persepsi pelajar mengenai punca-punca masalah ponteng. satu ...

31 downloads 142 Views 128KB Size Report
5 Mei 2009 ... PSZ 19:16 (Pind. 1/97). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ◇. JUDUL : PERSEPSI PELAJAR MENGENAI PUNCA-PUNCA MASALAH.
PERSEPSI PELAJAR MENGENAI PUNCA-PUNCA MASALAH PONTENG. SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN UNIVERSITI 2, JOHOR BAHRU.

HAZNI BINTI ABDUL GHANI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ‹ JUDUL :

PERSEPSI PELAJAR MENGENAI PUNCA-PUNCA MASALAH PONTENG. SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN UNIVERSITI 2, JOHOR BAHRU. SESI PENGAJIAN:

2008/09 - II

HAZNI BINTI ABDUL GHANI

Saya :

mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (9 ) SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam akta rahsia rasmi 1972)

TERHAD

9

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS)

(TANDATANGAN PENYELIA)

PM DR HJ MOHAMED SHARIF Alamat Tetap: NO 8, JLN SEMENANJONG, BIN MUSTAFFA TAMAN PENGGAWA BARAT, 81200 JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TA’ZIM. Tarikh

CATATAN:

:

5 MEI 2009

Tarikh :

5 MEI 2009

* Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ‹ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

PENGESAHAN PENYELIA

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran hidup) “

Tandatangan

:

………………………………..….………

Nama Penyelia

:

PM DR HJ MOHAMED SHARIF BIN MUSTAFFA

Tarikh

:

5 MEI 2009

PERSEPSI PELAJAR MENGENAI PUNCA-PUNCA MASALAH PONTENG. SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN UNIVERSITI 2, JOHOR BAHRU.

HAZNI BINTI ABDUL GHANI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2009

ii   

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya “

Tandatangan

:

……………………..….………

Nama Penulis

:

HAZNI BINTI ABDUL GHANI

Tarikh

:

5 MEI 2009

iii   

DEDIKASI

Dedikasi kepada emak, Hjh Nabisah Binti Ya’acob dan abah, Abdul Ghani Bin Ali kerana tidak jemu memberi tunjuk ajar dan percaya kepada saya dengan apa yang saya lakukan untuk kebaikan keluarga, agama, bangsa dan negara.

Dedikasi ini juga saya tujukan kepada adik-beradik saya yang sudi memberi tunjuk ajar dan sokongan kepada saya.

Dan tidak lupa kepada rakan seperjuangan yang banyak membantu, memberi sokongan dan motivasi sepanjang pengajian.

Akhir kata, Semoga Allah memberkati dan meredhai segala kerja keras kita semua AMIN

iv   

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia tesis saya, PM Dr Hj Mohamed Sharif Bin Mustaffa atas bimbingan, dorongan dan nasihat yang diberikan sepanjang tempoh penyelidikan dan penulisan tesis.

Ucapan ribuan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan SPH sesi 2006/2009 yang sentiasa memberi sokongan, dorongan dan motivasi semasa proses penulisan tesis ini.

Penghargaan juga diberikan kepada pihak Perpustakaan Sultanah Zanariah dan Pusat Sumber, Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia kerana menyediakan kemudahan untuk proses penulisan tesis ini.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak secara langsung dalam menjayakan penyelidikan dan penulisan Projek Sarjana Muda ini.

v   

ABSTRAK

Penyelidikan ini bertujuan mengenal pasti persepsi pelajar mengenai masalah ponteng di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti 2, Johor Bahru. Soal selidik telah digunakan sebagai instrument kajian dan diedarkan kepada sampel yang terdiri daripada 266 pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah di atas. Para pelajar ini dipilih secara rawak mudah. Analisis kajian dibuat berdasarkan min dan peratusan dengan menggunakan perisian Statical Packages for the Social Science (SPSS) versi 15.0. Ujian kebolehpercayaan telah dijalankan ke atas 10 orang responden yang tidak termasuk dalam sampel kajian dan Alpha Cronbach yang diperoleh ialah 0.849. Keseluruhan hasil kajian menunjukkan bahawa punca utama berlakunya ponteng di kalangan pelajar ialah faktor diri, faktor hubungan keluarga dan faktor prasarana sekolah. Beberapa cadangan telah diutarakan untuk kajian lanjutan dan kepada pihak sekolah dalam menangani masalah ponteng.

vi   

ABSTRACT

This research aims to investigate on the student perception of truancy, at Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti 2, Johor Bahru. Questionnaires were used as an instrument of research and distributed to a sample consisting of 266 form 4 students from the secondary school. These students were chosen using the random easy sampling procedure. The research analysis was made based on mean and percentage by utilizing the Statical Packages for the Social Science (SPSS) software version 15.0. Reliability test was conducted upon 10 respondents whom were not included in the research sample and an Alpha Cronbach of 0.849 was obtained. The overall research finding shows that the main factor of truancy among students were self factor, family relationship factor and school facility factor. A few suggestions were given for research continuation and to the school in addressing the problem of truancy.

vii

KANDUNGAN Pengakuan

ii

Dedikasi

iii

Penghargaan

iv

Abstrak

v

Abstract

vi

Senarai Kandungan

vii

Senarai Jadual

xi

Senarai Rajah

xiii

Senarai Lampiran

xiv

BAHAGIAN SATU

PERKARA

BAB

1

MUKA SURAT

PENDAHULUAN 1.1

Pengenalan

1

1.2

Latar Belakang Masalah

2

1.3

Pernyataan Masalah

7

1.4

Objektif Kajian

8

1.5

Persoalan Kajian

9

1   

BAB I

PENDAHULUAN

 

1.1

Pengenalan

Pada abad ke-21, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Demi merialisasikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, peranan guru kini telah bertukar daripada sumber utama pengetahuan kepada sebagai pemudah cara dalam pengajaran dan pembelajaran, agen perubahan dan sumber inspirasi kepada pelajar (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010). Pelan ini sejajar dengan cabaran umum yang dihasratkan oleh Wawasan 2020 yang keempat iaitu mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika paling tinggi (Wawasan 2020).

Namun begitu, masalah sosial di kalangan pelajar semakin meningkat, kesan daripada era globalisasi. Masalah ini telah lama di perkatakan walaupun terdapat pelbagai inisiatif kerajaan dan pihak sekolah dalam menangani masalah sosial ini. Salah satu masalah sosial yang sering di perkatakan adalah gejala ponteng. Perangkaan bagi gejala ponteng yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (1993, 1995 dan 1997), peratusan salah laku displin yang telah di rekodkan

2   

pada tahun-tahun berikut ialah 1993 (34%), 1995 (14.3%) dan 1997 (81.9%). Namun, statistik terbaru yang dipetik dari ucapan Yb. Dato’ Hishammuddin Tun Hussein (2004) menyatakan bahawa, hanya 2 peratus pelajar terlibat dengan salah laku displin.

Menurut analisa Unit Displin, Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (1999) mendapati bahawa sebahagian besar salah laku yang telah dilakukan oleh pelajar adalah kesalahan jenis kecil iaitu ponteng sekolah (0.67%), ponteng kelas (0.48%), lewat datang sekolah (0.38%), pakaian sekolah tidak mengikut peraturan (0.20%), mengganggu pengajaran (0.15%) dan berambut panjang (0.13%). Berdasarkan data ini, masalah ponteng tetap memberi peratusan yang tinggi berbanding salah laku lain.

Terdapat pelbagai faktor yang menggalakkan para pelajar ponteng. Faktorfaktor ini boleh disebabkan oleh diri seperti sikap dan motivasi, keluarga seperti pergaulan dan amalan, rakan seperti pergaulan dan keperayaan, sekolah seperti persekitaran dan pengurusan dan guru seperti sikap dan kaedah mengajar. Faktorfaktor ini adalah faktor-faktor yang biasa di kaji oleh pengkaji-pengkaji terdahulu.

Kesan ponteng ini telah memberi impak yang negatif terhadap diri, agama, bangsa, negara, masyarakat, keluarga dan masa depan pelajar itu sendiri.

1.2

Latar belakang masalah

Masalah ponteng adalah masalah yang sering diperkatakan dan telah lama dibincangkan. Masalah ini juga bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia. Menurut artikel akhbar (cyberita,16 September 2007), sekurang-kurangnya 66 000 ribu pelajar ponteng setiap hari di Britain. Manakala di Malaysia, Kementerian Pelajaran mendedahkan bahawa kira-kira 76,300 atau 1.09 peratus daripada tujuh

3   

juta pelajar di negara ini terbabit dalam pelbagai masalah disiplin (Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, 2005). Sehubungan itu juga, menurut pakar psikologi dan psikiatri dalam jawatankuasa petugas khas Kementerian Pelajaran Malaysia, ponteng dan merokok merupakan punca utama kepada gejala salah laku yang lain. Bukan sahaja ponteng akan menyebabkan pelajar-pelajar tercicir dalam pelajaran sehingga menjejaskan masa depan mereka, ponteng juga akan menyebabkan pelajar-pelajar terdedah kepada dadah, kumpulan samseng dan juga jenayah (Yb. Dato’ Hishammuddin Tun Hussein, 2004). Menurut Gonzales et al (2002), ponteng adalah petanda awal yang negatif bagi hasil kehidupan di sekolah dan kehidupan seharian.

Menurut kajian, dilaporkan seramai 44,249 (3.4%) murid sekolah rendah ponteng daripada 1.293,487 murid yang terlibat dengan salah laku disiplin pada sesi persekolahan tahun1996. Sementara pada tahun yang sama, seramai 154, 305 (14.3%) pelajar sekolah menengah ponteng daripada 1,076,969 pelajar yang terlibat dengan salah laku disiplin (Kementerian Pendidikan Malaysia; Laporan Salah Laku Disiplin Pelajar 1996). Bagi sesi persekolahan tahun 1997, seramai 144,759 (14.3%) murid sekolah rendah dilaporkan ponteng daripada 1,012,988 murid yang terlibat dengan salah laku disiplin dan seramai 187,188 (8.4%) pelajar sekolah menengah ponteng daripada 2,225,389 pelajar yang terlibat dengan salah laku disiplin (Kementerian Pendidikan Malaysia: Laporan Salah Laku Disiplin Pelajar 1997). Seramai 25, 749 (2.5%) murid sekolah rendah dilaporkan ponteng pada sesi persekolahan tahun 1998 daripada 1,048,057 pelajar yang terlibat dengan salah laki disiplin, manakala di sekolah menengah, seramai 80,937 (81.9%) pelajar terlibat dengan ponteng daripada 98.811 pelajar yang terlibat dengan salah laku disiplin (Kementerian Pendidikan Malaysia: Laporan Salah Laku Disiplin Pelajar 1998). Menurut Azizah (1998) dalam Ropiah (2005), ponteng adalah salah laku tertinggi iaitu seramai 1,391 (11.8%) daripada 11,766 pelajar tingkatan empat di sekolah-sekolah di bandaraya Kuala Lumpur.

Pelbagai penyelidikan telah dilakukan bagi menangani masalah ponteng ini. Terdapat pelbagai punca dan faktor yang mempengaruhi pelajar-pelajar ini ponteng sekolah. Masalah ponteng terbahagi kepada 5 bahagian utama iaitu faktor keluarga, faktor sekolah, pengaruh ekonomi, perubahan pelajar dan faktor masyarakat (Baker et

4   

al., 2001). Menurut Office of Juvenile Justice and Delinquency Prevention (2001), ponteng boleh di kategorikan kepada 4 bahagian utama iaitu faktor keluarga, faktor sekolah, pengaruh ekonomi dan perubahan pelajar. Menurut kajian Mason dan Edie (1998), ada tiga kategori ciri yang menyumbang kepada gejala ponteng berdasarkan kajian lepas iaitu diri sendiri, keluarga dan sekolah.

Bagi pelajar yang lemah di dalam matapelajaran, mereka lebih gemar ponteng sekolah untuk mencari aktiviti yang lebih menarik sesuai dengan minat mereka. Meraka juga lebih cenderung dalam menceburi sesuatu yang negatif untuk melepaskan tekanan mereka. sekolah.

Tidak kira tekanan itu diterima daripada keluarga, kawan atau

Menurut kajian U.S Department of Education (1997), ponteng boleh

disebabkan faktor-faktor seperti penggunaan dadah, keganasan berdekatan atau di sekolah, ponteng kerana kawan-kawan, tidak mempunyai sokongan keluarga untuk terus ke sekolah, masalah-masalah emosi atau rohani, kurang perincian dalam pendidikan atau pekerjaan atau tidak mempunyai keupayaan dalam persaingan akademik. Di dalam kajian Manson dan Edie (1998), sifat individu adalah sifat yang menjadi punca seorang individu itu ponteng sekolah iaitu kegagala dalam akademik, kurang bersosial, beremosi dan masalah kesihatan.

Begitu juga dengan hal ini, pelajar-pelajar sanggup membuat apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu yang mereka hajati jika ibu bapa mereka tidak mampu untuk beri kepada mereka. Sikap pelajar yang sukakan hiburan dan mudah terikut-ikut dengan gaya penampilan artis yang mereka minati, seperti memakai pakaian yang berjenama dan stail rambut yang baru, jika tiada wang yang mencukupi, mereka rela ponteng sekolah untuk bekerja demi mendapat wang (Azizi, Shahrin, Yusof dan How Lee Chan, 2007).

Reid (2005) mendapati, pelajar yang ponteng dan tidak hadir, lebih minat jumlah subjek yang sedikit dan lain dari subjek yang ditawarkan (berbanding dengan pelajar-pelajar lain yang suka pelbagai topik), pencapaian rendah atau menunjukkan prestasi yang teruk dalam subjek di sekolah, tidak setuju atau bersikap negatif dengan peraturan dan pengawalan sekolah, gagal melakukan kerja rumah, kurang mempunyai kawan di sekolah, mempunyai aspirasi kerjaya jangkamasa panjang yang rendah, dan

5   

elak daripada menghidapi penyakit psikosomatik.

Secara amnya, remaja adalah pewaris kepimpinan, tonggak pembangunan dan aset yang tidak ternilai agama bangsa dan negara.

Peranan keluarga di dalam

membentuk personaliti pelajar-pelajar ini amat pendidikan.

Keluarga membantu

remaja membentuk personaliti sejak kecil dan memberikan pengaruh yang amat besar kepada tingkah laku, sikap dan pemikiran seseorang dalam alam dewasa (Hoffman, 1996). Namun begitu, dalam kajian Prof. Madya Dr. Mahzan Arshad, kesibukan ibu bapa mencari nafkah telah menyebabkan ibu bapa terpedaya dan mengambil ringan terhadap tugas mengawas anak terutama anak di bangku sekolah. Ibu bapa sering kali terpedaya dengan kelakuan remaja yang berpura-pura baik ketika di rumah. Bagi ibu bapa lagi, sekolah sudah cukup untuk mendisplinkan dan menjaga anak mereka pada waktu siang (Chin Pek Lian, 2005).

Kegagalan ibu bapa dalam mendisiplinkan remaja boleh di lihat melalui latar belakang tingkah laku anti sosial kesan daripada kekurangan, ketidaksesuaian atau kawalan disiplin yang tidak konsisten semasa kanak-kanak (Jacobvitz et al., 1996). Kebanyakan tingkah laku anti sosial remaja juga berpunca daripada kegagalan cara gaya keibubapaan dan pengurusan keluarga (Jacobvitz et al., 1996, Vuchinich, 1992). Menurut kajian Mason dan Edie (1998), faktor keluarga adalah salah satu punca ponteng seperti sejarah di dera keluarga, keluarga ketagih alkohol, keperluan untuk berada di rumah untuk menjaga adik-beradik dan keluarga kurang memberi keutamaan kepada pelajaran.

Pergaulan bebas pelajar bersama-sama rakan mereka tanpa kawalan ibu bapa telah membawa keburukan kepada diri pelajar sendiri. Menurut laporan yang diberikan oleh Student Truancy, ERIC Digest, Number 125 (1999), daripada temu ramah yang dijalankan sebanyak 84% mengatakan kawan mereka pernah ponteng sekolah.

Daripada pergaulan ini, telah timbul keinginan pelajar untuk mencuba

sesuatu seperti rakan mereka lakukan. Menurut kajian Azizi, Shahrin, Yusof dan How Lee Chan (2007), desakan atau pengaruh dari rakan sebaya boleh menjadi penyebab terjadinya masalah ponteng yang kian sukar dibendung lagi.

6   

Pengajaran dan pembelajaran guru merupakan salah satu punca pelajar suka atau tidak untuk hadir ke sekolah.

Ini kerana guru yang prihatin terhadap

perkembangan pelajar dan berusaha menarik minat pelajar dapat menarik minat pelajar untuk hadir ke sekolah dan kelas. Menurut Reid (2005), hubungan guru dan pelajar, penyampaian silibes kurikulum dan buli adalah sama seperti faktor utama ponteng. Sekolah adalah rumah kedua para pelajar, begitu juga dengan para pendidik yang menjadi ibu bapa semasa di sekolah. Tugas guru semakin mencabar dalam era globalisasi.

Di samping menjadi pendidik, mereka juga menjadi ‘role model’ kepada pelajar. Kegagalan guru mendidik akan menjurus ke arah masalah pelajar. Amalan demokrasi dalam pendidikan kurang diterapkan terutamanya dalam pemilihan mata pelajaran elektif. Pelajar tidak sepatutnya dipaksa memilih aliran belajar dan mata pelajaran pilihan. Ia boleh menjejaskan prestasi pelajar tersebut. Ini menyebabkan berlakunya konflik jiwa, pemberontakan batin dan rasa tidak puas hati di jiwa pelajar. Konflik juga timbul kerana pelajar tidak puas hati kepada guru yang mengajar. Contohnya pengajaran guru tidak berkesan atau kurang cekap dalam mata pelajaran berat seperti Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.

Selain itu sekolah di negara ini

kebanyakkannya berorientasikan kepada peperiksaan. Pelajar menghadapi tekanan mental dan sosial (http://tuanmat.tripod.com).

Justeru itu, persekitaran sekolah yang tidak selamat juga membuatkan pelajar tidak datang ke sekolah. Menurut Barth (1984) dan McCluskey et al. (2004), suasana sekolah yang tidak selamat, sekolah yang tidak mempunyai dasar-dasar berkesan dan konsisten berkaitan kehadiran pelajar dan jangkaan guru-guru yang rendah dalam pencapaian pelajar dikenal pasti sebagai punca pelajar ponteng sekolah.

Dalam kajian Tan (2006), suasana persekitaran dalam sekolah seperti gaya kepimpinan pengetua, pendekatan warga pendidik dan persekitaran sekolah yang tidak kondusif menjadi faktor penolak kejadian ponteng di kalangan pelajar. Pembelajaran yang berkesan datangnya dari suasana sekolah yang tenteram kerana ketenteraman itu amat kritikal bagi melahirkan pencapaian yang baik di kalangan pelajar (Hussein, 1993). Menurut Manson dan Edie (1998) pula, sistem persekolahan merupakan salah

7   

satu faktor pelajar ponteng sekolah seperti sistem persekolahan, peraturan, kurikulum dan karakter guru yang boleh menyebabkan berlakunya gejala ponteng.

1.3

Pernyataan Masalah

Masalah yang ingin di kaji adalah persepsi pelajar mengenai punca-punca masalah ponteng. Satu kajian kes di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti 2, Johor Bahru. Jika masalah ini tidak dibendung dengan kaedah yang betul dan konsisten, ini akan memberikan kesan buruk kepada sistem pendidikan negara kita. Kesan-kesannya ialah pelajar terlibat dengan gejala-gejala yang tidak sihat, merugikan diri sendiri, membazirkan wang rakyat kerana banyak program-program yang dijalankan untuk mengurangkan gejala ponteng sekolah dan perkara-perkara yang membawa kesan negatif terhadap diri sendiri, agama, bangsa dan negara. Dari sudut kurikulum sekolah, pelajar yang terlibat dengan ponteng akan ketinggalan dalam pelajaran, mundur atau mempunyai pencapaian yang rendah dan akhirnya menghadapi masalah keciciran (Kementerian Pendidikan Malaysia, Panduan Mengatasi Ponteng 1999).

Menurut Parlimen Kementerian Pendidikan, Dato’ Mahadzir Mohd. Khir, pelajar tingkatan dua dan tiga dikenal pasti sebagai kumpulan yang paling ramai ponteng sekolah pada tahun 2003 dan kebanyakan mereka menuntut di sekolahsekolah dalam kawasan bandar dan pinggir bandar. Menurut beliau lagi, seramai 34,628 pelajar terlibat dengan salah laku ponteng ini daripada keseluruhan lima juta pelajar di negara ini termasuk sekolah rendah dan sekolah menengah.

Daripada

jumlah itu, seramai 99 peratus adalah pelajar lelaki dan merupakan 0.78 peratus daripada keseluruhan jumlah pelajar. Namun menurut beliau, bilangan ini menurun berbanding tahun 1999 iaitu 38,053 pelajar dan kebanyakan pelajar menghabiskan masa pergi ke pusat-pusat hiburan.

8   

Menurut Mustaza (1994) dan Hamidah (1999) dalam Ropiah (2005) pula, kajiannya telah meneliti beberapa faktor yang mendorong kepada salah laku ponteng iaitu faktor individu dan keluarga, faktor persekolahan dan faktor persekitaran sekolah. Manson dan Edie (1998) menyatakan bahawa, sikap guru adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah ponteng pelajar.

1.4

Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan mengkaji persepsi pelajar mengenai punca-punca masalah ponteng. Satu kajian kes di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti 2, Johor Bahru.

1.4.1

Mengenal pasti samada faktor diri menyebabkan pelajar ponteng sekolah.

1.4.2

Mengenal pasti samada faktor hubungan keluarga menyebabkan pelajar ponteng sekolah.

1.4.3

Mengenal pasti samada faktor pergaulan rakan menyebabkan pelajar ponteng sekolah.

1.4.4

Mengenal pasti samada faktor sikap guru menyebabkan pelajar ponteng sekolah.

1.4.5

Mengenal pasti samada faktor prasarana sekolah menyebabkan pelajar ponteng sekolah.

9   

1.5

Persoalan Kajian

Soalan-soalan yang akan di soal adalah:

1.5.1

Adakah faktor diri menyebabkan pelajar ponteng sekolah?

1.5.2

Adakah faktor hubungan keluarga menyebabkan pelajar ponteng sekolah?

1.5.3

Adakah faktor pergaulan rakan menyebabkan pelajar ponteng sekolah?

1.5.4

Adakah faktor sikap guru menyebabkan pelajar ponteng sekolah?

1.5.5

Adakah faktor prasarana sekolah menyebabkan pelajar ponteng sekolah?