Tuntutan dalam talian. Anda boleh membuat kebanyakan tuntutan siang atau
malam dengan menggunakan perkhidmatan tuntutan dalam talian kami.
Biasanya ...
CARA MEMBUAT TUNTUTAN ahm OSHC menawarkan tiga cara mudah untuk membuat tuntutan – jadi anda boleh membuat pilihan yang anda suka, tanpa menghabiskan banyak masa dan memperoleh faedah anda dengan cepat.
Tuntutan dalam talian
Langkah 2. Sediakan maklumat Penyedia Perkhidmatan
Anda boleh membuat kebanyakan tuntutan siang atau malam dengan menggunakan perkhidmatan tuntutan dalam talian kami. Biasanya, wang faedah akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank Australia anda dalam masa 2 hari kerja. Anda hanya boleh membuat tuntutan dalam talian bagi perkhidmatan yang telah pun anda bayar.
Masukkan nama pihak yang menyediakan perkhidmatan, misalnya nama doktor atau farmasi.
Sebelum membuat tuntutan dalam talian
Langkah 4. Baca dan bersetuju dengan Akuan
Untuk membuat tuntutan dalam talian, anda memerlukan:
Baca dan terima akuan tersebut; dan kemudian klik untuk membuat tuntutan.
• Nombor keahlian anda • Kata laluan anda • Resit perubatan anda • Butiran akaun bank Australia anda – ini akan menjadi akaun HandyClaim anda. Sebaik saja anda memiliki kesemuanya, anda boleh mula membuat tuntutan. Empat langkah mudah membuat tuntutan dalam talian Langkah 1. Sediakan maklumat Pesakit Masukkan nama pesakit dan tarikh perkhidmatan.
Tuntutan menerusi telefon Anda boleh membuat kebanyakan tuntutan menerusi telefon pada waktu kerja dan biasanya, wang faedah akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank Australia anda dalam masa 2 hari kerja. Tetapi ingat, anda hanya boleh membuat tuntutan menerusi telefon bagi perkhidmatan yang telah anda bayar. Sebelum membuat tuntutan menerusi telefon Untuk membuat tuntutan menerusi telefon, anda memerlukan:
• Nombor keahlian anda • Resit perubatan anda • Butiran akaun bank Australia anda – ini akan menjadi akaun HandyClaim anda. Sebaik saja anda memiliki kesemuanya, anda boleh mula membuat tuntutan.
Anda hanya boleh membuat tuntutan dalam talian untuk bil yang telah anda bayar sehingga had $200
Langkah 3. Sediakan butiran Perkhidmatan dan Kos. Masukkan perkhidmatan apa yang disediakan dan kos yang anda tanggung.
Wang faedah anda akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda, biasanya dalam masa 2 hari kerja. Kami akan mengesahkan tuntutan anda menerusi surat – anda kemudian perlu melampirkan resit anda bersama surat ini dan kirimkannya kembali kepada kami. Perlu bantuan? Jika anda perlukan bantuan atau mempunyai sebarang persoalan, hubungi kami di 134 246 atau menerusi e-mel
[email protected]. Jika anda mengalami kesukaran memahami apa yang perlu anda lakukan, kami turut menyediakan perkhidmatan jurubahasa. Hubungi 1800 006 745, beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
Anda hanya boleh membuat tuntutan menerusi telefon untuk bil yang telah anda bayar sehingga had $200 Wang faedah anda akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda, biasanya dalam masa 2 hari kerja. Kami akan mengesahkan tuntutan anda menerusi surat – anda kemudian perlu melampirkan resit anda bersama surat ini dan kirimkannya kembali kepada kami. Perlu bantuan? Jika anda mengalami kesukaran memahami apa yang perlu anda lakukan, kami turut menyediakan perkhidmatan jurubahasa. Hubungi 1800 006 745, beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
ahmoshc.com
24 jam sehari, 7 hari seminggu Peringatan penting berkenaan Tuntutan Dalam Talian: Jika jumlah tuntutan anda dalam talian dan menerusi telefon mencecah $200, anda tidak boleh membuat sebarang tuntutan lain, baik menerusi telefon atau dalam talian sehingga pihak kami menerima resit anda. Sebaik saja resit anda kami terima, anda boleh kembali membuat tuntutan sehingga had $200 semula. Jika anda kehilangan sijil ahm OSHC anda atau terlupa kata laluan, hubungi kami di 134 246 atau menerusi e-mel
[email protected].
Peringatan penting berkenaan Tuntutan Menerusi Telefon: Jika jumlah tuntutan anda menerusi telefon dan dalam talian mencecah $200, anda tidak boleh membuat sebarang tuntutan lain, baik menerusi telefon atau dalam talian sehingga pihak kami menerima resit anda. Sebaik saja resit anda kami terima, anda boleh kembali membuat tuntutan sehingga had $200 semula.
134 246
Telefon 8.30 pagi hingga 5.00 petang (AEST) Isnin hingga Jumaat Perkhidmatan Jurubahasa boleh didapati dengan menghubungi
1800 006 745
(24 jam sehari, 7 hari seminggu)
Tuntutan menerusi pos Tuntutan menerusi pos ahm OSHC adalah mudah. Anda boleh membuat tuntutan menerusi pos untuk bil yang telah dibayar dan yang belum dibayar, dan kesemuanya boleh diselesaikan sekaligus. Anda tidak perlu mengirimkan apa-apa kepada kami selepas itu. Sebaik saja tuntutan anda diluluskan, wang faedah anda akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda, biasanya dalam masa 2 hari kerja atau cek akan dikirimkan kepada anda dalam masa 7 hari kerja. Sebelum membuat tuntutan menerusi pos Untuk membuat tuntutan menerusi pos, anda memerlukan: • Nombor keahlian anda • Resit atau bil perubatan anda • Butiran akaun bank Australia anda, jika anda mahukan wang faedah itu dimasukkan ke dalam akaun bank – ini merupakan akaun HandyClaim anda Sebaik saja anda memiliki kesemuanya, anda boleh mula membuat tuntutan. Tuntutan menerusi pos Langkah 1. Muat turun borang tuntutan dari ahmoshc.com Klik pada ‘Download’ untuk melihat dan mencetak borang tuntutan. Langkah 2. Isikan borang tuntutan tersebut Sertakan butiran mengenai Pesakit, Penyedia Perkhidmatan dan Perkhidmatan yang berkaitan. Langkah 3. Lampirkan resit atau bil perubatan anda Lampirkan resit atau bil yang belum dibayar bersama borang tuntutan.
Jika anda telah membayar bil perubatan, sebaik saja tuntutan itu diproses, wang faedah anda akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda atau kami boleh mengirimkan cek, bergantung kepada pilihan yang anda nyatakan di dalam borang tuntutan tersebut. Jika anda belum membayar bil perubatan anda, sebaik saja tuntutan itu diproses, ahm OSHC akan mengirimkan anda cek sebagai bayaran kepada penyedia perkhidmatan anda – yang mungkin merupakan doktor anda, hospital atau perkhidmatan ambulans. Apabila anda menerima cek tersebut, anda perlu membawa (atau mengirimkan) cek dan penyata yang dilampirkan itu kepada penyedia perkhidmatan anda dan membayar sebarang perbezaan bayaran terus kepada penyedia perkhidmatan tersebut (perbezaan bayaran bererti baki selepas jumlah wang faedah ahm OSHC yang anda terima ditolak daripada jumlah bayaran keseluruhan yang dikenakan oleh penyedia perkhidmatan). Perlu bantuan? Jika anda perlukan bantuan atau mempunyai sebarang persoalan, hubungi kami di 134 246 atau menerusi e-mel
[email protected]. Jika anda mengalami kesukaran memahami apa yang perlu anda lakukan, kami turut menyediakan perkhidmatan jurubahasa. Hubungi 1800 006 745, beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Peringatan penting berkenaan Tuntutan Menerusi Pos: Kesemua tuntutan berkaitan hospital hendaklah dibuat menerusi pos (atau secara peribadi)
Perkhidmatan pembilan langsung Sesetengah pusat perubatan (dan klinik) mempunyai perkhidmatan pembilan langsung dengan ahm OSHC. Kami akan membayar amaun setara dengan kadar bayaran MBS terus kepada mereka untuk rawatan biasa. Ini bermakna anda tidak perlu membayar untuk rawatan biasa dan kemudian membuat tuntutan. Jika doktor anda mengenakan bayaran lebih tinggi daripada kadar bayaran MBS, anda perlu menjelaskan bakinya. Baki tersebut tidak boleh dituntut. Layari ahmoshc.com untk mendapatkan maklumat berkenaan pusat perubatan yang mengambil bahagian.
Poskan borang tuntutan anda, (tanpa setem) kepada:
ahm OSHC
Reply Paid 75885 Matraville NSW 2036 Jangan lupa lampirkan resit atau bil perubatan anda.
Anda boleh membuat tuntutan menerusi pos bagi bil perubatan yang telah dibayar dan belum dibayar. Kesemua tuntutan berkaitan hospital hendaklah dibuat sama ada menerusi pos atau secara peribadi.
Langkah 4. Kirimkan tuntutan anda menerusi pos Untuk membuat tuntutan, poskan borang tuntutan dan resit (atau bil) anda, tanpa setem, kepada: ahm OSHC, Reply Paid 75885, Matraville NSW 2036.
‘Australian Health Management OSHC’ yang juga dikenali sebagai ‘ahm OSHC’ adalah perniagaan milik Medibank Private Limited ABN 47 080 890 259’
14120212
Sebarang Pertanyaan: 134 246 (Kadar panggilan mungkin berbeza) Jurubahasa: 1800 006 745 E-mel:
[email protected] Laman web: ahmoshc.com