Pembeli Pengganti - wa.gov.au

5 downloads 56 Views 42KB Size Report
tidak dikenakan dalam keadaan tertentu di mana terdapat pemindahan harta yang boleh dikenakan duti (mis. pemindahan tanah) kepada seseorang (' pembeli ...
Lembar Fakta Duti Pembeli Pengganti Seksyen 42(2) dan 43 daripada Duties Act 2008 Pada 1 Julai 2008

Pendahuluan Seksyen 42(2) daripada Duties Act (Akta Duti) 2008 (‘Duties Act’) memperuntukkan bahawa duti tidak dikenakan dalam keadaan tertentu di mana terdapat pemindahan harta yang boleh dikenakan duti (mis. pemindahan tanah) kepada seseorang (‘pembeli pengganti’) selain daripada orang yang dinamakan sebagai pembeli dalam perjanjian yang berkenaan untuk memindahkan harta yang boleh dikenakan duti (‘pembeli asal’). Harus diperhatikan bahawa tujuan peruntukan pembeli pengganti daripada Duties Act adalah bagi memberi relief daripada duti pemindahan atas penggantian layak yang melibatkan pihak yang bersaudara. Peruntukan ini seharusnya tidak dianggap sebagai kuatkuasa menurut undang-undang berkenaan dengan hak dan kewajipan pihak-pihak dalam perjanjian.

Bila berkenaan? Seksyen 42(2) berkenaan apabila pembeli pengganti bersaudara dengan pembeli asal, sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 43 daripada Duties Act (rujuk kepada Tali Persaudaraan yang Layak di bawah), pada saat liabiliti untuk duti atas perjanjian tersebut timbul. Pembeli asal boleh merupakan individu, syarikat atau pemegang amanah daripada amanah unit.

Maklumat penting Duties Act mengecualikan secara spesifik relief dalam keadaan di mana pembeli pengganti tidak akan merupakan pemilik menurut undang-undang dan pemilik benefisial harta tersebut (kecuali jika pemilik benefisial juga merupakan saudara pembeli asal). Contoh-contoh umum di mana relief tidak akan diberi adalah di mana pembeli pengganti merupakan: ƒ pemegang amanah untuk amanah budi bicara; ƒ pemegang amanah untuk amanah unit, kecuali pembeli asal merupakan pemegang unit tunggal dalam skim amanah unit atau merupakan pemegang unit dalam skim amanah unit dan merupakan saudara setiap pemegang unit lain; ƒ pemegang amanah untuk amanah lain (selain daripada amanah budi bicara atau skim amanah unit) kecuali jika benefisiari dan pemegang amanah juga bersaudara; atau ƒ pemegang amanah dana persaraan.

Tali Persaudaraan yang Layak Jika pembeli asal merupakan individu, orang-orang berikut ‘merupakan saudara’ bagi tujuan relief duti:

1 daripada 3

SUAMI/ISTERI ATAU PASANGAN DE FACTO

IBU BAPA PEMBELI ATAU NENEK MOYANG LINEAL YANG LEBIH JAUH ATAU SUAMI/ISTERI ATAU PASANGAN DE FACTO

PEMBELI ASAL

ANAK PEMBELI ATAU KETURUNAN LINEAL YANG LEBIH JAUH ATAU SUAMI/ISTERI ATAU PASANGAN DE FACTO PEMBELI

ADIK BERADIK PEMBELI ATAU SUAMI/ISTERI ATAU PASANGAN DE FACTO PEMBELI

SUAMI/ISTERI ATAU PASANGAN DE FACTO ADIK BERADIK Perhatian: Istilah Nenek Moyang Sezuriat yagn Lebih Jauh dan Keturunan Sezuriat yang Lebih Jauh merujuk kepada orang-orang yang mempunyai tali persaudaraan langsung sebagai nenek moyang atau keturunan seseorang, iaitu tali persaudaraan langsung yang boleh dijejaki melalui ibu bapa, datuk nenek dll. atau melalui anak, cucu dll. seseorang. Ibu/bapa saudara dan anak saudara tidak layak sebagai nenek moyang atau keturunan sezuriat. Syarikat merupakan saudara pembeli asal yang merupakan individu jika: ƒ pembeli asal merupakan pemegang saham tunggal syarikat tersebut; atau ƒ pembeli asal merupakan pemegang saham syarikat tersebut dan merupakan saudara setiap pemegang saham lain melalui tali persaudaraan yang ditunjukkan dalam rajah di atas.

Pemegang saham skim amanah unit merupakan saudara pembeli asal yang merupakan individu jika: ƒ pembeli asal merupakan pemegang unit tunggal dalam skim amanah unit tersebut; atau ƒ pembeli asal merupakan pemegang unit dalam skim amanah unit dan merupakan saudara setiap pemegang unit lain melalui tali persaudaraan yang ditunjukkan dalam rajah di atas.

Di mana pembeli asal merupakan syarikat, pembeli pengganti merupakan saudara jika: ƒ pembeli pengganti merupakan pemegang saham tunggal syarikat tersebut; atau ƒ pembeli pengganti merupakan pemegang saham syarikat tersebut dan merupakan saudara setiap pemegang saham lain melalui tali persaudaraan yang ditunjukkan dalam rajah di atas.

Di mana pembeli asal merupakan pemegang amanah skim amanah unit, pembeli pengganti merupakan saudara jika: ƒ pembeli pengganti merupakan pemegang unit tunggal dalam skim amanah unit tersebut; atau ƒ pembeli pengganti merupakan pemegang unit dalam skim amanah unit dan merupakan saudara setiap pemegang unit lain melalui tali persaudaraan yang ditunjukkan dalam rajah di atas.

2 daripada 3

Cara untuk memohon Segala catatan urus niaga, mis. kontrak atau perjanjian, dan pemindahan tanah, yang membuktikan penggantian pembeli/penerima pemindahan, harus diajukan bersama dengan borang permohonan ‘Pemindahan kepada Pembeli Pengganti’, yang boleh diperolehi daripada tapak web di www.osr.wa.gov.au

Sila hubungi Pejabat Hasil Dalam Negeri Pejabat

Office of State Revenue Plaza Level 200 St Georges Terrace PERTH WA 6000

Telefon

Bebas Tol- 1 800 245 836

Jam buka

8:00 pg – 5:00 ptg Isnin hingga Jumaat

Faksimile

(08) 9226 0834

Pos

Office of State Revenue GPO Box T1600 PERTH WA 6845

E-mel

[email protected]

Tapak Web

www.osr.wa.gov.au

Perhatian: Maklumat dalam LEMBAR FAKTA DATA ini adalah bagi tujuan pedoman sahaja. Maklumat ini bukan penjelasan terperinci mengenai peruntukan Duties Act 2008 dan harus dirujuk kepada Akta tersebut untuk butir-butir selengkapnya.

3 daripada 3