NOTA TEMPAHAN DAN TIKETAN. SPL 3024. Norazwani Binti Suhaimi (NBS). Kolej Komuniti Hulu Selangor. 1. Page 1 of 1. BAB 2-
NOTA TEMPAHAN DAN TIKETAN SPL 3024
Norazwani Binti Suhaimi (NBS) Kolej Komuniti Hulu Selangor
1
NOTA TEMPAHAN DAN TIKETAN SPL 3024
TOPIK 2 : TIKET DAN TAMBANG Apakah yang dimaksudkan dengan tiket penumpang penerbangan? Tiket penumpang penerbangan adalah dokumen bercetak yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan dan sah digunakan dalam pengangkutan udara bagi tempoh setahun dari tarikh pengeluarannya. Berapakah dan apakah kategori tiket? Tiket terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu “Accountable Ticket” dan “Non-Accountable Ticket” Terangkan mengenai “Accountable Ticket” dan “Non-Accountable Ticket”.
TIKET “Accountable Ticket” Dokumen tidak boleh dibuang. Jika berlaku kesilapan tuliskan perkataan "VOID" dan mesti kelihatan jelas di setiap salinan Salinan yang tertulis perkataan "VOID" ini harus disimpan oleh agensi pelancongan sekurang-kurangnya 2 tahun. Pengeluar tiket penerbangan mestilah berdaftar dengan IATA. Mempunyai format tertentu yang digunakan seluruh dunia. Terdapat prosedur tertentu untuk mengeluarkan / menukarkan / membatalkan tiket ini Mempunyai nombor siri yang berturutan di antara atau dengan yang lain. Apakah jenis-jenis tiket?
Norazwani Binti Suhaimi (NBS) Kolej Komuniti Hulu Selangor
“Non-Accountable Ticket”. Dokumen yang tidak diambil kira boleh digunakan oleh setiap agensi pelancongan tanpa perlu mendapat perngiktirafan IATA. Dokumen ini tidak sah untuk ditukarkan kepada dokumen perjalanan udara atau darat. Dokumen ini merupakan satu pemberitahuan mengenai jenis pembayaran. Cth : UCCF - dokumen pemberitahuan mengenai pembayaran yang diterima melalui penggunaan kad kredit Cth 2 : Refund or Exchange Notice dokumen untuk merekod dan memproses sebarang pengembalian wang atau penukaran sesuatu dokumen perjalanan.
2
NOTA TEMPAHAN DAN TIKETAN SPL 3024
Tiket terbahagi kepada lapan (8) jenis :
TIKET SEHALA (ONE WAY TIKET)
TIKET SEHALA DENGAN BERHENTI (ONE WAY TICKET WITH STOPOVER)
TIKET SEHALA DGN SAMBUNGAN PERJALANAN (ONE WAY TICKET WITH CONNECTION)
JENIS-JENIS TIKET
TIKET PERGI BALIK/TIKET DUA HALA (ROUND TRIP TICKET)
TIKET PERGI BALIK DENGAN SAMBUNGAN PERJALANAN
TIKET PUSINGAN (CIRCLE TRIP TICKET)
TIKET PERJALANAN TERPUTUS (OPEN JAW TICKET)
KUPON PENERBANGAN TERBUKA (OPEN FLIGHT COUPON)
Norazwani Binti Suhaimi (NBS) Kolej Komuniti Hulu Selangor
3
NOTA TEMPAHAN DAN TIKETAN SPL 3024
TIKET SEHALA (ONE WAY TICKET) Perjalanan dari satu tempat (A) ke satu tempat yang lain (B). Destinasi akhir ialah (B). Tambang adalah mengikut jarak yang telah ditetapkan.
KUALA LUMPUR
TOKYO
Tambang dikira untuk 1 segmen sahaja : Segmen : KUL ------ TYO
TIKET SEHALA DENGAN BERHENTI (ONE WAY TICKET WITH STOPOVER) Penumpang Dengan rela hati untuk memohon berhenti di suatu tempat antara COC (City of Commencement) dan destinasi. Masa berhenti adalah lebih dari 6 jam. Tiket ini hanya boleh digunakan sekiranya penumpang membeli tiket biasa dan tiket excursion sahaja.
KUALA LUMPUR
SINGAPORE
TOKYO
Tambang dikira untuk 2 segmen iaitu : Segmen 1 : KUL ------ SIN Segmen 2 : SIN ------- TYO
Norazwani Binti Suhaimi (NBS) Kolej Komuniti Hulu Selangor
4
NOTA TEMPAHAN DAN TIKETAN SPL 3024
TIKET SEHALA DENGAN SAMBUNGAN PERJALANAN (ONE WAY TICKET WITH CONNECTION) Penumpang terpaksa berhenti di suatu tempat antara COC (City of Commencement) dan destinasi. Masa berhenti adalah kurang dari 6 jam untuk mendapatkan pesawat seterusnya ke destinasi. Pengiraan tambang tidak mengambil kira “connection city”.
SINGAPORE
TOKYO
NEW YORK
Tambang dikira untuk 1 segmen sahaja iaitu : Segmen 1 : SIN ------ NYC
TIKET PERGI BALIK/ TIKET DUA HALA (ROUND TRIP TICKET) Tiket 2 hala yang mana setiap hala adalah serupa dari segi perjalanan. Destinasi akhir adalah sama dengan COC. Juga dikenali sebagai ‘mirror image journey’ – perjalanan yang sama dengan syarikat penerbangan yang sama.
KUALA LUMPUR
TOKYO
Tambang dikira untuk 2 segmen iaitu : Segmen 1 : KUL ------ TYO Segmen 2 : TYO ------ KUL
Norazwani Binti Suhaimi (NBS) Kolej Komuniti Hulu Selangor
5
NOTA TEMPAHAN DAN TIKETAN SPL 3024
TIKET PERGI BALIK DENGAN SAMBUNGAN PERJALANAN (TWO WAY TICKET WITH CONNECTION) Penumpang membeli tiket pergi balik dan terpaksa berhenti di suatu tempat untuk pertukaran pesawat bagi setiap segmen perjalanan. Perjalanan ini juga adalah ‘mirror image’ – tempat menyambung perjalanan adalah sama, syarikat penerbangan yang sama.
SINGAPORE
TOKYO
NEW YORK
Tambang dikira untuk 2 segmen iaitu : Segmen 1 : SIN ------ NYC Segmen 2 : NYC ----- SIN
TIKET PERJALANAN TERPUTUS (OPEN JAW TICKET) Tiket 2 hala dan sebahagian perjalanan atau satu segmen perjalanan menggunakan pengangkutan lain. Kod yang digunakan untuk tiket ini ialah “ARNK” – Arrival Unknown. Sebahagian segmen menggunakan pengangkutan lain selain dari pengangkutan udara (pengangkutan darat atau air). KUALA LUMPUR
BANGKOK
PENANG
(pengangkutan darat)
Tambang dikira untuk 2 segmen iaitu : Segmen 1 : KUL ------ BKK Segmen 2 : BKK ------ KUL
Norazwani Binti Suhaimi (NBS) Kolej Komuniti Hulu Selangor
6
NOTA TEMPAHAN DAN TIKETAN SPL 3024
TIKET PUSINGAN (CIRCLE TRIP TICKET) Tiket 2 hala tetapi setiap segmen perjalanan adalah berlainan. Perbezaan yang wujud adalah dari segi syarikat penerbangan yang digunakan dan tempat stopover dan connection. CTH 1 : Perbezaan syarikat penerbangan
KUALA LUMPUR
MH TOKYO NA
Perjalanan dari KUL ke TYO menaiki pesawat Malaysia Airlines. Manakala perjalanan dari TYO ke KUL menaiki pesawat Japan Airlines Tambang dikira untuk 2 segmen iaitu : Segmen 1 : KUL ------ TYO Segmen 2 : TYO ------ KUL
CTH 2: Perbezaan stopover JAKARTA
LONDON
NEW DELHI
Perjalanan pergi adalah perjalanan terus, ( CGK ke LON ) manakala perjalanan balik mempunyai stopover (New Delhi) Tambang dikira untuk 3 segmen iaitu : Segmen 1 : CGK ------ LON Segmen 2 : LON ------ DEL Segmen 3 : DEL ------- CGK
Norazwani Binti Suhaimi (NBS) Kolej Komuniti Hulu Selangor
7
NOTA TEMPAHAN DAN TIKETAN SPL 3024
KUPON PENERBANGAN TERBUKA (OPEN FLIGHT TICKET) Tiket penerbangan telah dikeluarkan tetapi penumpang belum menyatakan tarikh penerbangan. Kupon akan ditampalkan di tiket berkenaan.
PERUBAHAN TIKET
Perubahan boleh dilakukan pada item berikut : - Tarikh dan masa penerbangan - Pertukaran nama pada tempahan (bukan nama penumpang) - Tempat duduk - Cara pembayaran
PERTUKARAN TIKET
Berdasarkan kepada peraturan syarikat penerbangan. Sah digunakan untuk tempoh satu tahun dari tarikh tiket yang baru ditukarkan. Dikenakan cas perkhidmatan sekiranya melakukan pertukaran.
ARAHAN PENDAHULUAN BAYARAN
Deposit merupakan bayaran pendahuluan yang dikenakan sebagai jaminan tempahan telah dibuat. Ia boleh dibuat dalam bentuk tunai atau kad kredit/ kad debit. Bayaran dilakukan sebelum tarikh penerbangan dan tempahan akan terbatal sendiri jika bayaran tidak dibuat.
Norazwani Binti Suhaimi (NBS) Kolej Komuniti Hulu Selangor