1. UCAPAN ALU-ALUAN. YBHG DATO' DR ABD LATIF MOHMOD. KETUA
PENGARAH FRIM. SEMPENA. MAJLIS MAKAN MALAM TABUNG PEGAWAI
2013.
UCAPAN ALU-ALUAN YBHG DATO’ DR ABD LATIF MOHMOD KETUA PENGARAH FRIM SEMPENA MAJLIS MAKAN MALAM TABUNG PEGAWAI 2013 6 SEPTEMBER 2013@ 8.00MALAM BORA ASMARA RESTAURANT, KG. SG. PENCHALA
Terima kasih saudara/saudari Pengerusi Majlis.
بسم هللا الرحمن الرحيم Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh, Selamat sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam 1 FRIM. YBrs Dr Mohd Nor Mohd Yusof Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan) FRIM
YBrs Dr Norini Haron Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FRIM
Para direktorat, serta hadirin yang dikasihi sekalian.
Selamat Datang ke Majlis Makan Malam Tabung Pegawai 2013.
Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan rahmat dan izinnya dapat kita bersama-sama hadir dan 1
turut serta di dalam Majlis Makan Malam Tabung Pegawai 2013 ini. Kali terakhir majlis makan malam ini diadakan ialah pada 2009, iaitu secara serentak dengan Projects Evaluation and Monitoring (PEM) di Awana Hotel, Genting Highlands. Justeru kita harus bersyukur kerana kita dapat berada di majlis ini untuk merapatkan lagi ikatan yang sedia terjalin.
Hadirin yang dihormati sekalian, Tujuan utama majlis makan malam ini diadakan adalah untuk menghargai pegawai penyelidik dan penolong pegawai yang menjadi nadi dan tonggak dalam bersama-sama menjadikan FRIM sebagai institusi penyelidikan hutan tropika yang berprestij di mata dunia. Selain itu, pertemuan pada malam ini juga penting dalam konteks mengukuhkan semangat kerjasama yang berterusan antara bahagian-bahagian penyelidikan dan operasi di FRIM.
Sebagai contoh, projek Pendokumentasian Pengetahuan Tradisi (TK) Orang Asli merupakan salah satu projek peringkat kebangsaan yang melibatkan kerjasama bahagian penyelidikan dan operasi FRIM dengan agensi-agensi luar. Semangat kerjasama sebegini yang sangat-sangat diharapkan supaya menjadi praktis di FRIM. Melalui cara ini juga, kepakaran pegawai serta kemudahan peralatan dapat dimanafaatkan dalam kajian-kajian yang berimpak kepada negara.
Hadirin sekalian,
Dalam kesibukan kita memartabatkan FRIM sebagai gedung sains dan teknologi bidang perhutanan, sukar untuk kita mencari masa yang sesuai 2
bagi bertemu dalam keadaan santai. Namun, pada malam ini, kita berhimpun juga atas komitmen dan kesungguhan untuk meneruskan tradisi Makan Malam Tabung Pegawai FRIM. Seperti yang dapat dilihat, tema majlis pada tahun ini adalah ‘Arabian Night’. Tahniah dan syabas kepada saudara saudari yang menepati tema dengan pakaian dan aksesori bertemakan
Arab.
Merujuk
kepada
tentatif
majlis,
terdapat
juga
persembahan daripada pegawai-pegawai baru yang bagi pendapat saya merupakan platform penting agar kalian dapat dikenali oleh para pegawai lain.
Hadirin sekalian,
Akhir kata saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pelaksana Majlis Makan Malam Tabung Pegawai yang telah bekerja keras bagi menjayakan majlis ini. Saya juga mendoakan agar Majlis Makan Malam Tabung Pegawai yang telah diatur dan direncanakan ini akan berjalan dengan lancar, InsyaAllah.