Oleh MOHO. HAZIM SHAH ABDUL MURAD. Terbukti melalui kajian sejarah
bahawa sesuatu bangsa, budaya atau tamadun itu mampu membangunkan ...
Oleh MOHO.
HAZIM SHAH ABDUL MURAD
Terbukti melalui kajian sejarah bahawa sesuatu bangsa, budaya atau tamadun itu mampu membangunkan kekuatan ilmu sains masing-masing, yang pada mulanya diambil daripada budaya asing, dengan menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai wahana penyampaian dan perkembangan ilmu. ada umumnya, sains dianggap sebagai ilmu yang bersifat sejagat, manakala bahasa pula dikaitkan dengan budaya atau masyarakat yang menggunakan bahasa tersebut. Bahasa adalah khusus kepada budaya dan masyarakat sedangkan ilmu sains adalah umum dan sejagat. Namun demikian, ilmu sains perlu diungkapkan melalui bahasa dan di sinilah timbul paradoksnya, iaitu "sejagat" dan "umum" perlu diungkapkan melaluiwahana yang khusus. Mungkinadayang mengatakan bahawa paradoks ini boleh diselesaikan dengan adanya bahasa matematik yang bersifat universal dan digunakan dalam sains. Namun begitu, ilmu sains tidak keseluruhannya terdiri daripada bahasa matematik tetapi juga melibatkan bahasa biasa.
P
16
DEWAN BAHASA
Bayangkan apabila seseorang cuba menerangkan tentang fenomena alam dengan hanya menggunakan bahasa matematik sahaja! Begitu juga halnya apabila kuliah sains disampaikan dengan menggunakan bahasa matematik semata-mata. Jika demikian keadaannya, maka bahasa apakah yang paling sesuai untuk ilmu sains? Adakah soalan itu munasabah dalam erti kata bahawa wujud satu bahasa yang paling sesuai bagi penghuraian ilmu sains? Pada zaman ini kita lihat pada peringkat antarabangsa, bahasayang paling umum dan lazim digunakan ialah bahasa Inggeris. Adakah ini disebabkan oleh keistimewaan yang dipunyai oleh bahasa Inggeris dalam mengungkapkan dan mengembangkan ilmu sains? Atau adakah hal itu disebabkan oleh faktor lain? Kita perlu
.JANUARI 2013
melihat dan menyorot sejarah untuk memahami kenapakah bahasa Inggeris muncul sebagai bahasa antarabangsa yang paling popular dan berpengaruh dalam penyampaian ilmu sains? Bahasa Inggeris muncul sebagai bahasa sejagat bagi penyampaian, pengajaran, dan penyelidikan ilmu sains. Untuk memahami keadaantersebut, kita perlu melihat perkembangan sains dalam sejarah.Sejarahsains boleh dibahagikan kepada tiga fasa seperti yang berikut: (i) s a ins s i I amy an9 kebanyakannya terdiri daripada sains Yunani (ii) sains zaman pertengahan seperti yang terdapat dalam tamadun Islam di Timur Tengah dan tamadun Kristian di Eropah, dan (iii) sains moden yang terbit di Eropah selepas abad ke-17.