Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah. ABSTRAK ... terlibat
dalam kajian ini yang terdiri daripada murid tahun lima sekitar Bandaraya ....
membuat penaakulan, pemilihan dan menjadikan sesuatu tingkahlaku sebagai
pegangan. .... Antara analisis statistik yang digunakan adalah seperti ujian- t
sampel ...
ISBN : 978-967-0582-32-0 Pengaruh Kepercayaan Diri Terhadap Moraliti Dalam Kalangan Murid Tahun Lima Mas Suraya Binti Hji. Yusop, Siti Hasmah Binti Abd. Sani, Bavithira A/P Chelvakumar Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah
ABSTRAK
Pembentang: Mas Suraya Binti Hji. Yusop
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pengaruh kepercayaan diri terhadap moraliti dalam kalangan murid-murid tahun lima. Seramai 60 orang responden terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada murid tahun lima sekitar Bandaraya Sesi : Kota Kinabalu. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan soal selidik Common 2.30 – 4.30 Ptg Belief Inventory for Students (CBIS) yang mengukur pengaruh kepercayaan diri. BT 3 Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan IBM Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 21.0. Analisis ujian-t sampel bebas digunakan untuk mengenal pasti perbezaan kepercayaan diri mengikut jantina. Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan kepercayaan diri antara pelajar lelaki dan perempuan. Kesimpulan dan cadangan turut dibincangkan. Kata kunci: kepercayaan diri, moraliti, kanak-kanak
PENGENALAN Dunia hari ini adalah amat kompleks. Malaysia sebagai negara yang membangun telah melalui pelbagai perubahan. Belia sebagai pemimpin masa depan, adalah penting untuk mempersiapkan golongan ini dari muda lagi dengan kemahiran sosial dan kekuatan moraliti dalam membantu mereka dalam membuat keputusan. Dengan melihatkan kadar jenayah yang semakin meningkat, adalah penting untuk memahami kepentingan pengajaran dan penerapan nilai-nilai moraliti dari masa kanak- kanak bagi memastikan negara sentiasa dalam keadaan aman dan harmoni. Sepertimana yang diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dalam Wawasan 2020, terdapat keperluan untuk negara bagi mencapai negara yang ‘self-sufficient industrialized’ sebelum tahun 2020. Wawasan ini merangkumi semua aspek kehidupan dari kemekaran ekonomi, kesihatan sosial, pendidikan kelas dunia, kestabilan politik dan juga keseimbangan psikologikal. Ini bermaksud agenda nasional Malaysia adalah untuk membentuk masyarakat yang beretika dan bermoral. Salah satu simptom sosial utama yang memberikan penekanan dalam merealisasikan Wawasan 2020 ini adalah kejatuhan moraliti yang semakin berkembang dalam masyarakat. Maka adalah amat penting untuk setiap kanak-kanak mempunyai asas moraliti dan nilai-nilai moral bagi mengurangkan tingkah laku negatif. Membentuk pelajar bermoral, bermaksud mengajar pelajar untuk menggunakan Golden Rule iaitu “treat others like you want others to treat you”. Dia perlu belajar untuk berempati dan kebolehan untuk berfikir sebelum bertindak dan mengkaji kesan tindakan terhadap dirinya dan orang lain. Ini merupakan satu asas dalam membentuk moraliti individu. Kebelakangan ini, kebanyakan kanak-kanak mempunyai masalah dari segi moraliti dan keadaan ini memberi kesan kepada kepercayaan kendiri serta pembangunan tingkah laku kanakkanak. Ramai kanak-kanak yang didapati merokok di tempat awam, bertingkah laku negatif di dalam kelas, meniru dalam peperiksaan dan lain-lain lagi. Akan tetapi, apa yang menyebabkan tingkah laku sedemikian berlaku? Moraliti merupakan satu kod sistem yang diwujudkan oleh sesuatu masyarakat berdasarkan apa yang dirasakan betul atau salah mengikut pegangan agama atau lain-lain sumber. Pendidikan moral dan keagamaan membantu indidvidu untuk memperkembangkan serta refleks terhadap nilai dan kapasiti mereka dalam memberikan penilaian moral. Dengan memperkembangkan kepekaan dan penghargaan kepada setiap individu dalam masyarakat majmuk, didikan moral dan keagamaan mewujudkan satu perilaku tertentu terhadap orang lain. Kajian Lepas Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Dr Shadiya (2011), agama dan pengetahuan memberikan kesan yang amat signifikan dalam pembentukan moraliti kanak-kanak. Perilaku yang baik datang daripada agama serta pengetahuanyang dimiliki. Dapatan kajian mencadanakan bahawa, ibu bapa, guru and setiap individu perlu bertanggungjawab ke atas moraliti kanak-kanak dan remaja. Penekanan perlu diberikan dengan memastikan kanak-kanak mengikuti aktiviti keagamaan masing-masing dan memberikan tindakan yang serius untuk setiap perilaku yang negatif (Dr Shadiya, 2011). Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Norhafizah, Zaihairul & Geshina Ayu (2012), remaja yang mempunyai akhlak moral yang rendah mempunyai risiko tinggi dalam penglibatan dalam aktiviti jenayah. Kajian ini menunjukkan bahawa tahap moraliti responden Malaysia adalah rendah berbanding dengan responden dari Indonesia, Polish dan Amerika. Dengan menggunakan Moral Competency Index (MCI), didapati bahawa tiada bias terhadap tahap moraliti berdasarkan jantina dan agama. Piaget (1932/1965) menyatakan bahawa kanak-kanak muda mengkonsepkan moraliti sebagai kepatuhan kepada yang dewasa. Manakala, kanak-kanak yang lebih tua mengkonsepkan moraliti sebagai kerjasama dengan rakan sebaya. Piaget (1932/1965) menteorikan bahawa pandangan kanak-
kanak terhadap moraliti sebagai kepatuhan kerana mereka berfikir secara (a) konkrit, fizikal, dan egosentrik; dan (b) dunia sosial mereka didominasi oleh golongan dewasa. Piaget (1965) memberikan lebih tumpuan terhadap perkembangan pemikiran kanak-kanak dengan memberi penekanan mengenai bagaimana manusia berfikir dan memahami. Piaget mencadangkan bahawa manusia melalui 4 tahap perkembangan kognitif iaitu: Tahap Deria Motor Tahap Praoperasi Tahap Operasi Konkrit Tahap Operasi Formal
Manakala perkembangan moral dilihat menerusi tiga tahap iaitu:Tahap Pra Moral Dalam tahap ini, kanak-kanak lebih minat kepada diri sendiri dan memberi lebih keutamaan kepada pandangan sendiri. Tahap Heteronomous Dalam tahap ini, kanak-kanak adalah lebih berhati-hati dan tumpukan minat kepada orang lain. Kanak-kanak akan lebih rasa hormat kepada pihak yang berautonomi dan berusaha untuk menerima peraturan. Selain itu, kanak-kanak juga membuat pertimbangan moral, di mana menentukan perkara baik dan buruk dalam melakukan sesuatu perkara. Tahap Kemoralan Autonomous Dalam peringkat ini, kanak-kanak mementingkan kebajikan dan minat masing-masing disamping menitikberatkan perasaan hormat ke atas orang lain. Di peringkat ini, kanak-kanak memahami bahawa peraturan boleh berubah mengikut kerjasama dan rasa hormat ke atas orang lain.
Menurut Kohlberg (1976) pula, terdapat 6 peringkat moral yang disusun kepada tiga tahap utama iaitu: Tahap Prakonvensional (Peringkat 1 & 2) Tahap ini mengolongkan individu-individu di mana pertimbangan moralnya (undang-undang dan jangkaan sosial) lebih bersifatkan luaran diri seseorang. Tahap Konvensional (Peringkat 3 & 4) Tahap ini merupakan golongan individu, dimana diri mereka dikenalpasti menurut peraturan dan jangkaan ke atas orang lain, khususnya orang yang berautonomi. Tahap Pascakonvensional (Peringkat 5 & 6) Tahap ketiga ini, golongan ini boleh membezakan diri dengan peraturan-peraturan dan jangkaan-jangkaan orang lain, dan memberi makna kepada nilai-nilai dalam bentuk prinsip pilihan sendiri. Mengikut Teori Sosial Kognitif Bandura, kanak-kanak mempelajari tingkah laku yang diingini dengan pemerhatian dan peniruan tingkah laku yang diterima oleh masyarakat. Bandura (1986) menjelaskan bahawa reaksi orang disekeliling kanak-kanak membantu kanak-kanak dalam memahami tingkah laku yang diingini masyarakat. Menurutnya, kanak-kanak menggunakan pemikiran untuk membuat penaakulan, pemilihan dan menjadikan sesuatu tingkahlaku sebagai pegangan. Daripada aspek perbezaan jantina, konsep kepercayaan diri dalam pembentukan moraliti, kajian dalam orientasi moral mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan antara jantina dalam kalangan kanak-kanak dalam dilema sebenar. Walker (1980) menyatakan bahawa perbezaan jantina didapati dalam individu dewasa dalam dilema sebenar. Apabila pembentukan moraliti dikaitkan dengan pengaruh umur, kajian juga mendapati bahawa perbezaan jantina kanak-kanak adalah tidak signifikan kerana peranan kanak-kanak dalam konteks masyarakat adalah kurang. Akan tetapi, penaakulan moral individu akan meningkat dan lebih ketara apabila umur meningkat, khususnya pada usia lewat kanak-kanak dan remaja (Maqsud,1979)
Objektif Mengenalpasti adakah terdapat perbezaan tahap kepercayaan diri di antara jantina. Menentukan hubungan antara kepercayaan diri dan moraliti dalam kalangan murid tahun lima. Hipotesis Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada kepercayaan diri di antara murid lelaki dan perempuan. Ho2: Tidak terdapat hubungan yang signifikan diantara kepercayaan diri dan moraliti dalam kalangan murid tahun lima. METODOLOGI Reka Bentuk Kajian Reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah tinjauan soal selidik ataupun tinjauan (survey) dengan mengunakan kaedah kuantitatif. Kaedah kuantitatif dipilih kerana kelebihannya iaitu dapat menjimatkan masa dan kos sekali gus data dapat dikumpulkan dalam masa yang singkat. Pemilihan rekabentuk kajian ini selaras dengan matlamat kajian ini iaitu mengkaji tahap kepercayaan kendiri responden. Data dikumpulkan melalui pengedaran borang soal selidik kepada responden. Terdapat beberapa pembolehubah yang terlibat dalam kajian ini iaitu skor kepercayaan diri dan jantina. Dalam min, pembolehubah yang terlibat ialah skor kepercayaan kendiri. Bagi ujian-t sampel bebas pula, pembolehubah yang terlibat ialah skor kepercayaan kendiri (pembolehubah terikat) dan jantina (pembolehubah bebas). Subjek kajian Subjek kajian ini terdiri daripada murid tahun lima dari dua sekolah yang dipilih secara rawak di sekitar bandaraya Kota Kinabalu. Bilangan subjek yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 60 orang. Subjek kajian terdiri daripada 33 orang lelaki dan 27 orang perempuan. Selain itu, subjek kajian ini terdiri daripada pelbagai kaum iaitu, Bajau seramai 19 orang, Bugis 11 orang, Dusun 4 orang, Suluk 3 orang, Murut 2 orang dan bagi kaum kadazan, Bisaya dan lain-lain masing-masing adalah seorang sahaja, manakala bagi Iranun pula adalah seramai 18 orang. Bilangan kaum yang pelbagai memudahkan pengkaji menjalankan kajian serta dapat mengurangkan risiko kemungkinan berlakunya bias. Secara keseluruhannya, semua subjek kajian terdiri daripada Bumiputera Sabah. Tempat kajian Secara amnya kajian ini dijalankan pada 10 November 2014 di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah dan secara khususnya dua buah sekolah yang terlibat. Murid-murid tahun lima sekitar Kota Kinabalu yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang keluarga yang berbeza telah menarik perhatian pengkaji untuk menjalankan kajian di sekitar bandaraya Kota Kinabalu. Alat Kajian Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set soal selidik yang mengandungi beberapa alat kajian yang digunakan untuk mengukur pembolehubah-pembolehubah tertentu. Bagi soal selidik terdapat dua bahagian yang perlu dilengkapkan oleh subjek iaitu Bahagian A: Maklumat Diri yang mengandungi 7 item dan Bahagian B: Penglibatan kepercayaan kendiri dalam kalangan pelajar (Common Belief Inventory For Students, CBIS) yang mengandungi 22 item. Bahagian A dan Bahagian B ini di beri tumpuan oleh pengkaji. Pengkaji menggunakan alat tersebut khas untuk mencapai tujuan kajian kerana ia amat bersesuaian digunakan untuk mengukur dan melihat apa yang dikehendaki oleh pengkaji. Bahagian A: Maklumat Diri Bahagian A merupakan bahagian yang mengandungi semua butir-butir yang berkaitan dengan diri subjek kajian tersebut seperti jantina, umur, etnik, agama, bilangan adik beradik, anak yang ke berapa dalam keluarga dan kelas. Bahagian ini amat penting kerana ia berkaitan dengan pembolehubahpembolehubah yang ingin dikaji oleh pengkaji.
Bahagian B: Common Belief Inventory For Students, CBIS Alat kajian Common Belief Inventory For Students, CBIS ini digunakan untuk mengukur tahap kepercayaan kendiri iaitu dalam melihat bagaimana kanak-kanak tersebut berfikir tentang kepercayaan kendiri mereka, semakin tinggi skor yang diperolehi maka pemikiran adalah tidak rasional. Alat kajian ini dicipta oleh Hooper S.R dan Layne C.C pada tahun1983. Bilangan item yang terdapat dalam alat kajian ini ialah 22 item. Walaubagaimanapun, CBIS ini pada asalnya mengandungi 44 item tetapi pengkaji hanya menggunakan 22 item supaya memudahkan responden. Ada sebelas item yag dikaji dalam setiap soalan iaitu, 1. Idea mesti dicintai oleh semua orang, 2. Idea seseorang mestilah sempurna, 3. Percaya bahawa seseorang itu perlu diberi amaran dan hukuman, 4. Percaya bahawa perkara yang tidak sepatutnya berlaku adalah bencana, 5. Idea bahawa kebahagiaan manusia ditentukan oleh peristiwa-peristiwa luaran dan bukan dalam kawalan manusia, 6. Idea bahawa jika sesuatu yang berbahaya atau menakutkan berlaku, seseorang perlu mengambil berat, 7. Kepercayaan bahawa adalah lebih baik mengelakkan masalah daripada menghadapinya, 8. Kepercayaan bahawa seseorang itu perlu bergantung kepada orang lain, 9. Percaya bahawa kisah silam mempengaruhi sikap seseorang pada masa hadapan, 10. Percaya bahawa seseorang itu perlu kecewa dengan masalah yang dihadapi oleh orang lain. 11. Idea bahawa terdapat jalan penyelesaian yang sempurna kepada masalah-masalah manusia dan ia adalah perkara mustahil sekiranya tidak ada jalan penyelesaian. Tatacara Kajian Sebelum memulakan kajian ini, pengkaji telah merangka satu proposal untuk menjalankan kajian yang mengandungi beberapa perkara termasuklah objektif kajian, pembolehubah-pembolehubah yang terlibat dan sebagainya. Sebelum pengkaji memulakan kajian yang sebenar, pengkaji telah memohon kebenaran menjalankan mini kajian daripada pihak sekolah yang terlibat di sekitar bandaraya Kota Kinabalu. Hal ini adalah untuk mengikut beberapa prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah terbabit. Pengkaji juga turut membuat salinan soal selidik tersebut sebelum diedarkan kepada murid tahun lima tersebut. Seterusnya pengkaji membuat salinan soal selidik tersebut sebanyak 60 keping. Pada 10 November 2014, pengkaji datang kembali ke tempat kajian yang telah terpilih. Setelah menemui Penolong Kanan Sekolah terpilih tersebut, pengkaji telah diberikan kelas untuk menempatkan beberapa orang pelajar bagi menjalankan kajian tersebut. Sampel diberikan penjelasan mengenai kajian yang bakal dijalankan ke atas mereka. Mereka diberi masa setengah jam untuk menyiapkan semua jawapan 22 instrumen yang terlibat. Setelah memberi penjelasan, borang kaji selidik diedarkan kepada murid tahun lima di beberapa sekolah yang terpilih sekitar bandaraya Kota Kinabalu dan pengkaji mengutip semula soal selidik tersebut setelah responden selesai menjawab dalam tempoh yang telah ditetapkan. Setelah selesai menjalankan mini kajian, pengkaji sudah mulai memasukkan data ke dalam SPSS dan seterusnya melakukan penyaringan data agar data tersebut betul-betul bersih dan tidak mempengaruhi keputusan kajian. Setelah selesai memasukkan dan menyaring data, pengkaji melakukan analisis data tersebut untuk mendapatkan hasil kajian yang telah dijalankan. Analisis Data Pengkaji telah menggunakan program SPSS versi 21.0 untuk tujuan menganalisis data. Pengkaji menggunakan program SPSS kerana ia dapat memudahkan proses analisis data tersebut. Pengkaji menggunakan Ujian-t sampel bebas dan juga korelasi bagi mendapatkan hasil yang pastinya akan membuktikan bahawa hipotesis yang dibuat dapat diterima ataupun tidak. HASIL KAJIAN Hasil dapatan kajian ini menggunakan analisis inferensi yang mana analisis ini berkaitan dengan populasi atau sampel. Maklumat yang diperolehi daripada sampel perihalan di inferensikan dan dirumuskan kepada populasi yang dikaji. Antara analisis statistik yang digunakan adalah seperti ujiant sampel bebas dan korelasi pearson. Dalam kajian ini terdapat dua tujuan utama yang dikaji yang
pertama adalah mengenalpasti adakah terdapat perbezaan yang signifikan kepercayaan diri dalam kalangan murid lelaki dan perempuan tahun lima. Tujuan kajian yang kedua pula adalah untuk menentukan hubungan kepercayaan diri dan moraliti dalam kalangan murid tahun lima. Korelasi Pearson digunakan bagi mengetahui nilai hubungan dan ujian-t sampel bebas untuk mengetahui perbezaan kepercayaan diri di antara jantina. Analisis statistik ini menggunakan SPSS (Statistical Package For The Social Science) versi 21.0. Perbezaan Kepercayaan Diri antara murid lelaki dan perempuan Bagi Ho1, pembolehubah bebas adalah jantina dan pembolehubah terikat adalah kepercayaan diri. Skala bagi jantina adalah skala nominal/ordinal dan skala bagi kepercayaan diri adalah interval/ratio Jadual 1 : Keputusan ujian-t bagi perbezaan kepercayaan diri antara murid lelaki dan murid perempuan Tahun Lima
Jantina Kepercayaan diri
Lelaki Perempuan
Group Statistics N Mean 33 27
26.3333 26.4444
Std. Deviation 8.72735 10.92750
Std. Error Mean 1.51924 2.10300
Independent Samples Test Levene's Test t-test for Equality of Means for Equality of Variances F Sig. t df Sig. Mean Std. 95% (2- Differen Error Confidence tailed) ce Differen Interval of the ce Difference Lower Upper Equal 4.9664 variances 2.898 .094 58 .965 -.11111 2.53662 5.1887 .044 9 2 Kepercaya assumed an diri Equal - 49.30 5.1016 variances .966 -.11111 2.59436 5.3238 .043 8 2 not assumed 4 Berdasarkan dapatan yang diperolehi dalam jadual ujian-t sampel bebas, kepercayaan diri antara murid lelaki dan perempuan adalah tidak berbeza secara signifikan, t (58) = -.044, k > .05. Dengan itu, hipotesis nol yang menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi kepercayaan diri antara murid lelaki dan perempuan adalah diterima. Hubungan antara Kepercayaan Diri dan Moraliti dalam Kalangan Murid Tahun Lima Jadual 2 : Menentukan hubungan kepercayaan diri dan moraliti dalam kalangan murid tahun lima Descriptive Statistics Mean Std. Deviation N Kepercayaan diri 26.3833 9.69202 60 Moraliti 18.8500 6.20504 60 Correlations Kepercayaandiri Moraliti
Pearson Correlation 1 Kepercayaan diri Sig. (2-tailed) N 60 Pearson Correlation .567** Moraliti Sig. (2-tailed) .000 N 60 **. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).
.567** .000 60 1 60
Hasil analisis korelasi menunjukkan hubungan antara kepercayaan diri dan moraliti merupakan satu hubungan positif yang signifikan (r = .567, k < .05). Keputusan ini menjelaskan bahawa murid tahun lima yang mempunyai kepercayaan diri yang tinggi dilaporkan mempunyai moraliti yang tinggi juga. Korelasi positif yang signifikan ini mengesahkan bahawa apabila kepercayaan murid itu tinggi, maka moraliti murid tersebut juga dilaporkan tinggi. Oleh itu, hipotesis nol yang mengatakan ‘tidak terdapat hubungan yang signifikan diantara kepercayaan diri dan moraliti dalam kalangan murid tahun lima’ adalah ditolak.
PERBINCANGAN Hasil daripada ujian-t sampel bebas menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kepercayaan diri diantara murid lelaki dan perempuan. Walaupun, nilai min menunjukkan perbezaan yang agak besar namun kepercayaan diri antara murid lelaki dan perempuan tidak menunjukkan perbezaan. Oleh itu hipotesis nol, tidak terdapat perbezaan dalam kepercayaan diri antara murid lelaki dan perempuan diterima. Dapatan ini diperkukuhkan lagi dengan dapatan kajian Walker (1980) dan Maqsud (1979) yang menyatakan bahawa penaakulan moraliti antara jantina adalah tidak ketara di zaman kanak-kanak. Bagi dapatan kajian yang dijalankan untuk menentukan hubungan di antara kepercayaan diri dan moraliti dalam kalangan murid tahun lima menunjukkan hubungan signifikan yang positif. Hasil daripada keputusan kajian dalam menentukan hubungan kepercayaan diri dan moraliti kepada murid tahun lima ini telah mendapati bahawa terdapat hubungan yang positif yang signifikan dalam kepercayaan diri dan nilai-nilai moraliti dalam kalangan kanak-kanak. Hal ini menunjukkan bahawa semakin tinggi kepercayaan diri pada kanak-kanak, maka semakin tinggi nilai moraliti kanak-kanak tersebut. Walaubagaimanapun, hipotesis nol yang telah dibuat oleh pengkaji menunjukkan ianya tidak diterima. Keputusan kajian ini amat berkaitrapat dengan tahap-tahap perkembangan moral Kohlberg (1976) terutamanya tahap Konvensional (Peringkat 3 & 4) yang mengolongkan individu yang memastikan diri mereka menurut peraturan dan jangkaan orang berautonomi. Ini menunjukkan bahawa kanak-kanak membuat pertimbangan moraliti berdasarkan kepercayaan yang yakni diterima oleh masyarakat dan seterusnya membentuk pemikiran dan tingkah laku bermoral yang diterima oleh individu lain. Dapatan ini juga diperkukuhkan dengan tahap ketiga dalam perkembangan moral mengikut Piaget (1965) iaitu Tahap Heteronomous yang menyatakan bahawa, kanak-kanak amat berhati dan menumpukan perhatian kepada orang lain, terutamanya individu yang mempunyai kuasa. Kanak-kanak membentuk tingkah laku bermoral dengan memberi usaha penuh dalam menerima dan mengikut peraturan disamping menghormati individu yang lebih berkuasa. Dapatan kajian ini menyokong tahap Konvensional Piaget (1965) , bahawa kepercayaan diri yang tinggi mempengaruhi moraliti kanak-kanak di mana mereka membuat pertimbangan moral dengan menentukan perkara baik dan buruk dalam melakukan sesuatu perkara, terutamanya yang diterima masyarakat. Kepercayaan diri kanak-kanak adalah terbina daripada persekitaran kanak-kanak. Berdasarkan soal selidik yang telah dijawab oleh murid tahun lima yang berada di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu menunjukkan bahawa mereka mempunyai respon positif terhadap emosi orang lain di persekitaran mereka. Sebagai contoh adalah seperti rakan sebaya, pihak sekolah, ibu bapa dan adik beradik. Keprihatinan mereka terserlah apabila ditanya dalam soal selidik mengenai penglibatan mereka dalam menyelesaikan masalah rakan dan juga dalam membantu ibu bapa di rumah menunjukkan mereka
peka dan tahap berfikir secara rasional mereka adalah baik. Teori ekologi Bronfenbrenner yang menekankan tahap perkembangan seseorang kanak-kanak itu adalah lebih kepada pengaruh persekitarannya adalah benar seperti yang berlaku dalam dunia realiti sekarang ini. Antara limitasi dalam menjalankan kajain ini adalah sampel kajian hanya daripada dua buah sekolah. Sampel yang tidak menyeluruh ini mungkin boleh ditambahbaik pada kajian akan datang. Selain itu, sampel terdiri daripada murid tahun lima sahaja kerana murid tahun enam terlibat dalam peperiksaan UPSR. Mengikut teori perkembangan kognitif Jean Piaget, Tahap operasi formal bermula umur 11 atau 12 tahun dan seterusnya melibatkan operasi mental pada yang abstrak dan simbol yang mungkin tidak mempunyai bentuk fizikal dan konkrit. Oleh kerana murid tahun enam terlibat dalam peperiksaan UPSR, pengkaji mengambil inisiatif untuk memilih murid tahun lima sebagai sampel kajian. Dalam pada itu, kanak-kanak pada umur 11 dan 12 tahun mula memahami perkara-perkara yang mungkin mereka tidak terlibat dan alami secara langsung. Mereka juga dapat membentuk dan mencari untuk mewujudkan representasi mental pada situasi yang dihadapinya dengan logik. Justeru itu, teori perkembangan kognitif adalah berasaskan tahap demi tahap. Bagi Piaget, tahap-tahap ini berlaku pada usia yang sama bagi kanak-kanak. Setiap tahap memasuki tahap baru, kanak-kanak memikirkan cara-cara dan ciri-ciri yang dikenal pasti dalam tahap berkenaan dengan nyata dan berkesan. Cadangan bagi kajian pada masa akan datang adalah pengkaji lain boleh menjalankan kajian meliputi populasi yang lebih besar seperti di peringkat daerah-daerah lain di negeri Sabah, atau di peringkat negeri Sabah bagi mendapatkan dapatan kajian yang lebih menyeluruh. Selain itu, pembolehubah-pembolehubah yang digunakan dalam kajian ini boleh dispesifikasikan atau dipecahkan lagi kepada beberapa elemen khusus agar kajian lebih mengkaji isu-isu perkembangan kepercayaan diri dan moraliti secara lebih spesifik. KESIMPULAN Secara keseluruhannya, hasil kajian ini telah mencapai objektif yang telah digariskan. Hasil kajian ini telah memaparkan analisis secara deskriptif item-item yang berkaitan dengan perkembangan kepercayaan diri sepertimana yang dikemukakan oleh Augustian (2001). Misalnya, responden menitikberatkan masa depan mereka, mengasihi diri sendiri dan menyanjungi orang lain. Di samping itu, hasil kajian juga menunjukkan komunikasi keluarga dan komunikasi institusi berperanan selaku pembentuk kepada perkembangan kepercayaan diri pada kanak-kanak. Hasil dapatan kajian yang diperolehi adalah tidak terdapat perbezaan dalam kepercayaan diri diantara murid lelaki dan perempuan. Ini menunjukkan tahap perkembangan diantara jantina ini adalah sama. Peranan ibubapa dan pihak sekolah penting dalam perkembangan kepercayaan diri seorang kanak-kanak itu. Ibu bapa pada hari ini berhadapan dengan berbagai cabaran di dalam mendidik anakanak. Mereka perlu memastikan anak-anak dibesarkan dan diberikan pendidikan yang merangkumi pembentukan akal, jasmani, rohani, akhlak dan sosial. Justeru itu ibubapa dan pihak sekolah perlu ada alternatif untuk memastikan perkembangan kepercayaan diri kanak-kanak ini sentiasa berada di tahap yang baik untuk kepentingan moraliti anak-anak terjaga. Seterusnya, hasil dapatan kajian juga membincangkan kepercayaan diri dan moraliti dalam kalangan murid tahun lima mempunyai hubungan yang positif. Ini menunjukkan bahawa semakin tinggi kepercayaan diri pada kanak-kanak, maka semakin tinggi nilai moraliti kanak-kanak tersebut. Kepercayaan diri seseorang kanak-kanak itu akan menggalakkan pembentukan ciri personaliti yang berkeyakinan dan nilai moral yang tinggi dalam diri kanak-kanak. Apabila seseorang kanak-kanak itu itu mempunyai kepercayaan diri yang tinggi mereka akan berperasaan kasih dan sayang dengan keluarga, rakan ataupun guru di sekolah. Perasaan yang dirasai akan membawanya menerima dan menghargai dirinya.
Kajian ini memberi implikasi yang positif kepada individu terutama murid tahun lima yang berada di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu. Kajian ini membantu individu mengetahui seterusnya memberi dan menyediakan peranan selaku anak dan juga berperanan sebagai rakan yang berfungsi dalam memberi refleksi kepada persekitaran. RUJUKAN Abd-Allah Nasih Ulwan. (2001). Child Education in Islam. Cairo, Egypt: Dar El Salam. Abd. Rahim Abd. Rashid (2001). Perubahan Paradigma Nilai. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Agustian, A.G. (2001). Kecerdasan Emosi Dan Spiritual: Rahsia Sukses Membangun Emosi Dan Spiritual. Indonesia: Penerbit Arga.
Kecerdasan
Anthony, M. (Ed.). (2007). Perspectives on children’s spiritual formation: Four views. Nashville: Broadman & Holman. Azizi Yahaya (2005). Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan. Pahang: PTS Professional Sdn. Bhd.
Publishing
Baharuddin I. & Madihah M.S. (2007). Kaunseling kanak-kanak. Universiti Malaysia Terengganu Che Su M., Nuredayu O. & Munif Zarrirudin F. N. (2006). Antesedan kecerdasan emosi, kecerdasan spiritual dan kecerdasan emosi spiritual (ESQ) dalam kalangan pelajar sekolah berasrama penuh dan institusi pengajian tinggi. Jurnal Of Techno Social 82-98. Crain W. (2011) Theories of Development :Concepts and Applications (6th ed.). Upper Saddle,NJ: Prentice Hall. Kelly, L., Keaton, J.A., Finch, C., Duarte, I.B., Hoffman, P., Michels., M.M. (2002). Family Communication Patterns And The Development Of Reticence. Communication Education, 51, 2, 202-209. Koesten, J. & Anderson, K. (2004). “Exploring The Influence Of Family Communication Patterns, Cognitive Complexity, And Interpersonal Competence On Adolescent Risk Behaviors”. Journal Of Family Communication, 4, 2, 99-122. Krebs D.L & Denton K. (2005). Toward a More Pragmatic Approach to Morality: A Critical Evaluation of Kohlberg’s Model. American Psychological Association 2005, Vol. 112, No. 3, 629–649 Lee Bladon. (2008). Psycho Spiritual Development. Diakses pada 20 November 2014 www.esotericscience.org
daripada
Mohd Fadzli, A.B. (2007). Hubungan Antara Pendidikan Agama, Keseimbangan Kognitif dan Tingkah Laku Positif di Kalangan Pelajar Darjah Khas Sekolah Agama di Johor Bahru. Tesis Ijazah Sarjana Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia. Mohd. Najib bin Abd. Ghaffar & Hj Salehuddin bin Hj Sabar (2007). Konsep Kendiri Pelajar: Kajian di Sekolah Menengah Sekitar Bandaraya Kuching, Sarawak. Sarawak: Kuching Murdock, T.B., Anderman, C.H. & Hodge, S.H. (2000). Middle-Grade Prediators of Students Motivation Behavior in High School. Journal Of Adolescent Research, 327-342.
Myers J.E. (2009). Children’s Spiritual Development: Analysis of Program Practices and Recommendations for Early Childhood Professionals. University of North Texas. Noor Shakirah M.A & Muhammad Azizan S. (2008). Perkembangan Spiritual Kanak-Kanak Peranan Ibu Bapa: Tinjauan dari Perspektif Islam. Pembangunan Kanak-Kanak: Isu Dan Cabaran. (P.P 105-118) Arah Publications.
dan Teori,
Nor Hafizah NH, Zaihairul & Geshina Ayu (2012). Moral Competencies Among Malaysian Youth. Health and The Environment Journal,2012,Vol 3 (1) Richmond, V.P., McCroskey, J.C., Plax, T.G. & Kearney, P. (2004). Teacher Non Verbal Immediacy Training And Student Affect. Diakses pada 20 November 2014, daripada Http://Www.Jamesmccroskey.Com/Publications/128.Htm. Ruhani M.M. (2007). Interaksi Bersama Kanak-Kanak. Kaunseling Kanak-Kanak (P.P 49-62) Universiti Malaysia Terengganu. Shadiya Mohamed S.Baqutayan (2011). The Relationship between Religion,Knowledge & Morality Development in Adolescences. International Journal of Business and Social Science Vol. 2 No. 16. Wilson R.A. (2010). The Spiritual Life Of Children. Wellness and nature Exchange (P.P 24-
27).
Zahyah H. (2008). Teori Pembangunan Kanak-Kanak, Pembangunan Kanak-Kanak: Teori, Dan Cabaran, (P.P 1-16) Arah Publications.
Isu
Zohar, D. & Marshall, I. (2000). Spiritual Intelligence: The Ultimate Intelligence. London: Bloomsbury.