Dalam pendidikan penilaian bermaksud mempertimbangkan seseorang murid,
pendidik atau rancangan pendidikan. Guru membuat berbagai pertimbangan ...
Penilaian Pembelajaran Sains 1
UNIT 7 PENILAIAN PEMBELAJARAN SAINS 1 HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menjelaskan kepentingan penilaian pembelajaran sains. 2. Merancang penilaian untuk pengajaran dan pemelajaran sains.
KONSEP PENILAIAN Aktiviti penilaian yang teratur untuk mengukur pencapaian murid merupakan perkara penting dalam proses pengajaran-pembelajaran di dalam bilik darjah.
Penilaian yang dibuat mungkin
berkisar daripada dengan hanya melihat tingkahlaku murid semasa membuat sesuatu kerja di dalam bilik darjah, sehinggalah kepada peperiksaan yang dilakukan secara formal (misalnya peperiksaan UPSR).
Penilaian pencapaian murid melibatkan banyak aktiviti untuk mengukur
kemajuan seseorang murid, di mana setiap satunya melibatkan proses dan prosedur tertentu. Pada hakikatnya, penilaian merujuk kepada sebarang aktiviti untuk mengukur tingkah laku pembelajaran murid dalam pelbagai aspek, sama ada secara formal atau tak formal, dengan sistematik; berdasarkan hasil pembelajaran yang telah ditetapkan dalam sukatan pelajaran. Melalui proses penilaian guru dapat mengenal pasti seterusnya memperbaiki kelemahan atau masalah yang dihadapi murid dalam proses pengajaran-pembelajaran.
Aktiviti penilaian
merupakan komponen terpenting dalam proses pengajaran-pembelajaran bagi membolehkan guru mengetahui ‘kemasukan’ atau latar belakang murid: Minat, pencapaian, kelemahan, dan sebagainya; seterusnya menyampaikan pengajaran dengan berkesan. Secara umum, penilaian sesuatu pengajaran adalah proses mendapatkan maklumat dan seterusnya menggunakan maklumat tersebut untuk membuat pertimbangan. pertimbangan yang dibuat, keputusan yang sesuai akan diambil.
Berasaskan
Walau bagaimanapun, tidak
semestinya sesuatu pertimbangan yang dibuat akan diikuti oleh tindakan membuat keputusan
89
Penilaian Pembelajaran Sains 1
pada masa itu atau oleh pembuat pertimbangan tersebut. Pertimbangan guru muzik mengenai kebolehan Azwannie bermain flut, misalnya, mungkin akan mempengaruhi ibu bapa beliau membuat keputusan menghantarnya mengikuti kursus muzik. Proses penilaian yang dijalankan dalam pembelajaran sains di sekolah rendah adalah bertujuan untuk mengukur atau mendiagnos pembelajaran murid dari segi pengetahuan (domain kognitif), sikap (misalnya sikap saintifik dan nilai murni; domain afektif), kemahiran (misalnya kemahiran manipulatif, kemahiran proses sains, kemahiran berfikir, kemahiran berbahasa; domain psikomotor) dan sosial (domain sosial); berasaskan kandungan sukatan pelajaran KBSR. Secara ringkas, untuk menilai adalah memberikan nilai (ke atas sesuatu) bagi membuat pertimbangan sebelum sesuatu keputusan dibuat.
Dalam pendidikan penilaian bermaksud
mempertimbangkan seseorang murid, pendidik atau rancangan pendidikan.
Guru membuat
berbagai pertimbangan dalam proses menilai pencapaian murid atau menilai pengajarannya. Senarai soalan berikut menerangkan sebahagian daripada persoalan pertimbangan yang sering dibuat oleh guru dalam proses pengajaran. (Contoh bagi maklumat penilaian yang mungkin dapat membantu guru dalam menjawab permasalahan tertentu dinyatakan dalam kurungan).
Adakah rancangan pengajaran yang saya sediakan sesuai dengan kumpulan murid tertentu?
Bagaimanakah untuk mengelompokkan murid supaya pembelajaran lebeh berkesan? (Mengikut rekod markah pencapaian murid masa lalu).
Dari segi apakah murid saya bersedia untuk mengikuti pelajaran berikutnya? (Ujian kesediaan, ujian awal meliputi kemahiran yang perlu diterap, rekod pencapaian masa lalu).
Dari segi apakah murid boleh maju selain daripada keperluan akademik minima? (Kuiz secara berkala, ujian pencapaian umum, pemerhatian).
Dari segi apakah penyemakan perlu dibuat secara lebih bermakna atau berkesan? (Kuiz secara berkala, pemerhatian).
Apakah jenis kesukaran yang dihadapi murid semasa proses pengajaran-pembelajaran? (Ujian diagnostik, pemerhatian, perbincangan).
Murid manakah yang mempunyai pencapaian lemah? (Ujian kebolehan mental, ujian pencapaian, perbincangan).
90
Penilaian Pembelajaran Sains 1
Murid manakah yang harus diberi bimbingan, kelas khas atau rancangan pemulihan? (Ujian kebolehan mental, ujian pencapaian, ujian diagnostik, pemerhatian).
Bagaimanakah berkesannya pengajaran saya?
(Ujian pencapaian, penilaian murid,
penilain guru kanan atau guru besar). Antara aspek yang dinilai dalam mata pelajaran sains di peringkat sekolah rendah merangkumi:
Pengetahuan
Kemahiran berfikir
Kemahiran mengira
Kemahiran amali
Kemahiran manipulatif
Kemahiran proses sains
Perlakuan dan amalan nilai murni
Kemahiran kinestatik
Daya kreatif
Kemahiran bersosial
Kemahiran berbahasa
Dan sebagainya Proses penilaian boleh dilakukan guru sama ada sebelum, semasa atau selepas sesi
pengajaran; berasaskan pembelajaran yang khusus atau keseluruhan kurikulum.
Melalui
proses penilaian, yang dilaksanakan secara berterusan, guru dapat mengetahui tahap pencapaian murid (dalam setiap aspek) serta dapat mengenal pasti seterusnya mengambil tindakan susulan yang sesuai: Pemulihan, peneguhan atau pengkayaan.
TUJUAN PENILAIAN Hasil pembelajaran yang dilakukan di sekolah adalah bertujuan untuk membantu murid membina pengetahuan, pemahaman, kemahiran dan sikap.
Melalui teknik penilaian yang
sesuai, guru boleh mengawal kemajuan seseorang murid terhadap hasil pembelajaran tertentu. Persoalan yang sangat penting dalam usaha untuk menilai pencapaian murid ialah mengapa? Apakah tujuan utama guru melakukan aktiviti penilaian?
91
Penilaian Pembelajaran Sains 1
Terdapat beberapa sebab mengapa guru mengadakan aktiviti penilaian di dalam bilik darjah, antaranya adalah betujuan untuk:
Memberi maklum balas mengenai kemajuan murid
Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal, dari semasa ke semasa
Mendorong murid untuk menyusun kerjanya dengan lebih teratur dan untuk mempelajari apa yang diperlukan
Mengetahui keberkesanan pengajaran guru
Menguji pengetahuan asas sains, kefahaman, penggunaan pengetahuan dan prinsipprinsip sains di kalangan murid
Menguji penggunaan pengetahuan sains di kalangan murid dalam menyelesaikan masalah dalam situasi yang baru
Menguji kebolehan murid mengatur bahan-bahan serta membentang idea-idea dalam cara yang jelas dan logik
Menguji kebolehan bekerja, memerhati, merekod dan membentang pemerhatian dengan bersistem dan jelas
Menyediakan rekod kemajuan murid atau pernyataan pencapaian semasa murid
Menilai kesediaan murid mengikuti pelajaran akan datang
MODEL PROSES PENILAIAN Konsep penilaian akan lebih mudah difahami, seterusnya dapat digunakan secara lebih berkesan dalam bilik darjah, melalui huraian satu model.
Model penilaian ini mencadangkan
beberapa langkah yang perlu diikuti semasa membuat sesuatu penilaian dalam proses pengajaran-pembelajaran. Ketiga-tiga (atau empat) elemen penting yang terlibat dalam proses penilaian: Pengumpulan maklumat, membentuk pertimbangan dan membuat keputusan (dan seterusnya mengambil tindakan) dirangkumkan dalam Model Penilaian; sebagaimana dalam Rajah 1.
Contoh penggunaan Model Penilaian, pada setiap peringkat dibincang dalam
bahagian berikut.
Peringkat 1: Perancangan dan Persediaan
92
Penilaian Pembelajaran Sains 1
Terdapat dua (aatau lima) langkah yang terlibat dalam peringkat Perancangan dan Persediaan Penilaian, iaitu: Langkah 1: Tentukan tujuan / objektif penilaian Langkah 2: Dapatkan maklumat sedia ada Langkah kedua ini dipecahkan kepada tiga langkah seperti berikut: Langkah 2.1: Huraikan maklumat yang diperlukan Langkah 2.2: Dapatkan maklumat sedia ada Tujuan/ Objektif Penilaian
Peringkat 1: PERANCANGAN dan PERSEDIAAN
Perancangan Penilaian
Maklumat Yang Diperlukan
Maklumat Sedia Ada
Kaedah / Masa Pengumpulan Maklumat: Instrumen
Peringkat II: PENGUMPULAN dan PEMPROSESAN DATA
Pengumpulan Maklumat Analisis dad Memtafsir Maklumat
Bentuk Pertimbangan
Peringkat III: RUMUSAN dan TINDAKAN
Buat Keputusan
93
Penilaian Pembelajaran Sains 1
Buat Laporan
Rajah 1: Model Penilaian Langkah 2.3: Tetapkan kaedah (dan masa) untuk mengutip data: Instrumen Untuk penjelasan lanjut, kesemua langkah yang terlibat dalam perangcangan dan persediaan proses penilaian dibincang dalam bahagian berikut.
Langkah 1: Tentukan Objektif / Tujuan Penilaian Tujuan atau objektif adalah langkah pertama yang terlibat dalam proses penilaian. Sebenarnya, apabila kita bercadang untuk menilai murid, dalam, masa yang sama kita telah memikirkan apakah tujuan utama penilaian itu dibuat.
Guru seringkali mengatakan, “Saya
memberi ujian kerana itulah yang dibuat oleh guru …. dan sekolah mengharapkan saya …. maka saya perlu memberi markah”.
Meskipun kenyataan guru ini agak kabur, tetapi ia
menggambarkan mengapa (iaitu tujuan) beliau mengadakan penilaian (dalam hal ini beliau memilih kaedah ujian).
Antara lain, tujuan (yang terselindung) dalam kenyataan guru ini
mengapa beliau perlu menilai (dalam bentuk ujian) adalah untuk memenuhi tugas asas seorang guru dan menyimpan rekod kemajuan murid dalam aktiviti pengajaran-pembelajaran. Bermula dari sini guru tersebut membuat perancangan dan persediaan untuk menjalankan ujian tersebut sebelum sesuatu keputusan boleh dibuat dan tindakan lanjut diambil. Antara beberapa tujuan penilaian yang dibuat oleh guru adalah untuk a. melihat kesesuaian sesuatu bahan yang diajar atau kaedah yang digunakan; b. memberi maklum balik kepada murid tentang kemajuan mereka; c. mendapat maklum balik tentang keberkesanan pengajarannya; d. menetapkan murid pada kumpulan yang sama kebolehan; e. mengenal pasti permasalahan murid mempelajari sesuatu konsep tertentu; f.
mendapat maklumat sama ada murid bersedia atau tidak mengikuti pelajaran berikutnya.
94
Penilaian Pembelajaran Sains 1
Tujuan atau objektif penilaian mempunyai kaitan yang erat dengan jenis keputusan yang akan dibuat dan jenis tindakan yang akan diambil. Adalah sukar untuk memikirkan salah satu komponen, secara terasing, tanpa yang satu lagi.
Kita tidak boleh memikirkan secara objektif
penilaian secara tersendiri tanpa memikirkan semua jenis keputusan (dan seterusnya tindakan) yang akan diambil. Tujuan atau objektif dan keputusan hendaklah ditentukan pada masa yang sama.
Misalnya, guru bertujuan untuk mengelompokkan murid yang mempunyai pencapaian
tinggi, sederhana atau rendah bagi mata pelajaaaran sains supaya sesuatu pengajaranpembelajaran dapat dirancang dan dilaksanakan dengan lebih baik dan berkesan.
Hasil
daripada proses penilaian guru akan mengasingkan murid kepada tiga melompok yang dicadangkan: Tinggi, sederhana dan rendah. Beberapa aspek berikut perlu diberi pertimbangan semasa memikirkan sesuatun tujuan atau objektif penilaian: a. Mengenai apakah maklumat penilaian dikehendaki?
(Misalnya, kaedah mengajar,
tugasan yang diberikan buku teks yang digunakan, dan sebagainya). b. Apakah jenis tingkah laku yang hendak dilihat? Persoalan ini melibatkan jenis dan aras pembelajaran yang diharapkan dikuasai murid – dari segi kognitif, afektif atau psikomotor. c. Berapa spesiifikkah sesuatu maklumat itu diperlukan?
Di sini ia mungkin melibatkan
taksonomi pembelajaran yang tinggi, sederhana atau rendah. d. Berapa tepatkah sesuatu maklumat itu diperl;ukan?
Maklumat yang lengkap biasanya
memelukan kos yang tinggi dan masa yang panjang.
Langkah 2: Buat Perancangan Teliti Untuk Penilaian Setelah mengenal pasti dengan jelas tujuan untuk mengadakan sesuatu penilaian, guru perlu merancang.
Sesuatu perancangan menjadi lebih mudah jika tujuan untuk mengadakan
penilaian dinyatakan dngan jelas.
Semasa membuat perancangan penilaian, tiga langkah
berikut perlu diikuti: Langkah 2.1: Huraikan maklumat yang diperlukan Langkah 2.2: Dapatkan maklumat sedia ada.
95
Penilaian Pembelajaran Sains 1
Langkah 2.3: Tetapkan bagaimana (dan bila) untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan: Instrumen. Penggunaan ketiga-tiga langkah perancangan dalam proses penilaian ini dibincangkan dalam bahagian berikut.
Langkah 2.1: Huraikan Maklumat Yang Diperlukan Semakin tepat segala maklumat dihuraikan, semakin mudah untuk memilih kaedah yang sesuai, seterusnya menggunakan instrumen yang paling berkesan untuk mengumpulkan data. Misalnya, guru ingin menilai sama ada murid telah mempelajari konsep elektrolisis yang diajar atau tidak.
Di sini, guru perlu menghuraikan dengan jelas apakah maklumat sebenar yang
diperlukan: Adakah guru hanya ingin menilai sama ada murid boleh mengingati semua fakta penting yang diberikan? Adakah guru menghendaki murid boleh memberikan beberapa contoh proses elektrolisis?
Adakah guru ingin menguji kemampuan murid menggunakan konsep
elektrolisis untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan? Adakah guru mengetahui sama ada murid boleh merancang dan seterusnya melakukan eksperimen ringkas proses elektrolisis dalam makmal?
dan seterusnya.
Sebaliknya, jika guru ingin menilai sikap murid terhadap
konsep elektrolisis yang telah dipelajari, beliau tidak perlu mengadaklan ujian; memadai dengan hanya mengadakan perbincangan secara terbuka.
Langkah 2.2: Dapatkan Maklumat Sedia Ada Maklumat yang sedia ada penting dalam sesuatu proses penilaian, di mana memberi panduan terhadap maklumat yang diperlukan.
Maklumat awal boleh diperolehi daripada berbagai
sumber, bergantung kepada tujuan atau objektif penilaian yang akan dibuat, termasuk: a. Penilaian guru secara tak formal (misalnya pemerhatian semasa murid melakukan eksperimen, menyelesaikan sesuatu masalah dalam bilik darjah, penglibatan murid semasa sesi soal jawab atau perbincangan, laporan kerja amali atau projek, hasil tugasan atau kerja rumah yang diberikan, dan sebagainya). b. Rekod peribadi guru (misalnya rekod kedatangan, rekod kemajuan atau pencapaian murid dalam ujian atau peperiksaan yang lalu, rekod perbincangan secara peribadi, dan sebagainya). c. Rekod sekolah (misalnya maklumat peribadi dan latar belakang murid, rekod sulit, rekod minat, rekod disiplin, dan sebagainya).
96
Penilaian Pembelajaran Sains 1
d. Maklumat yang terdapat dalam sistem pendidikan (misalnya sukatan pelajaran, bentuk soalan peperiksaan UPSR, buku teks, buku rujukan, dan sebagainya). e. Pengetahuan mengenai pendidikan (misalnya mengenai taksonomi pembelajaran, pelbagai bentuk dan jenis soalan peperiksaan, cara membina soalan peperiksaan, teknik melakukan eksperimen, kaedah pendekatanm pengajaran yang berkesan, dan sebagainya). Dalam contoh Bahagian 2.1 di atas, jika guru ingin menilai sama ada murid boleh menggunakan konsep elektrolisis atau tidak, beliau perlu mendapatkan maklumat awal. Maklumat yang diperlukan termasuk sama ada murid telah mengetahui (iaitu telah menguasai fakta penting yang terlibat dalam proses elektrolisis, termasuk mengingati formula) dan memahami konsep elektrolisis atau tidak. Bagaimana dengan kebolehan matematik (mengira) murid?
Segala maklumat ini boleh diperolehi melalui rekod pencapaian masa lalu murid
(misalnya pencapaian dalam kuiz yang mengukur aras pembelajaran rendah dalam tajuk ini), siri soal jawab (oral) atau perbincangan semasa proses pengajaran tajuk elektrolisis, laporan kerja rumah, dan sebagainya.
Di samping itu guru perlu mengetahui instrumen yang sesuai
untuk mengukur kebolehan murid menggunakan konsep yang dipelajari:
Adakah soalan
berbentuk salah-betul, ujian penjodohan, memenuhkan tempat kosong (kesemuanya mampu mengukur aras pembelajaran yang sangat rendah, meskipun soalan mudah dibina); atau soalan jenis esei (soalan mudah dibuat tetapi sukar diperiksa atau diberi markah); atau soalan aneka pilihan (soalan sukar dibuat, tetapi mudah diperiksa).
Langkah 2.3: Tetapkan Kaedah dan Asas Untuk Mendapatkan Maklumat Yang Diperlukan: Instrumen Setelah mengenal pasti dengan jelas segala maklumat yang dipelukan, tugas guru selanjutnya ialah menentukan kaedah bagaimanakah cara untuk mendapatkan makljumat tersebut dan bilakah maklumat tersebut perlu dikumpulkan.
Guru perlu memilih teknik dan masa yang
sesuai, selaras dengan tujuan penilaian, supaya maklumat yang diperolehi dapat membentuk pertimbangan yang sesuaia bagi membolehkan tindakan susulan.
Bergantung kepada tujuan
penilaian, beberapa instrumen boleh digunakan untuk mengumpulkan maklumat yang diperlukan, iaitu: a. Instrumen Pemerhatian (misalnya jadual atau rekod perlakuan murid dalam bilik darjah semasa sesi soal jawab, semasa melakukan eksperimen, dan sebagainya)
97
Penilaian Pembelajaran Sains 1
b. Instrumen Pertanyaan (misalnya temu duga, temu bual, perbincangan, dan sebagainya). c. Instrumen Menganalisis (misalnya tugasan yang diberikan, projek, pameran, laporan, dan sebagainya). d. Instrumen Ujian (misalnya ujian yang dibuat oleh guru, ujian piawai, dan sebagainya). Sebaik-baiknya sediakan satu daftar atau jadual untuk mendapkan maklumat tersebut: Merangkumi kaedah (bagaimana) dan masa (bila).
Sebagai contoh jika guru telah membuat
keputusan untuk menilai pembelajaran murid mengenai konsep elektrolisis yang telah diajar dengan menggunakan instrumen ujian, beliau perlu merancang bentuk ujian yang akan dijalankan: Apakah jenis soalan ujian yang akan digunakan? (misalnya soalan objektif, soalan subjektif, dan sebagainya); Berapa banyakkah soalah yang diperlukan? (misalnya 10 soalan objektif dan 2 soalan esei); bagi setiap soalan?
Bagaimanakah dengan pemarkahan (atau skema pemarkahan)
Berapa lamakah masa yang diperuntukkan untuk ujian tersebut?
(misalnya 1 jam); Bilakah ujian tersebut akan dijalankan? (misalnya pada minggu hadapan) dan sebagainya.
Bagi memudahkan kerja menganalisis (seterusnya mentafsir) hasil ujian,
guru perlu membuat perancangan dalam satu jadual (misalnya, jadual penentuan ujian). Jadual penentuan ujian ini juga dapat membantu guru mempastikan sama ada tujuan atau objektif penilaian yang dijalankan tercapai atau tidak.
Langkah 2: Pengumpulan dan Pemprosesan Data Peringkat pengumpulan dan pemprosesan maklumat atau data ini melibatkan dua langkah: Langkah 3: Pengumpulan maklukat atau data, dan Langkah 4: Analisis dan interpretasi maklumat atau data.
Langkah 3: Pengumpulan Maklumat atau Data Setelah mengenal pasti dan memutuskan instrumen yang akan digunakan, langkah berikutnya ialah mendapatkan maklumat yang diperlukan. Sebelum maklumat tersebut dikumpul, pastikan murid (dan guru) telah bersedia untuk dinilai.
Jika guru telah memutuskan untuk menilai
pencapaian murid melalui ujian atau peperiksaan, tugas beliau selanjutnya ialah menyediakan soalan ujian dan seterusnya menjalankan ujian tersebut bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan, selaras dengan tujuan atau objektif yang digariskan.
98
Penilaian Pembelajaran Sains 1
Langkah 4: Analisis dan Mentafsir Maklumat atau Data Langkah ini melibatkan guru menilai hasil kerja murid sebelum sesuatu pertimbangan dibentuk, seterusnya membuat keputusan atau mengambil tindakan lanjut. boleh dilakukan guru dalam langkah ini.
Pelbagai bentuk analisis
Semasa membuat analisis ini guru boleh
menggunakan statistik yang mudah, misalnya mengira kekerapan dan seterusnya peratusan murid yang menjawab betul setiap item ujian, mengira min skor markah ujian, mengira median skor markah ujian, dan sebagainya.
Berpandukan hasil analisis yang diperolehi, tugas guru
berikutnya ialah mentafsir maklumat tersebut.
Misalnya, jika lebih 80% murid tidak dapat
menjawab soalan yang melibatkan perkiraan, guru membuat tafsiran yang murid gagal menggunakan konsep yang telah dipelajari.
Peringkat 3: Rumusan dan Tindakan Peringkat akhir dalam proses penilaian ialah membuat keputusan dan mengambil tindakan lanjut dengan berpandukan hasil analisis dan tafsiran yang dibuat dalam peringkat sebelumnya. Peringkat ini melibatkan dua atau tiga langkah: Langkah 5: Membentuk pertimbangan, Langkah 6: Membuat keputusan, dan Langkah 7: Membuat laporan Kesemua langkah-langkah yang terlibat dibincang dalam bahagian berikut.
Perkaitan
antara proses membentuk pertimbangan dengan proses membuat keputusan ditunjukkan dalam Rajah 2.
Langkah 5: Membentuk Pertimbangan Setiap pertimbangan yang akan dibentuk adalah bergantung pada hasil analisis maklumat yang diperolehi dan tafsiran yang dibuat, dengan merujukk kepada objektif penilaian. Pertimbangan adalah penting dalam sesuatu proses penilaian kerana ia menentukan jenis tindakan yang akan diambil.
Secara relatif, pembentukan sesuatu pertimbangan adalah jauh lebih mudah
berbanding dengan membuat keputusan. Biasanya sesuatu pertimbangan yang akan dibuat adalah secara anggaran atau ramalan sahaja; misalnya dengan cara membandingkan maklumat yang diperolehi dengan menggunakan indeks rujukan tertentu.
Misalnya, jika
99
Penilaian Pembelajaran Sains 1
Humaizie mendapat markah 90% bagi mata pelajaran sains dalam peperiksaan pertengahan tahun, di mana markah ini adalah jauh terletak di atas markah min, maka guru membuat pertimbangan bahawa pengetahuan Humaizie dalam sains adalah cemerlang (anggaran) dan dijangkakan beliau mempunyai peluang yang baik untuk mendapat gred A dalam peperiksaan UPSR akan datang (ramalan).
Semua pertimbangan yang dibuat dapat membantu guru
membuat keputusan atau mengambil tindakan lanjut.
Misalnya, berpandukan pencapaian
cemerlang Humaizie dalam mata pelajaran sains di atas, guru membuat keputusan menempatkan beliau dalam kelas terbaik, atau memberi lebih banyak bahan pengkayaan.
100
Penilaian Pembelajaran Sains 1
Persoalan Mengenai Huraikan setiap pertimbangan dengan berpandukan soalan berikut: 1. Apakah objektif petimbangan? a. Murid? b. Program? c. Hasil? 2. Apakah jenis pertimbangan yand diperlukan? a. Anggaran? b. Ramalan?
(sesuatu) Aspek PengajaranPembelajaran
Pembentukan Pertimbanan
3. Bilakah petimbangan tersebut akan dibuat? a. Awalan? b. Formatif? c. Sumatif? 4. Apakah jenis rujukan yang akan digunakan? a. Kendiri? b. Norma? c. Kriteria? 5. Apakah jenis perbandingan yang akan dibuat? a. Penguasaan? b. Sisihan?
Membuat Keputusan
Huraikan setiap keputusan yang akan diambil dengan berpandukan soalan berikut: 1. Apakah objektif keputusan? a. Murid? b. Program? c. Hasil? 2. Apakah jenis tindakan yang diperlukan? a. Pemilihan? b. Penempatan? c. Pemulihan? 3. Bilakah keputusan tersebut akan dibuat? a. Tarikh? b. Bilakah pengajaran? 4. Apakah tujuan keputusan tersebut? a. Pentadbiran? b. Kaunseling? c. Pengajaran? d. Penyelidikan? 5. Apakah keutamaan keputusan? a. Murid? b. Guru? c. Sekolah 6. Setakat manakah pentingnya keputusan yang dibuat? a. Bolehkah ianya diperbaiki? b.. Berapa ramaikah orang yang terlibat? c. Berapa lamakah kesannya diperlukan? d. Betapa pentingkah hasil pembelajaran?
101
Penilaian Pembelajaran Sains 1
Rajah 2:
Carta alir proses yang terlibat dalam penentuan petimbangan dengan membuat keputusan
Langkah 6: Membuat Keputusan Membuat keputusan adalah proses yang jauh lebih sukar dan rencam bebanding dengan membuat pertimbangan.
Untuk membuat sesuatu keputusan, guru perlu mempunyai garis
panduan tertentu. a. Kesederhanaan (simplicity) – ianya mudah digunakan dan tidak melibatkan masa yang terlalu panjang atau banyak. b. Kemudahlenturan (flexibility) – lebih baik membuat keputusan yang agak rencam di mana melibatkan banyak pilihan tindakan (misalnya buku apakah yang sesuai untuk digunakan sebagai buku teks bagi mata pelajaran sains sekolah rendah?); daripada membuat keputusan yang mudah di mana melibatkan sedikit sahaja pilihan tindakan (misalnya berapa ramaikah murid dalam setiap kumpulan amali?). c. Secara objektif (objectively) – ia akan menolong membuat keputusan menjadi lebih objektif semasa memilih antara beberapa pilihan tindakan yang perlu diambil.
Langkah 7: Membuat Laporan Laporan adalah hasil terakhir sesuatu proses penilaian.
Laporan sesuatu penilaian adalah
penting di mana ia menjadi rekod yang boleh digunakan sebagai rujukan untuk proses penilaian berikut pada masa akan datang.
Tanpa rekod laporan adalah sukar bagi guru (atau guru lain)
membuat penilaian lanjut mengenai pencapaian seseorang murid dalam aktiviti pengajaranpembelajaran.
Di samping itu, laporan (kemajuan murid) ini adalah diperlukan oleh beberapa
pihak tertentu; termsuk ibu bapa, guru besar, Jabatan Pelajaran, murid, dan sebagainya. Laporan ini biasanya dibuat dalam kad laporan.
Kaedah lain yang biasa juga digunakan
termasuk perbincangan dengan ibu bapa, guru, guru besar, melalui surat, dan sebagainya. Semasa membuat laporan, guru perlu menjawab beberapa soalan berikut: a. Siapakah yang bertanggung jawab di atas keputusan penilaian? b. Adakah markah atau gred diperlukan? c. Jika markah atau gred diperlukan, bagaimanakah markah atau gred akan dibuat? d. Apakah yang akan dibincangkan dengan ibu bapa?
102
Penilaian Pembelajaran Sains 1
e. Apakah maklumat yang perlu dimasukkan dalam surat edaran?
Contoh Penggunaan Model Penilaian Langkah 1: Tujuan atau Objektif Penilaian Tujuan peniliaian adalah unuk: a. menilai pencapaian murid dalam mata pelajaran sains, sebagai persediaan menduduki peperiksaan UPSR pada semester akan datang; b. mengkaji permasalahan murid mempelajari mata pelajaran sains sekolah rendah; c. mengasingkan murid kepada tiga kumpulan pencapaian yang berbeza:
Tinggi,
sederhana dan rendah; bagi tujuan membimbing mereka memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR; d. melaporkan pencapaian murid dalam mata pelajaran sains (sekolah rendah) kepada guru besar dan ibu bapa
(supaya tindakan susulan boleh diambil segera sebelum
peperiksaan UPSR).
Langkah 2: Perancangan Penilaian Langkah 2.1: Maklumat Yang Diperlukan
a. Soalan penilaian (peperiksaan) dan skema pemarkahan, selaras dengan bentuk soalan peperiksaan UPSR. b. Markah skor pencapaian murid dalam mata pelajaran sains (sekolah rendah). c. Masalah yang dihadapi murid semasa mempelajari sains dan masalah atau kesalahan murid semasa menjawab soalan peperiksaan. d. Julat markah untuk mengelompokkan murid kepada tiga kumpulan pencapaian yang berbeza; misalnya: i.
Kumpulan pencapaian tinggi: 75%;
ii.
Kumpulan pencapaian sederhana: 50% hingga 74%;
iii. Kumpulan pencapaian rendah: 49%
103
Penilaian Pembelajaran Sains 1
Langkah 2.2: Maklumat Sedia Ada a. Rekod kemajuan murid bagi mata pelajaran sains di sepanjang tiga semester yang lalu: Hanya 10% sahaja murid yang mencapai aras pembelajaran di peringkat sintesis dan penilaian; 60% murid boleh menganalisis dan menggunakan konsep yang dipelajari. b. Murid telah mempelajari dua belas daripada tiga belas tajuk sains sebagaimana yang terdapat dalam sukatan pelajaran. c. Bentuk kertas peperiksaan sains (sekolah rendah). d. Alamat ibu bapa murid.
Langkah 2.3: Kaedah dan Masa Pengumpulan Maklumat Kaedah:
Pencapaian murid dinilai melalui ujian / peperiksaan, dengan mengikuti format sebagaimana peperiksaan UPSR.
Masa:
Pada 3 Oktober 2011 (Isnin); 9.00 pagi hingga 10.30 pagi.
Tempat:
Di Dewan Besar.
Catatan:
Soalan peperiksaan dan skema pemarkahan hendaklah siap ditaip dan disusun pada / sebelum 26 September 2011 (iaitu selewat-lewatnya seminggu sebelum peperiksaan).
Langkah 3: Pengumpulan Maklumat a. Soalan peperiksaan digubal berasaskan soalan peperiksaan UPSR lalu, (perlu siap pada atau sebelum ….tarikh ditentukan). b. Skema pemarkahan dibuat serentak semasa menggubal soalan (perlu siap pada atau sebelum …. tarikh ditentukan). c. Jawapan murid disemak dan diberi markah pada atau sebelum …tarikh ditentukan.
104
Penilaian Pembelajaran Sains 1
d. Markah skor murid dimasukkan ke dalam borang markah atau jadual analisis khas pada atau sebelum…. tarikh ditentukan .
Langkah 4: Analisis Dan Tafsiran Maklumat a. Semua jawapan murid disemak / diperiksa. b. Respon murid bagi setiap soalan peperiksaan dianalisis dengan menggunakan borang khas (Jadual Analisis), misalnya rujuk Jadual 1. c. Berasaskan hasil analisis, tafsiran dibuat mengenai apakah masalah sebenar yang dihadapi murid semasa mempelajari sains (sekolah rendah). Jadual 1: Analisis soalan peperiksaan Nombor Soalan
Bilangan Pelajar Jawab Betul
Bilangan Pelajar Jawab Salah
Kesalahan Umum
Tindakan
Item I
95/180
B: 12/180
(Key: A)
C: 60/180*
Murid tidak boleh mengira nilai pH (tidak boleh membezakan antara atom dengan mole-kul).
Beri latihan peneguhan mengenai konsep pH (terutamanya yang melibatkan pengiraan) kepada kumpulan murid tertentu.
D: 8/180 E: 5/180 * : Kesalahan utama
Langkah 5: Pertimbangan Berasaskan hasil analisis permasalahan murid di atas, beberapa pertimbangan dibuat, misalnya: a. Berapakah julat markah yang sesuai untuk tiga kumpulan murid yang mempunyai pencapaian berbeza (tinggi, sederhana dan rendah)?
Dengan kata lain, murid
manakah yang akan masuk ke dalam kumpulan pencapaian tinggi? sederhana? atau rendah?
105
Penilaian Pembelajaran Sains 1
b. Apakah bahan pengkayaan (dan pengukuhan) yang perlu diberi kepada murid dalam kumpulan tinggi, untuk membantu mereka mendapat gred A dalam peperiksaan UPSR akan datang. c. Apakah bahan pengukuhan (dan pemulihan) yang perlu diberi kepada murid dalam kumpulan sederhana, untuk membantu mereka sekurang-kurangnya mendapat kepujian dalam peperiksaan UPSR akan datang. d. Apakah bahan pemulihan yang perlu diberi kepada murid dalam kumpulan rendah untuk membantu mereka sekurang-kurangnya lulus dalam peperiksaan UPSR akan datang.
Langkah 6: Keputusan Berpandukan pertimbangan (dan tafsiran) yang dibuat, tindakan atau keputusan berikut diambil: a. Murid diasingkan kepada tiga kumpulan pencapaian yang berbeza:
Kumpulan
pencapaian tinggi, sederhana, dan rendah. b. Setiap kumpulan murid diberi bimbingan yang sesuai (sama ada pengkayaan, peneguhan atau pemulihan), bagi membantu mereka berjaya dalam peperiksaan UPSR yang akan datang.
Langkah 7: Laporan Keputusan peperiksaan murid dilaporkan kepada guru besar dan ibu bapa, dengan memberi ulasan mengenai masalah yang dihadapi murid, tindakan yang telah diambil serta cadangan bagi membantu murid berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang akan datang.
PENILAIAN KENDIRI 1. Bincangkan kepentingan dilakukan penilaian terhadap pembelajaran sains. 2. Rancangkan bagaimana anda melakukan pemebajaran sains.
penilaian untuk pengajaran dan
106
Penilaian Pembelajaran Sains 1
RUJUKAN Abu Hassan Kassim (1998). Pengukuran dan penilaian dalam pendidikan. pengajaran. Tidak diterbitkan.
Modul
Adey, P. (1992). The CASE results: Implications for science teaching. International Journal of Science Education, 14, (2), 137-146. Bryce, T.G.K., McCall, J., MacGregor, J., Robertson, I.J. and Weston, R.A.J. (1983). Techniques for the assessment of practical skills in foundation science. London: Heinemann. Harlen, W., Macro, C., Schilling, M., Malvern, D. and Reed, K. (1990). primary science. London: Routledge.
Progress in
Nesamalar Chittavelu, Sarath Sithamparam and Teh Soo Choon (2005). ELT methodology: PrincipLes and practice (2nd. Ed.). Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Ragbir Kaur Joginder Singh (2008). An education revision guide for KPLI – Primary and secondary trainees. . Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Schilling, M., Hargreaves, L. Harlen, W. and Russell, T. (1990). Assessing science in the primary classroom: Written Tasks. London: Paul Chapman. Wragg, E. C. (ed) (1984). Classroom teaching skills. Worcester: Billing and Sons Limited.
107