PERASAAN SEMASA KITA MEMBESAR - kpwkm

79 downloads 107 Views 86KB Size Report
Semasa ini, emosi dan cara berfikir remaja berubah. Perubahan emosi ... Menangis kerana perkara kecil kerap berlaku di kalangan remaja lelaki dan gadis dan.
PERASAAN SEMASA KITA MEMBESAR FEELINGS AS WE GROW PJ/1.1.4 •

Pengenalan

Pengeluaran hormon sebelum akil baligh bukan sahaja menghasilkan pertumbuhan fizikal yang jelas dapat dilihat. Ianya juga mencetuskan perkembangan emosi dan psikologikal. Semasa ini, emosi dan cara berfikir remaja berubah. Perubahan emosi ini adalah normal dan sihat walaupun kadang kala kelihatan tidak begitu mudah dilalui. Remaja mula membentuk identiti dirinya sendiri. Perubahan emosi ketika akil baligh perlu berterusan ke arah kematangan emosi orang dewasa. •

Perubahan emosi remaja lelaki dan perempuan

~

Peningkatan pengeluaran hormon mengakibatkan khayalan di kalangan kebanyakan remaja. Terdapat kesedaran diri tentang seksual yang memuncak.



Pengeluaran air mani di kalangan remaja lelaki semasa tidur, dikenali sebagai ‘nocturnal emission’ atau ‘mimpi basah’ kerap berlaku ketika ini. Adalah juga normal jika tidak mengalaminya. Remaja lelaki dan perempuan mengalami kebangkitan syahwat dengan hanya melihat atau berdekatan dengan seseorang yang mereka minati. Mereka mungkin tidak memahami pengalaman yang mereka lalui ini merupakan perasaan seksual. Fantasi atau khayalan seksual selalu berlaku. Umumnya remaja lelaki dan perempuan lebih meminati antara satu sama lain semasa akil baligh. Di samping minat terhadap seks dan kerap memikirkannya, adalah juga normal jika remaja tidak memikirkan tentang seks, terutama pada peringkat awal akil baligh.

− − − − ~

Akil baligh merupakan masa mood berubah-ubah bagi kebanyakan remaja



Keadaan tidak selesa dan memikirkan sangat tentang perubahan pada tubuh dan perasaannya mungkin menyebabkan stres (tekanan). Mood cepat berubah dan tidak dapat diramal. Menangis kerana perkara kecil kerap berlaku di kalangan remaja lelaki dan gadis dan ini bukanlah sesuatu yang memalukan. Berkongsi perasaan dan kerisauan dengan keluarga atau rakan-rakan dapat membantu. Mereka lega apabila mendapati rakan-rakan mereka juga mempunyai perasaan dan kerisauan yang sama.

− − −

~

Peningkatan perasaan untuk bebas merupakan sebahagian dari perkembangan normal peringkat remaja.



Remaja kerap mengalami perubahan kelakuan (dari kematangan kepada kelakuan seperti kanak-kanak). Hubungan dengan ibu bapa mula berubah apabila remaja mula menekankan keinginan untuk bebas, kadang kala menyebabkan masalah dan konflik.



Perubahan konsep kendiri Konsep kendiri ialah persepsi seseorang terhadap dirinya. Ini termasuk persepsi tentang kebolehan, ciri-ciri, sikap, perangai, penampilan, matlamat dan kebaikannya. Ianya mencerminkan suatu kuasa yang mengarah tingkahlaku seseorang kerana setiap insan •

berkelakuan selaras dengan konsep dirinya sendiri. Jika remaja merasa dirinya positif dan berkeyakinan, dia akan bertindak secara positif. Sebaliknya jika dia merasa tidak cekap, dia akan bertindak secara negatif, dan mengukuhkan konsep dirinya sebagai seorang yang tidak berkebolehan. Selalunya remaja takut hendak mencuba kerana merasakan dirinya tidak mampu untuk melakukannya. Konsep kendiri terbentuk melalui interaksi dengan orang lain. Dari reaksi orang lain terhadap individu dan pujian yang diberikan terhadap usahanya, remaja membentuk konsep siapa dirinya yang sebenar dan kebolehannya untuk mencapai matlamat. Sehubungan dengan ini, reaksi orang penting dalam hidupnya, akan mempengaruhi pembentukan konsep kendirinya. Konsep kendiri umum, sementara, sosial dan ideal seseorang remaja berubah apabila dia bertambah matang. •

Perubahan esteem diri

Esteem diri berkait rapat dengan harga diri. Ia merangkumi pandangan sebenar terhadap diri sendiri sebagai seorang insan dan mengetahui tempatnya dalam masyarakat, keluarga, rakan-rakan, jiran tetangga dan lain-lain. Dalam keadaan melampau, esteem diri boleh menimbulkan rasa megah, manakala kurang esteem diri boleh menghasilkan rasa tidak berharga. Kuncinya ialah keseimbangan. Terlalu memfokuskan kepada diri sendiri menyebabkan seseorang menjadi sombong, dan menghalang untuknya berkerjasama dalam perhubungan. Sebaliknya, harga diri yang sangat rendah, membuatkan seseorang tidak boleh berinteraksi secara bebas dan bertanggungjawab dengan orang lain di rumah, sekolah, tempat kerja dan dalam masyarakat. Remaja ialah tempoh kehidupan yang mana imej diri semasa kanak-kanak berkembang meliputi visi hidup ketika remaja. Pengalaman hidup remaja berkembang, merangkumi bidang yang diminati dan pencapaiannya. Memahami diri sendiri dalam perhubungan dengan orang lain, pembentukan kendiri secara tepat dan positif, adalah penting. Ianya memberi kesan terhadap kejayaan diri dalam konteks keluarga, di sekolah dan di mana jua. ~

Perasaan cemas

Remaja merasa cemas terhadap perubahan tubuhnya. Soalan yang kerap ditanya ialah: − − − −

Adakah saya normal? Apa yang sedang berlaku kepada saya? Mengapa ianya berlaku kepada saya? Bagaimana saya berbanding dengan remaja lain?

Remaja juga merasa cemas dengan perlakuan sendiri: − − − •

Merancap (masturbation) Perlakuan seksual dengan teman sama jantina Perlakuan seksual dengan teman berlainan jantina

Perubahan emosi semasa akil baligh

Remaja perlu memahami dan mengatasi perubahan emosi yang mereka akan hadapi: − Khayalan, idola, cinta

− − − − − − −

Teman berlainan jantina Malu, terlalu memikirkan tentang diri sendiri Bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang lain Mengenali dan menangani perasaan diri dalam keadaan yang berbeza Pengaruh antara minda dan badan Aktiviti fizikal yang lasak dan rehat sebagai cara bersantai Mengetahui bila dan bagaimana untuk bersetuju dan sebaliknya