Masa Depan Buku Berbahasa Melayu

20 downloads 317 Views 234KB Size Report
industri buku dan mengembangkan budaya mem baca di ... para karyawan dalam industri buku mendapat galakan untuk ... Statistik kajian yang dijalankan pada.
BERITA HARIAN Rabu, 16 April 2008

Halaman Tiga BH PILIH L3 16 (emel)

Bahasa penjana minda BICARA KARYAWAN

 

K

TAHUKAH ANDA?

Oleh Ainon Mohd

(Pengerusi syarikat penerbitan terkemuka)

Yayasan Pembangunan Buku Negara

Masa Depan Buku Berbahasa Melayu

ita sering kali mendengar orang berkata bahawa rakyat Malaysia tidak membaca buku, oleh itu buku-buku berbahasa Melayu tidak dapat dijual. Kata-kata seperti itu tidak benar dan menyebabkan penu­ lis menjadi patah semangat hendak menulis ataupun menerbitkan bukubuku dalam bahasa Melayu. Apabila penulis percaya buku tidak laku dijual, mereka hilang minat untuk menulis dan pengusaha takut hendak menerbitkan buku-buku dalam bahasa Melayu. Keadaan begini amat meru­ gikan industri buku di negara ini. Orang tidak membaca buku disebab­ kan buku-buku yang mereka mahukan itu tidak ada di kedai-kedai buku. Begitu juga kedai-kedai tidak menjual buku berbahasa Melayu disebabkan buku-buku yang laku dijual itu tidak diterbitkan. Statistik kajian yang dijalankan pada 40 tahun yang lalu itu sudah tidak boleh di­guna pakai lagi.  Bagi mengetahui ke­adaan pasaran buku-buku Melayu hari ini, kita hanya perlu pergi ke kedai-kedai buku dan menyaksikan sendiri bagaimana pengunjung kedai buku membeli bukubuku berbahasa Melayu. Industri buku dalam bahasa Melayu kini sedang mula berkembang dengan pesatnya. Ia seperti mengulangi kegemilangan indus­ tri buku berbahasa Melayu yang berlaku pada tahun 1970-an dahulu. Mulai tahun 1980-an, industri buku berbahasa Melayu mengalami kemerosotan sehinggalah ke tahun-tahun 1990-an. Tetapi mulai tahun 2000 arah aliran kemerosotan itu menam­ pakkan tanda-tanda pemulihan yang luar biasa. Tanda-tanda perkembangan itu dapat dilihat pada fenomena seperti yang berikut: Pertama, Pesta Buku Antarabangsa

Kuala Lumpur yang berusia hampir 30 tahun telah menyaksikan fenomena per­ tambahan pada jumlah gerai, jumlah pem­ pamer, jumlah pengunjung, jumlah judul dan jumlah jualan pada tahun demi tahun. Pada pesta buku yang baru lalu, jumlah pengunjung mencapai 1.5 juta orang. Kedua, rangkaian kedai-kedai buku elitis seperti MPH, KINOKUNIYA, dan POPULAR yang dahulu tidak menjual buku-buku berbahasa Melayu kini mula membuka seksyen buku Melayu, dan jum­ lah rak buku-buku Melayu dalam kedaikedai itu semakin bertambah. Rangkaian kedai-kedai buku elitis itu sedang mem­ buka lebih banyak cawangan di seluruh negara, termasuk di bandar-bandar seder­ hana besar. Pada suatu masa dahulu bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang menjadi pasaran buku Inggeris. Arah aliran ini sudah mula berubah se­hingga kedai-kedai elit mula mempamer­ kan buku-buku berbahasa Melayu kerana kelas menengah Melayu mahukan bukubuku itu. Bandar-bandar sederhana merupakan pasaran buku berbahasa Melayu kerana penduduk Melayu ramai tinggal di sekitar bandar-bandar itu. Apabila rangkai kedai buku elit mula membuka cawangan di bandar-bandar sederhana, ini bermakna permintaan bagi buku-buku berbahasa Melayu akan meningkat. Ketiga, jumlah penerbit yang menerbitkan judul-judul bahasa Melayu juga bertambah. Pertambahan jumlah penerbit berkembang seiringan dengan pertambahan jumlah judul baru yang mereka terbitkan. Pada masa ini, salah sebuah rangkai­an kedai buku elit menjual lebih tiga ribu judul buku Melayu. Perkembangan positif dalam industri

buku Melayu ini akan terus meningkat kerana beberapa faktor lagi, iaitu: Pertama, buku adalah produk yang dibeli oleh mereka yang berpelajaran. Taraf pendidikan rakyat Malaysia semakin me­ningkat. Permintaan bagi bahan bacaan sentiasa meningkat seiring dengan pening­ katan taraf pendidikan. Kedua, buku bukan barangan wajib beli. Buku dibeli menggunakan wang lebih­an selepas semua keperluan lain dibeli dahu­ lu. Daya beli rakyat Malaysia semakin me­ningkat disebabkan perkembangan ekonomi negara. Ini bermakna rakyat mem­ punyai wang lebihan yang dapat digunakan bagi membeli buku. Ketiga, jumlah penduduk Malaysia semakin bertambah. Ini bermakna lebih banyak rakyat Malaysia akan memasuki sistem persekolahan dan menambahkan lagi permintaan bagi bahan bacaan. Di kalangan orang Melayu, jumlah kelas menengah Melayu juga semakin besar. Golongan ini mempunyai lebihan wang buat membeli buku. Dengan berlakunya aliran yang amat sihat ini, industri buku Melayu mahukan lebih banyak buku Melayu dijual di kedaikedai buku dan di Internet bagi meme­nuhi permintaan buku yang semakin tinggi. Ini bermakna kita memerlukan lebih ba­nyak penerbit yang berupaya memenuhi kehendak pembeli dan pembaca. Masyarakat pembaca buku mahukan lebih banyak dan lebih pelbagai judul diter­ bitkan dalam bahasa Melayu. Justeru, kita memerlukan lebih banyak penulis dan penerbit bagi memenuhi kehendak pasaran. Jika penulis kita tidak mampu menghasilkan karya-karya itu, jawapan­ nya adalah dengan membangunkan industri buku terjemahan dalam bahasa Melayu.

M

kian, penyesuaian perlu dibuat dan terjemahannya mungkin lebih panjang atau lebih pendek, berubah struktur atau bentuknya. Kaedah yang digu­ nakan ini ialah kaedah dinamik atau liberal. Dalam kamus kata “clean”, dan “clear” mempunyai makna yang lebih daripada satu.

Misalnya, kata “clean” bermaksud bersih, suci, kosong dan kemas. Namun, sebagai kata kerja, “clean” bermaksud membersihkan, mencuci, mengemas serta pelbagai makna lain lagi dalam bentuk frasa dan frasa idiomatik. Perhatikan contoh penggunaan dan ter­ jemahannya:

Bahasa Inggeris

Bahasa Melayu

Contoh Penggunaannya

Bahasa Inggeris

Bahasa Melayu

Clean down

Membersihkan/mencuci

BI: The worker cleaned down all the walls before painting them. BM: Pekerja itu mencuci semua dinding sebelum mengecatnya.

(be) clear about

Jelas tentang sesuatu

BI: Rahim seems clear about what he wants to do. BM: Nampaknya Rahim jelas tentang apa yang hendak dilakukannya.

Clean out

Mengemas

BI: We had to clean out the cupboard in order to find the missing jewellery. BM: Kami terpaksa mengemas almari itu untuk mencari barang kemas yang hilang.

(be) clear of

i) Tidak berhalangan / tidak dihalang

BI: The road is clear of flash flood now since the rain had stopped for almost an hour. BM: Jalan tidak dihalang oleh banjir kilat lagi sejak hujan berhenti selama hampir sejam.

i) Membersihkan sesuatu tempat daripada kegiatan jenayah (idiomatik)

BI: The new Inspector General of Police took immediate action to clean up the city. BM: Ketua Polis Negara yang baru mengambil tindakan segera untuk membersihkan bandar raya daripada kegiatan jenayah.

Clear to

ii) Meraih/mendapat keuntungan/menyapu bersih (idiomatik)

BI: He cleaned up a cool million by winning the contest. BM: Dia menyapu bersih wang sejuta ringgit dengan memenangi peraduan itu.

Clean-cut

i) Jelas

BI: They had made a clean-cut decision. BM: Mereka telah membuat keputusan yang jelas.

(Make) a clean break

Berpatah arang, berkerat rotan

BI: They decided to make a clean break when their five year relationship didn’t work. BM: Mereka memutuskan untuk berpatah arang, berkerat rotan apabila hubungan selama lima tahun mereka gagal.

Clean (so.) up

i.

Menganjurkan Anugerah Buku Negara supaya para karyawan dalam industri buku mendapat galakan untuk meningkatkan mutu sesebuah buku. ii. Menubuhkan Akademi Buku Malaysia untuk memajukan profesionalisme karyawan dalam bidang penerbitan supaya editor, pelukis, pere­ ka bentuk dan pengurusan penerbitan buku yang cekap. iii. Membantu menerbitkan dan mengedarkan buku yang tidak bernilai komersial tetapi pen­ ting untuk negara. iv. Membantu membangunkan masyarakat Malaysia yang suka membaca dan mencintai ilmu sepanjang hayat. YPBN dengan kerjasama Majlis Buku Kebangsaan Malaysia juga telah mengambil inisiatif menganjur­ kan Anugerah Buku Negara. Ini merupakan antara usaha yang dapat meningkatkan penghasilan buku bacaan pelbagai bidang dan menghasilkan bukubuku tempatan yang mutunya setanding dengan negara maju di dunia.

Oleh Fatimah Zahrin Mohd Taib

PERIBAHASA

PEDOMAN PENTERJEMAHAN Bersama Sa'odah Abdullah asalah yang lazim dihadapi oleh penterjemah adalah untuk men­ cari padanan yang paling sesuai dan bersahaja dari segi makna dan gaya penyampaiannya dalam bahasa sasaran. Keadaan menjadi lebih sukar sekiranya frasa yang berkenaan terdapat dalam bentuk idiomatik. Dalam hal sedemi­

”I

ndustri buku Negara ini masih belum begitu maju dengan kadar penerbitan buku di Malaysia tidak melebihi 10,000 judul seta­ hun selain jenis dan kualiti yang terbatas,” kata Pengerusi Yayasan Pembangunan Buku Negara Datuk Khalid Yunus dalam majlis pelancaran Akademi Buku Malaysia pada 29 Februari 2008. Menyedari hakikat ini Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) ditubuhkan pada 23 Mac 2003 bagi menyahut seruan kerajaan untuk memajukan industri buku dan mengembangkan budaya mem­ baca di kalangan masyarakat Malaysia. Antara mat­ lamat penubuhan badan bukan kerajaan ini ialah;

Jelas kepada/bagi

Contoh Penggunaannya

BI: It was clear to us that there was a problem to be resolved. BM: Jelas bagi kami bahawa ada masalah yang perlu diselesaikan. BI: He made his intentions clear that he wanted to quit his job. BM: Dia menjelaskan hasratnya untuk berhenti kerja.

Make (something) clear

Menjelaskan (sesuatu)

Stand clear of

Berdiri jauh daripada/ jangan berdiri dekat

BI: Stay clear of the door when the train is moving! BM: Jangan berdiri berdekatan dengan pintu semasa tren sedang bergerak!

Keep something clear of

Bersih daripada

BI: Make sure that the drain pipe is clear of leaves and the likes. BM: Pastikan paip salir itu bersih daripada daun dan sebagainya.

Bagai Kain Menunjukkan Corak Bangsanya

M

aksud peribahasa ini ialah rupa dan gaya seseorang menunjukkan asal usul­ nya. Melalui rupa yang dimiliki, kita sudah boleh mengenali orang lain secara luar­ annya. Begitu juga dengan gaya, kita akan dapat menilai corak kehidupan seseorang dan juga dapat mengenali asal usulnya. Bak kata simpu­ lan bahasa yang sering digunakan iaitu bahasa menunjukkan bangsa. Begitu juga de­ngan di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.

Oleh Siti Ruzaiha Mohd Riffin

KATA DIALEK

B

Baeh

aeh dalam dielak Negeri Sembilan ber­ maksud baling atau lontar. Boleh digu­ nakan seperti yang berikut: Manggo tu jangan kau baeh, rusak pokok e. Kok nak ondak yo gaet paka pongolan (mangga itu jangan kau baling, rosak pokoknya. Kalau hendak juga, kait dengan galah). Oleh Shariffulizan Malek