Ini menyebabkan penurunan harga minyak yang sementara tetapi ketara ......
SUMBER: Laman web Toyota (Malaysia dan AS), Honda, Proton Edar, Perodua.
Membuat kereta ... tempatan dan import biasa saiz enjin setara. Kos kereta di ...
Program Transformasi Ekonomi 183 Hala Tuju Untuk Malaysia
Bab 6: Menjanakan ekonomi Malaysia dengan Minyak, Gas dan Tenaga “Minyak, gas dan tenaga kini adalah pendorong utama untuk ekonomi yang moden. Di bawah pentadbiran PETRONAS, industri minyak dan gas tempatan telah memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan ekonomi negara. Walau bagaimanapun, setelah berdekad pengeluaran minyak dan gas, sumber dalam negara akan berkurangan. Untuk bersiap sedia menghadapi keadaan ini, kita akan memperkukuhkan aktiviti bernilai yang lain dalam rantaian nilai minyak dan gas dan memastikan bahawa kami mempunyai platform tenaga yang mampan. Untuk tujuan ini, Kerajaan akan membangunkan Malaysia untuk menjadi peneraju perkhidmatan minyak dan gas di Asia, membangunkan peranan Malaysia sebagai pusat penyimpanan, logistik dan perdagangan. Kami juga akan mengimpot LNG untuk memenuhi permintaan gas dan menarik minat industri berasaskan gas yang baharu. Pada masa yang sama, untuk menjana masa depan kami, kami akan memastikan bahawa Malaysia akan membangunkan tenaga yang efisyen, dipelbagaikan dan mampan.”
YAB Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak
“Ekonomi hijau bukan lagi satu khayalan. Hari ini, Kerajaan Malaysia mengambil langkah tegas untuk memastikan masa hadapan tenaga kita adalah hijau, mampan dan pelbagai di mana Malaysia dapat menggunakan tenaga dengan cara yang paling berkesan. Dengan memastikan keberkesanan teknologi dalam kehidupan seharian kita (yang dijangka membawa kepada penjimatan sebanyak RM14 bilion dalam Pendapatan Negara Kasar pada tahun 2020), di samping meneroka punca tenaga alternatif baru seperti nuklear, solar dan kuasa hidroelektrik, kita boleh bekerja bersama-sama untuk memelihara persekitaran dan mencergaskan ekonomi Malaysia ke arah negara maju menjelang tahun 2020”
YB Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
P
engeluaran minyak dan gas telah menjadi teras pertumbuhan Malaysia sejak minyak mula-mula digerudi di Sarawak pada tahun 1910. Penubuhan PETRONAS pada tahun 1974 menyediakan pemangkin penting pada pembangunan sumber minyak dan gas di Malaysia. Penggunaan elektrik
juga turut meningkat sehingga 110 jam gigawatt, meletakkan Malaysia setanding dengan Thailand dari segi pengguna elektrik per kapita, didorong oleh peningkatan kemewahan dan pengindustrian negara.
Gabungan sektor minyak, gas dan tenaga ini mewakili RM127 bilion atau 19% Keluaran dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2009, seperti ditunjukkan dalam Carta 6-1.
184
Bab 6 Menjanakan ekonomi Malaysia dengan Minyak, Gas dan Tenaga
Carta 6-1
Minyak, gas dan tenaga telah memainkan peranan penting dalam ekonomi Malaysia Keluaran dalam negara kasar RM juta, peratus
100% = 345,401
740,907
679,687
84
78
81
16
22
19
2008
2009
2000
..
All
Minyak, gas dan tenaga1
Pendorong utama sektor Pengeluaran dan harga minyak dan gas Pertumbuhan sampingan nilai tambah hiliran 1
Termasuk minyak mentah, produk petroleum bertapis dan pengeluaran gas asli
SUMBER: Akaun Nasional Tahunan, 2000-9, Jabatan Statistik, Malaysia
DEFINISI NKEA MINYAK, GAS DAN TENAGA Industri minyak dan gas biasanya dibahagikan kepada aktiviti huluan, pertengahan dan hiliran. Aktiviti huluan meliputi cari gali, pembangunan dan pengeluaran sumber minyak dan gas. Aktiviti pertengahan dan hiliran pula terdiri daripada pengangkutan minyak dan gas, ke penapisan dan pemprosesan sehingga ke pemasaran dan perdagangan produk akhir. Sektor tenaga pula melibatkan penjanaan kuasa, penghantaran dan pengedaran. Dari segi saiz, aktiviti huluan petroleum dan gas mewakili RM87 bilion atau 13% daripada KDNK dan aktiviti hiliran termasuk industri petrokimia menyumbang RM24 bilion atau 1.8% daripada KDNK. Manakala, baki RM16 bilion datangnya dari sektor tenaga. Ketersediaan sumber hidrokarbon domestik mendorong Malaysia untuk membangunkan sektor minyak dan gasnya. Syarikat minyak nasional PETRONAS memainkan peranan utama dalam menggalakkan pertumbuhan industri melalui pembangunan sumber minyak dan gas selain mewujudkan peluang bagi syarikat tempatan untuk membina kapasiti dan kemampuan mereka di sepanjang rantaian nilai. Unit Pengurusan Petroleum PETRONAS mengawal aktiviti hiliran sementara anak syarikat PETRONAS, Petronas Carigali, menyertai kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) dengan kontraktor PSC lain seperti Shell, ExxonMobil, Murphy Oil, Talisman, Petrofac, Newfield dan lain-lain.
Program Transformasi Ekonomi 185 Hala Tuju Untuk Malaysia
Segmen pertengahan terdiri daripada talian paip, pengangkutan dan aset logistik lain yang kebanyakannya dikawal oleh PETRONAS dan syarikat minyak lain yang beroperasi di Malaysia. Segmen ini menyumbang purata RM3.2 bilion setahun. Di segmen hiliran, dua zon utama petrokimia bersepadu telah ditubuhkan di Kerteh, Terengganu dan Gebeng, Pahang. Zon industri ini telah menarik pelaburan asing terutamanya dari Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun (contohnya, Dow Chemical, BASF and Idemitsu) yang melengkapi pelaburan daripada PETRONAS. Pelaburan ini termasuk pengeluaran bahan petrokimia seperti polipropilena, asetil, dan lainlain bahan. Terdapat juga kilang penapisan yang dikendalikan oleh PETRONAS (di Kerteh, Terengganu dan Sungai Udang, Melaka), Shell dan ExxonMobil (kedua-duanya di Port Dickson, Negeri Sembilan). Industri perkhidmatan dan peralatan telaga minyak (OFSE) di Malaysia, yang menyokong terutamanya kegiatan huluan, menyumbang RM1 hingga 2 bilion kepada KDNK ketika ini. Termasuk dalam sektor ini adalah perkhidmatan gerudi darat, perkhidmatan gerudi luar pesisir, perkhidmatan geofizik, kejuruteraan dan pembinaan (E&C), pemasangan dan pembuatan peralatan, fabrikasi dan pemasangan struktur luar pesisir serta pengendalian dan penyelenggaraan (O&M). Sementara sebahagian besar pemain antarabangsa yang terkemuka dalam OFSE, seperti Schlumberger, Baker Hughes dan Technip, sudah pun berada di Malaysia, PETRONAS telah menyokong pembangunan syarikat tempatan seperti Scomi, SapuraCrest, Kencana, Petra Perdana dan Wasco. NKEA minyak, gas dan tenaga juga meliputi penjanaan elektrik, penghantaran dan pengedaran. Pada tahun 2009, tenaga menyumbang purata RM16 bilion kepada KDNK. Industri ini ditadbirkan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Tenaga. Elektrik dibekalkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan beberapa pengeluar kuasa bebas besar yang lain (IPP). Kuasa di Semenanjung Malaysia sebahagian besarnya dikuasakan oleh gas asli dan batu arang, yang menyumbangkan 95% daripada pengeluaran kuasa pada tahun 2009. Hidroelektrik atau hidrokuasa pula membekalkan 6.5% daripada penjanaan kuasa pada tahun 2009. Jumlah kapasiti penjanaan kuasa yang disambungkan ke Grid Kebangsaan Semenanjung Malaysia adalah 24 gigawatt, dengan permintaan maksimum sekitar 17 gigawatt direkodkan pada tahun 2010.
PENILAIAN PASARAN
Pengeluaran Minyak dan Gas Pengeluaran minyak dan gas global telah tumbuh pada kadar purata 1.5% setahun dalam dekad yang lepas. Ini didorong oleh permintaan tinggi dari negara-negara OECD dan permintaan yang pantas meningkat dari negara-negara membangun, terutamanya China dan India. Menurut Agensi Tenaga Antarabangsa, prospek pertumbuhan global untuk tahun 2010 hingga 2020 menunjukkan permintaan untuk kedua-dua minyak dan gas akan beralih ke arah ekonomi yang sedang membangun pada dekad ini. Semasa dasar “hijau” dan nyah-pengkarbonan sedang berlaku, khususnya di negara maju, sebarang kesan pada permintaan minyak dan gas dijangka tidak begitu ketara hingga akhir dekad ini. Permintaan untuk gas terutamanya, mungkin akan mendapat manfaat dalam waktu terdekat, kerana bekalan gas asli yang tersedia serta hijau berbanding bahan api fosil yang lain.
186
Bab 6 Menjanakan ekonomi Malaysia dengan Minyak, Gas dan Tenaga
Kapasiti pengeluaran minyak dan gas global melonjak sebelum permintaan sebenar semasa krisis kewangan pada tahun 2008 dan 2009. Ini menyebabkan penurunan harga minyak yang sementara tetapi ketara dan pergolakan berterusan dalam pasaran gas global. Ketidakstabilan yang sedang berlaku di pasaran gas semakin meruncing dengan penambahan ketara pengeluaran domestik gas syal di Amerika Syarikat. Keseimbangan yang lebih ketat antara pengeluaran dan permintaan dijangka berlaku pada kedua-dua minyak dan gas pada pertengahan dekad ini, apabila pertumbuhan permintaan menyaingi infrastruktur pengeluaran. Dalam dekad yang lepas, pertumbuhan di sektor huluan di Malaysia lebih didorong oleh kenaikan harga minyak dan gas dan bukannya oleh kenaikan pengeluaran. Perluasan operasi PETRONAS di peringkat antarabangsa juga memberikan sumbangan terhadap Pendapatan Negara Kasar (PNK) Malaysia. Pengeluaran minyak Malaysia mencapai kemuncak pada pertengahan tahun 1990an dengan purata 600,000 tong sehari, seperti yang ditunjukkan dalam Carta 6-2 di bawah ini. Ini disebabkan oleh pematangan biasa lembangan pelantar tradisional yang bermakna sebahagian besar kawasan yang menarik dari segi ekonomi, mungkin telah ditemui dan dibangunkan, dan penemuan baru berkemungkinan lebih kecil dan lebih mencabar secara teknikal daripada yang telah dibangunkan sebelum ini. Carta 6-2
Cabaran sukar dilalui bagi mengekalkan pengeluaran sejak tahun 1990 Pengeluaran Minyak Malaysia 1974-2008 kbd
CAGR
800
21%
7.8%
-0.7%
-0.8%
700 600 500 400 300 200 100 0 1974 76
SUMBER: PETRONAS
78
80
82
84
86
88
90
92
94
96
98 2000 02
04
06 2008
Program Transformasi Ekonomi 187 Hala Tuju Untuk Malaysia
Pengeluaran minyak dan gas domestik besar kemungkinan tidak akan tumbuh melampaui tahap ketika ini di masa hadapan, kerana penemuan minyak dan gas daripada lembangan matang adalah lebih kecil (secara purata) berbanding di masa lalu. Peningkatan aktiviti cari gali belum lagi dapat membalikkan penurunan pengeluaran dalam negeri yang pasti berlaku. Carta 6-3 menunjukkan bahawa walaupun jumlah telaga cari gali yang digerudi kekal stabil, saiz sumber yang ditemui semakin mengecil. Carta 6-3
Walaupun aktiviti cari gali ditingkatkan, tambahan sumber semakin mengecil Bilangan telaga digerudi
Jumah sumber minyak dan gas ditambah
Bilangan telaga/5 tahun
Mmboe/5 tahun 140
1,580 1,380
120
1,200 1,050 78 780
62
680
45
40 25
1974-78 79-83
84-88
250
89-93
94-98
99-03
04-08
1974-78 79-83
84-88
89-93
94-98
99-03
04-08
SUMBER: PETRONAS
Tanpa usaha ketara dibuat di bahagian cari gali, pembangunan dan pengeluaran huluan, kita menjangkakan pengeluaran minyak dan gas di Malaysia berkemungkinan akan menurun secara purata antara 1 hingga 2% setahun pada dekad akan datang. Walaupun asas sumber minyak dan gas menurun, masih ada potensi yang besar dalam medan minyak matang, kecil dan lebih kompleks secara teknikal. Pertumbuhan di masa hadapan mungkin boleh didapati daripada inisiatif seperti perolehan minyak yang dipertingkatkan, pendekatan inovatif untuk pembangunan medan minyak kecil, ataupun menerusi peningkatan aktiviti cari gali untuk menemukan minyak dan gas dengan lebih pantas. Perkhidmatan Telaga Minyak Pasaran Asia untuk perkhidmatan telaga minyak meningkat sekitar 20% setahun pada dekad yang lepas, didorong terutamanya oleh peralihan ke telaga yang lebih mencabar secara teknikal, misalnya laut dalam dan kenaikan harga minyak, yang telah meningkatkan margin industri. Prospek sektor ini masih kelihatan cerah, didorong oleh prospek optimis dalam kegiatan cari gali luar pesisir di Asia Tenggara, perkembangan gas yang rancak di Asia dan peningkatan tinggi gas asli cair (LNG) di Australia. Pasaran untuk OFSE di rantau ini agak terbahagi, kerana sebahagian besar pemain telah memulakan operasi di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand. Ini berbeza daripada Eropah dan Amerika, di mana aktiviti OFSE tertumpu di pusat-pusat seperti Aberdeen, Stavanger dan Houston. Ini membuka
188
Bab 6 Menjanakan ekonomi Malaysia dengan Minyak, Gas dan Tenaga
peluang kepada Malaysia kerana sebahagian besar telaga luar pesisir Malaysia yang mengeluarkan hasil adalah lebih matang berbanding dengan jiran Asia Tenggara kita (contohnya, Indonesia, Thailand dan Vietnam). Ini bermakna terdapat peluang yang besar untuk pemeliharaan dan penggantian aset, di samping pembangunan telaga baru, yang akan terus mendorong pertumbuhan subsektor ini. Minyak Pertengahan dan Hiliran Pasaran serantau logistik pertengahan (minyak dan produk penyimpanan minyak) juga menawarkan prospek pertumbuhan yang positif disebabkan oleh peningkatan penggunaan minyak mentah di rantau Asia yang dijangka berkembang sebanyak 420 ribu tong sehari setiap tahun dari 2010 sehingga 2015. Peningkatan aliran hidrokarbon di rantau ini akan memerlukan kapasiti penyimpanan tambahan (untuk pemunggahan, jualan dan pemasaran serta tujuan perdagangan). Pada masa yang sama,hab perdagangan serantau sedia ada, Singapura, telah menghampiri penggunaan sepenuhnya. Pemprosesan hiliran (petrokimia dan penapisan) dan industri pemasaran juga mungkin menunjukkan sekurang-kurangnya tahap pertumbuhan sederhana. Kesempatan untuk memperluaskan kompleks petrokimia besar yang telah dibina di Malaysia akan bergantung pada baki pengeluaran dan permintaan serantau serta peluang untuk memperkenalkan inovasi proses dan produk. Begitu juga kadar pengembangan kilang penapisan yang berpotensi akan didorong oleh baki pengeluaran-permintaan serantau. Gas Asli Pertengahan dan Hiliran Pasaran gas domestik Malaysia memiliki prospek pertumbuhan yang positif: pertumbuhan ekonomi akan meningkatkan isi padu gas yang diperlukan oleh pelanggan sedia ada, dan harga gas yang lebih rendah berbanding bahan api seperti diesel dan gas petroleum cair (LPG) akan menarik pelanggan untuk bertukar ke gas asli. Pengurangan sumber gas di Semenanjung Malaysia dan kos penghantaran gas yang tinggi dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia melalui talian paip membataskan ketersediaan gas untuk memenuhi pertumbuhan permintaan ini. Import gas asli cecair (LNG) daripada pasaran antarabangsa ke Semenanjung Malaysia dapat menyediakan bekalan tambahan kepada permintaan ini, dengan syarat gas tersebut dijual di Semenanjung Malaysia pada harga pasaran yang bebas dan tidak dikawal. Tenaga Malaysia akan memerlukan lebih banyak tenaga seiring pertumbuhan ekonomi kita: kapasiti penjanaan baru sebanyak 6 gigawatt dijangka diperlukan pada tahun 2020 untuk menyediakan tenaga bagi perniagaan dan pertumbuhan penduduk. Ini mewakili peningkatan sebanyak 25% melebihi kapasiti yang dibina pada tahun 2009. Sektor kuasa menghadapi cabaran besar kerana penurunan pengeluaran gas akan memberikan impak pada industri penjanaan kuasa. Ketika ini, 58% daripada penjanaan kuasa di Semenanjung Malaysia adalah berasaskan gas asli, dengan selebihnya diperoleh daripada batu arang (37%) dan hidro (5%). Namun, pengeluaran gas di Semenanjung Malaysia dijangka menurun seperti yang ditunjukkan dalam Carta 6-4.
Program Transformasi Ekonomi 189 Hala Tuju Untuk Malaysia
Carta 6-4
Berdasarkan projek yang telah dimulakan, pengeluaran gas Malaysia dijangka merosot bermula sekitar tahun 2010 Jangkaan pengeluaran gas Malaysia 2010-25 Bscfd 6.1
6.1
5.8
5.7
5.6
5.4
5.3
5.1 4.7 4.3 3.9 3.5 2.9 2.0
2010
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
1.7
24
1.5
2025
SUMBER: WoodMac
Selain itu, dengan pertumbuhan penggunaan tenaga akhir-akhir ini, Malaysia telah mengalami peningkatan yang tinggi dalam tahap pelepasan gas rumah kaca (greenhouse gas atau GHG), berbanding negara membangun lain (Carta 6-5). Oleh itu, sumber tenaga alternatif seperti nuklear, kuasa dan solar akan menjadi lebih menarik di masa depan, selaras dengan usaha Malaysia untuk mengurangkan pengeluaran karbon.
Bab 6 Menjanakan ekonomi Malaysia dengan Minyak, Gas dan Tenaga
Carta 6-5
Malaysia ialah salah satu negara dunia yang pantas berkembang dari segi pelepasan karbon Kadar pertumbahan pelepasan CO2 pelepasan dari 1990-2004 (% pertumbuhan dalam MT CO2 dilepaskan sepanjang tempoh masa yang disukat) 221 180 173 152 110 109
99
97
93 77 58
56
55
54
47 32
25
21
17
17
15
6
3
1
1 -12 -18 -23 -23 Ukraine 1
Kazakhstan 1
Russia 1
Jerman
Poland
Netherlands
Perancis
United Kingdom
Itali
Mexico
Jepun
Australia
Arab Saudi
Afrika Selatan
Amerika Syarikat
Kanada
Venezuela
Turkey
Brazil
Sepanyol
Korea
Indonesia
Iran
India
Mesir
China
Algeria
UAE
Thailand
-45
Malaysia
190
1 Data pertumbuhan merujuk pada tempoh 1992-2004 (dan bukan tempoh 1990–2004)
SUMBER: Laporan Pembangunan Manusia 2007-2008 dengan fokus pada “Melawan Pertukaran Iklim”
SASARAN DAN INSPIRASI NKEA Minyak, Gas dan Tenaga menyasarkan pertumbuhan tahunan 5% untuk sektor ini pada dekad 2010 hingga 2020. Ini adalah sasaran yang tinggi, apabila diambil kira senario penurunan 2% dalam pengeluaran minyak dan gas. Sasaran ini boleh diterjemahkan kepada peningkatan sebanyak RM131.4 bilion dalam tempoh dari 2010 sehingga 2020. Selain pertumbuhan ekonomi pada dekad ini, sektor gas, minyak dan tenaga juga bertanggungjawab membina platform tenaga mampan untuk rakyat dan perniagaan, dalam dekad ini hingga ke masa depan.
12 EPP, Peluang Perniagaan dan Pertumbuhan Minimum untuk Memberikan Impak PNK bernilai RM131.4 bilion Kami telah mengenal pasti 12 EPP serta dua peluang perniagaan dalam sektor minyak, gas dan tenaga. EPP ini akan menyumbang RM47.1 bilion kepada PNK untuk memenuhi sasaran 2020. Tambahan, RM61.2 bilion lagi akan diperoleh daripada peluang perniagaan dan pertumbuhan minimum. Dengan itu, NKEA dijangka dapat memberikan impak PNK sebanyak RM131.4 bilion dan mewujudkan tambahan 52,300 pekerjaan dalam sektor minyak, gas dan tenaga (Carta 6-6). Sebahagian besar daripada pekerjaan ini adalah pekerjaan berkemahiran tinggi, dengan anggaran 21,000 (40%) untuk profesional berkelayakan seperti jurutera dan ahli geologi, yang akan menerima gaji bulanan antara RM5,000 hingga RM10,000. Tambahan PNK ini termasuk PNK berjumlah RM23.1 bilion daripada kesan penggandaan yang diwujudkan oleh EPP daripada sektor lain. Punca terbesar kesan penggandaan pada NKEA Minyak, Gas dan Tenaga
Program Transformasi Ekonomi 191 Hala Tuju Untuk Malaysia
adalah NKEA Minyak Sawit, Pelancongan serta Elektrik dan Elektronik. Sebagai contoh, peningkatan penggunaan tenaga adalah hasil daripada penambahan pelancong ke Malaysia. Untuk mencapai sasaran ini, Kerajaan dan industri minyak, gas, dan tenaga akan menumpukan pada empat pendorong: pelestarian pengeluaran minyak dan gas, meningkatkan pertumbuhan di hiliran, menjadikan Malaysia hab nombor satu Asia untuk perkhidmatan telaga minyak dan membina platform tenaga mampan untuk pertumbuhan. Pelestarian pengeluaran minyak dan gas Ini melibatkan pemanjangan kitaran hidup sumber sedia ada dengan mengoptimumkan aktiviti cari gali, pembangunan dan pengeluaran. Tiga EPP telah dikenal pasti: • EPP 1: Mencergaskan semula telaga sedia ada menerusi perolehan minyak tertingkat; • EPP 2: Membangunkan telaga kecil melalui penyelesaian berinovasi; dan • EPP 3: Memperhebatkan aktiviti cari gali. Mempertingkatkan pertumbuhan di hiliran Dorongan ini bertujuan untuk mempergunakan dua punca pertumbuhan dalam subsektor hiliran untuk mengambil kesempatan dari peluang pertumbuhan dan meningkatkan pengeluaran minyak dan gas kepada pengguna akhir: • EPP 4: Membangunkan pusat penyimpanan dan perdagangan minyak serantau, dan • EPP 5: Membuka permintaan gas premium di Semenanjung Malaysia. Menjadikan Malaysia pusat perkhidmatan telaga minyak nombor satu Asia Dorongan ini bertujuan untuk meletakkan Malaysia sebagai hab OFSE untuk Asia, memanfaatkan lokasi strategik negara di tengah rantau Asia Pasifik yang bersempadan dengan laluan kapal antarabangsa. Tiga EPP telah dikenal pasti: • EPP 6: Menarik syarikat MNC untuk membawa sebahagian besar operasi global mereka ke Malaysia; • EPP 7: Menggabungkan pembuat fabrikasi domestik; dan • EPP 8: Membangunkan kemampuan dan keupayaan kejuruteraan, pemerolehan dan pemasangan melalui perkongsian strategik dan usaha sama. Membina platform tenaga mampan untuk pertumbuhan Dorongan ini merangkumi inisiatif yang bertujuan menjamin keselamatan tenaga untuk Malaysia tatkala negara berusaha membangun menjadi ekonomi berpendapatan tinggi. Ini juga melibatkan mengurangkan pergantungan pada bahan api fosil sementara meningkatkan kapasiti penjanaan kuasa kita. Empat EPP telah dikenal pasti untuk meningkatkan keselamatan dan kecekapan tenaga Malaysia: • EPP 9: Meningkatkan kecekapan tenaga;
192
Bab 6 Menjanakan ekonomi Malaysia dengan Minyak, Gas dan Tenaga
• EPP 10: Membangunkan kapasiti tenaga solar • EPP 11: Menggunakan tenaga nuklear untuk penjanaan kuasa, dan • EPP 12: Mempergunakan potensi hidroelektrik Malaysia. Carta 6-6
12 EPP, 7 peluang perniagaan, pertumbuhan garis dasar dan kesan penggandaan akan memberikan impak PNK tambahan sebanyak RM131.4 bilion menjelang 2020 Sumbangan PNK 2020 (RM billion) 240
109.6
130 120
23.1
110 100 90 53.8
80
241.0
70
131.4
60 50
7.4
40 30
20 3
20
47.1
14 3
10 0
8.5 E&P
4.0 Hiliran
OFSE
Tenaga
Jumlah EPP
Peluang PertumPerniaga- buhan an garis dasar
Pengganda
Jumlah Impak PNK
2009 PNK
2020 PNK
PELESTARIAN PENGELUARAN MINYAK DAN GAS Tanpa campur tangan yang disasarkan, pengeluaran minyak dan gas domestik akan menurun sekitar 1-2% setahun dalam dekad yang akan datang. Ini bersamaan dengan kira-kira 1.44 juta tong minyak sehari menjelang tahun 2020. Tiga EPP secara khusus menumpukan untuk menangani penurunan ini dan melaksanakan langkah-langkah bagi mengekalkan tahap pengeluaran minyak dan gas kita ketika ini. Pelaksanaan rancangan ini akan memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh daripada PETRONAS, kontraktor PSC di Malaysia, pelbagai industri yang memberikan perkhidmatan kepada sektor huluan dan Kerajaan. Kejayaan akan bermakna purata sumbangan kepada PNK sebanyak RM23 bilion berbanding dengan kes asas pada tahun 2020. Ini merupakan peningkatan PNK sebanyak RM8.5 bilion (melebihi kerugian RM14 bilion yang dijangka akibat penurunan pengeluaran di bidang sedia ada jika EPP tidak dijalankan) dengan keperluan pembiayaan tambahan sebanyak RM36.4 bilion yang melebihi anggaran RM64.9 bilion untuk memulihkan kerugian daripada penurunan pengeluaran minyak (jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM100.3 bilion). Ketiga-tiga EPP ini juga akan menghasilkan 400 pekerjaan tambahan.
Program Transformasi Ekonomi 193 Hala Tuju Untuk Malaysia
EPP 1: Mencergaskan Telaga Sedia Ada melalui Perolehan Minyak Tertingkat Rasional Perolehan Minyak Tertingkat (Enhanced oil recovery - EOR) merujuk pada suatu teknik yang menggunakan tenaga luaran untuk meningkatkan perolehan minyak daripada telaga minyak matang. Dengan menggunakan kaedah seperti suntikan gas atau bahan kimia atau pembanjiran terma, jumlah minyak yang diperoleh daripada takungan bawah tanah dapat ditingkatkan daripada julat 20 hingga 35% (kebiasaan industri) ke 30 hingga 50%. EOR memerlukan teknologi canggih dan usaha tertumpu beberapa cendekiawan industri serta pelaburan modal yang besar. Tindakan PETRONAS mempunyai strategi serampang tiga mata untuk memastikan teknik EOR digunakan di Malaysia bagi mengeluarkan lebih banyak minyak daripada telaga minyak negara. Pertama, PETRONAS, di mana perlu, akan menyemak terma PSC dan/atau memperkenalkan aturan baru untuk petroleum bagi memastikan bahawa insentif ekonomi yang tepat digunakan dalam pelaksanaan teknik EOR. Aturan sedemikian menyediakan syarat perundangan dan kewangan untuk penerokaan dan pengeluaran minyak. Aturan ini boleh digunakan dalam bentuk PSC, persetujuan konsesi, ataupun melalui aturan lain yang disesuaikan menurut konteks tertentu dan keperluan pihak yang terlibat. Kedua, PETRONAS sedang memastikan bahawa syarikat yang mempunyai kepakaran khusus EOR menyedari peluang yang ada di Malaysia dan tertarik untuk beroperasi di sini. Ketiga, PETRONAS akan menggunakan peranannya sebagai pengawalselia industri untuk memastikan bahawa kaedah dan teknologi yang paling inovatif disebarluaskan dan digunakan untuk mengurangkan kos modal dan operasi. Impak Adalah dianggarkan bahawa pelaksanaan EOR di Malaysia akan menambah pengeluaran minyak sekitar 166,000 tong sehari pada tahun 2020 berbanding kes asas tanpa langkah EPP. Jumlah pelaburan yang diperlukan untuk mencapai matlamat ini adalah sekitar RM68.6 bilion dan sumbangan kepada PNK adalah RM16.6 bilion. Ini dapat menggantikan PNK yang akan hilang akibat penurunan pengeluaran jika perolehan minyak tertingkat tidak dilaksanakan.
EPP 2: Membangunkan Telaga Kecil melalui Penyelesaian Berinovasi Rasional Sebahagian besar daripada baki sumber Malaysia berada di telaga yang mempunyai kurang daripada 30 juta tong minyak. Dari segi ekonomi, membangunkan telaga minyak seperti ini tidak menarik dan mencabar. Ini kerana kos infrastruktur yang diperlukan oleh telaga tersebut sama seperti telaga yang besar, sedangkan aliran pendapatan yang dijangkakan adalah lebih kecil kerana saiz simpanan yang lebih kecil. Tindakan Untuk menggunakan telaga kecil ini dengan sepenuhnya, PETRONAS akan bekerjasama dengan industri dalam tiga perkara. Pertama, PETRONAS, di mana perlu, akan menyemak terma PSC dan/ atau memperkenalkan perjanjian petroleum baru untuk memastikan pengendali telaga minyak kecil ini menerima insentif ekonomi yang cukup supaya mereka melabur dalam pembangunan telaga kecil. Ini juga untuk memastikan bahawa pembangunan telaga kecil ini lebih menguntungkan berbanding kos modal dan peluang lain yang tersedia untuk mereka di Malaysia dan luar negara. Kedua, PETRONAS akan
194
Bab 6 Menjanakan ekonomi Malaysia dengan Minyak, Gas dan Tenaga
menarik minat pengendali E&P yang pakar dalam telaga kecil. Pengendali ini biasanya memiliki kaedah pembangunan dan pengendalian yang disesuaikan khususnya untuk cabaran bagi jenis telaga sebegitu. Ketiga, PETRONAS akan memudahkan kerjasama antara pemain untuk membolehkan perkongsian kemudahan dan langkah bersinergi lain untuk meningkatkan skala ekonomi bagi pembangunan telaga kecil. Impak Menyesuaikan kerangka pembangunan untuk telaga kecil seperti ini akan meningkatkan pengeluaran minyak Malaysia sekitar 55,500 tong sehari pada tahun 2020 berbanding kes asas. Jumlah pelaburan yang diperlukan untuk mencapai matlamat ini adalah sekitar RM13.3 bilion dan sumbangan kepada PNK adalah RM5.5 bilion. Ini dapat menggantikan PNK yang akan hilang akibat penurunan pengeluaran jika pembangunan telaga kecil tidak dilaksanakan.
EPP 3: Memperhebatkan Aktiviti Cari Gali Rasional Mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai salah satu pengeluar minyak dan gas terbesar Asia memerlukan penemuan dan pembangunan baki sumber yang berhemat dan tepat pada masanya. Terdapat kemungkinan besar bahawa terdapat sumber yang masih belum ditemui. Namun, telaga ini amat berisiko tinggi, kerana bahagian yang mudah telah ditemui dan sudah berada pada tahap pengeluaran. Cari gali melibatkan urutan aktiviti yang intensif modal, dan apa yang ditemui hari ini mungkin mengambil masa beberapa tahun untuk dibangunkan. Namun, untuk menghentikan penurunan pengeluaran Malaysia, penemuan baru dan cukup besar perlu berlaku dalam dekad ini untuk memastikan pembangunan sumber tepat yang pada waktunya. Ini akan memerlukan lebih banyak aktiviti cari gali seperti kajian geologi dan geofizik, kajian seismos, cari gali penggerudian telaga, di samping mempercepatkan pembangunan konsep dan pengujian kaedah cari gali baharu. Tindakan Untuk memastikan bahawa pelaburan cari gali yang diperlukan berlaku, PETRONAS, di mana perlu, akan (1) menyemak terma PSC dan/atau memperkenalkan pengaturan petroleum baru, dan (2) mengkaji semula proses-proses yang akan mempercepatkan kerja cari gali di masa hadapan. Impak Impak daripada langkah ini adalah untuk melestarikan pengeluaran minyak dan gas Malaysia untuk tempoh jangka masa panjang, dan sebarang penemuan minyak dan gas baru perlu mengeluarkan hasil pada waktu yang tepat. Anggaran jumlah pelaburan sebanyak RM18.4 bilion diperlukan untuk EPP ini menjelang tahun 2020.
MEMPERTINGKAT PERTUMBUHAN DI HILIRAN Dalam aktiviti hiliran, Malaysia mempunyai industri kilang penapisan yang teguh, beberapa kompleks petrokimia yang besar dan rangkaian pelanggan gas asli yang agak luas, termasuk kilang besi, pembuat produk logam dan kilang petrokimia. Maju ke hadapan, satu peluang utama negara adalah untuk menguasai nilai yang terhasil daripada kesan peningkatan aliran minyak mentah, keluaran tertapis dan gas asli antarabangsa.
Program Transformasi Ekonomi 195 Hala Tuju Untuk Malaysia
EPP 4: Membangunkan Pusat Penyimpanan dan Perdagangan Minyak Serantau Rasional Asia dianggarkan mengguna 420,000 tong minyak mentah dan 730,000 tong produk petroleum setiap hari. Import dan eksport produk petroleum untuk China, India dan Asia Tenggara dianggarkan akan meningkat sebanyak 1.8 juta tong setiap hari dari 2010 sehingga 2020. Terdapat dua implikasi dari peningkatan ini. Pertama, peningkatan permintaan yang berterusan untuk tenaga di rantau ini akan memacu keperluan yang menambah untuk kapasiti penyimpanan minyak mentah dan produk tertapis. Kedua, peningkatan kemasukan minyak mentah dari Afrika dan Amerika Latin akan menghasilkan tempoh transit lebih lama yang memerlukan kapasiti penyimpanan timbal lebih besar untuk minyak mentah. Di Asia Tenggara, Singapura secara tradisionalnya adalah pemain penting dalam penyimpanan minyak dengan kapasiti penyimpanan bebas (kapasiti ini dimiliki oleh pengendali pihak ketiga dan dikontrakkan kepada syarikat minyak, penapis dan pedagang) sebanyak 10 juta tong. Selain itu, Singapura telah membina perniagaan perdagangan yang besar bernilai lebih daripada RM1 trilion dalam perdagangan minyak fizikal dan RM2 trilion dalam perdagangan derivatif (2007). Dalam tiga tahun terakhir ini, Singapura telah mengembangkan kapasiti penyimpanan bebas kepada dua kali ganda dengan siapnya terminal Universal dan Helios yang kini beroperasi pada tahap kapasiti. Tindakan Objektif utama inisiatif ini adalah untuk membina kapasiti penyimpanan minyak di Malaysia. Dengan (1) lokasi pelabuhan di laluan utama perkapalan minyak mentah dan keluaran tertapis; (2) berhampiran dengan Singapura; (3) ketersediaan tanah; dan (4) kebolehcapaian marin laut dalam, Malaysia berada di kedudukan terbaik untuk melengkapi Singapura dalam industri ini. Malaysia dan Singapura bersama-sama dapat membentuk sebuah pusat seperti Amsterdam-Rotterdam-Antwerp (ARA). Bandar-bandar ARA saling melengkapi antara satu sama lain dari segi kapasiti penapisan eksport, penyimpanan bebas dan kapasiti adunan serta akses ke pasaran (Carta 6-7).
196
Bab 6 Menjanakan ekonomi Malaysia dengan Minyak, Gas dan Tenaga
Carta 6-7
Malaysia boleh melengkapi Singapura dan mewujudkan satu lagi AmsterdamRotterdam-Antwerp (ARA)
Faktor utama kejayaan Kapasiti penapisan eksport Kapasit penyimpanan dan adunan bebas Akses ke pasaran
Amsterdam-RotterdamAntwerp (ARA)
Singapura-Malaysia
Rotterdam: 1,300 kbpd Antwerp: 770 kbpd Amsterdam: kapasiti penapisan; kecil sahaja1
Singapura: 1,300 kbpd Malaysia: 560 kbpd (walapun ia bukanlah pengimport bersih gasolin)
Rotterdam: 28 million m3 Kapasiti untuk Antwerp dan Amsterdam; tidak didapati
Singapura : 10 million m3 dengan pengehadan dalam peluasan akan datang kerana kekurangan tanah pinggir laut Malaysia: Kapasiti penyimpanan bebas; kecil sahaja
Amsterdam ialah pusat perdagangan eksport gasolin; ia mengimport produk terutamanya dari Eropah dan Afrika Utara untuk diadun dan memenuhi spesifikasi AS
Singapura ialah pusat global untuk perdagangan minyak bahan api
1 Kilang penapisan Amsterdam hanya menghasilkan asfalt. Rotterdam termasuk Koch 84 kbpd pemisah peluwap
SOURCE: Pangkalan data Kapasiti Penapisan Global McKinsey; PFC Energy; Petroleum Economist; FACTS
Daripada perspektif industri, ada empat pemacu perniagaan untuk membina hab penyimpanan dan perdagangan minyak di Malaysia. (1) Pemisahan kargo minyak mentah dan bahan api besar daripada luar rantau diperlukan dalam penghantaran kargo lebih kecil di rantau ini; (2) pengeluaran minyak mentah daripada pengeluar serantau perlu dikumpulkan terlebih dahulu sebelum dibekalkan kepada kepada penapis serantau; (3) hasil keluaran kilang penapis perlu diadunkan untuk memenuhi pelbagai spesifikasi produk di rantau ini; (4) terdapat peluang arbitraj yang boleh dimanfaatkan dengan simpanan fizikal, contohnya, melindungi nilai harga hadapan melalui simpanan. Untuk mewujudkan hab penyimpanan dan perdagangan minyak serantau, Jabatan Logistik MIDA akan mengetuai usaha mendorong pelaburan swasta dalam sektor ini. Rancangan pelaksanaan termasuk membangunkan penyelesaian bagi menangani masalah utama yang dihadapi pelabur dan mengikuti perkembangan projek yang dikenal pasti. Pembangunan penyelesaian melibatkan perbincangan dengan ahli utama industri mengenai isu seperti permit, skim insentif dan pemasaran Malaysia sebagai pusat penyimpanan minyak. Sebuah projek perintis untuk membina sebuah terminal penyimpanan minyak laut dalam bebas di Pengerang telah dimulakan oleh satu kerjasama awam-swasta antara Kerajaan Negeri Johor, VOPAK dan DIALOG. Perancangan terperinci projek telah pun selesai, dan keputusan pelaburan akhir menunggu hasil daripada skim insentif dan proses kelulusan oleh beberapa agensi Kerajaan. Impak Terminal penyimpanan minyak laut dalam bebas Pengerang akan menjana PNK bernilai RM1.6 bilion menjelang 2020 melalui tiga aliran. Pertama, pemain logistik bebas akan mengenakan bayaran simpanan, menghasilkan kira-kira RM0.5 bilion PNK tambahan. Kedua, ketersediaan penyimpanan akan mendorong
Program Transformasi Ekonomi 197 Hala Tuju Untuk Malaysia
penghantaran tambahan, menghasilkan RM0.3 bilion PNK tambahan. Akhir sekali, perdagangan minyak mentah dan produk petroleum akan menghasilkan tambahan RM0.8 bilion PNK. Terminal yang dicadangkan ini memerlukan pelaburan swasta sebanyak RM4.8 bilion. Ia akan mempunyai jumlah kapasiti simpanan sebanyak 5 juta meter padu dan akan mewujudkan 800 pekerjaan baru tidak termasuk sebarang pekerjaan dari sektor sampingan lain.
EPP 5: Membuka Permintaan Gas Premium di Semenanjung Malaysia Rasional Di Semenanjung Malaysia, kekurangan bekalan gas, akibat pengeluaran gas tempatan yang merosot, telah membawa kepada pelaburan tambahan yang terhad, contohnya industri pembuatan kaca dan plastik dan pengeluar wafer semikonduktor, Ini juga menghalang pengguna diesel industri dan LPG pada masa ini untuk bertukar ke gas asli yang lebih kompetitif harganya. Dari segi ekonomi, penggunaan LNG yang diimport hanya boleh dilaksanakan jika gas tersebut dijual pada harga yang tidak ditetapkan, tidak disubsidikan dan didorong oleh pasaran. Tanpa campur tangan permintaan gas terpendam berkualiti tinggi akan melebihi 500 juta kaki padu standard setiap hari (mmsctd) menjelang 2020.; 270 mmscfd daripada syarikat yang tidak melabur di Malaysia sebelum ini kerana kekurangan ketersediaan gas dan 260 mmscfd daripada pengguna industri yang pada masa ini menggunakan diesel yang mahal tetapi boleh bertukar ke gas asli yang lebih kompetitif jika ia tersedia buat mereka (Carta 6-8). Carta 6-8
Sekitar 500 mmscfd permintaan gas nilai tinggi pendam di Semenanjung Malaysia boleh dipenuhi dengan LNG import Permintaan dan pengeluaran gas Semenanjung Malaysia
Tumpuan Makmal NKEA OGE
bcf/hari
3
2
A
Industri baru Penukaran bahan api
B
Penggunaan2
Pengeluaran gas domestik1 Pengeluaran gas serantau tidak dapat memenuhi penggunaan tambahan
1 2 3
15
20
digunakan sebagai bahan api industri pada tahun 2020; beralih kepada gas asli pada harga bebas, tanpa subsidi lebih menjimatkan (andaikan 50% faktor peralihan)
C Kira-kira 700 mmscfd defisit
pengeluaran-permintaan pada tahun 2020
0 2010
belum menjadi kenyataan pada tahun 2020 (kaca, plastik, dsb.) kerana ketiadaan gas, tetapi mampu membayar harga pasaran bebas, tanpa subsidi
B Kira-kira 260 mmscfd3 setara diesel
C
1
A Kira-kira 270 mmscfd3 dalam aktiviti
2025
Termasuk JDA dan Indonesia Pertumbuhan berdasarkan penggunaan gas pada tahun 2001-2010 daripada kuasa pada 1.5% Kadar pertumbuhan 6% diandaikan pada isi padu pada tahun 2010 berdasarkan sejarah pertumbuhanan KDKN. Pada tahun 2010, permintaan daripada industri baru dan penukaran bahan api ialah masing-masing berjumlah 150 dan 180
SOURCE: FACTS Global Energy
198
Bab 6 Menjanakan ekonomi Malaysia dengan Minyak, Gas dan Tenaga
Kekurangan bekalan gas didorong oleh kemerosotan pengeluaran gas domestik. Bekalan gas tempatan, termasuk import dari Indonesia dan Kawasan Pembangunan Bersama dengan Thailand, dianggarkan menurun sebanyak 12% setahun dalam dekad ini. Selain itu, kekurangan bekalan gas di rantau ini untuk menyokong import gas berpaip tambahan ke Malaysia. Pilihan lain, iaitu mengimport gas dalam bentuk LNG, perlu mempertimbangkan harga gas di Malaysia yang ditetapkan, yang kini adalah jauh di bawah harga import jangkaan didorong oleh pasaran untuk LNG. Tindakan Bagi membuka permintaan gas terpendam ini, sebuah terminal penggasan semula LNG akan dibina untuk merawat LNG import. Untuk menjadikan import tersebut boleh dilaksanakan dari segi ekonomi, gas itu akan dijual pada harga yang tidak disubsidi dan ditetapkan. Penghantaran gas hujung-ke-hujung bagi gas yang diimport termasuklah mencari atau membeli LNG, penghantaran gas LNG ke Malaysia menggunakan kapal khusus, pembinaan dan pengendalian terminal penggasan semula, pemasaran dan jualan serta pengedaran ke pengguna akhir. Untuk fasa pertama, yang akan dibina menjelang 2013, kapasiti sebanyak 3.5 juta tan LNG setahun telah dirancangkan (kapasiti sebenar, kos dan masa projek akan ditentukan oleh PETRONAS). PETRONAS akan melaksanakan semua elemen dalam penghantaran gas hujung-ke-hujung termasuk sebahagian daripada pemasaran gas yang diimport ini. MIDA juga akan terlibat dalam pemasaran gas ke pelanggan baru yang lebih besar (lebih daripada 2 juta kaki padu sehari) dengan sokongan PETRONAS dan Gas Malaysia untuk pelanggan kecil. Tindakan yang diperlukan daripada pelbagai organisasi telah diringkaskan dalam Carta 6-9. Carta 6-9
Walaupun PETRONAS dan MIDA akan memacu EPP ini, tindakan daripada beberapa organisasi diperlukan Tindakan diperlukan
Tindakan diperlukan
Unit Perancang Ekonomi
Meluluskan jualan gas diimport (daripada LNG) pada harga bebas tanpa subsidi
Kementerian Pengangkutan
MIDA
Memasarkan sumber baru gas import kepada industri baru
Kementerian Persekitaran
Suruhanjaya Tenaga
SUMBER: Makmal NKEA OGE
Memegang peranan pengawal selia
Kerajaan negeri berkenaan
Meluluskan permohonan untuk lesen jeti
Meluluskan Penilaian Impak Persekitaran terperinci
Meluluskan akses tanah
Program Transformasi Ekonomi 199 Hala Tuju Untuk Malaysia
Untuk fasa import gas selanjutnya, iaitu melebihi maklumat yang dikemukakan di sini, akses terbuka untuk pelbagai elemen penghantaran gas hujung-ke-hujung ini akan dikaji oleh PETRONAS. Pemboleh Pemboleh utama EPP ini ialah meningkatkan tadbir urus pasaran gas, terutamanya menerusi (1) pembangunan kod rangkaian gas (syarat dan terma yang mentadbir pasaran gas) dan (2) melantik pengawalselia yang bebas sepenuhnya. PETRONAS akan membangunkan kod rangkaian gas dengan bantuan Suruhanjaya Tenaga Malaysia sebelum akhir tahun 2010. Untuk memisahkan peranan pemain dan pengawalselia, Suruhanjaya Tenaga Malaysia seharusnya memegang peranan sebagai pengawalselia tersebut dan mempunyai kemampuan sewajarnya, sekurang-kurangnya enam bulan sebelum memulakan fasa pertama penerimaan LNG. Impak Membuka permintaan gas ini akan memberikan anggaran impak PNK bernilai RM10.6 bilion, di mana RM2.4 bilion akan diperoleh daripada NKEA Minyak, Gas dan Tenaga. Ia juga akan mewujudkan 27,000 pekerjaan baru pada tahun 2020, kebanyakannya dalam sektor lain yang melampaui sektor minyak, gas dan tenaga. Pelaburan sebanyak RM3.9 bilion akan diperlukan untuk membiayai pembinaan elemen tetap dan terapung terminal penggasan semula LNG. Jangkaan peningkatan PNK diringkaskan seperti berikut: • Menyediakan gas kepada syarikat yang tidak melabur di Malaysia sebelum ini kerana kekurangan gas akan memberikan peningkatan PNK berjumlah RM8 bilion dan akan mewujudkan 27,000 pekerjaan baru. Namun ini tidak akan dimasukkan sebagai PNK untuk sektor minyak, gas dan tenaga; • Bertukar daripada diesel ke gas asli akan menghasilkan sekitar RM1.9 bilion dalam penjimatan tahunan untuk syarikat Malaysia, dan • Mengendalikan terminal dan talian paip penghantaran akan menghasilkan tambahan RM0.6 bilion pada PNK Malaysia.
MENJADIKAN MALAYSIA PUSAT PERKHIDMATAN TELAGA MINYAK NOMBOR SATU ASIA Pasaran OFSE global dinilai berjumlah RM800 bilion dan telah mengalami pertumbuhan pesat sebanyak 25% setahun dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Pertumbuhan ini didorong oleh dua faktor utama. Pertama, harga minyak yang tinggi telah meningkatkan margin industri, sejurus itu, menjadikan perniagaan perkhidmatan telaga minyak dan peralatan lebih berekonomi. Kedua peralihan kepada lebih banyak aktiviti cari gali dan pengeluaran ke kawasan yang lebih kompleks dari segi geologi menghasilkan peningkatan permintaan untuk OFSE. Kedua-dua faktor ini dijangka akan terus menggalakkan pertumbuhan dalam industri OFSE Malaysia pada tahun-tahun akan datang. Terdapat aktiviti OFSE yang ketara di Asia dan Timur Tengah (dianggarkan 20% daripada pasaran global), tetapi walaupun terdapat beberapa kelompok aktiviti, tiada pusat yang jelas sepertimana halnya di tempat lain di dunia, misalnya Aberdeen, Houston dan Stavanger. Dengan industri minyak dan gas domestik, jarak ke telaga minyak dan kos tenaga kerja yang berdaya saing, Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk menjadi pusat OFSE Asia. Selain itu, dengan meningkatkan tekanan daya saing dalam pasaran domestik, wujud potensi bagi syarikat-syarikat Malaysia untuk menjadi juara domestik pada awalnya dan kemudian juara serantau dan menguasai bahagian yang lebih besar dalam pasaran serantau (Carta 6-10).
200
Bab 6 Menjanakan ekonomi Malaysia dengan Minyak, Gas dan Tenaga
Carta 6-10 Matlamat kita ialah menjadikan Malaysia pusat nombor satu Asia untuk perkhidmatan medan minyak jumlah pekerjaan baru 2020: 40,000+
Aberdeen
Stavanger
Houston
Apa yang diperlukan untuk melaksanakannya Menarik minat syarikat OFSE antarabangsa yang terkemuka untuk membawa sebahagian besar operasi global mereka ke Malaysia Membangunkan juara serantau - Mewajarkan pembuat fabrikasi - Mengadakan JV dengan syarikat bertaraf dunia
EPP 6: Menarik Syarikat MNC untuk Membawa Sebahagian Besar Operasi Global Mereka ke Malaysia Rasional Matlamat kita adalah untuk menarik 10 hingga 20 buah syarikat antarabangsa utama ke dalam industri OFSE untuk membawa sekitar 10% daripada operasi perniagaan mereka ke Malaysia. Ini bersamaan dengan sekitar 40% daripada kegiatan serantau mereka dan menjadikan Malaysia tapak kompetitif kos untuk kejuruteraan, pemerolehan dan pembinaan serta tapak strategik untuk aktiviti pemasangan di rantau Asia-Pasifik. Satu isu penting adalah ketiadaan badan Kerajaan sedia ada dengan pengetahuan industri dan kemahiran yang cukup mendalam, menumpukan pada penyelarasan dan mempromosikan industri OFSE Malaysia. Akibatnya tiada pengawasan yang nyata tentang pertumbuhan dan pembangunan industri, yang bermaksud pertumbuhan baru-baru ini tidak begitu tersusun, secara relatif. Tindakan Sebuah badan Kerajaan yang dinamakan Unit Perkhidmatan Telaga Minyak (Oil Field Services Unit atau OFSU) akan ditubuhkan dengan tanggungjawab untuk mengawasi pertumbuhan dan pembangunan industri. OFSU akan menjadi badan Kerajaan kekal yang terdiri daripada 20 ahli, di mana sekurangkurangnya 10 daripada mereka akan mempunyai pengalaman dalam industri minyak dan gas. Ia akan beroperasi sepenuhnya dalam masa enam bulan dan akan mempunyai empat tanggungjawab utama: • Untuk membuat cadangan tentang cara menstruktur semula industri tempatan bagi mewujudkan persekitaran yang lebih berdaya saing dan meletakkan industri dan syarikatnya pada kedudukan yang sesuai untuk pertumbuhan;
Program Transformasi Ekonomi 201 Hala Tuju Untuk Malaysia
• Untuk mengawasi industri domestik dan memastikan penyelarasan antara semua kelompok aktiviti OFSE sedia ada, dirancang dan berpotensi; • Untuk mewujudkan persekitaran perniagaan yang menarik bagi syarikat multinasional dengan memastikan kemudahan pentadbiran serta bekerjasama dengan jabatan Kerajaan lain untuk membangunkan sebuah rejim fiskal yang menarik; dan • Untuk mempromosikan industri dan syarikat OFSE Malaysia kepada syarikat dan pelabur luar negara. OFSU akan disokong dalam peranan ini oleh sebuah majlis perundingan industri (industry consultative council atau ICC) yang terdiri daripada kira-kira 10 ahli daripada persatuan utama industri. ICC akan bertemu dengan OFSU setiap bulan dan memberi nasihat tentang keperluan industri, khususnya peraturan domestik, pembangunan dan ketersediaan bakat, penyelidikan dan pembangunan serta insentif. Pembiayaan OFSU akan memerlukan pembiayaan minimum berjumlah RM5 juta setahun untuk menampung perbelanjaan operasinya. Namun kejayaan EPP ini bergantung kepada keupayaan menarik pemain asing untuk mendirikan operasi di Malaysia. Ini akan memerlukan jangkaan pembiayaan sebanyak RM6.8 bilion yang terdiri daripada RM6.3 bilion dalam pelaburan swasta dan RM0.5 bilion dalam pelaburan awam. Pelaburan swasta akan membiayai pembinaan kilang dan loji pembuatan untuk syarikat OFSE, sementara pelaburan awam akan membiayai infrastruktur asas, contohnya membina kemudahan berlabuh khusus untuk syarikat pemasangan dan memperbaiki jalan di kelompok aktiviti. Impak Asas pada keempat-empat peranan OFSU ini adalah matlamat untuk menarik 10 hingga 20 buah syarikat antarabangsa utama dalam industri OFSE untuk membawa sekitar 10% daripada operasi perniagaan mereka ke Malaysia. Jika aspirasi ini tercapai ia akan membawa impak yang cukup besar serta mewujudkan lebih daripada 20,000 pekerjaan dan hampir RM6.1 bilion tambahan PNK menjelang 2020.
EPP 7: Menggabungkan Pembuat Fabrikasi Tempatan Rasional Terdapat lima pembuat fabrikasi struktur luar pesisir utama di Malaysia, namun tiada satu pun mempunyai skala atau pengalaman yang diperlukan untuk bersaing dengan baik bersama pemain utama serantau (Carta 6-11). Ada dua sebab utama. Pertama, syarikat tempatan tidak berkos kompetitif berbanding pemain besar serantau, dengan itu, perlu bekerja dengan margin yang lebih ketat ketika membuat tawaran untuk kontrak antarabangsa. Kedua, sementara kerja tempatan ditender atas dasar berbilang kontrak, kerja antarabangsa umumnya mengeluarkan tender sebagai satu kontrak tunggal. Ini bermakna syarikat domestik tidak mampu menang dan menguruskan kontrak perkhidmatan penuh utama, dan walaupun mereka dikontrak untuk melakukan sebahagian daripada kontrak, mereka tidak boleh melakukannya dengan cekap atau mendapat keuntungan yang sewajarnya. Pemain industri percaya bahawa wujud keperluan untuk penggabungan dalam industri supaya memadani skala dan kecekapan pemain serantau utama. Keyakinan mereka didorong oleh kenyataan bahawa wujud banyak tindanan dalam industri masa kini, dan kebanyakan syarikat tempatan telah gagal mencapai skala yang diperlukan bagi menggunakan kakitangan dan aset sedia ada dengan cekap. Mereka juga tidak
202
Bab 6 Menjanakan ekonomi Malaysia dengan Minyak, Gas dan Tenaga
mampu melabur dengan secukupnya untuk mengembangkan aset. Contohnya, syarikat tempatan ketika ini menyewa kren raksasa untuk projek besar kerana saiz syarikat mereka menghalang pembelian kren raksasa tersebut. Sebaliknya pemain serantau utama memiliki kren raksasanya sendiri dan oleh sebab itu mampu beroperasi dengan lebih murah. Carta 6-11
Pembuat fabrikasi domestik tidak berskala besar dan tidak berdaya saing dari segi kos Hasil syarikat Malaysia terlalu kecil dibandingkan dengan juara serantau dan kebanyakannya tidak menguntungkan
Pembuat fabrikasi Malaysia menerima hakikat mereka masih belum mencapai ekonomi skala dan mampu berdaya saing dari segi kos
Perbandingan hasil bagi pembuat fabrikasi Malaysia dan pembuat fabrikasi utama serantau, 2009-11
Petikan daripada pembuat fabrikasi Malaysia
Malaysia
RM billion
Juara serantau
25
Syarikat tempatan perlu meningkatkan kapasiti untuk menghasilkan ekonomi skala dan mengurangkan kos
20 15
Perlu ada peningkatan produktiviti bagi pembuat fabrikasi tempatan untuk menjadi berdaya saing
10 5 0
2009
2010
2011
Perbandingan keuntungan PBT bersih untuk pembuat fabrikasi Malaysia dan pembuat fabrikasi utama serantau, 2009-11 Malaysia
Peratus 40
Juara serantau
Tidak dapat menandingi China dan Singapura untuk mendapatkan kontrak daripada Timur Tengah Syarikat tempatan perlu lebih bersatu untuk menjadi lebih berdaya saing Kandungan import tinggi untuk bahan menghalang daya saing dari segi kos
20 0 -20 -80
2009
2010
2011
SUMBER: PETRONAS, Persindiketan bersama pembuat fabrikasi domestik, Maklum balas hari terbuka
Tindakan Untuk menggabungkan syarikat tempatan yang terlibat dalam industri ini, PETRONAS perlu memberikan lesen kepada sejumlah kecil pembuat fabrikasi tempatan. Kita telah berbincang dengan sejumlah pembuat fabrikasi tempatan yang berfikiran terbuka terhadap campur tangan tersebut. Namun, usaha ini perlu disokong oleh agensi Kerajaan yang berkenaan. Kontrak akan diberikan untuk rangkaian perkhidmatan penuh dan bukannya dalam tranche berasingan, seiring dengan amalan di pasaran serantau lain. Ini akan membolehkan syarikat-syarikat Malaysia mencapai kecekapan kos dan membantu mereka mengembangkan kemahiran dan rekod pengalaman mereka merangkumi rangkaian perkhidmatan yang lebih luas. Ia juga akan memberi mereka peluang membuktikan kemampuan mereka dalam pengurusan perkhidmatan kontrak penuh supaya mereka boleh maju di pasaran serantau. Kita menyasar untuk menggabungkan syarikat tempatan dan memberikan mereka skala untuk bersaing dengan pemain serantau utama seperti Keppel Singapura. Sasaran pada tahun 2020 adalah untuk syarikatsyarikat domestik memenangi 10 kontrak laut cetek utama dan 2 kontrak laut dalam utama setahun.
Program Transformasi Ekonomi 203 Hala Tuju Untuk Malaysia
Impak Pencapaian matlamat ini bermakna peningkatan PNK berjumlah RM4.1 bilion dan akan mewujudkan 5,000 pekerjaan. Ia akan memerlukan jangkaan pelaburan swasta RM4.0 bilion untuk membayar program kecekapan dalaman seperti pengautomatan ujian tak memusnah, pemotongan dan pelenturan keluli.
EPP 8: Membangunkan Kemampuan dan Keupayaan Kejuruteraan, Pemerolehan Dan Pemasangan melalui Perkongsian Strategik dan Usaha Sama Rasional Pada masa ini, terdapat jurang yang cukup besar dalam industri tempatan di mana syarikat-syarikat Malaysia tidak mempunyai kemampuan dan pengalaman khususnya dalam kejuruteraan dan pemasangan (Carta 6-12). Jurang kemampuan ini menghalang syarikat-syarikat Malaysia daripada menguasai sebahagian daripada rantaian nilai tempatan dan mengehadkan kebolehan mereka mendapat bahagian yang luas dalam pasaran serantau. Carta 6-12
JV bersama syarikat bertaraf dunia akan membangunkan kemampuan domestik dalam bidang yang kita kekurangan kemahiran Jurang kemahiran semasa
MNC bertaraf dunia
Tempatan
Kejuruteraan
SUMBER: Makmal NKEA OGE
Pemerolehan
Pembinaan
Pemasangan
Penempahan
204
Bab 6 Menjanakan ekonomi Malaysia dengan Minyak, Gas dan Tenaga
Terutamanya, terdapat potensi kemajuan yang ketara untuk menggalakkan pemain bertaraf dunia memasuki usaha sama dengan pemain tempatan dalam bidang-bidang penting melalui tindakan berikut; (1) dengan lebih memanfaatkan industri tempatan, (2) mengembangkan usaha cari gali dan pengeluaran laut dalam, serta (3) mempertingkatkan jejak antarabangsa PETRONAS. Tindakan Dibawah EPP ini, syarikat tempatan akan diberi insentif dan digalakkan untuk menubuhkan usaha sama dengan syarikat bertaraf dunia untuk membina keupayaan dan pencapaian. Dalam jangka masa pendek, usaha sama akan membolehkan syarikat tempatan mendapatkan bahagian yang lebih besar daripada pasaran tempatan dalam bidang di mana kebanyakan aktiviti ketika ini dilakukan oleh syarikat asing, terutamanya dalam bahagian pemerolehan dan pemasangan. Dalam jangka masa panjang, tujuannya adalah untuk menguasai pasaran serantau yang lebih besar melalui usaha sama, dan menggunakan kemampuan dan rekod pengalaman yang baru dibina untuk berkembang dalam bidang ini di pasaran serantau. Impak Matlamat kita adalah untuk menawan 15% pasaran laut cetek dan 50% pasaran laut dalam (sebahagian besar projek laut dalam di Asia-Pasifik berada di perairan Malaysia) di Asia-Pasifik menjelang 2020. Pencapaian ini akan menyumbangkan RM4.0 bilion kepada PNK dan mewujudkan 15,000 pekerjaan. Oleh kerana sebahagian besar pelaburan dilakukan dalam infrastruktur tempatan, misalnya jalan dan kemudahan berlabuh ditanggung oleh EPP lain, tambahan pelaburan berjumlah RM0.5 bilion untuk EPP ini akan datang daripada sektor swasta.
MEMBINA PLATFORM TENAGA MAMPAN UNTUK PERTUMBUHAN Pada tahun 2008, Malaysia menghasilkan jumlah keseluruhan 109 jam terawatt tenaga elektrik, di mana 91% adalah untuk Semenanjung Malaysia, 5% untuk Sarawak dan 4% untuk Sabah. Sementara Sarawak diberkati dengan potensi 20 gigawatt kuasa hidroelektrik, Sabah menghadapi cabaran dalam memenuhi 7% pertumbuhan permintaan dan kapasiti penjanaan yang terhad untuk wilayah pantai timurnya. Begitu juga, Semenanjung Malaysia menghadapi kesulitan membekalkan jangkaan 3.7% pertumbuhan permintaan tenaga elektrik dan bergantung kepada 95% simpanan gas yang semakin berkurangan dan arang batu yang diimport. Keseluruhan sektor akan menghadapi cabaran untuk memenuhi permintaan elektrik Malaysia, terutamanya menjelang separuh masa kedua dekad ini Keadaan ini disebabkan oleh pelbagai faktor. Pertama, TNB menjangkakan permintaan di Semenanjung Malaysia akan tumbuh sekitar 3.7% setahun. Memenuhi pertumbuhan permintaan ini bererti Malaysia harus merancang untuk menambahkan kapasiti sebanyak 6 gigawatt antara tahun 2015 hingga 2020. Tahap penggunaan tenaga Malaysia, dibandingkan dengan saiz penduduk dan ekonomi, adalah lebih besar daripada negara setaranya seperti digambarkan dalam Carta 6-13. Penggunaan tenaga yang besar ini diiringi pertumbuhan tinggi tahap pelepasan GHG, berbanding negara setaranya.
Program Transformasi Ekonomi 205 Hala Tuju Untuk Malaysia
Carta 6-13
Malaysia adalah lebih intensif tenaga berbanding negara lain Keamatan Tenaga1 BTU/GDP RM ribu
6 5
5
5 34%
3
Purata bakul: 10
3 2 2
Thailand
1
Singapura Malaysia Indonesia Brazil
Korea Selatan
Amerika Syarikat
Jerman
1
Jepun
1
Itali
1
Denmark
Berdasar data tahun 2007
SUMBER: Agensi Tenaga Antarabangsa
Kedua, kebanyakan penjanaan kuasa Malaysia bergantung pada bekalan gas tempatan. Berdasarkan projek yang sudah berjalan ini, bekalan gas tempatan dijangka akan menurun pada kadar 4% setahun dalam dekad ini - dan dengan kadar yang lebih cepat selepas itu. Ketiga,Malaysia menghadapi tekanan global untuk mengurangkan pengeluaran karbon. Pada bulan Disember 2009, Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, telah membuat komitmen bersyarat untuk mengurangkan keamatan karbon Malaysia sehingga 40% pada tahun 2020 berbanding tahap pada tahun 2005. Untuk mengatasi beberapa cabaran ini, Semenanjung Malaysia akan melakukan pendekatan serampang tiga mata untuk memastikan keselamatan tenaga di masa hadapan: • Mempercepatkan pelaksanaan penstrukturan semula industri, dirangka sebagai sebahagian daripada inisiatif Industri Bekalan Elektrik Malaysia (Malaysian Electric Supply Industry atau MESI); • Mendalami punca tenaga alternatif seperti tenaga air, tenaga nuklear dan solar berskala besar; dan • Penerapan amalan terbaik dalam menggunakan tenaga dengan lebih cekap untuk mengurangkan penggunaan Malaysia antara 10 hingga 15% berbanding senario “seperti biasa” dan memastikan perniagaan dan isi rumah Malaysia dapat mengawal kos tenaga mereka. EPP tenaga akan menangani secara khusus keperluan untuk sumber tenaga alternatif serta penggunaan tenaga yang cekap dan peluang perniagaan yang akan menggunakan inisiatif MESI.
206
Bab 6 Menjanakan ekonomi Malaysia dengan Minyak, Gas dan Tenaga
EPP 9: Meningkatkan Kecekapan Tenaga Rasional Secara purata, penggunaan tenaga di Malaysia adalah 34% lebih intensif berbanding negara setara, oleh itu, kita boleh meningkatkan kecekapan penggunaan kuasa dan bahan bakar. Malahan, meningkatkan kecekapan tenaga merupakan kesempatan yang penting untuk Malaysia: ia akan membuat syarikat kita lebih berdaya saing dan mengurangkan bil elektrik isi rumah rakyat Malaysia. Beberapa inisiatif yang telah dikenal pasti adalah mudah dilaksanakan dan dapat memberikan hasil yang pantas. Tindakan Kami akan menumpukan pada lima dorongan yang berkenaan untuk meningkatkan kecekapan tenaga di Malaysia: (1) Kerajaan akan memimpin melalui teladan dalam amalan dan falsafah kecekapan tenaga, (2) merangsang jualan peralatan cekap tenaga, (3) Kerajaan akan bekerjasama dengan TNB untuk mewujudkan penjanaan bersama yang berdaya maju dari segi ekonomi, (4) menetapkan supaya bangunan ditebat dengan lebih baik, dan (5) merangsang jualan kenderaan cekap tenaga. Kerajaan akan memimpin melalui teladan dalam amalan dan falsafah kecekapan tenaga. Keseluruhan inisiatif ini dijangka akan menghasilkan anggaran RM3.2 bilion tambahan hasil terhadap sumbangan PNK menjelang 2020. Untuk berjaya dalam inisiatif ini, tiga langkah ini diperlukan. Sebagai permulaan, Kerajaan akan, secara berperingkat, merasionalisasikan subsidi elektrik untuk mewujudkan insentif bagi industri dan pelanggan untuk melaksanakan amalan cekap tenaga. Sebagai pelengkap untuk langkah pertama ini, Kerajaan akan melancarkan kempen pendidikan berskala besar untuk membantu industri dan pelanggan mengenal pasti dan melaksanakan amalan cekap tenaga. Akhir sekali, Kerajaan akan memimpin melalui teladan dan melaksanakan amalan cekap tenaga di tempat sendiri seperti yang diperincikan di bawah. Pada tahun 2009, bil elektrik Kerajaan adalah sebanyak kira-kira RM1.5 bilion, di mana 44% daripada kos tersebut adalah kurang daripada 1% entiti Kerajaan. Entiti-entiti yang berjumlah 120 ini kebanyakannya terdiri daripada kementerian, universiti dan hospital, dan Kerajaan akan meminta rancangan kecekapan tenaga dari semua entiti pada suku keempat 2010. Program ini akan dipimpin oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan akan mengikut proses peningkatan kecekapan tenaga yang jelas. Pertama sekali, rancangan akan disediakan di mana belanjawan tenaga elektrik bagi entiti-entiti ini akan dikurangkan. Sebagai ganti, mereka akan diberikan peruntukan untuk melabur dalam amalan cekap tenaga (mentol lampu, pendingin baru, dan lain-lain). Setiap entiti akan mencalonkan Juara Kecekapan Tenaga yang bertanggungjawab merancang rancangan tindakan entiti untuk mengurangkan penggunaan elektrik. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan membimbing dan memantau kumpulan juara ini dalam pencapaian sasaran mereka. Merangsang jualan peralatan cekap tenaga. Inisiatif ini menyasarkan pengguna akhir melalui peruncit peralatan elektronik dan akan menghasilkan sehingga RM5.1 bilion bagi PNK menjelang tahun 2020. Pelanggan akan menerima rebat pada peralatan tertentu yang menggunakan bahagian terbesar daripada bil elektrik rumah seperti yang ditunjukkan dalam Carta 6-14. Inisiatif ini akan menawarkan potongan 7 hingga 10% pada model peralatan tertentu dan untuk sejumlah unit terhad. Peralatan sasaran ialah peti sejuk, penyaman udara dan mentol lampu.
Program Transformasi Ekonomi 207 Hala Tuju Untuk Malaysia
Carta 6-14
Kita akan menyasarkan peralatan yang paling banyak menggunakan elektrik di rumah dan bangunan Peralatan termasuk dalam program rebat
Penggunaan elektrik isi rumah Malaysia mengikut kategori peralatan
Penggunaan elektrik bangunan kerajaan Malaysia mengikut kategori peralatan
%
% LainMesin lain cuci Memasak 2 4
Lainlain Peti sejuk
5
Hiburan
21
4
Pemanasan 11 air
Pencahayaan
8 Pencahayaan
Beban plag
15
24
7
44 Pendinginan
44 Pendinginan
SUMBER: Data ST, tinjauan bangunan pejabat 2003-2004
Kerajaan akan bekerja dengan TNB untuk mewujudkan penjanaan bersama yang lebih berdaya maju dari segi ekonomi. Inisiatif ini dijangka dapat menjana peningkatan RM1.3 bilion kepada PNK menjelang 2020 dan akan memerlukan semakan ke atas tarif TNB pada tiga elemen: (1) meningkatkan tarif keseluruhan dengan merasionalisasikan subsidi semasa untuk mencipta dorongan bagi lebih kecekapan tenaga, (2) mengurangkan tarif tunggu sedia untuk mendorong lebih ramai pengguna menggunakan pilihan ini dan akhir sekali, (3) meningkatkan tarif beli balik untuk menjadikannya lebih menarik bagi industri untuk menjana bersama tenaga elektrik dan menjual semula lebihan tenaga ini kepada TNB. Menetapkan supaya bangunan ditebat dengan lebih baik. Tindakan ini akan menyumbangkan jangkaan RM1.3 bilion PNK tambahan menjelang tahun 2020. Peraturan sedia ada mengenai penebatan bangunan tidak mencukupi. Akibatnya, pemaju membangunkan hartanah (perumahan, komersial dan industri) yang tidak mempunyai penebatan yang sesuai, lantas mewujudkan keperluan untuk penyaman udara tambahan. Maju ke hadapan, maklumat tentang hartanah yang mempunyai penebatan sesuai akan disalurkan melalui (1) usaha peningkatan kesedaran pelanggan melalui kempen kesedaran berskala besar, (2) langkah penguatkuasaan menerusi proses kelulusan pelan pembangunan. Untuk memastikan perlaksanaan, Kerajaan akan mengambil peranan sebagai peneraju inisiatif ini. Selanjutnya, bangunan yang mempunyai penebatan yang lebih baik akan menambaikkan persekitaran di kawasan kos rendah di mana penghuninya tidak mampu membeli penyaman udara dan mungkin mengalami stres berkaitan kepanasan yang dapat menimbulkan masalah kesihatan.
208
Bab 6 Menjanakan ekonomi Malaysia dengan Minyak, Gas dan Tenaga
Merangsang jualan kenderaan cekap tenaga dengan menawarkan rebat untuk menggalakkan penggunaan kenderaan hibrid atau berkuasa elektrik. Ini akan menjana jangkaan RM3.2 bilion kepada PNK menjelang 2020. Seperti digambarkan dalam Carta 6-15, kenderaan hibrid masih dianggap sebagai satu kemewahan di Malaysia. Kerajaan akan mempromosikan penggunaan kenderaan hibrid dengan mengurangkan cukai import bagi kenderaan ini. Sebagai permulaan, harga kereta hibrid akan dijadikan lebih kompetitif supaya rakyat dapat memilih kereta hibrid sebagai ganti kepada kereta import biasa. Yang paling penting, walaupun ini tidak akan mengurangkan harga kereta yang dikeluarkan oleh pengeluar tempatan, ia akan mewujudkan persaingan sihat dan menggalakkan pengeluar tempatan membangunkan kenderaan elektrik atau hibrid untuk pasaran tempatan. Carta 6-15
Membuat kereta kecekapan bahan api lebih murah untuk rakyat dapat menjana RM3.2 bilion Kos kereta di Semenanjung Malaysia Ribu Ringgit per unit Hari ini: kereta hibrid tidak berdaya saing dari segi kos
Cadangan: kereta hibrid diletakkan antara kereta tempatan dan import biasa saiz enjin setara
175 130
120
120
115 85
60
Toyota hybrid
Honda hybrid
Corolla Proton Conven- Waja tional
Pelaburan kumulatif RM 9.9 Bilion1
1
60 46
Proton Persona
38
46
33
Perodua Proton Mivy Savvy
PNK kumulatif RM 15.8 Bilion
Corolla Conventional
Toyota hybrid
Honda hybrid
Pengurangan penggunaan petroleum ~15%
Proton Waja
Proton Persona
38
33
Perodua Proton Mivy Savvy
Impak PNK 2020 ~RM3.1 Bilion
Di mana 30% daripada sumber awam
SUMBER: Laman web Toyota (Malaysia dan AS), Honda, Proton Edar, Perodua
Petunjuk prestasi utama untuk EPP ini ialah: sasaran penjimatan untuk bangunan Kerajaan, sasaran jualan untuk peralatan elektrik yang cekap tenaga, sasaran penjanaan bersama untuk tenaga elektrik, pelaksanaan rangka kerja kawal selia yang dipertingkatkan dan sasaran bahagian pasaran untuk kereta cekap tenaga. Impak EPP ini akan memerlukan pembiayaan berjumlah RM20.8 bilion. Sebahagian besar daripadanya akan datang daripada sumber awam yang digunakan untuk membiayai rebat cukai import kenderaan cekap tenaga (RM9.8 bilion) dan rebat untuk peralatan cekap tenaga (RM1.3 bilion). Baki pelaburan keseluruhan yang diperlukan untuk menebat bangunan dan membangunkan penjanaan bersama ialah RM9.6 bilion dan hampir keseluruhannya akan dibiayai daripada sumber swasta. Pendorong ini boleh menjanakan anggaran RM13.9 bilion PNK menjelang 2020.
Program Transformasi Ekonomi 209 Hala Tuju Untuk Malaysia
EPP 10: Membangunkan Kapasiti Tenaga Solar Rasional Sasaran tenaga boleh diperbaharui daripada Rancangan Malaysia Kesepuluh ialah 5.5% dari jumlah keseluruhan kapasiti campuran pada tahun 2015 (985 megawatt kapasiti penjanaan) berbanding tahap kurang dari 1% daripada campuran tenaga masa kini. Daripada 5.5% ini, kuasa solar akan menyumbangkan sekurang-kurangnya 65 megawatt. Menjelang tahun 2020, tenaga solar akan menyumbangkan sekurangkurangnya 220 megawatt, seperti yang disasarkan dalam Dasar Tenaga Boleh Diperbaharui Nasional. Oleh itu, Semenanjung Malaysia perlu membangunkan 3.3 gigawatt kapasiti kuasa tambahan antara tahun 2015 hingga tahun 2020 untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat sambil mengekalkan margin rizab tenaga yang mantap. Tenaga solar harus dipertimbangkan sebagai satu sumber tenaga alternatif yang berdaya maju kerana kelebihannya seperti ketakbersandaran kepada bahan api fosil, pengeluaran gas karbon sifar, peningkatan keselamatan tenaga, potensi pewujudan pekerjaan dan pelaburan langsung asing yang agak besar (Carta 6-16). Selain itu, Malaysia mempunyai bekalan cahaya matahari asli mencukupi yang tidak digunakan sepenuhnya buat masa ini. Tindakan Berdasarkan analisis kos penuh penjanaan solar berbanding alternatif lain yang paling berdaya maju iaitu turbin gas kitaran gabungan (combined cycle gas turbine atau CCGT), tenaga solar berpusat yang dijanakan oleh kilang tenaga solar (berbanding tenaga solar teragih yang dihasilkan daripada panel yang dipasang di bumbung) dijangka akan menjadi pilihan yang paling berdaya maju pada tahun 2017 atau 2018. ini disebabkan kos modal untuk memasang penjanaan solar dijangka akan berkurangan pada kadar 4 hingga 10% setahun. Walau bagaimanapun, garis masa ini adalah tertakluk kepada beberapa faktor, termasuk kadar pengurangan kos untuk tenaga solar, harga gas untuk penjanaan tenaga, dan juga lain-lain faktor yang relevan. Untuk menjayakan EPP ini, tiga elemen perlu ditangani mulai hari ini. Pertama, sebuah rangka kerja kawalselia perlu disediakan, baik untuk mekanisme tarif suapan masuk yang akan dilaksanakan akhir tahun 2010, serta untuk loji penjanaan kuasa solar yang akan dibina sebaik kos penjanaan kuasa solar berpusat telah mencapai kesetaraan dengan gas. Kedua, model perniagaan yang sesuai perlu dibangunkan, termasuk pembiayaan, kerjasama awam-swasta, peranan Kerajaan, TNB dan operator swasta. Akhir sekali, kemahiran dan pembelajaran perlu dibangunkan dengan memanfaatkan tarif mekanisme suapan masuk yang disasarkan bermula pada bulan Januari 2011 untuk membina sejumlah kecil penjanaan solar. Sekiranya kuasa solar berpusat mencapai kesetaraan kos dengan gas antara tahun 2015 dan 2020, wujud potensi untuk mempertingkatkan kapasiti sehingga mencapai 1.3 gigawatt. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan melaksanakan usaha menyediakan infrastruktur yang diperlukan dan memastikan pembangunan tenaga solar dijalankan secara menyeluruh dan berhemat.
210
Bab 6 Menjanakan ekonomi Malaysia dengan Minyak, Gas dan Tenaga
Carta 6-16
Solar boleh menjadi pilihan yang baik untuk peningkatan kapasiti selepas tahun 2015 PNK (RM Bn)
Faedah tambahan daripada pelaksanaan solar…
Kos penuh1 penjanaan solar lawan gas Kos tenaga teraras, RM/kWh
Solar - Penjanaan teragih
0.7
Solar - Perjanaan berpusat
0.6
Meningkatkan keadaan bebas tenaga
NA
Memenuhi agenda “hijau”
NA
Meningkatkan keselamatan tenaga
NA
Meningkatkan pekerjaan
0.5
Turbin gas kitaran gabungan
0.5 0.4 0.3 0.2 0.1 0 2010
2012
2014
2016
2018
2020
Memangkin pembuatan tempatan dan FDI
~22.15
1 Kos penuh, termasuk CAPEX (LCE) 2 Andaian untuk penjanaan kuasa gas CCGT: WACC 7.6%, CAPEX USD1000/KWe, kecekapan loji 53%,
harga gas USD/mmbtu 8 pada tahun 2010 ke 9.8 pada tahun 2020, kos O&M 5USD/MwH faktor beban 85% 3 Andaian untuk solar penjanaan berpusat: WACC 7.6% CAPEX 2812USD/Kw turun pada kadar 10% hingga
2016, kemudian pada kadar 8%, 6%, 4% dan 3% drp 2017 hingga 2020, CAPEX 1% O&M, jangka hayat: 20 tahun, jam penggunaan 1,300/tahun 4 Andaian untuk solar penjanaan berpusat: WACC 7.6% CAPEX 3,750USD/Kw turun pada kadar 10% hingga 2016, kemudian pada kadar 8%, 6%, 4% dan 3% drp 2017 hingga 2020 CAPEX 2% O&M, jangka hayat: 20 tahun, jam penggunaan 1,300/tahun 5 Impak PNK diambil kira dalam Makmal NKEA Elektronik dan Elektrikal
SUMBER: Makmal NKEA OGE
Impak Seandainya tenaga solar berpusat mencapai kesetaraan kos dengan gas antara tahun 2015 dan 2020, sumbangan PNK keseluruhan daripada penjanaan tenaga solar pada tahun 2020 boleh meningkat sehingga RM460 juta, kebanyakannya disebabkan oleh kewujudan 1,900 pekerjaan baru. Untuk mencapai sasaran ini, pelaburan bernilai RM5.7 bilion diperlukan. Impak PNK ini tidak termasuk impak tambahan bernilai RM22 bilion yang diperoleh daripada kesan pemangkin yang akan dibawa projek ini pada pembuatan tempatan dan kemasukan pelaburan langsung asing, yang dimasukkan di bawah NKEA Elektrik dan Elektronik.
EPP 11: Menggunakan Tenaga Nuklear untuk Penjanaan Kuasa Rasional Malaysia sedang meneroka pilihan menggunakan tenaga nuklear untuk memenuhi keperluan masa hadapan sambil mempelbagaikan campuran tenaga bagi Semenanjung Malaysia. Jawatankuasa Pemandu Pembangunan Tenaga Nuklear, yang diterajui oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, telah ditubuhkan pada bulan Jun 2009 untuk merancang dan menyelaras usaha persiapan ke arah
Program Transformasi Ekonomi 211 Hala Tuju Untuk Malaysia
penggunaan tenaga nuklear bagi penjanaan kuasa. Jawatankuasa ini telah ditugaskan untuk menjalankan pelbagai kajian bagi mempersiapkan Pelan Pembangunan Infrastruktur Tenaga Nuklear (Nuclear Power Infrastructure Development Plan atau NPIDP), yang disasarkan akan siap pada tahun 2013. Sebelum melakukan pelbagai kajian yang diperlukan ini, kajian pra-kebolehlaksanaan kuasa nuklear dan kajian pemilihan lokasi awal telah dilakukan. Tindakan Jawatankuasa Pemandu sedang menjalankan kajian kemungkinan menyampaikan unit kembar loji kuasa nuklear dengan jumlah kapasiti 2 gigawatt, di mana unit pertama dijangka mula beroperasi pada tahun 2021. Pelan di bawah pembangunan meletakkan garis masa pembangunan dari 11 hingga 12 tahun daripada pra-projek sehingga penyerahan. Rancangan ini membentangkan kes positif bagi tenaga nuklear di Malaysia (Carta 6-17). Pertama, jika Malaysia membangunkan tenaga nuklear, ia akan menjadi kompetitif kos sambil membekalkan sumber tenaga termurah. Kedua, tenaga nuklear merupakan tenaga yang lebih bersih berbanding arang batu atau gas (bersamaan 0 gram karbon dioksida per jam kilowatt berbanding sekitar 800 dan 400 gram masing-masing). Pembiayaan Membangunkan dua unit loji nuklear ini dijangka memerlukan pelaburan berjumlah RM21.3 bilion sehingga tahun 2020. Pemboleh Untuk memastikan penyampaian tepat pada masanya, projek akan dilancarkan tanpa penangguhan. Empat item laluan genting mesti ditangani dengan keutamaan tertinggi. Pertama, harus ada penerimaan masyarakat terhadap projek tersebut. Kedua, Malaysia harus menggunapakai perjanjian antarabangsa yang berkaitan. Ketiga, Kerajaan harus memastikan rangka kerja kawalselia yang betul dikuatkuasakan. Keempat, persetujuan untuk lokasi yang dirancangkan harus diperolehi dan penduduk tempatan juga mesti meluluskan lokasi tersebut. Impak Pembinaan loji tenaga nuklear akan mempunyai impak PNK sementara di sektor pembinaan, dengan sumbangan PNK sebanyak RM0.2 bilion daripada kewujudan 2,600 pekerjaan. Pekerjaan ini turut merangkumi tugas pengendalian dan penyelenggaraan loji, pengurusan sisa dan perlesenan serta peraturan. Sebaik beroperasi selepas tahun 2020, kedua-dua loji tenaga nuklear 1-gigawatt itu akan menghasilkan PNK sebanyak RM1.8 bilion setahun daripada elektrik yang dijanakan.
212
Bab 6 Menjanakan ekonomi Malaysia dengan Minyak, Gas dan Tenaga
Carta 6-17
Bagi menjana kuasa nuklear pada tahun 2021, Kerajaan perlu menyediakan sumber untuk melaksanakan aktiviti yang telah dirancang
Peristiwa penting
2010 Perkembangan projek loji kuasa
2011
2012
2013
2014
2015
Fasa keputusan
Fasa penyediaan
2016
2017
2018
2019
2020
2021 Pelancaran
Fasa pelaksanaan
praKajian Pelan kebolehkeboleh- asas & laksanaan laksanaan terperinci
Pemerolehan Memberi kontrak Penggredan tapak Penggalian Perkembangan program kawal selia dan nuklear
Penyediaan rangka kerja kawal selia
Analisis permit & keselamatan
Tandatangan dan mengesahkan instrumen antarabangsa, membentuk perundangan Penyelidikan tapak
Permit tapak
Permit operasi & laporan keselamatan Pengumpulan data radiologi garis dasar pra-operasi
Permit pembinaan
Garis masa dipersetujui melalui persindiketan
Penempahan
Pembinaan
Laporan analisis keselamatan awal (PSAR)
Lesen operasi Laporan analisis keselamatan akhir (FSAR) Latihan kakitangan
EPP 12: Mempergunakan Potensi Hidroelektrik Malaysia Rasional Potensi hidroelektrik Sarawak masih belum dimanfaatkan: hanya 0.6% daripada anggaran 20 gigawatt kapasiti potensi kuasa sedang dibangunkan pada masa ini (berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Perundingan SAMA pada tahun 1980an untuk kerajaan negeri Sarawak). Terdapat kira-kira 25 jam terawatt permintaan kuasa terpendam daripada industri yang beroperasi di Sarawak, Sabah dan negara-negara jiran Brunei Darussalam dan Kalimantan Barat, Indonesia. Hidroelektrik mempunyai banyak kelebihan: ia adalah tenaga boleh diperbaharui, ia membantu mengurangkan pengeluaran karbon dioksida dan merupakan teknologi yang telah terbukti menyediakan bekalan elektrik berjangka panjang yang selamat. Brazil, Kanada dan Norway adalah contoh negara-negara yang paling banyak menggunakan hidroelektrik. Rancangan asal untuk mengeksport kuasa ke Semenanjung Malaysia dari Sarawak melalui penghantaran kabel terus voltan tinggi bawah laut tidak kelihatan berdaya maju buat masa kini, walaupun situasi itu mungkin berubah. Anggaran awal menunjukkan bahawa kos daratan elektrik daripada hidroelektrik Sarawak lebih mahal daripada kos penjanaan kuasa menggunakan batu arang, nuklear atau turbin gas kitaran gabungan. Namun, ini tidak mengambil kira pengeluaran karbon dan kos persekitaran lain bagi loji tenaga terma. Kerajaan mungkin meneruskan rancangannya untuk menghantar hidroelektrik ke Semenanjung Malaysia dari Sarawak jika faktor-faktor ini dipertimbangkan dengan lebih mendalam dan isu berkaitan kabel bawah laut merentasi wilayah berdaulat dapat diselesaikan.
Program Transformasi Ekonomi 213 Hala Tuju Untuk Malaysia
Tindakan Pemilik inisiatif ini ialah kerajaan negeri Sarawak dan dilaksanakan melalui Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Pihak Berkuasa Pembangunan Koridor Wilayah Sarawak (RECODA). Tugas utama mereka adalah untuk merancang, membina, memiliki dan mengendalikan empangan hidroelektrik, menarik industri intensif tenaga ke Sarawak, merancang dan membina infrastruktur dan utiliti yang diperlukan. Termasuk juga, perkhidmatan lain untuk menyokong industri ini dan berunding dengan negara-negara jiran untuk hubungan saluran transmisi dan untuk menyediakan bekalan elektrik. Anggaran jumlah keseluruhan pelaburan yang diperlukan untuk membina empangan hidroelektrik adalah RM20.2 bilion dan akan dibiayai oleh sektor swasta melalui syarikat berkaitan kerajaan. Pelaburan ini bertujuan untuk membangunkan lima empangan dengan jumlah kapasiti 5 gigawatt, grid transmisi dan infrastruktur yang diperlukan untuk menarik industri intensif tenaga ke Sarawak. Impak EPP ini akan mewujudkan 590 pekerjaan dan anggaran potensi PNK bernilai RM5.7 bilion menjelang tahun 2020 di Sarawak. Sebahagian besar PNK akan datang daripada industri intensif tenaga yang beroperasi di Sarawak, yang akan menghasilkan pendapatan sebanyak RM4.5 bilion kepada negeri Sarawak dan mempunyai kesan penggandaan PNK yang lebih di wilayah tersebut. Baki RM1.2 bilion PNK akan diperoleh daripada membekalkan kuasa ke Sabah, Brunei dan Kalimantan melalui transmisi darat.
PELUANG PERNIAGAAN Terdapat beberapa peluang perniagaan dalam sektor minyak, gas dan tenaga, di mana, bersama dengan pertumbuhan sektor minimum akan memberikan sumbangan PNK berjumlah RM61.2 bilion menjelang tahun 2020. Jumlah ini termasuk peningkatan RM32.0 bilion kepada PNK berbanding PNK minimum 2009 akibat daripada jangkaan peningkatan harga minyak memandangkan harga minyak yang rendah pada 2009. Peluang perniagaan tersebut dapat dikumpulkan ke dalam dua tema yang jelas. Pertama, terdapat peluang untuk mendapatkan lebih banyak output daripada input yang sama apabila proses semasa ditingkatkan dan peningkatan kecekapan diperoleh. Tema kedua adalah kesempatan yang datang daripada peningkatan permintaan tenaga yang wujud daripada pertumbuhan ekonomi.
Peluang Perniagaan 1: Penambahbaikan Proses Tanda aras global mengenai kemudahan penapisan dan petrokimia menunjukkan bahawa penambahbaikan proses boleh didapati daripada kemudahan jenis ini dari masa ke semasa. Penambahbaikan proses ini lazimnya akan membawa kepada peningkatan kecekapan sebanyak 0.5% setahun yang mewakili sumbangan PNK tambahan bernilai RM3.4 bilion. Penambahbaikan proses dan struktur keseluruhan dalam sektor penjanaan elektrik dijangka menambah sumbangan PNK bernilai RM1.5 bilion.
Peluang Perniagaan 2: Pertumbuhan Ekonomi Malaysia telah menyasarkan pertumbuhan PNK sebanyak 5.9% setahun. Mencapai pertumbuhan ekonomi ini dijangka akan meningkat penggunaan sebanyak 3% dan akan memiliki kesan sampingan pada sektor minyak, gas dan tenaga. Peningkatan penggunaan tenaga akan memerlukan tambahan 2 gigawatt daripada kapasiti dipasang yang akan dibina dengan kos sebanyak RM9.6 bilion, mewujudkan kira-kira 2,500
214
Bab 6 Menjanakan ekonomi Malaysia dengan Minyak, Gas dan Tenaga
pekerjaan tambahan dan menambah PNK sebanyak RM11.2 bilion. Keperluan tambahan untuk transmisi dan pengedaran tenaga ini akan menghasilkan tambahan RM5.6 bilion PNK lagi dan memerlukan pelaburan sebanyak RM12.4 bilion. Di sektor hiliran peningkatan penggunaan ini akan meningkatkan PNK sehingga RM1.5 bilion dan mewujudkan 3,200 pekerjaan. Anggaran 90 stesen petrol baru juga akan perlu dibina pada kos keseluruhan berjumlah RM3.2 bilion. Projek E&P antarabangsa menawarkan peluang perniagaan baru yang dijangka akan menghasilkan PNK bernilai RM5.9 bilion dan memerlukan RM79.0 bilion pelaburan swasta.
PEMBOLEH LAZIM Terdapat tiga pemboleh utama yang harus dijalankan untuk menjamin kejayaan pelaksanaan 12 EPP dan dua peluang perniagaan dalam NKEA Minyak, Gas dan Tenaga. Pemboleh ini adalah: • Menyediakan sokongan pelaburan yang berkesan: Kerajaan perlu memastikan bahawa pelabur ditawan secara aktif, perjanjian pelaburan dicadangkan dan dibolehkan serta proses pentadbiran dimudahkan dalam bidang berkaitan minyak, gas dan tenaga; • Menarik bakat ekspatriat bertaraf dunia: Kerajaan perlu memastikan bahawa pelabur boleh membawa bakat asing yang diperlukan dengan cara yang efisien; dan • Memastikan bekalan modal insan tempatan berkelayakan yang mencukupi: Kerajaan perlu memperkenalkan langkah-langkah untuk meningkatkan bekalan mahasiswa dalam dekad berikutnya untuk menjawat sekitar 21,000 pekerjaan baru yang diwujudkan pada atau di atas peringkat ijazah menjelang tahun 2020.
Menyediakan Sokongan Pelaburan Yang Berkesan Tinjauan keseluruhan Sebahagian besar EPP yang dijelaskan di atas memerlukan satu atau lebih daripada empat aktiviti berikut dilaksanakan dengan jayanya: • Menarik pelabur tempatan atau luar negara baru ke sektor minyak, gas dan tenaga; • Menyatukan beberapa syarikat atau agensi melalui pengaturan perniagaan atau perkongsian; • Mendapatkan permit persekutuan, negeri atau tempatan untuk membangunkan kegiatan ekonomi, dan • Memberikan insentif ekonomi untuk memudahkan pelaburan. Mempunyai pihak berkuasa yang dikuasakan untuk menyelaraskan aktiviti ini dan mengambil peranan eksekutif praktikal dan kebertanggungjawaban untuk mencapai kejayaan dalam bidang ini adalah pemboleh paling utama.
Program Transformasi Ekonomi 215 Hala Tuju Untuk Malaysia
Tindakan Fungsi sokongan pelaburan paling sesuai diserahkan kepada badan berkaitan Kerajaan yang mempunyai kuasa autoriti lini, kepakaran industri dan kebertanggungjawaban. Badan itu mesti mempunyai keupayaan untuk mengarahkan agensi negeri yang berkenaan untuk mengambil tindakan dengan cara yang konsisten dengan matlamat program NKEA dan dengan piawaian tadbir urus yang baik. Untuk memiliki kepakaran yang cukup bagi memenuhi tugasnya, badan ini harus mengambil bakat kanan daripada Kerajaan dan sektor OGE. Ini akan memerlukan kemampuan, misalnya, untuk merekrut eksekutif industri pada gaji yang lebih tinggi daripada tangga gaji Kerajaan biasa. Akhir sekali, badan tersebut harus dipertanggungjawabkan untuk proses kemajuan dalam merealisasikan objektif pelaburan. Setelah diberi masa dan sumber yang sesuai (contohnya, pegawai Kerajaan dan pakar industri yang berkaliber tertinggi), badan ini akan mendapat reputasi yang positif. Dari kalangan agensi Kerajaan sedia ada, MIDA adalah yang paling sesuai untuk melaksanakan fungsi ini, namun MIDA masih perlu menarik individu yang mempunyai kepakaran dan set kemahiran yang sesuai daripada Kerajaan dan sektor swasta untuk berjaya. Bagi memastikan momentum yang berterusan, badan-badan khas telah dikenal pasti untuk mendorong inisiatif di bawah unit minyak dan gas dalam tempoh interim sebelum badan yang sebenar dapat ditubuhkan. Sebagai contoh, MIDA dan Unit ETP akan bekerjasama untuk merekrut pasukan OFSU dan menyelaras perbincangan Ketua Pegawai Eksekutif mengenai cara meningkatkan daya saing industri OFSE tempatan dan cara menyatukan industri fabrikasi. PETRONAS akan menyokong usaha ini dengan mengusulkan cadangan cara menstrukturkan semula sistem perlesenan dan mekanisme yang berpotensi untuk penyatuan industri.
Menarik Bakat Ekspatriat Bertaraf Dunia Tinjauan keseluruhan Sektor minyak, gas dan tenaga memerlukan set kemahiran yang agak khusus di mana rakyat kita perlu pertingkatkan lagi untuk menjalankan aktiviti yang disasarkan di bawah NKEA ini. Pada masa ini, Malaysia tidak mempunyai bakat yang cukup bagi kemahiran yang diperlukan, lantas timbul keperluan untuk menarik pekerja asing berkemahiran tinggi untuk bekerja di sini. Tindakan Beberapa fungsi utama bagi menarik bakat asing adalah seperti berikut: • Kemudahan imigrasi supaya permit kerja dan tinggal boleh diperolehi dan diperbaharui dengan mudah, tanpa prosedur pentadbiran yang terlalu membebankan ataupun memerlukan perantara. Masa pemprosesan mestilah singkat dan ditentukan, dan pemohon harus boleh memantau perkembangan permohonan mereka; • Keserasian cukai supaya bakat asing tidak dikenakan cukai berganda. Adalah penting untuk menyesuaikan sistem cukai Malaysia dengan sistem cukai utama yang lain dan menghapuskan pencukaian dua kali; • Bandar boleh berdaya huni yang menyediakan persekitaran kehidupan yang baik, contohnya, Greater KL;
216
Bab 6 Menjanakan ekonomi Malaysia dengan Minyak, Gas dan Tenaga
• Hubungan pengangkutan antarabangsa yang baik; • Prosedur yang mudah diikuti untuk aktiviti seharian, seperti membuka akaun bank atau utiliti, dan mendapatkan nombor telefon; dan • Akses mudah kepada maklumat tentang kehidupan di negara ini, contohnya, menerusi Internet ataupun biro pelancongan di luar negara. Berbagai usaha sedang dilaksanakan untuk memastikan kemampuan Malaysia menarik pekerja asing berkemahiran tinggi di beberapa NKEA yang sudahpun dilaksanakan. Contohnya, penubuhan Talent Corporation, sebuah agensi yang ditugaskan untuk menarik bakat asing ke Malaysia.
Memastikan Bekalan Modal Insan Tempatan Berkelayakan yang Mencukupi Tinjauan keseluruhan EPP minyak, gas dan tenaga serta peluang perniagaan akan mewujudkan 52,300 pekerjaan baru, dengan itu, memerlukan bekalan bakat yang setara. Carta 6-18 menunjukkan pecahan pekerjaan di semua subsektor dan peringkat gaji. Beberapa jenis pekerjaan ini tidak mempunyai bekalan mencukupi di Malaysia. Usaha sesungguhnya diperlukan untuk memastikan bahawa jumlah tenaga kerja yang mencukupi dilatih untuk mengisi kekosongan yang diwujudkan dalam sektor minyak, gas dan tenaga. Carta 6-18
EPP OGE dan peluang perniagaan akan mewujudkan 52,300 pekerjaan pada tahun 2020 di segenap peringkat pekerjaan Pecahan pekerjaan mengikut jenis kerja (ribu)
Pecahan pekerjaan mengikut gaji bulanan (RM)
Pentadbiran / Pengurusan