Web Base System Development Workshop Report - PHP & MySQL ...

199 downloads 65558 Views 3MB Size Report
Bengkel dimulakan dengan kata-kata aluan Pengerusi Majlis iaitu Puan Suhaila binti ... Penyelaras Bengkel memberi kata-kata aluan pembukaan majlis.
LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA PULAU PINANG (JKDMPP) 1. SINOPSIS LAPORAN Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Pulau Pinang (JKDMPP) berbesar hati telah menjemput saya; Norhardi bin Sabri, Pegawai Teknologi Maklumat Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang (PTGPP) sebagai penceramah jemputan untuk memberi pengajaran/ceramah berkenaan Pembangunan Sistem Web Based Online menggunakan perisian pengaturcaraan komputer PHP (PHP Hypertext Preprocesor) untuk membangunkan sistem & MySQL (My Structured Query Language) sebagai rekabentuk pangkalan data. Bengkel tersebut telah di adakan selama 2 hari pada 13 dan 14 Mac 2013 yang lalu di Bilik Latihan Komputer Bukit Bendera, Tingkat 3, Kompleks Kastam Seberang Jaya, Pulau Pinang yang dihadiri oleh pegawai-pegawai JKDMPP. Bengkel ini adalah sebahagian daripada aktiviti pelaksanaan program inovasi Kastam. Jemputan ceramah kali ini merupakan yang terbesar kerana penyertaan terbuka kepada semua pegawai kastam yang berminat. Seramai 18 orang peserta dari kuota 20 orang telah menyertai ke bengkel ini yang terdiri daripada wakil-wakil pegawai dari pelbagai bahagian/cawangan dan unit Kastam di Pulau Pinang. Kebanyakan peserta yang hadir dan terpilih mempunyai latar belakang pelbagai displin ICT.

Peserta Bengkel Pembangunan Sistem Web Based Online – PHP & MySQL sedang menunggu ketibaan Penolong Penolong Kanan Pengarah Kastam I untuk majlis perasmian

1

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP

Bengkel dimulakan dengan kata-kata aluan Pengerusi Majlis iaitu Puan Suhaila binti Mohamad Noor, Penguasa Kastam (PAK), di ikuti dengan kata-kata aluan dan pembukaan oleh Tuan Zulkifli bin Muhamad, Penolong Kanan Pengarah Kastam II (PKPK II) selaku penyelaras bengkel dan seterusnya ucapan perasmian oleh Tuan Choong Keng Leong, Penolong Kanan Pengarah Kastam I (PKPK I) wakil perasmian bagi menggantikan Tuan Mohamed Nawi bin Noor, Timbalan Pengarah Kastam Negeri, Bahagian Perkhidmatan Pertek kerana menghadiri mesyuarat di Putrajaya.

Pengerusi Majlis memulakan majlis.

Penyelaras Bengkel memberi kata-kata aluan pembukaan majlis.

2

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP

Ucapan Perasmian Bengkel oleh Penolong Kanan Pengarah Kastam I

Setelah itu, bengkel disusuli pula sesi bergambar dan minum pagi. Bengkel dimulakan sekitar jam 9.30 pagi hingga hampir 5.30 petang pada hari pertama. Pada hari kedua, bengkel dimulakan seawal 8.30 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang.

Sesi bergambar semua peserta bersama Penolong Kanan Pengarah Kastam I, Penolong Kanan Pengarah Kastam II dan Penceramah.

3

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP

2. SKOP BENGKEL Kaedah pengajaran dalam bengkel ini adalah secara syarahan teoritikal, latihan praktikal dan amali. Sesi bengkel ini menekankan kepada peserta teknik, panduan dan bagaimana seseorang itu dapat membangunkan sesebuah sistem berasaskan web yang boleh dionlinekan dan dapat di akses gunapakai di internet untuk manfaat jabatan, pelanggan, umum dan masyarakat. Sesi pengajaran difokuskan dari asas dengan sentiasa berpegang pada ‘back to basic’ kerana dengan konsep tersebut peserta tidak tersasar dan kukuh diperingkat asas. Apabila asas kukuh maka peserta dapat secara kreatifnya memanipulasi (reverse engineering) dan menguasai ilmu tersebut dan menghasilkan produk yang baru dan berinovasi. Kemahiran penggunaan perisian dan alat bantu pembangunan sistem juga ditekankan iaitu XAMPP (Cross platform Apache, MySQL, PHP, Perl), notepad, notepad++, Dreamweaver, MySQL Manager, web server, FTP (File Transfer Protocol) untuk berkomunikasi dengan server hosting dan sedikit ilmu rangkaian komputer. Peserta juga di tambah dengan asas pengaturcaraan HTML (Hyper Text MarkUp Language) untuk penyediaan interface sistem dan SQL untuk berkomunikasi dengan pangkalan data. 3. SEKITAR BENGKEL

Penceramah memperkenalkan diri dan memulakan sesi bengkel serta ice breaking

4

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP

Penceramah menyemak kehadiran dan mengenali semua peserta yang hadir dengan menyebut nama setiap peserta dan proses pengecaman rupa parasnya.

Bengkel diteruskan dengan sesi pengajaran secara teori dan amali.

5

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP

Bengkel dilaksanakan berdasarkan course outline yang dibekalkan dan nota tambahan untuk rujukan peserta serta bahan-bahan kursus lain yang disediakan.

6

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP

Sesi latihan amali dan semakan.

Peserta yang mengalami masalah ketika membuat latihan dan error dibantu oleh penceramah dan dibetulkan bersama.

Semakan peserta yang telah berjaya menyiapkan latihan dengan sistem dapat berfungsi dengan baik.

7

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP

Ramai peserta bertanyakan pelbagai teknik, selok-belok dan panduan dalam pembangunan sistem web based online

Peserta kebanyakkannya dapat belajar dari kesilapan error yang dilakukan sekaligus melatih peserta cara troubleshooting syntax dan logic error sesebuah sistem.

8

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP

4. KESIMPULAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL Dari jemputan sebagai penceramah ini dapatlah saya memperturun dan menyumbangkan ilmu serta kepakaran saya kepada orang lain dan pengalaman memberi ceramah di jabatan lain untuk dimanfaatkan secara bersama ilmu yang dimiliki di samping mengasah diri saya sendiri dalam menajamkan kemahiran dan kecekapan dalam bidang ini. Sesi bengkel jemputan luar seperti ini secara tidak langsung dapat meningkatkan imej PTGPP yang mendapat jemputan dari jabatan lain menggunakan kepakaran ICT yang ada dari PTGPP. Bengkel seperti ini juga akan diteruskan untuk jabatanjabatan lain yang mengundang jemputan di samping dilaksanakan di PTGPP seperti biasa. Apa yang dapat diperhatikan di sini, para peserta begitu teruja dan penuh minat mengikuti bengkel ini. Yang menariknya lagi, di kalangan para peserta terdapat salah seorang peserta berstatus pencen yang berminat untuk mendalami ilmu baru baginya ini dan berusaha mempelajarinya dengan tekun dan dapat menghasilkan sistem mudah. Selain itu, terdapat juga peserta yang menghadapi masalah teknikal tetapi berusaha mengatasi masalah tersebut dan bersemangat sehingga sanggup menukar dengan komputer sendiri demi mengikuti dan tidak mahu ketinggalan mengikuti bengkel ini. Para peserta juga memohon agar akan datang sesi bengkel ini diteruskan untuk sesi lanjutan (advanced) yang melibatkan pembangunan sistem yang lebih mendalam,

menambah

lagi

modul-modul

canggih

menggunakan

kaedah,

mekanisma dan metodologi dalam pembangunan sesebuah sistem online. Penumpuan bengkel lanjutan juga boleh diberikan kepada secure programming dan sekuriti yang lebih kukuh dalam aspek keselamatan ICT. Di akhir bengkel, sesi penilaian bengkel dijalankan dan semua penilaian disimpan oleh pihak penganjur dan sesalinan kepada penceramah atas permintaan untuk tindakan post mortem (salinan penilaian bengkel tidak dilampirkan dalam laporan ini kerana agak terlalu tebal – boleh dirujuk kepada pihak penganjur atau salinan penceramah). Laporan disediakan oleh: NORHARDI BIN SABRI Penceramah Bengkel Pembangunan Sistem Web Based Online – PHP & MySQL Pegawai Teknologi Maklumat Pejabat Pengarah Tanah & Galian Pulau Pinang 28 MAC 2013 9

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP

5. LAMPIRAN A. KAD NAMA PENYELARAS BENGKEL

10

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP

B. SURAT BENGKEL

11

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP

12

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP

13

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP

C. TENTATIF BENGKEL

14

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP

D. SENARAI KEHADIRAN PESERTA BENGKEL

15

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP

E. HANDOUT COURSE OUTLINE BENGKEL

16

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP

F. HAND OUT SLIDE DAN MAKLUMAT PENCERAMAH

17