menggunakannya dalam pertuturan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. RANGKAP 3. Penulis berkata bahawa bahasa me
1 SAJAK – DALAM PERSEKITARAN KATA-KATA, (Baha Zain) A MAKSUD RANGKAP 1 Penulis berkata bahawa mengikut al-Quran, Tuhan mencipta dan membawa manusia ke bumi ini lalu mengajarnya untuk berbicara. RANGKAP 2 Penulis berkata bahawa bahasa menerbitkan makna dan kata untuk manusia menggunakannya dalam pertuturan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. RANGKAP 3 Penulis berkata bahawa bahasa menjadikan sesuatu bangsa lebih matang dan mampu menghadapi pelbagai cabaran di samping menyebarluaskan bahasa. RANGKAP 4 Penulis berkata bahawa bahasa ibundanya semakin tercemar walaupun bahasa ibundanya amat luas dan banyak melibatkan unsur alam semula jadi dan agama. RANGKAP 5 Penulis berkata bahawa bahasa dapat memajukan pemikiran manusia daripada pengamatan di persekitaran yang mewujudkan erti kehidupan manusia. B TEMA DAN PERSOALAN Tema sajak ini ialah kesyukuran atas nikmat berbahasa yang dianugerahkan Tuhan kepada manusia. Dengan kebijaksanaan berbahasa, manusia mampu mengembangkan bahasa tersebut dan memperoleh ilmu pengetahuan yang luas. Manusia juga mampu memahami makna kehidupan yang sebenar daripada kepandaian berbahasa dan penciptaan kata-kata. Persoalan (a) Kepentingan didikan dalam kitab suci. (b) Kemampuan berbahasa dalam kalangan manusia. (c) Bahasa ialah medium perhubungan antara manusia. (d) Penguasaan bahasa yang baik dapat mengembangkan bahasa tersebut. (e) Pencemaran bahasa yang semakin serius. (f) Kekayaan bahasa yang tercipta daripada alam semula jadi. (g) Pemikiran manusia dipengaruhi keupayaannya berbahasa. (h) Bahasa penghubung ikatan antara manusia dengan alam dan Tuhan. (i) Kefahaman terhadap kehidupan manusia. (j) Kegigihan menguasai bahasa. (k) Kebijaksanaan dalam pertuturan dengan bahasa yang baik. (l) Bahasa penentu kemajuan bangsa.
C GAYA BAHASA (a) Perlambangan Buktinya: Dia Tuhan Engkau Tuhan (b)
(c)
Anafora Buktinya,
Responsi Buktinya:
dari tempat ke tempat, dari zaman ke zaman.
dari tempat ke tempat, dari zaman ke zaman.
(d)
Imejan atau imej alam Buktinya, pulau, pantai, langit, bumi, laut, gunung, awan, hujan, pohon, dan buah-buahan,
(e)
Penggunaan kata ganda Buktinya, Engkau beri kami kata-kata menjelajah pulau-pulau, dan berlabuh di pantai-pantai semenanjung. Kata-kata yang berselerakan Seperti kami memetik buah-buahan daripada kitab-kitab silam,
(f)
Simile Buktinya,
Bagaikan rasa hendak dicapai.
D NILAI MURNI (a) Kebijaksanaan (b) Kegigihan (c) Rasional (d) Ketabahan E PENGAJARAN (a) Kita mestilah bijak menggunakan bahasa untuk menjalin hubungan yang baik. (b) Kita mestilah gigih menimba dan mengembangkan ilmu dalam bahasa. (c) Kita mestilah mematangkan pemikiran daripada pengembangan bahasa. (d) Kita mestilah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan.