TATACARA PERMOHONAN

321 downloads 73790 Views 184KB Size Report
Syarikat, koperasi atau perniagaan yang memohon hendaklah diperbadankan ... Surat Tawaran Kerja/Inden Kerja termasuk Skop Kerja (BQ). ii. ... Borang Permohonan dan Dokumen Sokongan yang GAGAL diserahkan dalam tempoh 14 hari ...
TATACARA PERMOHONAN Permohonan hendaklah menggunakan borang berikut :BORANG UPK-M/2011

KATEGORI PERMOHONAN PERMOHONAN PENDAFTARAN BARU KONTRAKTOR KERJA MEKANIKAL & LAIN-LAIN KEPAKARAN DAN PENGIKTIRAFAN STATUS BUMIPUTERA

Borang Permohonan boleh diperolehi daripada: 1. Unit Pendaftaran Kontraktor Negeri (UPK) Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Tingkat 7, Wisma Satok Jalan Satok 93400 KUCHING Telefon : 082-235710/235810/248468 Faks

: 082-251593

Atau 2. Semua Pejabat Perbendaharaan Bahagian Negeri Sarawak Atau 3. Permohonan secara dalam talian dengan melayari laman web : http://sccrs.sarawak.gov.my YURAN PROSES Semua permohonan mestilah disertakan dengan Yuran Proses yang dibayar kepada ’KERAJAAN NEGERI SARAWAK’ dalam bentuk sama ada WANG POS atau KIRIMAN WANG atau BANK DERAF. Pastikan yuran masih sahlaku. Kadar Yuran Proses adalah seperti berikut:

No.

KELAS DIPOHON DALAM SETIAP PERMOHONAN

YURAN (RM)

(i)

Salah SATU daripada atau LEBIH : A/B/BX/C

100

(ii)

Salah SATU daripada atau LEBIH : D/E/EX/C

50

(iii)

GABUNGAN No. (i) dan (ii)

100

YURAN PENDAFTARAN Yuran Pendaftaran untuk Bidang Mekanikal adalah seperti berikut:KELAS A

YURAN (RM) 1,000 SATU KEPALA

KELAS D

YURAN (RM) 60 SATU KEPALA

B

700 SATU KEPALA

E

30 SATU KEPALA

BX

400 SATU KEPALA

EX

10 SATU KEPALA

C

100 SATU KEPALA

F

10 SATU KEPALA

SIJIL PENDAFTARAN Semua keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui Pos. Pemohonan yang berjaya akan diberi surat tawaran dengan dengan menyatakan kelas pendaftaran dan kepala/ Sub-kepala yang diluluskan serta jumlah yuran pendaftaran yang mesti dijelaskan. Setelah yuran pendaftaran dijelaskan UPK akan mengeluarkan Sijil Pendaftaran kepada semua pemohonan yang berjaya. TEMPOH PENDAFTARAN Tempoh sahlaku pendaftaran adalah untuk tiga (3) tahun sahaja. Permohonan Pembaharuan hendaklah dibuat enam (6) bulan sebelum tarikh luput pendaftaran. Permohonan pembaharuan pendaftaran yang dibuat selepas tarikh luput pendaftaran tidak akan dipertimbangkan dan sekiranya syarikat atau firma masih berminat untuk berdaftar maka hendaklah mengemukakan permohonan pendaftaran baru.

BIDANG PENDAFTARAN 1. KONTRAKTOR KERJA MEKANIKAL & LAIN-LAIN KEPAKARAN Kelas Pendaftaran KELAS

HAD KEWANGAN/ NILAI KONTRAK (RM)

A

4,000,001 ke atas

B

2,000,001 ke 8,000,000

BX

1,000,001 ke 4,000,000

C

750,001 ke 2,000,000

D

150,001 ke 750,000

E

100,001 ke 350,000

EX

50,001 ke 150,000

F

100,000 dan ke bawah

Klasifikasi Pendaftaran (Kepala dan Subkepala) KLASIFIKASI Kepala V

Mechanical & Other Specialist Works

Sub kepala* 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10

Had Klasifikasi Yang Dipohon Permohonan Kepala dan Subkepala untuk Bidang Kerja Mekanikal & Lain-Lain Kepakaran adalah tidak dihadkan.

SYARAT DAN PERATURAN 1. PERBADANAN SYARIKAT ATAU PERNIAGAAN a. Syarikat, koperasi atau perniagaan yang memohon hendaklah diperbadankan mengikut undang-undang negara ini sebagai :i. Syarikat Sendirian Berhad atau Berhad ii. Firma Perseorangan atau Perkongsian yang berdaftar di Sarawak iii. Koperasi atau Pertubuhan yang berdaftar di Sarawak b. Lesen Perniagaan yang dimiliki oleh Syarikat, koperasi atau perniagaan hendaklah berkaitan mengikut kategori pendaftaran yang dipohon. 2. KEDUDUKAN KEWANGAN SYARIKAT / FIRMA Sesebuah syarikat, koperasi atau perniagaan hendaklah memiliki modal minima seperti berikut untuk layak dipertimbangkan bagi kelas yang dipohon.

KELAS

MODAL BERBAYAR/ TERKUMPUL MINIMA (RM)

A

600,001

B

400,001

BX

200,001

C

100,001

D

35,001

E

17,501

EX

7,501

F

5,001

BENTUK MODAL Bagi Syarikat Sendirian Berhad atau Awam Berhad Modal Berbayar. Baki Akaun Semasa syarikat mestilah tidak kurang daripada ¼ jumlah modal minima (ikut kelas pendaftaran). Bagi Firma Perseorangan / Perkongsian Jumlah Modal Tunai Terkumpul Merangkumi Baki Akaun semasa, ASB, Tabung Haji, Simpanan Tetap, Simpanan Peribadi dan lain-lain Bagi Koperasi/ Pertubuhan Jumlah Baki Akaun Semasa

3. PEJABAT Hendaklah memiliki pejabat yang beroperasi di Sarawak. Nota : Dua atau lebih syarikat / firma yang berlainan yang menjalankan aktiviti di premis yang sama tidak boleh berdaftar di bawah bidang yang sama. 4. TENAGA KERJA DAN KAKITANGAN Kelayakan Akademik KELAS

KELAYAKAN MINIMA

KEPERLUAN PENDAFTARAN

A B

Sekurang-kurangnya seorang ahli syarikat sama ada Ahli Lembaga Pengarah, Pemegang Saham atau Kakitangan yang dibayar caruman KWSP mestilah berkelulusan teknikal, bergantung kepada kelas yang dipohon

Ijazah Yang Berkaitan

BX C

Diploma Yang Berkaitan

D E EX

Kursus/Sijil/Pengalaman Yang Berkaitan

F Sijil/Lesen Kompetensi Kepala

Subkepala

Lesen

Dikeluarkan Oleh

4

Surat Perakuan Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja (JKKP)

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja (JKKP)

V 6

Sijil Penyelenggaraan Sistem Kebombaan/Sijil Penyelenggaraan Alat Pemadam Api (Rujuk Aktiviti perniagaan firma/syarikat)

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

5. REKOD KERJA SYARIKAT / FIRMA Bukti dokumen (salinan yang disahkan) seperti berikut untuk rekod kerja yang berkaitan hendaklah dikemukakan:i.

Surat Tawaran Kerja/Inden Kerja termasuk Skop Kerja (BQ).

ii.

Sijil Perakuan siap kerja atau baucar bayaran bagi kerja-kerja sebutharga atau “requisition”

iii.

Surat perjanjian Sub-kontrak, Surat Penerimaan Tawaran Tender, Sijil Perakuan Siap Kerja yang dikeluarkan kepada Kontraktor Utama

iv.

Surat Setuju Terima (Letter of Acceptance), cek pembayaran, inbois dsb.

6. LOJI DAN PERALATAN Pemohon hendaklah sama ada memiliki atau menyewa peralatan/mesin yang berkaitan dengan Kepala/Subkepala yang dipohon. 7. PEMILIKAN / PENGURUSAN ASING Tidak melebihi 49% daripada modal berbayar (syarikat) / modal terkumpul (Firma / Koperasi / Pertubuhan), sementara majoriti Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan Pekerja adalah warganegara Malaysia dan sekurang-kurangnya 30% daripada modal berbayar / modal terkumpul syarikat / firma dimiliki oleh Bumiputera. 8. PENGLIBATAN DALAM SYARIKAT / FIRMA LAIN YANG TELAH BERDAFTAR DENGAN UPKJ Permohonan tidak akan diberi pertimbangan sekiranya :i.

Pemegang saham syarikat memiliki saham / syer melebihi 5% atau RM50,000 (yang mana terkurang) dalam mana-mana syarikat / firma yang telah berdaftar dengan UPKJ di dalam bidang yang dipohon.

ii.

Syarikat Induk / syarikat Bersekutu / Syarikat Pegangan / Anak Syarikat sesebuah perniagaan yang telah berdaftar dengan UPKJ di dalam bidang yang dipohon.

iii.

Ahli Lembaga Pengarah syarikat yang memohon memegang apa-apa jawatan sama ada jawatan eksekutif / bukan eksekutif di dalam syarikat / firma yang telah berdaftar dengan UPKJ di dalam bidang yang dipohon.

iv.

Ahli pengurusan atau pekerja yang memohon memegang apa-apa jawatan di dalam syarikat / firma yang telah berdaftar dengan UPKJ di dalam bidang yang dipohon.

9. PENGIKTIRAFAN STATUS BUMIPUTERA Syarikat atau firma yang memohon hendaklah memenuhi syarat pengiktirafan Status Bumiputera seperti berikut :i. ii. iii. iv.

Mempunyai majoriti atau sekurang-kurangnya 51% daripada Ahli Lembaga Pengarah terdiri daripada Kaum Bumiputera Sarawak. Mempunyai majoriti atau sekurang-kurangnya 51% daripada Ahli Pengurusan terdiri daripada Kaum Bumiputera Sarawak. Mempunyai majoriti atau sekurang-kurangnya 51% Hakmilik Saham terdiri daripada Kaum Bumiputera Sarawak. Mempunyai majoriti atau sekurang-kurangnya 51% daripada Pekerja-Pekerja (perkeranian dan tapak bina) terdiri daripada Bumiputera Sarawak. Pengurusan Kewangan syarikat dikuasai oleh Bumiputera Sarawak

v.     Pengiktirafan Status Bumiputera merupakan satu KEISTIMEWAAN sahaja dan BUKANNYA satu HAK. UPK berhak menarik balik atau membatalkan Status Bumiputera yang telah diberi kepada mana-mana syarikat jika ianya didapati melanggar sebarang syarat-syarat yang dikenakan atau didapati bahawa maklumat / dokumen yang diberi adalah palsu.

PENYERAHAN PERMOHONAN PERINGATAN PENTING Pemohon mestilah memastikan:1. Borang Permohonan dicetak daripada Ruangan Muat Turun. 2. Bahagian G dan H Borang Permohonan DITANDATANGANI. 3. Dokumen-dokumen sokongan lengkap, terkini, disah serta DILABEL menggunakan TAG dan DISUSUN mengikut turutan SENARAI SEMAK. (TAG DAN SENARAI SEMAK BOLEH DICETAK DARIPADA RUANGAN MUAT TURUN) 4. Yuran Proses yang dikemukakan masih SAHLAKU dengan kadar yuran yang BETUL.

Yuran dibayar kepada

’KERAJAAN NEGERI SARAWAK’ menggunakan sama ada WANG POS ATAU KIRIMAN WANG ATAU BANK DERAF SAHAJA. 5. Borang Permohonan dan Dokumen Sokongan yang GAGAL diserahkan dalam tempoh 14 hari setelah penyerahan secara dalam talian akan DIBATALKAN. KEGAGALAN PEMOHON UNTUK MEMATUHI PERKARA TERSEBUT DI ATAS AKAN MENYEBABKAN PERMOHONAN DITOLAK. BORANG PERMOHONAN BESERTA DOKUMEN SOKONGAN DAN YURAN PROSES HENDAKLAH DIKEMUKAKAN KEPADA: KETUA PENOLONG SETIAUSAHA PEJABAT SETIAUSAHA KEWANGAN NEGERI SARAWAK BAHAGIAN PEROLEHAN UNIT PENDAFTARAN KONTRAKTOR (UPK) TINGKAT 7, WISMA SATOK, JALAN SATOK 93400 KUCHING SARAWAK

 

KLASIFIKASI UNTUK KONTRAKTOR BIDANG MEKANIKAL & LAIN-LAIN KEPAKARAN UNIT PENDAFTARAN KONTRAKTOR (UPK) SUB-HEADS

SUB-HEAD 1

SUB-HEAD 2

SUB-HEAD 3

SUB-HEAD 4

Genset Installation, Repair & Maintenance

Treatment Plants

Air-conditioning:

Lifts/Escalator:

Installation, Repair & Maintenance

Installation, Repair & Maintenance

SUB-HEAD 5

SUB-HEAD 6

SUB-HEAD 7

SUB-HEAD 8

SUB-HEAD 9

SUB-HEAD 10

Repair and Rewinding of Motors and Alternators

Other Specialist Works

Fountain Works :

Computer Networking :

HEADS

V MECHANICAL & OTHER SPECIALIST WORKS

(a) Water Treatment Plants

(a) No limit (b) Up to 5MW

(a) Traffic Lights Installation, Repair & Maintenance (b) Street Lighting

(b) Sewage Treatment Plants

(c) HT Flood- Lighting System

Fire Protection System

(a) Construction/ * PABX & other commission Telecommunicatio ns systems (b) Repair and maintenance * Kitchen & Laundry

(c) Up to 1 MW

* Maintenance etc of Pools

(d) Up to 150 KW



UPK CLASSIFICATION/ MECHANICAL 2012

Etc

(a) Supply, install, commission (b) Repair and maintenance