengkel di dalam negara, pada tahun 2010 dimana seorang pelajar melecur tangan akibat terkena besi

8

panas semasa melakukan kerja kimpalan. Kejadian tersebut berlaku di Politeknik Ungku Omar. Ini jelas menunjukan bahawa kesedaran terhadap amalan keselamatan semasa di dalam bengkel masih rendah di kalangan para pelajar politeknik.

Walaupun

pelbagai usaha telah dibuat, namun masih lagi berlaku kemalangan di dalam bengkel sewaktu sedang berlangsungnya aktiviti pembelajaran amali.

1.3

Penyataan Masalah

Keselamatan merupakan suatu aspek yang amat penting dalam kehidupan seharian. Dalam melahirkan pekerja yang mempunyai amalan kerja yang sihat serta selamat, pendidikan yang sewajarnya perlu diberikan kepada pelajar supaya ilmu yang dipelajari akan dapat diserap dan menjadi amalan mereka pada setiap masa dan pada masa akan datang. Peristiwa kemalangan bengkel yang berlaku di pusat pengajian tinggi dan politeknik menunjukkan kesedaran pelajar- pelajar terhadap kepentingan keselamatan di dalam bengkel masih lagi lemah walaupun kita sudah berada di alaf baru. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap kesediaan pelajar kursus kejuruteraan Awam, Elektrik dan Mekanikal terhadap keselamatan di dalam bengkel Politeknik Ungku Omar dari aspek sikap, persekitaran dan kemahiran menggunakan alatan tangan.

1.4

Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti tahap kesediaan pelajar kejuruteraan Elektrik, Awam dan Mekanikal terhadap keselamatan bengkel dari aspek sikap, persekitaran dan kemahiran menggunakan alatan tangan dan mesin.

9

1.5

Objektif Kajian

Objektif kajian yang dijalankan adalah :

(i)

Mengenalpasti tahap kesediaan pelajar kursus kejuruteraan Politeknik Ungku Omar dari aspek sikap, persekitaran dan kemahiran penggunaan alatan tangan terhadap keselamatan di dalam bengkel.

(ii)

Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara kesediaan pelajar dari aspek sikap, persekitaran dan kemahiran penggunaan alatan tangan terhadap keselamatan di dalam bengkel mengikut jabatan.

(iii)

Mengenalpasti kepatuhan pengamalan peraturan keselamatan semasa menjalani amali bengkel.

1.6

Persoalan Kajian

Untuk mencapai objektif kajian, penyelidik telah mengariskan tiga persoalan kajian iaitu:

i.

Sejauhmanakah tahap kesediaan pelajar kursus kejuruteraan Politeknik Ungku Omar dari aspek sikap, persekitaran dan kemahiran penggunaan alatan tangan terhadap keselamatan di dalam bengkel?

ii. Apakah terdapat perbezaan yang signifikan antara kesediaan pelajar dari aspek sikap, persekitaran dan kemahiran penggunaan alatan tangan terhadap keselamatan di dalam bengkel mengikut jabatan.

iii. Adakah peraturan keselamatan diamalkan semasa menjalani amali bengkel?

10

1.7

1.7.1

Hipotesis

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kesediaan pelajar dari aspek sikap, persekitaran dan kemahiran penggunaan alatan tangan terhadap keselamatan di dalam bengkel mengikut jabatan. (i)

Ho1:

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kesediaan pelajar dari aspek sikap terhadap keselamatan di dalam bengkel mengikut jabatan.

(ii)

Ho2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kesediaan pelajar dari aspek persekitaran terhadap keselamatan di dalam bengkel mengikut jabatan.

(iii) Ho3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kesediaan pelajar dari aspek kemahiran penggunaan alatan tangan terhadap keselamatan di dalam bengkel mengikut jabatan.

1.8

Kerangka Teori

Input

Proses

Output

Kesediaan Pelajar Sikap Kesan dan Sumbangan

Pelajar

Peraturan Keselamatan Bengkel

Rajah 1.1 : Kerangka Teori

Persekitaran

Kemahiran penggunaan alatan tangan

11

Rajah 1.1 menunjukkan kesediaan pelajar terhadap keselamatan di dalam bengkel. Para pelajar harus sedar bahawa peraturan keselamatan amat penting untuk difahami dan diketahui. Budaya kerja yang selamat yang diamalkan ketika melakukan kerja amali di bengkel akan membawa kesan baik kepada diri sendiri, orang di sekeliling serta harta benda. Hasil daripada kesediaan pelajar dalam mengamalkan peraturan keselamatan bengkel, ia menghasilkan kesan dan sumbangan kepada pelajar sendiri. Kesan ini mewujudkan sikap pelajar yang mementingkan amalan keselamatan, menjaga dan mewujudkan persekitaran bengkel yang selamat, serta mempraktikkan kemahiran menggunakan alatan tangan. Sikap yang baik yang selari dengan peraturan akan dapat menjadikan suasana kerja di bengkel selamat dan bebas daripada risiko kemalangan. Kekemasan dan kebersihan di tempat kerja bukan sahaja dapat menjauhi kemalangan tetapi juga dapat mempertingkatkan kecekapan bekerja. Dengan kemahiran yang diterapkan akan dapat membantu pelajar memperoleh hasil kerja yang baik dan dapat mengelak daripada berlakunya kecederaan. Dengan ini, tahap keselamatan dapat ditingkatkan serta dapat mengurangkan kemalangan yang berlaku di dalam bengkel.

1.9

Kepentingan Kajian

Dalam merealisasikan proses pembangunan modal insan yang merangkumi keterampilan dalam pelbagai aspek, amatlah diharapkan dapatan kajian ini akan dapat memberi impak yang besar terhadap perkembangan Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia dan seterusnya menyediakan latihan dan peluang kepada pelajar-pelajar untuk peringkat separa profesional dalam bidang teknikal melalui insitusi pendidikan yang dipertanggungjawabkan seperti sekolah vokasional, politeknik, institusi latihan, universiti dan sebagainya. Bidang pengajian yang mantap perlu mengambil kira perkembangan dan keperluan semasa bagi memastikan kualiti pengajian yang tinggi (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Keselamatan merupakan suatu perkara asas yang bukan hanya perlu diterapkan ketika melakukan kerja-kerja amali di bengkel ketika belajar tetapi juga penting untuk diamalkan serta dipraktikkan semasa di alam pekerjaan.

12

(i)

Meningkatkan budaya kerja yang lebih baik, serta menerapkan kesedaran tentang betapa pentingnya amalan keselamatan semasa melakukan kerja amali di dalam bengkel.

(ii)

Memberikan sumbangan kepada tenaga pengajar yang terlibat sebagai garis panduan dalam mempertingkatkan lagi peraturan-peraturan dan amalan keselamatan sedia ada dan seterusnya membimbing pelajar mengamalkan budaya kerja yang selamat.

1.10

Skop Kajian

Kajian ini hanya memfokuskan tahap kesediaan pelajar kursus kejuruteraan awam, elektrik dan mekanikal dari aspek :

(i)

Sikap pelajar

(ii)

Persekitaran

(iii)

Kemahiran penggunaan alatan tangan

(iv)

Peraturan Keselamatan Bengkel

1.11

Batasan Kajian

Kajian akan dibuat ke atas pelajar kejuruteraan daripada Jabatan Awam, Elektrik dan Mekanikal di Politeknik Ungku Omar, Perak yang menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di bengkel amali. Kajian akan difokuskan kepada pelajar diploma kejuruteraan semester 6 .

1.12 (i)

Definisi & istilah Keselamatan

13

(ii)

Sebagai satu keadaan bebas daripada kecederaan, ketakutan, kesakitan atau kehilangan yang mana ia memerlukan tindakan yang sewajarnya daripada semua pihak (Loganathan, 2008).

(iii)

Sikap

Sikap merupakan perasaan suka atau tidak suka kepada objek, manusia, idea atau persekitaran (Loganathan, 2008). (iv)

Persekitaran

Menurut Khalid (2002), adalah perihal sekeliling di mana ia juga berkaitan dengan suasana, keadaan di sekeliling ataupun sesuatu keadaan. Persekitaran merujuk kepada keadaan ruang kerja amali di dalam bengkel sama ada pengudaraan, pencahayaan dan kebersihan berada dalam keadaan baik dan selesa untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. (v)

Kemahiran

Kemahiran bermaksud kebolehan mental, sosial atau fizikal yang diperolehi daripada hasil amalan dan latihan yang berulang dan berterusan (Azad, 2003). Menerusi kajian ini, kemahiran boleh di takrifkan sebagai suatu kebolehan untuk melakukan suatu garak kerja tertentu yang dipraktikakan oleh para pelajar di dalam bengkel amali. (vi)

Kemalangan

Sebagai sesuatu peristiwa yang tidak diduga/dirancang berlaku dalam satu urutan kejadian atau melalui satu kombinasi penyebab-penyebab. Ia mengakibatkan kecederaan fizikal, penyakit kepada individu, kerosakkan harta benda, kehilangan, pengelakkan (near-miss) atau mana-mana kombinasi kesan-kesan tersebut. (vi)

Bengkel

Menurut kamus dewan (2004), bengkel bermaksud tempat membuat atau membaiki sesuautu misalnya mesin. Bengkel adalah tempat khusus untuk menjalankan kerja-

14

kerja amali yang dilengkapi kemudahan peralatan-peralatan bagi menjalankan kerjakerja amali di dalam bengkel.

(vii)

Makmal

Merupakan tempat untuk mengadakan percubaan atau pemyelidikan sesuatu yang berhubung dengan ilmu sains (Hamdan, 1994). Makmal yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah makmal-makmal kejuruteraan.

(viii) Pelajar Pelajar ditarifkan sebagai orang yang belajar (seperti murid sekolah, penuntut di maktab, dan sebagainya), orang yang mengaji (menyelidiki ilmu).

(ix)

Politeknik

Politeknik adalah sebuah institusi pengajian awam yang dibangunkan oleh KPTM di seluruh negara bagi melahirkan tenaga separa profesional dalam pelbagai bidang teknikal dan vokasional bagi memenuhi permintaan tenaga kerja di Malaysia. Politeknik menawarkan pelbagai kusus di peringkat sijil dan diploma untuk memberi pengiktirafan dan kelayakan bekerja kepada pelajarnya

1.13

Rumusan

Keselamatan bengkel adalah aspek yang perlu menjadi fokus utama di dalam melakukan kerja-kerja amali ketika berada di dalam bengkel. Ianya hendaklah dititik beratkan bukan sahaja ketika melakukan kerja-kerja amali malahan pada bila-bila masa sahaja ketika pelajar berada di dalam bengkel. Keselamatan bermaksud keadaan terlindung daripada masalah fizikal, sosial, kewangan, politik, perasaan, pekerjaan, psikologi, pelajaran dan perkara-perkara lain yang melibatkan kerosakan atau kejadian yang tidak diingini. Ini juga termasuk dalam konteks terlindung daripada sesuatu malapetaka atau kejadian yang berkaitan dengan kesihatan dan ekonomi.

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

Kajian literatur didefinisikan sebagai membuat rujukan secara kritikal dan sistematik ke atas dokumen-dokumen yang mengandungi maklumat, idea, dan data. Kajiankajian lepas yang berkaitan dengan tajuk dibincangkan satu persatu mengikut faktor yang dikaji. Perihal yang dibincangkan turut disokong oleh pendapat, pandangan serta teori-teori daripada tokoh-tokoh yang menguasai bidang-bidang yang berkenaan. Perkara-perkara yang dibincang secara jelas adalah seperti berikut :

(i)

Politeknik

(ii)

Kajian Lepas

(iii)

Keselamatan

(iv)

Kemalangan

16

2.1.1

Politeknik

Pendidikan di Politeknik mula diperkenal di Malaysia melalui penubuhan politeknik pertamanya, Politeknik Ungku Omar di Ipoh di bawah United Nations Development Plan pada tahun 1969. Pendidikan ini diperkukuhkan dengan perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai pendidikan pada tahun 1979 dan Pelan Induk Perindustrian Kebangsaan pertama (1985–1995). Bagi mengukuhkan peranan Politeknik dalam bidang pendidikan dan latihan, Jemaah Menteri pada 20 November 2009 telah menimbang Memorandum dari Menteri Pengajian Tinggi No. 871/2670/2009 dan bersetuju dengan Hala Tuju Transformasi Politeknik yang melibatkan empat teras berikut: (i)

Memperkasa Politeknik ke arah menjadi pilihan yang setanding dengan universiti awam yang lain.

(ii)

Membangunkan program pengajian dan penyelidikan dalam bidang tujahan yang bertunjangkan kekuatan di setiap Politeknik.

(iii)

Memperkasa warga Politeknik dengan pengetahuan dan kemahiran tinggi.

(iv)

Membina imej bereputasi tinggi dan budaya kerja cemerlang.

Sejajar dengan hala tuju transformasi Politeknik ini, maka Politeknik memainkan peranan yang penting untuk melahirkan individu yang berkemahiran bagi membolehkan seorang pekerja yang produktif, rasional, dan cekap. Kewujudan pendidikan teknik dan vokasional adalah salah satu faktor penyumbang bagi menyediakan sumber tenaga bagi keperluan sektor industri. Mereka dilatih dengan pelbagai bidang kemahiran dan pengetahuan. Pelajar-pelajar ini juga diajar bagaimana untuk menggunakan peralatan tangan dan pengendalian mesin. Memandangkan betapa pentingnya latihan kemahiran dalam PTV yang dilaksanakan di dalam latihan kemahiran amnya dan amali bengkel khasnya, maka aspek-aspek latihan ini haruslah di rancang dan diawasi dengan baik supaya matlamatnya tercapai. Aspek keselamatan bengkel haruslah dititikberatkan untuk

17

mewujudkan persekitaran amali yang baik dan mengelakkan daripada berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini semasa uji kaji dijalankan (Hamdan, 1994). Penglibatan pelajar terhadap penggunaan mesin semasa melakukan kerja amali mendedahkan pelajar kepada risiko kemalangan diri sendiri mahupun orang lain. Menurut Laney (1982) lazimnya sikap cuai, tak peduli atau tidak mengambil berat perkara yang berkaitan dengan keselamatan serta berdiplin kerja yang lemah merupakan punca kejadian kemalangan. Bersikap positif, kesedaran dan keprihatinan terhadap amalan keselamatan dapat memastikan keselamatan terjamin. Aspek keselamatan ini amat berkait rapat dengan kemalangan. Kepentingan mengenai keselamatan melibatkan individu yang menjalankan kerja amali, penggunaan peralatan dan persekitaran tempat kerja. Kefahaman dan kesedaran tentang kepentingan perlu dipupuk dan dipraktikkan oleh semua pihak. Budaya kerja yang selamat yang diamalkan ketika melakukan kerja amali di sekolah akan membawa kesan baik apabila ia di bawa ke alam pekerjaan.

2.2

Kajian Lepas

Amalan keselamatan amat penting dalam alam pekerjaan. Tidak kira di mana saja berada, aspek keselamatan tidak boleh di abaikan. Pendek kata, amalan keselamatan amat dititikberatkan. Pihak berkuasa yang mengawasi sesuatu kerja dan mempunyai kuasa untuk menghentikan kerja-kerja yang dilakukan sekiranya prosedur keselamatan diabaikan. Pelbagai langkah dan tindakan telah diambil oleh syarikat-syarikat berhubung aspek-aspek keselamatan ini kerana masing-masing menyedari akan kepentingan aspek keselamatan dalam industri. Jika dilihat di peringkat antarabangsa juga dilaporkan bahawa terdapat banyak juga syarikat-syarikat yang menyertai programprogram anjuran Occupational Safety and Health Administration (OSHA) sebagai tanda menyedari pentingnya mereka mengikuti program-program keselamatan (Charles, 2007).

18

Di Malaysia misalnya, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) adalah merupakan agensi Kerajaan yang telah diberi untuk mentadbir dan menguatkuasakan perundangan yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di negara ini. Dalam hal ini, JKKP adalah komited untuk memberikan perlindungan dalam hal yang berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada semua orang yang bekerja dan persekitarannya. Tambahan pula keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang bekerja adalah satu aspek yang sentiasa diberi penekanan oleh pihak kerajaan bagi memastikan suasana tempat kerja adalah kondusif dan hasil keluaran dapat dibuat secara produktif dan berkualiti (Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerja, 2011 ). Jika diperhatikan, sebahagian besar pekerja di sektor perindustrian dan pembinaan amat terdedah dengan bahaya di persekitaran tempat kerja mereka. Pelbagai jenis bahaya yang mengancam pekerja. Antaranya bahaya yang mengancam kesihatan, nyawa, harta benda dan sebagainya. Oleh kerana ini, dapat dilihat bahawa aspek keselamatan amat penting dalam situasi pekerja. Bermula daripada proses pendidikan, suasana kerja amali yang selamat amat penting dalam menghasilkan suasana pembelajaran yang berkualiti di sekolahsekolah mahupun institusi-institusi Pengajian Tinggi (IPT). Aspek keselamatan bengkel pula haruslah dititiberatkan oleh pihak pengurusan bengkel untuk memastikan segala aktiviti di bengkel dilakukan dengan selamat. Amalan keselamatan ini perlu ditekankan oleh guru, pensyarah mahupun juruteknik kepada pelajar-pelajar dalam memastikan amali yang dijalankan dengan selamat. Melalui penegasan kepentingan amalan-amalan keselamatan ini, kadar kemalangan di bengkel dapat dikurangkan, seterusnya menjadikan bengkel sebagai zon kemalangan sifar.

2.2.1

Faktor Sikap

Pengetahuan tentang aspek sikap pelajar adalah amat perlu diambil perhatian oleh para pelajar. Sikap boleh mempengaruhi setiap gerak kerja yang dilakukan oleh pelajar. Sikap yang baik yang selari dengan peraturan akan dapat menjadikan

19

suasana kerja di bengkel selamat dan bebas daripada risiko kemalangan. Menurut Mustapha (2000), punca yang menyebabkan kemalangan ialah kelalaian oleh pihak pentadbir dan pengurus serta pelajar dan juga kegagalan peralatan yang digunakan. Sikap lalai ini boleh mengakibatkan kemalangan berlaku. Oleh yang demikian sikap yang sedemikian perlu dihapuskan dalam usaha mensifarkan kemalangan di bengkel. Menurut John (2001), sifat-sifat yang tidak baik pada manusia seperti kecuaian, degil, sambil lewa dan lain-lain lagi boleh menyebabkan kesilapan dan kemalangan. Dengan mengetahui aspek mana yang perlu diberi lebih perhatian, strategi untuk menghapuskan risiko kemalangan akan menjadi lebih mudah. Untuk mengurangkan kemalangan di dalam industri yang berpunca daripada kesilapan manusia , majikan mesti memperingkatkan para pekerjanya bahawa kemalangan boleh berlaku bila-bila masa. Untuk mencegahnya pihak majikan mestilah membentuk satu budaya kerja yang lebih selamat dan praktikal untuk pekerjanya. Disamping itu juga perlu mewujudkan kesedaran tentang pentingnya langkah-langkah keselamatan semasa bekerja. Sikap pelajar yang tidak ambil berat tentang amalan keselamatan dan sikap acuh tak acuh terhadap tugas atau kerja boleh mendatangkan bahaya kepada diri dan juga rakan sekerja (Buhari, 2008). Kesedaran pelajar terhadap amalan keselamatan hendaklah dipupuk dari awal lagi agar amalan yang positif sentiasa tersemat pada jiwa pelajar itu sendiri. Dengan itu, hasil kerja dapat dipertingkatkan dan suasana kerja berjalan dengan selamat. Pengabaian aspek keselamatan mungkin akan mengakibatkan kecederaan, kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda. Malahan, imej institusi yang terlibat juga akan buruk serta memberi kesan terhadap kelancaran operasi bengkel berkenaan. Selain itu juga, kerugian terpaksa di tanggung akibat kerosakan dan tanggungan kos perubatan. Menurut Mustapha (2000), sebelum suatu kemalangan yang mungkin melibatkan banyak nyawa terkorban berlaku, langkah-langkah untuk mengelakkan perkara itu daripada berlaku perlu diambil. Sikap dan kesedaran terhadap keselamatan bengkel ialah mestilah dipupuk kepada semua peringkat pengguna bengkel. Keselamatan bengkel ialah tanggungjawab bersama antara pihak pengguna dan perlu diberikan perhatian yang serius pada masa ini. Setiap individu yang

20

terlibat juga melengkapkan diri dengan pengetahuan tentang mengamalkan budaya kerja yang teratur, berdisiplin dan selamat. Sikap pekerja di Malaysia kurang mengamalkan penggunaan peralatan perlindungan ketika bekerja, kurang perhatian kepada aspek pakaian, kurang memberi latihan, kesihatan kurang memuaskan, bersikap ego, dan kurang bertanya, kurang memberi tumpuan semasa bekerja serta sikap memandai diri adalah menjadi punca utama berlakunya kemalangan. Jika kita lihat pada sistem berlakunya kemalangan industri, situasi tidak selamat, iaitu kemalangan-kemalangan yang disebabkan oleh kerosakan fasiliti, mesin-mesin dan cara bekerja merangkumi 80% daripada keseluruhan, dan di mana ada kerja, di situ ada masalah kesilapan manusia. Apa yang dikenali sebagai tindakan tidak selamat boleh mengakibatkan kemalangan kerana teknik yang tidak cukup matang, tetapi kebanyakan kemalangan yang berpunca daripada kesilapan manusia telah mencecah lebih kurang 90% daripada keseluruhannya.

2.2.2

Faktor Persekitaran di Dalam Bengkel

Persekitaran berperanan memberi keselesaan kepada pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk melakukan kerja-kerja amali. Persekitaran kerja yang selamat adalah satu situasi di mana seseorang pekerja atau pelajar berada di tempat kerja tanpa menerima atau ditimpa sebarang risiko teruk dan situasi yang tidak selamat ketika berada di kawasan yang berisiko tinggi untuk berlakunya kemalangan. Kekemasan dan kebersihan di tempat kerja bukan sahaja dapat menjauhi kemalangan tetapi juga dapat mempertingkatkan kecekapan bekerja (Buhari, 2008). Mereka mencadangkan beberapa perkara supaya suasana dan persekitaran di bengkel adalah selamat untuk pengguna. Perkara-perkara yang dititik beratkan ialah:

(i)

Tidak membiarkan alatan dan bahan bersepah di atas lantai atau di sekeliling mesin. Ini dapat mengelakkan alatan dan bahan tersebut daripada dilanggar, disepak atau dipijak.

21

(ii)

Elakkan minyak atau gris tertumpah di atas lantai kerana minyak ini sangat licin dan menyebabkan kita mudah tergelincir dan jatuh.

(iii)

Tidak membiarkan serpihan logam bersepah di atas lantai dan di sekeliling mesin. Sebaik sahaja selesai bekerja, mesin dan tempat bekerja hendaklah dibersihkan.

(iv)

Bengkel mestilah mempunyai ruang dan mendapat bekalan cahaya yang terang, mempunyai peredaran yang baik, mempunyai laluan untuk berjalan dan hendaklah dilengkapkan dengan rak tempat menyimpan alatan dan bahan, supaya alat-alat tangan dapat disusun dengan kemas dan teratur.

(v)

Salah satu tanggungjawab guru bengkel adalah memastikan persekitaran bengkel selamat digunakan oleh pelajar.

Menurut Mustapha (2000), sistem pencahayaan dan peredaran udara yang baik diperlukan dalam sesebuah bengkel. Bengkel yang bising, gelap, tidak selesa dan buruk tidak berupaya membekalkan persekitaran yang selamat untuk bekerja. Menurut Mustapha (2000), ruangan yang disediakan untuk sesebuah bengkel mestilah mengambil kira aspek pencahayaan, peredaran udara dan bunyi bising.

2.2.3

Faktor Kemahiran

Kelemahan dalam menguasai pengendalian dan penyenggaraan mesin akan mengundang bahaya apabila melakukan kerja-kerja yang melibatkan penggunaan mesin. Ini adalah kerana amat penting pengetahuan dan kemahiran dalam menguasai ilmu pengendalian mesin ini bagi melindungi keselamatan diri dan mengelakkan kemalangan. Menurut Nasir (1987) dalam Kamarudin & Boon (2010), kemalangan tidak dapat dielakkan, tetapi penyenggaraan yang rapi dapat mengurangkan tahap kemungkinan berlakunya kemalangan di dalam sesebuah bengkel.

22

Menurut Buhari (2008), penggunaan semua jenis peralatan dilakukan dengan cermat dan kecuaian atau penggunaan tanpa kebenaran bukan sahaja membahayakan diri tetapi juga orang lain. Adalah membahayakan untuk mengendalikan sesuatu peralatan jika kurang pengetahuan dan kemahiran menggunakannya, serta memilih peralatan atau mesin yang salah untuk operasi. Beliau juga menyatakan terdapat empat faktor yang menyebabkan berlakunya kemalangan iaitu kecuaian, kurang pengetahuan, penyalahgunaan alat atau mesin dan ketidakkemasan tempat kerja seperti minyak, grid dan peralatan di atas lantai.

2.2.4

Faktor Kelengkapan Alatan tangan

Pada zaman perkembangan teknologi industri ini, pelbagai kelengkapan seperti alatan dan mesin yang canggih digunakan di kilang-kilang dan di bengkel-bengkel. Pengetahuan tentang fungsi dan cara mengendalikan sesuatu mesin dan peralatan sangat penting bagi setiap pekerja. Menurut Khalid (2002), kesalahan mengendalikan mesin dan pekerja yang kurang mahir adalah antara punca kemalangan yang dikenalpasti. Pelajar menggunakan pelbagai peralatan mesin dan bengkel yang mempunyai risiko kemalangan yang tinggi. Langkah pertama untuk memastikan sama ada pelajar berupaya melakukan kerja yang melibatkan penggunaan peralatan dengan selamat adalah memastikan setiap peralatan dan mesin ditempatkan pada kedudukan tetap dan tersusun. Ruangan khas perlu disediakan untuk setiap jenis peralatan dan mesin agar ia mudah dicari, disimpan dan tidak mudah hilang. Menurut John (2001), peralatan perlu dikembalikan ke tempat asalnya selepas setiap kali digunakan. Kebolehan dan kemahiran pelajar mengendalikan mesin yang membahayakan dapat mengatasi masalah yang berhubung dengan amalan peraturan keselamatan. Keadaan fizikal bengkel, kekerapan mengendalikan mesin dan waktu latihan yang singkat merupakan fenomena yang dihadapi oleh pelajar untuk memahirkan diri tentang penggunaan mesin dan peralatan. Justeru itu, Bunawan (2007) menyarankan supaya pelajar-pelajar diberikan latihan dan tunjuk ajar yang mencukupi sebelum mengendalikan mesin dan peralatan di bengkel. Menurut Mustapha (2000), pekerja

23

yang kurang latihan terhadap bidang tugasnya lebih cenderung melakukan kesilapan dan lebih terdedah terhadap kemalangan. Beliau mencadangkan seharusnya pekerja diberi latihan yang sistematik terhadap kemahiran dan pengetahuan yang dapat membentuk sikap budaya yang cermat. Begitu juga dengan pelajar yang menjalankan amali di bengkel sekolah. Keperluan kelengkapan bengkel seperti alatan dan mesin haruslah diambil kira. Ini adalah kerana ianya mestilah bersesuaian dengan kandungan program pengajaran. Khalid (2002) menyatakan keperluan kemudahan dan peralatan bergantung kepada kandungan program pengajaran. Beliau menambah lagi bahawa kemudahan dan peralatan perlu dikendalikan dan dijaga supaya ianya tidak mengganggu pengajaran. Alatan dan mesin perlu diselenggara, dibaik pulih, disimpan dan tahu tentang cara penggunaannya untuk mengelak alatan dan mesin tersebut mengalami kerosakan. Mustapha (2000) menyatakan peralatan tangan dan mesin- mesin yang terdapat dalam bengkel atau makmal mempunyai jangka hayat tertentu. Laporan International Labour Office (1990) dalam Sharudin (2008), menjelaskan banyak kemalangan yang melibatkan alat tangan dan peralatan berkuasa elektrik berpunca dari kelemahan pekerja atau pelajar itu sendiri, cuai semasa membuat kerja. Kegagalan menggunakan alatan yang betul serta tidak mengambil berat tentang kesempurnaan alatan boleh menyebabkan berlakunya sesuatu yang tidak diingini, terutamanya kecederaan terhadap individu itu sendiri. Justeru itu,penyelenggaraan alatan dan kemudahan di dalam bengkel hendaklah sentiasa dilakukan bagi menjamin keberkesanan kerja-kerja amali dijalankan. Sebelum kerja amali dijalankan, penyediaan peralatan yang lengkap dan sempurna dapat menghasilkan kerja yang baik. Penyediaan kelengkapan sebelum melakukan kerja amali perlu dilakukan agar kerja yang akan dilakukan kelak akan berjalan dengan lancar dan sempurna. Kemalangan yang berlaku berpunca daripada keadaan alatan tangan yang tumpul, mesin yang tidak selamat dan tempat kerja tidak dikemaskan setelah digunakan. Sesungguhnya kelengkapan seperti peralatan dan bahan di dalam bengkel banyak menyumbang kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sekiranya penggunaan dan penyelenggaraan dilakukan dengan baik serta penyediaan alatan yang cukup untuk satu sesi amali yang dijalankan.

24

2.3

Keselamatan

Aspek keselamatan adalah satu faktor yang patut diambil kira oleh pihak pengurusan bengkel dalam meningkatkan keselamatan terhadap manusia. Menurut Amran Khalid (2002), pengurusan bengkel yang baik adalah penting bagi mendapatkan kerja yang dilakukan mempunyai tatacara prosedurnya yang tersendiri. Ini adalah bertujuan untuk memudahkan tugas dan juga bagi mengelakkan kemalangan dari berlaku (Buhari, 2008). Walau bagaimanapun, jika tugas yang dilakukan tidak dijalankan dengan berhati-hati dan bertanggungjawab makan tidak hairanlah kemalangan ditempat kerja mudah berlaku. Biasanya pekerja akan didedahkan dengan amalan keselamatan dan juga teori-teori yang berkaitan bagi membolehkan pelajar itu menjadikannya sebagai panduan dalam melaksanakan tugas sama ada di makmal atau di bengkel. Di samping itu juga keselamatan fizikal makmal juga adalah penting dalam meningkatkan keselamatan. Menurut kamus Webster perkataan keselamatan mempunyai berbagai makna. Antaranya: (i)

Keadaan selamat dan kebebasan daripada dedahan kepada bahaya, termasuk kecerderaan atau risiko.

(ii)

Kualiti keadaan yang tidak membawa risiko,

(iii)

Pengetahuan atau kemahiran di dalam kaedah mengelakkan kemalangan atau penyakit.

2.3.1

Konsep Keselamatan

Keselamatan boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang selamat ataupun terhindar daripada bahaya serta bencana. Peraturan keselamatan perlulah dimaklumkan kepada pengguna bagi mengelakkan berlakunya kemalangan. Sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 dalam Idrus (2004),menyatakan pihak majikan bertanggungjawab menyediakan maklumat,

RUJUKAN

Abdul Ghafar, M. N. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia

Abdullah, N. Q. & Hassan, I. H (2009). Pengetahuan Dan Sikap Pelajar Pkpg Dan Perdana Tahun Empat Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Terhadap Amalan Dan Peraturan Keselamatan Di Bengkel Fabrikasi Logam Dan Kimpalan, N30, Universiti Teknologi Malaysia : Satu Tinjauan. Dicapai pada September 3, 2011 di: http://eprints.utm.my/10941/1/Pengetahuan_Dan_Sikap_Pelajar_Pkpg_Dan_P erdana_Tahun_Empat_Sarjana_Muda_Teknologi_Serta_Pendidikan.pdf

Abdun, Z. (2006). Amalan pengurusan penyelenggaraan bengkel dalam kalangan guru-guru kemahiran hidup bersepadu di 12 buah sekolah menengah di negeri perlis. Dicapai pada Julai 1, 2011: http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/ZAINOLBP050214D200 8TTP.pdf

Ahmad, I. & Boon, Y (2008). Amalan Keselamatan Bengkel Dalam Kalangan GuruGuru Pelatih 4SPH (Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup) Semasa Mengikuti Latihan Mengajar Di Sekolah. Dicapai pada Ogos 12, 2011 di: http://eprints.utm.my/10796/1/AMALAN_KESELAMATAN_BENGKEL_DAL AM_KALANGAN_GURU.pdf Anuar, K. & Zulhilmi, S. (2010). Amalan Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup Oleh Pelajar tingkatan 3 Di sekolah Menengah Harian. Dicapai pada Oktober 24, 2011di http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/KHAIRULAP040511 D2008TTP.pdf

74

Alan, C. (1999). Evaluation Research: An Introduction to Principle, Methods and Practise. London: Sage Publication Ltd. Hlm.50-60. Azad. A. (2003). Pengendalian Makmal Dan Bengkel. Dicapai pada Januari 29, 2011di: http://www.unimap.edu.my/images/Prosedur%20Pengendalian%20Makmal% 20Dan%20Bengkel.pdf Azhar, K. (2008). Amalan keselamatan bengkel di kalangan pelajar-pelajar tingkatan 3 aliran Kemahiran Hidup sekolah menengah kebangsaan taman Conveinct. Dicapai pada November 24, 2011di: http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/KHAIRULAP040511 D2008TTP.pdf Baharum, N. H. (2008). Tahap Kepatuhan dan Amalan keselamatan bengkel kemahiran

hidup di kalangan pelajar kemahiran hidup. Dicapai pada March

24, 2011 di: http://images.hafizah87agro.multiply.multiplycontent.com/attachment/0/TMpib QooCpQAAAtesD01/jurnal%20fiza%20new%28pdf%29.pdf?key=hafizah87a gro:journal:60&nmid=379185854 Bahran, Z. (2005). Pengurusan makmal Kemahiran Hidup Melalui pendekatan Kolaboratif : Satu Tinjauan Di Beberapa Buah Sekolah Menengah Di Daerah Johor Bahru. Dicapai pada November 24, 2011di : http://www.docstoc.com/docs/28604336/PENGURUSAN-MAKMALKEMAHIRAN-HIDUP-MELALUI-PENDEKATAN-KOLABORATIF-SATU Bakar, R. (1994). Peraturan keselamatan Bengkel. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Basri, J. (2010). Laporan Tahunan Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Kementerian Sumber Manusia. Dicapai pada Febuari 24, 2011di : http://www.dosh.gov.my/doshV2/index.php?option=com_content&view=articl e&id=331&Itemid=176&lang=en

75

Bakar, A.R. (2007). Jawatankuasa Basmi Kemalangan Pekerja Dibentuk. Dicapai pada Febuari 12, 2011, dari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1029&pub=utusan_m alaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_14.htm&arc=hive Buhari. N (2008). Tahap Kesediaan Pelajar-Pelajar Kursus Binaan Bangunan Terhadap Keselamatan Di Dalam Bengkel. Di capai pada Mac 3, 2011 dari : http://eprints.utm.my/10905/1/Tahap_Kesediaan_Pelajar.pdf Bunawan, A. (2007). Tinjauan Terhadap Keberkesanan Perlaksanaan Pengurusan Bengkel Oleh Guru-guru Kemahiran Hidup di Sekolah-sekolah Daerah Batu Pahat, Johor. Dicapai pada Mac 18, 2011, dari ms 14 di http://www.bing.com/search?q=Tinjauan+Terhadap+Keberkesanan+Perlaksa naan+Pengurusan+BengkelOleh+Guru guru+Kemahiran+Hidup+di+Sekolahsekolah+Daerah+Batu+Pahat%2C+Johor&src=IESearchBox&FORM=IE8SC Charles,Y. J. (2007). Construction Safety and Health Factor at the industry Level. Dicapai pada April 05, 2011 di http://web.usm.my/jcdc/input/JCDC%20Vol%2012(2)/5_Charles%20(p.8199).pdf Chua, Y. P. (2006). Kaedah Penyelidikan: Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Vol 2. Kuala Lumpur: McGraw Hill Hammidi A.H.(1985). “Industrial And Occupational Safety Health And Hygience .” Delhi: Sushi Kumar Hamdan, H. (1994). Keselamatan Makmal. Edisi dua. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hashim, S. & Yusuf, M. Z.(2007). Tahap Penguasaan Pertolongan Cemas Di Kalangan Pelajar-Pelajar Pendidikan Kemahiran Hidup (S.P.A.C.E) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Dicapai pada Nov 28, 2011 di: http://eprints.utm.my/11212/1/Tahap_Penguasaan_Pertolongan_Cemas_Di_K alangan_Pelajar.pdf

76

Hashim, A. F. (2006). Amalan Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup Oleh Pelajar Tingkatan 3 Di Sekolah Menengah Harian. Dicapai pada Julai 8, 2011 http://eprints.utm.my/10750/1/TAHAP_PENGUASAAN_AMALAN_KESEL AMATAN_BENGKEL_KEMAHIRAN_HIDUP_DALAM_KALANGAN_PE LAJAR_TINGKATAN_EMPAT_DI_SEKOLAH.pdf Idrus, D. et al., (2004). Kajian Kesedaran Staf UTM Terhadap Keselamatan Dan kesihatan Di Tempat Kerja. Dicapai pada November 10, 2011 di: http://eprints.utm.my/3781/1/PM_DURRISHAHIDRUS71960.pdf Isa, M. I. (2002). Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Tingkatan 4. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja. (2009). Kemalangan pekerjaan mengikut sektor bagi kategori kemalangan maut. Dicapai pada November 2, 2011, dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja: http://www.dosh.gov.my/doshv2/phocadownload/stats/Malay/vm_maut_ ect_2009.pdf Jabatan pengurusan keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan UPM (2009). Manual Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Universiti Putra Malaysia. Dicapai pada September 5, 2011di: http://econ3.upm.edu.my/osh/muat_turun/draf_manual_OSH_2009.pdf Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja. (2011). Kemalangan pekerjaan mengikut sektor bagi kategori kemalangan maut. Dicapai pada Mac 12, 2011, dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja: http://www.dosh.gov.my/doshV2/index.php?option=com_phocadownload &view=category&id=81&Itemid=141&lang=ms Jabatan Pengajian Politeknik (2011). Fakta ringkas Mac 2011. Dicapai pada April 03, 2011, dari Jabatan Pengajian Politeknik: http://politeknik.gov.my/webjpp2/files/quick%20fact%20mac%202011.pdf John, T. (2001). Occupational Safety and Health Management. Second Edition. United Kingdom. Mcgraw Hill.

77

Johari, K. (2003). Penyelidikan Dalam Pendidikan: Konsep dan Prosedur. Petaling Jaya: Prentice Hall Kamaruddin, M. I & Mustafa, K. S. A. (2010). Tahap Kesedaran Pelajar Terhadap Peraturan Dan Keselamatan Dalam Makmal Sains. Dicapai pada April 12, 2011 di: http://eprints.utm.my/1079/tahap_kesedaran_pelajar_terhadap_peraturan.pdf Kamus Dewan (1991). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kassim, M. R. (2005). Hubungkait Kemalangan Industri Dengan Kurikulum Kejuruteraan : Satu Kajian. Dicapai pada JULAI 23, 2011 di: http://library.utem.edu.my/index2.php?option=com_docman&task=doc_view &gid=1118&Itemid=113 Kamarudin, S & Boon, Y. (2010). Tahap Penguasaan Amalan Keselamatan Kemahiran Hidup Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Yunus Sulaiman, Pekan Nanas, Pontian, Johor Darul Takzim. Dicapai pada November 10, 2011 di: http://eprints.utm.my/10750/1/TAHAP_PENGUASAAN_AMALAN_KESE LAMATAN_BENGKEL_KEMAHIRAN_HIDUP_DALAM_KALANGAN_ PELAJAR_TINGKATAN_EMPAT_DI_SEKOLAH.pdf Kementerian Sumber Manusia. (2010).Wajibkan aspek keselamatan di tempat kerja.Dicapai pada Febuari 15, 2011 dari Kementerian Sumber Malaysia: http://www.mohr.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id= 1603&Itemid=558 Khalid. M. (2002). Amalan Pengurusan Bengkel di Sekolah Menengah Vokasional yang Telah di Naik Taraf. Satu Tinjauan. Universiti Teknologi Malaysia:Tesis Sarjana Muda. Khalida, T. (2009). Malaysia ketinggalan aspek keselamatan kesihatan pekerja. Dicapai pada Mac 14,2011, dari

78

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0624&pub=Utu san_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_28.htm Konting, M. (1993). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Laney, D.H. (1982). Construction Safety Manual. New York.: National Highway Traffic Safety Administration Loganathan, E. (2008): Amalan keselamatan bengkel dalam kalangan pelajar di sebuah IKM. Dicapai pada Mac 2, 2011,dari ms. 14 di http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/EZRALOGAN ATHANAP040087L2008TTP.pdf Minghat, A. D & Pandin, I (2008). Amalan Keselamatan Di Bengkel Membuat Perabot Dalam Mata Pelajaran Vokasional ( Mpv ) Di Negeri Johor: Satu Tinjauan. Dicapai pada September 3, 2011 di: http://eprints.utm.my/10824/1/Amalan_Keselamatan_Di_Bengkel_Membuat_ Perabot_Dalam_Mata_Pelajaran_Vokasional.pdf Mustapha, H. (2000). Amalan Peraturan Keselamatan Bengkel di Kalangan Pelajar 4 STP (Kejuruteraan Awam / Jentera / Elektrik / Kemahiran Hidup) di Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai : SatuTinjauan. Universiti Teknologi Malaysia:Tesis Sarjana Muda. Najib, M. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Cetakan Pertama. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Najib, M. (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. . Paran, R (2010). Curtin Sarawak utamakan OSH. Dicapai pada Mac 12,2011, dari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0209&pub=utusa n_malaysia&sec=Kampus&pg=ka_04.htm&arc=hive

79

Rahman, M. A & Wahab, M. Z. (2008). Pengetahuan Dan Pengamalan Keselamatan Bengkel Dikalangan Pelajar Di Sebuah Institut Kemahiran Belia Negara Di Negeri Terengganu. Dicapai pada Ogos 12, 2011 di: http://eprints.utm.my/10999/1/Pengetahuan_Dan_Pengamalan_Keselamatan_B engkel_Dikalangan_Pelajar_Di_Sebuah_Institut_Kemahiran_Belia_Negara_Di _Negeri_Terengganu.pdf Rahman, K. (2002). Tinjauan Amalan Keselamatan Dalam Makmal Dan Bengkel Elektrik Di Politeknik Dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN). Dicapai pada November 1, 2011: http://web.uthm.edu.my/ps/thesis/0204/fptek/khairunnisa.pdf Rahman, A (2011). Kurangkan risiko kemalangan . Dicapai pada Mac 12,2011, dari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0206&pub=utusan_m alaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_12.htm&arc=hive Rosli, A. (2010). Jawatankuasa basmi kemalangan pekerja dibentuk. Dicapai pada Mac 14,2011, dari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1029&pub=utusan_ malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_14.htm&arc=hive Ramli, S. (2011). Kakitangan TNB terkena renjatan elektrik. Dicapai pada Mac 12,2011, dari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0119&pub=utusan_ malaysia&sec=Terkini&pg=bt_14.htm&arc=hive Lindbeck, R. J. (1986). “Fundamental of Construction Safety”. Hocthinson of London. London. Samsuddin, H. (2008). Tahap Perlaksanaan Pengurusan Bengkel Mata Pelajaran Vokasional Di Sekolah Menengah Akademik Harian Di daerah Kuala Selangor.Di capai pada Mac 13, 2011 di: http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/HASSANBP050045 D2008TTP.pdf

80

Sarip, R. (2002). Amalan keselamatan bengkel di kalangan pelajar kursus amalan bengkel mesin di Sekolah Menengah Teknik Kemaman, Terengganu : satu tinjauan. Universiti Teknologi Malaysia:Tesis Sarjana Muda Shaari, A. R. (1993). “Tinjauan Terhadap Amalan Keselamatan di Bengkel Pemasangan Elektrik di Sekolah Menengah Vokasional Ipoh, Kuala Kangsar Taiping, Perak”. Dicapai pada September 28, 2011 di: http://eprints.utm.my/5893/2/Abdrahman.KH.pdf

Shafii, H. (2007). Kajian Pengurusan Keselamatan Pekerjaan Di Tapak Bina. Dicapai pada November 24, 2011 di: http://www.mohr.gov.my/ismk/pdf/kajian_pengurusan_2vol2.pdf Sharudin, S. A. (2008). Faktor Yang Mempengaruhi Keberkesanan Pengajaran Dan Pelajaran Di Dalam Bengkel Vokasional Di Dua Buah Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Sembilan. Dicapai pada Ogos 1, 2011 di: http://eprints.utm.my/5899/1/PSM_JILID-TQAH.pdf Siahaan, H (2009). Pengurusan Risiko: Perusahaan dan Birokrasi : PT ELEX media Komputindo Suruhanjaya Tenaga (2009). Laporan tahunan 2009. Dicapai pada March 4, 2011di http://spn.selangor.gov.my/v5/images/v4/laporan_20091.pdf Tahir, L. (2007). Pengurusan Bengkel Manipulatif: Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Pengurusan Bengkel Kemahiran Manipulatif Di Salah Sebuah Smk Luar Bandar. Dicapai pada JULAI 3, 2011 di: http://eprints.utm.my/10916/1/Pengurusan_Bengkel_Manipulatif_Persepsi_Pel ajar_Terhadap_Kaedah_Pengurusan_Bengkel_Kemahiran_Manipulatif_Di_S alah_Sebuah_Smk_Luar_Bandar.pdf Talibin, M. N (2003). Kesediaan Guru Pelatih Kuittho Memantau Keselamatan Pelajar

Dalam Proses Pengajaran Di Bengkel Kejuruteraan Pembuatan

Politeknik Malaysia. Dicapai pada Nov 28, 2011 di:

81

http://eprints.uthm.edu.my/1134/1/24_Pages_from_KESEDIAAN_GURU_PE LATIH_KUiTTHO_MEMANTAU_KESELAMATAN_PELAJAR_DALAM_ PROSES_PENGAJARAN_.pdf Thye, L. (2009). Malaysia ketinggalan aspek keselamatan, kesihatan pekerja. Dicapai pada Mac 12,2011, dari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0624&pub=Utusan_ Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_28.htm

Toylor, G. (2002). Enhancing Occupational Safety and Health. Second Edition. Burlinton. British Library Catalog in Punlication on Data Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri (2010). Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015. Dicapai pada Febuari 24, 2011di : http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/RMK/RMK10_Mds.pdf

Wiersma, W. (1995). Research Method in Education. Boston: Allyn & Bacon. William, M. K. (2002). Likert Or Summative Scalling. Dicapai pada Febuari 24, 2011di http://www.indiana.edu/~educy520/sec5982/week_3/scaling_trochim.pdf Yahaya, A. & Pang, C. S. (2008). Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah Menengah Daerah Segamat. Dicapai pada September 1, 2011 di: http://eprints.utm.my/5894/1/Aziziyah.KH.pdf Yahaya, A. et. al (2007). Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Yusoff, W. A. (2008).Tahap Kepatuhan Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu Dikalanngan Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah di Daerah Kota Bharu. Dicapai pada November 24, 2011di : http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/WANSITIAZIZAHB P050208D2008TTP.pdf

Suggest Documents