tinjauan perkaitan di antara komposisi tubuh badan dan paras ...

78 downloads 72 Views 931KB Size Report
7 Mei 2011 ... Pengukuran komposisi tubuh dijalankan dengan menggunakan alat .... ditakrifkan sebagai kehadiran lemak tubuh yang melampau (World ...
TINJAUAN PERKAITAN DI ANTARA KOMPOSISI TUBUH BADAN DAN PARAS GLUKOSA DALAM DARAH DENGAN KEKERAPAN SENAMAN MENGIKUT KATEGORI UMUR DAN JANTINA

NORHIDAYAH BINTI HASAN BASARI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ19:16 (Pind. 1/07)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TEKNOLOGI MALAYSIA BORANGUNIVERSITI PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: TINJAUAN.PERKAITAN DI ANTARA KOMPOSISI TUBUH DAN PARAS

GLUKOSA DALAM DARAH DENGAN KEKERAPAN SENAMAN MENGIKUT KATEGORI UMUR DAN JANTINA SESI PENGAJIAN: 2010/2011

NORHIDAYAH BINTI HASAN BASARI 0

Saya

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. 2. 3. 4.

Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. Perpustakaan Universiti Teknologi Malysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. **Sila tandakan ()



 CATATAN:

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD *

Potong yang tidak berkenaan.

Disahkan oleh:

** Jika tesis ini SULIT atauTERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

_________________________________ _____________________________  Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Alamat Tetap: NO. 108A,

EN. SYAHRUL RIDHWAN B. MORAZUKI0

KAMPUNG PARIT TENGAH, 82200 BENUT, PONTIAN, JOHOR DARUL TAKZIM. Tarikh:

CATATAN:

7 MEI 2011

Nama Penyelia

Tarikh:

7 MEI 2011

0

* Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.  Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) 

ii

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)”.

Tandangan

:

____________

Nama Penyelia

: EN. SYAHRUL RIDHWAN MORAZUKI

Tarikh

: 7 MEI 2011

TINJAUAN PERKAITAN DI ANTARA KOMPOSISI TUBUH BADAN DAN PARAS GLUKOSA DALAM DARAH DENGAN KEKERAPAN SENAMAN MENGIKUT KATEGORI UMUR DAN JANTINA

NORHIDAYAH BINTI HASAN BASARI

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

7 MEI 2011

iii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan

: _______

_________________

Nama Penulis

: NORHIDAYAH BINTI HASAN BASARI

Tarikh

: 7 MEI 2011

iv

DEDIKASI

Teristimewa buat ayahanda dan bonda yang tercinta, Setinggi-tinggi penghargaan ku ucapkan, Atas segala pengorbanan dan doa restumu,

Buat pensyarah-pensyarah di UTM, Johor, Terima kasih di atas segala ilmu yang dicurahkan kepada kami, Jasamu akan dihargai sampai ke hujung nyawa,

Buat teman-teman seperjuangan, Terutamanya pelajar-pelajar SPS 2007-2011, Terima kasih di atas segala sokongan anda selama ini, Semoga kejayaan milik kita semua, Amin...

v

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ucapkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberi peluang untuk sama-sama mengecapi nikmat hidup. Alhamdulillah dengan izin dan limpah kurnia-Nya, akhirnya kami dapat menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dalam tempoh yang ditetapkan.

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyelia saya iaitu En. Syahrul Ridhwan Morazuki atas segala bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar yang telah diberikan dalam memastikan projek kajian ilmiah ini sempurna dan siap dengan jayanya.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih juga kami rakamkan kepada semua semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung yang sudi melibatkan diri dalam kajian ini dengan menjadi subjek dalam kajian ini.

Selain itu, ribuan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa berkongsi pendapat dan idea sekiranya terdapat sebarang masalah sewaktu di dalam proses menyiapkan projek kajian ini. Akhir kata, semoga kajian ini dapat memberi manfaat dan maklumat berhubung isu yang dibincangkan. Moga Allah S.W.T. sentiasa memudahkan dan memberkati perjalanan hidup kita.

vi

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji perkaitan di antara komposisi tubuh dan paras glukosa dalam darah dengan kekerapan senaman mengikut kategori umur dan jantina. Seramai 60 orang awam terlibat dalam kajian ini. Subjek lelaki dan perempuan yang berumur di antara 13 hingga 20 tahun dikategorikan sebagai remaja manakala subjek yang berumur 21 tahun keatas dikategorikan sebagai dewasa. Pengukuran komposisi tubuh dijalankan dengan menggunakan alat analisis komposisi tubuh (TANITA, TBF-300, Jepun) manakala sampel darah diambil dari hujung jari untuk menguji paras kandungan glukosa dalam darah dengan menggunakan alatan ACCU-CHEK Perfoma Glocose Analyzer, (Roche Diagnostics, USA). Berdasarkan analisis Ujian Two Independant Sample Test, didapati terdapat perbezaan yang signifikan bagi berat untuk kategori dewasa mengikut jantina. Selain itu, analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat perkaitan yang kuat antara paras kandungan glukosa dalam darah dengan kekerapan senaman bagi kategori dewasa.

vii

ABSTRACT

The study has been carried out to investigate the relationship between body composition and glucose levels with frequency of exercise according to age category and gender. Sixty people were involved in this research. Subjects comprising male and female aged between 13 to 20 years well categories as teenagers whereas subjects who aged above 21 years old were categorized as adults. Body composition measurement has been conducted by using body composition analyzer (TANITA, TBF-300, Japan). Whereas, blood samples for glucose levels measurement were taken from the finger prick by using ACCU-CHEK Perfoma Glocose Analyzer, (Roche Diagnostics, USA). Based on Two Independant Sample Test, there was significant difference in weight for adult category according to gender. Besides Pearson correlation analysis revealed that there is strong relationship between glucose levels and frequency of exercise for adult category.

viii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

AKUAN PENYELIA

ii

AKUAN PELAJAR

iii

DEDIKASI

iv

HALAMAN PENGHARGAAN

v

ABSTRAK

vi

ABSTRACT

vii

KANDUNGAN

viii

SENARAI JADUAL

xii

SENARAI RAJAH

xiii

SENARAI SINGKATAN/SIMBOL

xiv

SENARAI LAMPIRAN

xv

BAB 1

PENGENALAN 1.1

Pendahuluan

1

1.2

Latar Belakang Masalah

3

1.3

Pernyataan Masalah

5

1.4

Objektif Kajian

5

1.5

Persoalan Kajian

6

1.6

Hipotesis kajian

6

1.7

Kepentinagan kajian

8

1.7.1

Individu

8

1.72

Masyarakat

8

1.8

Skop Kajian

9

1.9

Limitasi Kajian

9

1.10

Definisi Istilah

9

1.10.1 Kesihatan

9

ix

BAB 2

1.10.2 Komposisi Tubuh

9

1.10.3 Kecergasan Fizikal

10

1.10.4 Berat Badan

10

1.10.5 Indeks Jisim Tubuh (BMI)

10

1.10.6 Parasa Glukosa

10

1.10.7 Kategori Umur

10

1.10.8 Tahap Kesihatan

11

KAJIAN LITERATUR 2.1

Pengenalan

12

2.2

Pengukuran Komposisi Tubuh

12

2.3

Jantina

14

2.4

Umur

14

2.5

Kekerapan Senaman

15

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN 3.1

Pengenalan

17

3.2

Rekabentuk kajian

17

3.3

Subjek Kajian

19

3.4

Tempat Kajian

19

3.5

Instrumen Kajian

19

3.6

Prosedur Kajian

20

3.6.1

Pengukuran Komposisi Tubuh

20

3.6.2

Persampelan Darah

21

3.7

BAB 4

Penganalisis Data

21

ANALISIS DATA 4.1

Pengenalan

23

4.2

Latar Belakang Subjek

24

4.3

Pembahagian Subjek Mengikut Peringkat

25

Umur

x 4.3.1

Kategori Remaja

25

4.3.2

Kategori Dewasa

26

4.4

Tahap Kesihatan

26

4.5

Komposisi Tubuh Mengikut Kategori

28

Umur dan jantina 4.6

Paras Glukosa Dalam Darah

29

4.7

Hubungan Senaman Dengan Komposisi

30

Tubuh 4.8

Hubungan Senaman Dengan Paras

31

Kandungan Glukosa 4.8

BAB 5

Rumusan

32

RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1

Pengenalan

33

5.2

Perbincangan Hasil Kajian

32

5.2.1

32

Perbincangan Komposisi Tubuh Mengikut Kategori Umur dan Jantina

5.2.2

Paras Kandungan Glukosa Dalam

34

Darah 5.2.3

Hubungan Antara Kekerapan

35

Senaman dan komposisi Tubuh 5.2.4

Hubungan Antara Kekerapan

37

Senaman dan Paras Kandungan Glukosa 5.3

Kesimpulan

38

5.4

Cadangan

39

5.4.1

Pemilihan Subjek

39

5.4.2

Profesion dan Latar belakang

39

5.4.3

Kawasan Yang Berbeza

40

xi

5.4.4

Sasaran Subjek Mengikut Kategori 40

RUJUKAN

41

LAMPIRAN

46

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK

MUKASURAT

Jadual 4.1

Analisis Tahap Kesihatan Bagi Setiap Kategori

27

Jadual 4.2

Analisis Komposisi Tubuh Mengikut Kategori Umur

28

Dan Jantina Jadual 4.3

Analisis Paras Kandungan Glukosa Dalam Darah

29

Mengikut Kategori Umur Dan Jantina Jadual 4.4

Analisis Korelasi Hubungan Antara Komposisi

30

Tubuh Dengan Kekerapan Senaman Mengikut Kategori Umur Dan Jantina Jadual 4.5

Analisis Korelasi Hubungan Antara Kekerapan Senaman Dengan Paras Kandungan Glukosa Mengikut Kategori Umur Dan Jantina

31

xiii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH

TAJUK

MUKA SURAT

Rajah 3.1

Carta Alir Pelaksanaan Kajian

18

Rajah 3.2

Mesin Analisis Komposisi Tubuh TANITA, TBF-300,

20

Jepun Rajah 4.1

Taburan Bilangan Keseluruhan Subjek Mengikut Jantina

24

Rajah 4.2

Taburan Subjek Mengikut Jantina Bagi Peringkat Umur

25

Kategori Remaja Rajah 4.3

Taburan Subjek Mengikut Jantina Bagi Peringkat Umur Kategori Dewasa

26

xiv SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

%

Peratus

&

Dan




Lebih Besar



Dan Lebih Kecil

BMI

Indeks Jisim Tubuh

f

Frekuensi

Kg

Berat

Kgm-2

Berat(kg) bahagi (tinggi(m))2

HA

Hipotesis Alternatif

HO

Hipotesis Null

Mmol/L

milimeter per mol

N

kekerapan

No.

Nombor

r

Nilai Kolerasi

s

Nilai Signifikan

UTM

Universiti Teknologi Malaysia

xv

SENARAI LAMPIRAN

NO LAMPIRAN

A

TAJUK

Cetakan Jadual Analisis Data SPSS

BAB I

1.1

Pendahuluan

Kesihatan ditakrifkan sebagai sesuatu yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial dan bukan hanya sekadar tiada penyakit atau cacat cedera sahaja (World Health Organization, 1948). Kesihatan adalah kualiti hidup yang melibatkan sosial, emosi, mental, spiritual, dan kecergasan biologikal individu hasil daripada adaptasi individu terhadap persekitaran (Dubos, 1968). Kesihatan juga berkait rapat kepada siapa kita sebagai individu, bagaimana kita memberi maklum balas terhadap orang lain, persekitaran yang sihat dan cabaran kehidupan seharian.

Ruang lingkup kesihatan merangkumi pelbagai sudut dan perspektif yang memerlukan penghuraian lebih mendalam. Secara umumnya, kesihatan tubuh badan boleh di kategorikan sebagai aset yang sangat penting untuk memastikan badan kita kekal cergas di samping sihat dari segi rohani dan jasmani selain bebas dari sebarang penyakit yang boleh mendatangkan mudarat pada anggota badan kita. Ini adalah kerana badan yang sihat akan melahirkan minda yang sentiasa aktif untuk membuat sesuatu kebaikan sekaligus meningkatkan kualiti kerja yang akan membawa kepada kecemerlangan dalam kehidupan seseorang individu. Dengan itu, adalah penting untuk memastikan badan kita kekal sihat dan cergas dengan mengamalkan gaya hidup sihat yang bersesuaian.

Kecergasan fizikal merupakan satu keadaan individu yang berupaya menikmati kehidupan yang seimbang serta lengkap secara keseluruhan yang melibatkan sosial, psikologi dan fisiologi. Hal ini dipengaruhi oleh aspek-aspek keturunan (baka), persekitaran (alam sekitar) dan gaya hidup (tingkahlaku), jantina, umur dan cara hidup seseorang (Fox dan Mathew, 1981). Menurut Wee Eng Hoe (1995),

2

komponen kecergasan fizikal terbahagi kepada dua bahagian iaitu kecergasan berasaskan kesihatan dan kecergasan berasaskan lakuan motor. Seseorang yang sihat perlu mempunyai kecergasan berasaskan kesihatan tetapi sekiranya seseorang yang ingin mempunyai prestasi yang tinggi dan mantap seperti atlit, mereka perlu menguasai kedua-duanya sekali gus. Ini bermakna kecergasan dan kesihatan memberi makna yang luas untuk difahami dan dihayati.

Cabang kesihatan dan kecergasan merupakan dua perkara yang berbeza namun saling berkait antara satu sama lain. Kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan berkait rapat dengan penjagaan kesihatan diri secara keseluruhan merangkumi lima komponen iaitu kekuatan otot, fleksibiliti, daya tahan otot, komposisi badan dan daya tahan kardiorespiratori. Kesemua komponen kecergasan ini sangat penting untuk memastikan seseorang itu berada pada tahap kecergasan yang minima mengikut peringkat usia dan jantina. Manakala kecergasan berlandaskan perlakuan motor berkait rapat dengan pencapaian kemahiran dalam aktiviti sukan. Kecergasan merangkumi enam komponen, iaitu kepantasan, ketangkasan, kuasa, keseimbangan, koordinasi dan tindak balas. Komponen ini sangat penting untuk ahli sukan yang bergiat aktif agar tahap kecergasan dapat diukur seterusnya mempengaruhi prestasi seseorang atlit.

Pelbagai pendapat diutarakan mengenai kesihatan serta kecergasan fizikal di mana kedua-dua aspek ini amat penting bagi setiap individu. Namun begitu, tidak ramai yang menyedari akan kepentingan kecergasan fizikal ini jika dibandingkan dengan pengetahuan sedia ada. Justeru itu, pendedahan mengenai kepentingan serta aktiviti-aktiviti yang sihat amat perlu ditekankan agar menjadi satu budaya kepada masyarakat untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat disamping menjaga kesihatan tubuh badan agar bebas dari sebarang penyakit kronik yang membahayakan diri.

3

1.2

Latar Belakang Masalah

Lebihan berat badan atau lebih dikenali sebagai obesiti merupakan salah satu perkara yang amat dibimbangi oleh semua individu terutamanya wanita. Obesiti ditakrifkan sebagai kehadiran lemak tubuh yang melampau (World Health Organization, 1998; Bjorntorp, 2002). Masalah berat badan di kalangan rakyat negara ini semakin membimbangkan berdasarkan artikel “Malaysia mempunyai peratusan rakyat dengan berat berlebihan dan masalah obesiti tertinggi berbanding negara lain di Asia” (Bernama, 2005). Jika keadaan ini tidak dikawal pastinya ia akan menjadi masalah yang memudaratkan serta merugikan negara.

Punca asas obesiti atau lebihan berat badan ialah ketidakseimbangan antara pengambilan dan penggunaan kalori. Menurut Norkumala (2007), masyarakat negara kita sering terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan yang kronik dan akhirnya mengundang kepada kematian. Ini adalah kesan daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat dan ketidakseimbangan kesihatan rohani dan jasmani dalam kitaran hidup seharian. Kementerian Kesihatan kerap kali mengadakan kempen kesihatan untuk memberi kesedaran kepada awam tentang penjagaan kesihatan yang perlu dipupuk dalam budaya hidup kita malah perlu disemai sejak awal lagi agar kita tidak tergolong dalam kalangan yang mempunyai masalah kesihatan.

Lebihan berat badan dan obesiti terjadi apabila pengambilan tenaga melebihi pengeluaran untuk jangkamasa yang tertentu. Perubahan lemak badan bergantung kepada ketidakseimbangan antara tenaga yang diambil dan yang digunakan. Terdapat pelbagai punca yang dikaitkan dengan lebihan berat badan dan obesiti namun faktor sosial dan persekitaran yang berkaitan peningkatan pengambilan tenaga atau berkurangan aktiviti fizikal memainkan peranan penting berlaku gejala ini. Hal ini terjadi dengan peningkatan taraf ekonomi masyarakat dan penurunan aktiviti fizikal generasi muda dan yang telah berusia. Aspek keturunan terhadap kejadian lebihan berat badan dan obesiti sukar untuk ditentukan. Menurut Ghani (2007), bagi mengatasi masalah ini, amalan gaya hidup yang sihat perlu dijalani seperti

4

mengambil pemakanan yang berkhasiat, aktif bersenam, mengawal berat badan, berhenti merokok dan sentiasa menjalani dan mematuhi jadual rawatan kesihatan.

Kajian lain menunjukkan lebihan berat badan dan obesiti adalah faktor risiko pada penyakit kardiovaskular. Lebihan berat badan dan obesiti merupakan faktor primer bagi penyakit koronari jantung dan bersama faktor risiko lain yang telah dibuktikan seperti diabetes, hiperkolesterolemia atau kekurangan tahap lipoprotein kepadatan tinggi (HDL) (Pollock dan Wilmore, 1984). Kandungan glukosa dalam darah yang tinggi menjadikan seseorang berisiko menghidap kencing manis yang merupakan penyakit paling utama menyerang penduduk di negara ini. Hal ini berlaku kerana pengambilan diet harian yang tidak seimbang dan kekurangan melakukan senaman atau aktiviti fizikal. Walaupun begitu, masih ramai dalam kalangan rakyat Malaysia tidak sedar akan kepentingan melakukan senaman sebenarnya dapat menghasilkan komposisi tubuh yang baik selain memberi banyak faedah kepada kesihatan. Kepentingan melakukan aktiviti fizikal akan menjadikan seseorang kekal cergas dan sihat. Dengan itu, kegiatan yang dilakukan bukan sekadar mengeluarkan peluh malahan dapat melegakan ketegangan serta menurunkan berat badan. Pelbagai kajian yang telah dilakukan dan kekerapan melakukan senaman sememangya menjadi salah satu punca untuk meningkatkan tahap kesihatan seseorang. Justeru, kajian ini dijalankan untuk melihat corak hidup seseorang individu yang mempengaruhi status kesihatan diri merangkumi kekerapan senaman yang diamalkan, paras kandungan glukosa yang menjadi kebimbangan serta komposisi tubuh badan pelbagai peringkat umur seterusnya dapat membantu memberi kesedaran kepada golongan masyarakat agar lebih prihatin untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

5

1.3

Pernyataan Masalah

Pemahaman dan kesedaran mengenai gaya hidup sihat penting dalam kehidupan seseorang individu atau kumpulan masyarakat. Ini kerana dengan tahap kesihatan yang kurang baik, akan mengakibatkan individu mengalami masalah dalam melakukan aktiviti fizikal seharian seperti bekerja dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, pengkaji mengambil inisiatif membuat satu tinjauan mengenai tahap kesihatan dari aspek komposisi tubuh, faktor kekerapan senaman, dan paras kandungan glukosa dalam darah bagi penduduk di sekitar kawasan SMK Dato’ Usman Awang, Perling, Johor.

1.4

Objektif Kajian

Di antara objektif kajian ini adalah : i.

Mengenalpasti komposisi tubuh badan penduduk di sekitar SMK Dato’ Usman Awang , Perling mengikut kategori umur dan jantina.

ii.

Mengenalpasti paras kandungan glukosa dalam darah bagi penduduk di sekitar SMK Dato’ Usman Awang, Perling mengikut kategori umur dan jantina.

iii.

Mengkaji perkaitan kekerapan melakukan senaman terhadap komposisi tubuh badan dan paras glukosa dalam darah.

6

1.5

Persoalan Kajian

i.

Adakah terdapat perbezaan komposisi tubuh badan penduduk di sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Usman Awang, Perling mengikut kategori umur dan jantina?

ii.

Adakah kekerapan melakukan senaman mempengaruhi komposisi tubuh badan seseorang dan paras glukosa dalam darah.

1.6

Hipotesis Kajian

Ho 1: Tidak terdapat perbezaan komposisi tubuh yang signifikan mengikut kategori umur dan jantina.

Ha 1: Terdapat perbezaan komposisi tubuh yang signifikan mengikut kategori umur dan jantina.

Ho 2: Berat yang ideal tidak dipengaruhi oleh kekerapan senaman bagi kategori remaja.

Ha 2: Berat yang ideal dipengaruhi oleh kekerapan senaman bagi kategori remaja.

Ho 3: Berat yang ideal tidak dipengaruhi oleh kekerapan senaman bagi kategori dewasa.

Ha 3: Berat yang ideal dipengaruhi oleh kekerapan senaman bagi kategori dewasa.

7

Ho 4: BMI yang ideal tidak dipengaruhi oleh kekerapan senaman bagi kategori remaja.

Ha 4: BMI yang ideal dipengaruhi oleh kekerapan senaman bagi kategori remaja.

Ho 5: BMI yang ideal tidak dipengaruhi oleh kekerapan senaman bagi kategori dewasa.

Ha 5: BMI yang ideal dipengaruhi oleh kekerapan senaman bagi kategori dewasa.

Ho 6: Peratus Lemak yang normal tidak dipengaruhi oleh kekerapan senaman bagi kategori remaja.

Ha 6: Peratus Lemak yang normal dipengaruhi oleh kekerapan senaman bagi kategori remaja.

Ho 7: Peratus Lemak yang normal tidak dipengaruhi oleh kekerapan senaman bagi kategori dewasa.

Ha 7: Peratus Lemak yang normal dipengaruhi oleh kekerapan senaman bagi kategori dewasa.

Ho 8: Paras kandungan glukosa yang normal tidak dipengaruhi oleh kekerapan senaman bagi kategori remaja.

Ha 8: Paras kandungan glukosa dipengaruhi oleh kekerapan senaman bagi kategori remaja.

8

Ho 9: Paras kandungan glukosa yang normal tidak dipengaruhi oleh kekerapan senaman bagi kategori dewasa.

Ha 9: Paras kandungan glukosa dipengaruhi oleh kekerapan senaman bagi kategori dewasa.

1.7

Kepentingan Kajian

Kajian yang di jalankan ini dapat memberi faedah kepada:

1.7.1

Individu

Pengetahuan mengenai elemen kecergasan fizikal iaitu komposisi badan amat penting bagi setiap individu supaya dapat meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan gaya hidup sihat dengan menjaga corak pemakanan dan senaman supaya dapat menjaga kesihatan disamping mendapatkan komposisi tubuh yang ideal.

1.7.2

Masyarakat

Dapatan kajian ini dapat meningkatkan lagi kefahaman masyarakat tentang komposisi tubuh badan yang ideal dan meningkatkan kesedaran tentang taraf kesihatan di kalangan penduduk. Amalan pemakanan mengikut diet yang seimbang serta keperluan harian dapat mencegah kita daripada mengalami pelbagai penyakit di samping melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas.

9

1.8

Skop Kajian Kajian ini memberi penekanan kepada komposisi tubuh dan paras glukosa

dalam darah mengikut jantina dan peringkat umur yang berbeza bagi penduduk di sekitar SMK Dato’ Usman Awang, Perling.

1.9

Limitasi kajian

Subjek adalah penduduk yang hadir semasa hari terbuka di sekolah berkenaan yang secara umumnya terdiri dari pelajar, guru dan ibu bapa.

1.10

Definisi lstilah

1.10.1 Kesihatan

Keadaan sempurna fizikal, mental, dan sosial, dan tidak hanya ketika ketiadaan sakit (Pertubuhan Kesihatan Sedunia, 1948).

1.10.2 Komposisi Tubuh

Peratusan lemak badan berbanding dengan otot, tulang dan tisu badan.

10

1.10.3 Kecergasan Fizikal

Kecergasan merupakan kebolehan melakukan sebarang kerja tanpa rasa penat, serta mempunyai cukup tenaga untuk berekreasi dan mempunyai lebihan tenaga untuk melalui peristiwa kecemasan.

1.10.4 Berat Badan

Menurut Kamus Dewan (2005), berat ialah ukuran sesuatu timbangan dan badan ialah keadaan bentuk badan dari segi fizikal.

1.10.5 Indeks Jisim Tubuh (BMI)

Indeks Jisim Tubuh (BMI) merupakan formula untuk menilai berat badan serta berkait rapat dengan ketinggian seseorang itu.

1.10.6 Paras Glukosa

Kandungan gula dalam darah pada paras mmol/L bagi seseorang individu.

1.10.7 Kategori Umur

Subjek dari umur 13 hingga 20 adalah dalam lingkungan peringkat umur remaja dan subjek dari umur 22 hingga 55 adalah dalam lingkungan peringkat umur dewasa.

11

1.10.8 Tahap Kesihatan

Merangkumi elemen komposisi tubuh, BMI, peratus lemak, berat, umur dan paras glukosa.

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

Bab ini akan membincangkan mengenai komposisi tubuh seseorang adalah berbeza dari segi peringkat umur, jantina dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, pelbagai kajian yang dijalankan berkenaan komposisi tubuh di mana terdapat sesetengah kajian yang berkaitan dengan obesiti dan senaman yang diamalkan oleh individu. Dalam bab ini, disenaraikan beberapa kajian lepas yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan oleh penyelidik.

2.2

Pengukuran Komposisi Tubuh

Analisis komposisi tubuh adalah penting khususnya melibatkan pengiraan jisim bebas lemak, jisim lemak tubuh sebagai salah stau proses penilaian pemakanan. Selain itu, perubahan indeks jisim tubuh juga mempengaruhi perubahan dalam komponen tubuh badan kerana berkait rapat dengan tekanan darah serta faktor lain penyakit kardiovaskular (Stamler et al., 1975; Berchtold et al., 1981). Penilaian komposisi tubuh melibatkan penggunaan kaedah yang paling tepat, dan mudah diakses, dan mungkin untuk menganggarkan komposisi tubuh seseorang sebenarnya. Salah satu sistem penilaian umum komposisi tubuh adalah model dua bahagian diperkenalkan oleh Siri (1961) dan Brozek et al. (1963), yang menganggap tubuh terdiri daripada jisim lemak dan lemak bebas. Istilah jisim bebas lemak dan jisim tubuh tanpa lemak sering disalahertikan secara umumnya dengan menganggap

13

bahawa jisim-jisim ini adalah dalam kategori yang sama dan tiada beza. Dengan itu, jisim bebas lemak boleh ditakrifkan sebagai tidak mengandungi lipid manakala jisim tubuh tanpa lemak pula termasuk sekitar 2% hingga 3% dan 5% hingga 8%, untuk lelaki dan wanita (Heyward dan Stolarczyk, 1996).

Berdasarkan beberapa penyelidikan Siri, (1961), terdapat 36 elemen direkodkan wujud dalam tubuh manusia. Daripada kesemua elemen tersebut, didapati kira-kira 18-20 elemen mempunyai fungsi fisiologi. Unsur-unsur yang paling utama adalah karbon, hidrogen, oksigen, nitrogen, kalsium, dan fosforus. Terdapat banyak faktor yang akan menentukan jumlah elemen tertentu di dalam tubuh seperti jantina, umur, dan saiz juga penting dalam menentukan jumlah perbezaan elemen dalam tubuh.

Kajian Fatimah Ibrahim (2009), mendapati bahawa komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak. Terdapat beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, namun kajian menggunakan Analisis Penyepadanan Bio ternyata akan menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah. Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain.

Fatimah Ibrahim (2009) juga menyatakan bahawa model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat dengan memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir. Hasil dapatan kajian menyatakan bahawa orang yang tidak melakukan lima perkara tersebut mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik. Kajian tersebut turut mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

14

2.3

Jantina

Bjorntorp (1997) mendapati bahawa dalam proses penuaan, lelaki akan mengoksidakan lemak, barangkali juga kehilangan jisim otot, manakala perempuan menukarkan pengagihan lemak dalam badan untuk menampung bahagian atas badan. Selain itu, beliau turut menyatakan hormon pertumbuhan, seperti testosteron, sering menurun sesuai dengan usia, kerana itu, kemungkinan besar hormon berkait rapat dalam perubahan komposisi tubuh berkaitan dengan usia. Terdapat perbezaan jantina dalam komposisi tubuh yang mungkin ditentukan secara genetik, dengan kesan tambahan hormon seks steroid dan perembesan hormon pertumbuhan.

Melalui proses penuaan, penurunan ini di pengaruhi hormon dan aktiviti fizikal biasanya turut menurun. Horber et al. (1997) mendapati bahawa lelaki mungkin akan lebih terdedah kepada akibat pengoksidaan metabolik lemak berbanding perempuan. Penurunan kapasiti pengoksidaan lemak mungkin akan merugikan keseimbangan optimum jisim lemak tubuh dan boleh menyebabkan kelebihan lipid untuk bertindak balas, seterusnya mempengaruhi potensi untuk mendapat penyakit diabetes melitus dan penyakit kardiovaskular.

2.4

Umur

Woo (1997) menyatakan melalui kajiannya berkenaan perbandingan komposisi tubuh dengan umur terhadap wanita Kaukasia tua dan muda menunjukkan bahawa jisim tidak berlemak lebih rendah manakala peratusan lemak yang lebih tinggi dicatatkan. Hal ini menandakan bahawa wanita Cina mempunyai peratusan lemak yang lebih tinggi bagi kategori wanita Kaukasia tua berbanding wanita muda. Sehubungan dengan itu, dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan peratusan lemak antara wanita Kaukasia tua dan muda.

15

Berdasarkan kajian, komposisi tubuh yang dijalankan terhadap 186 wanita yang lebih tua pula mencatatkan penurunan lemak dengan usia, peningkatan jisim dan air di dalam tubuh tapi tiada perubahan dalam kandungan mineral tulang (Rico et al., 1993). Selain itu, Hamdy et al. (1994) mengkaji perubahan berkaitan umur dalam komposisi tubuh dengan subjek seramai 619 wanita Amarika dan 356 lelaki Amarika yang berusia di antara 40-70 tahun, mendapati bahawa tidak terdapat perubahan yang signifikan terhadap berat badan semasa kurus atau gemuk dengan usia dan sekaligus merumuskan perubahan usia hanya berkaitan kepada kepadatan mineral tulang tubuh. Sebaliknya, dapatan kajian hanya mencatatkan penurunan jisim lemak, dan tidak berlemak serta kandungan mineral tulang dengan penuaan. Sebagai kesimpulan, kajian mendapati perubahan usia berkaitan komposisi tubuh

lebih

tertumpu kepada wanita berbanding lelaki.

2.5

Kekerapan Senaman

Senaman lazimnya dikaitkan dengan kesihatan individu. Hoyman (1962) menakrifkan kesihatan sebagai keadaan sihat yang optimum bagi kehidupan yang sempurna, produktif dan kreatif. Ini ditunjukkan dalam satu hierarki yang bermula dengan kesihatan optimum dan berakhir dengan kematian (kesihatan sifar). Namun begitu, semakin ramai individu yang kurang melakukan senaman kerana alasanalasan tertentu seperti tiada masa lapang, penat bekerja dan sebagainya. Senaman merupakan salah satu cara menjadikan tubuh badan sihat dan cergas di samping dapat mengelak dari terjebak dengan pelbagai penyakit kronik seterusnya dapat mengurangkan gejala obesiti atau berlebihan berat badan di kalangan rakyat di negara ini.

Hockey (1966) mendapati bahawa senaman yang konsisten dapat mengurangkan tekanan yang dialami oleh individu yang mempunyai lebihan berat badan. Hal ini adalah kerana kekuatan fizikal akibat bersenam dapat menjadikan

16

tubuh badan cergas serta bertenaga dan dapat membina keyakinan diri mereka. Seseorang yang sudah mencapai kecergasan fizikal dapat mengatasi cabaran aktiviti fizikal dalam kehidupan harian, manakala seseorang yang mempunyai kecergasan fizikal yang lemah akan berasa letih sesudah melakukan aktiviti fizikal. Kajian populasi (Paffenbarger et al., 1986; Blair et al., 1989) menunjukkan aktiviti fizikal memberi kesan yang positif terhadap jangkaan hidup dengan menurunkan kadar kematian. Individu yang mempunyai kecergasan fizikal yang baik dapat meningkatkan kecekapan sistem respirasi dan sistem kardiovaskular yang merangkumi denyutan jantung, peredaran darah dan menambah kekuatan otot serta menurunkan kandungan lemak dalam badan (Holloszy, 1998). Individu yang mengamalkan

senaman

atau

aktiviti

kardiovaskular dan tekanan darah tinggi.

fizikal

boleh

mengelakkan

penyakit

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

Metodologi atau kaedah kajian merupakan aspek yang penting dalam menjalankan sesuatu kajian. Bab ini menerangkan perincian yang digunakan oleh pengkaji dalam menjalankan kajian. Beberapa perkara yang dibincangkan adalah rekabentuk, subjek kajian, tempat kajian, instrumen kajian, prosedur kajian, penganalisaan data.

3.2

Rekabentuk Kajian

Ujian pengukuran komposisi tubuh badan digunakan untuk mengenalpasti dengan menggunakan indeks jisim tubuh (BMI), peratusan dan jumlah lemak tubuh, air, jisim otot, jisim tulang, tinggi, berat dengan menggunakan alatan tertentu seperti mesin analisis kompisisi tubuh (TANITA, TBF-300, Jepun) dan pita pengukur untuk mengukur ketinggian. Selain itu, sampel darah juga di ambil bagi menguji tahap glukosa dalam darah menggunakan alat ACCU-CHEK Perfoma Meter (Roche Diagnostics, USA) dan ACCU-CHEK Perfoma blood glucose test strips, (Roche Diagnostics, USA). Analisis sampel darah berkenaan digunakan untuk menilai sama ada kandungan glukosa subjek berada pada paras normal atau sebaliknya. Manakala data berkenaan komposisi tubuh digunakan untuk melihat perbezaan dari segi jantina dan kategori umur setiap subjek.

18

Taklimat kepada subjek tentang prosedur pengukuran dan ujian yang akan dijalankan.

Pengukuran tinggi menggunakan pita ukur ketinggian dalam sentimeter.

Pengukuran

komposisi

menggunakan mesin

tubuh

badan

analisis komposisi

tubuh (TANITA, TBF-300, Jepun) bagi setiap subjek.

Pengambilan sampel darah untuk menguji kandungan menggunakan

glukosa

dalam

darah

analisis

glukosa

ACCU-

CHEK Perfoma Meter, (Roche Diagnostics, USA) bagi setiap subjek.



Proses data deskriptif yang diperolehi dengan

menggunakan

perisian

Microsoft Excel 2007 dan Computer Statictical Package for Social Science (SPSS) versi 15.0. Rajah 3.1: Carta Alir Pelaksanaan Kajian

19

3.3

Subjek Kajian

Kajian ini melibatkan 60 orang awam yang terdiri dari lelaki dan perempuan dalam lingkungan umur 13 hingga 55 tahun.

3.4

Tempat Kajian Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’Usman

Awang, Perling, Johor.

3.5

Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan mesin analisis komposisi tubuh (TANITA, TBF300, Jepun) untuk mengukur komposisi tubuh yang merangkumi aspek indeks jisim tubuh (BMI) iaitu tinggi dan berat. Alat ini menentukan jumlah keseluruhan berat, peratus dan jumlah lemak tubuh, jisim otot, cecair dalam badan, dan jisim tulang. Seterusnya pembacaan boleh dipengaruhi oleh tahap penghidratan, pengambilan makanan, suhu kulit, dan faktor lain. Manakala pengukuran tinggi subjek diukur menggunakan pita ukur ketinggian dalam sentimeter.

20

Rajah 3.2: Mesin Analisis Komposisi Tubuh TANITA, TBF-300, Jepun

3.6

Prosedur Kajian

Sebelum sesi pengujian dijalankan, subjek terlebih dahulu diberi taklimat dan penerangan tentang prosedur ujian yang akan dijalankan. Ini adalah bertujuan untuk memastikan ujian dapat dilakukan dengan betul dan selamat sekaligus memberikan keputusan yang tepat. Subjek juga dikehendaki melengkapkan borang maklumat peribadi untuk rujukan penyelidik.

3.6.1 Pengukuran Komposisi Tubuh

Bagi mengukur ketinggian subjek, pengkaji menggunakan pita pengukur yang dilekatkan di dinding dan kemudian subjek perlu berdiri tegak, memandang ke hadapan dan bahagian belakang tubuh rapat pada alat pengukur. Seterusnya, subjek kajian dikehendaki berdiri di atas mesin analisis komposisi tubuh (TANITA, TBF300, Jepun) mengikut prosedur alatan untuk mengukur komposisi tubuh badan. Terlebih dahulu, data berkenaan umur, tinggi, berat, jantina direkodkan pada alat pengukur, maka subjek berdiri di atas mesin. Bahagian tumit subjek dipastikan

21

berada di belakang elektrod manakala kaki berada tepat di bahagian depan elektrod. Data komposisi tubuh subjek seterusnya diproses sebaik sahaja subjek berdiri di atas mesin. Setelah proses analisis komposisi tubuh selesai, keputusan analisis di cetak terus dari mesin tersebut.

3.6.2 Persampelan Darah

Set peralatan ACCU-CHEK Perfoma Meter, (Roche Diagnostics, USA) atau dikenali sebagai ‘meter’ digunakan untuk mengambil sampel darah. Sebagai langkah pencegahan, kedua-dua belah tangan dipastikan kering dan bersih terlebih dahulu serta di sapu dengan Alcohol Swab untuk mengelakkan risiko jangkitan. Dengan menggunakan alat ‘Accu-Chek Safe-T-Pro Plus Lancets, hujung jari dicucuk untuk mengambil sampel darah. Penyelidik menggunakan ‘Accu-Chek Safe-T-Pro Plus Lancets yang baru setiap kali penggunaanya untuk mengelakkan risiko jangkitan. Darah yang keluar dari hujung jari dititiskan sehingga memenuhi kawasan sampel darah yang berwarna kuning pada test strip (ACCU-CHEK Glucose Strips, model, USA). Dalam keadaan meter terpasang, sampel darah yang telah diambil tadi diletakkan pada kawasan jalur yang berwarna kuning mengikut kedudukan anak panah. Meter Accu-Check Perfoma, (Roche Diagnostics, USA) kemudiannya menganalisis sampel darah tersebut. Keputusan terpapar dalam masa kira-kira 5 saat dan disimpan secara automatik mengikut tarikh dan masa di dalam memori.

3.7

Penganalisaan Data

Semua data deskriptif dianalisa dengan perisian Microsoft Excel 2007 dan diterjemahkan dalam bentuk purata dan sisihan piawai (min ± SD). Bagi penganalisaan yang melibatkan statistik, data dianalisa dengan menggunakan perisian komputer “Statistial Package for Sosial” (SPSS) versi 15.0. Ujian Two

22

Independent Samples Test digunakan untuk menguji perbezaan komposisi tubuh dari segi pembolehubah jantina manakala analisis Korelasi Pearson (r) pula digunakan untuk melihat sama ada terdapat hubungan yang signifikan di antara pembolehubah kekerapan senaman dengan komposisi tubuh dan kandungan glukosa dalam darah. Nilai signifikan untuk menguji hipotesis kajian ditetapkan pada aras signifikan 0.05.

BAB IV

ANALISIS DATA

4.1

Pengenalan

Penganalisaan data deskriptif digunakan untuk mendapatkan sukatan serakan seperti kekerapan, purata, peratusan, sisihan purata min dan sisihan piawai bagi latar belakang responden, taburan umur, berat, BMI, peratus lemak, dan paras glukosa dalam darah. Data-data tersebut dipaparkan dalam bentuk jadual bagi memudahkan proses penganalisaan data oleh penyelidik. Seterusnya bagi analisis statistik inferensi bagi data yang diperoleh menjurus kepada hubungan antara kekerapan senaman terhadap komposisi tubuh serta perkaitan antara paras glukosa terhadap kekerapan senaman.

24

4.2

Latar Belakang Subjek

Rajah 4.1 menunjukkan taburan bilangan subjek yang terlibat dalam kajian ini Keseluruhannya, seramai 60 orang awam terlibat di mana 14 orang daripadanya adalah lelaki manakala selebihnya adalah perempuan iaitu seramai 46 orang. Dalam bentuk peratusan, subjek lelaki mewakili 23.3% manakala subjek perempuan mewakili 76.7% daripada keseluruhan subjek tersebut.

14 orang (23.3%) 46 orang (76.7%)

lelaki perempuan

Rajah 4.1 : Taburan Bilangan Keseluruhan Subjek Mengikut Jantina

25

4.3

Pembahagian Subjek Mengikut Peringkat Umur

4.3.1 Kategori Remaja

Rajah 4.2 menunjukkan taburan bilangan subjek bagi kategori remaja. Keseluruhannya, seramai 14 orang awam terlibat di mana 3 orang daripadanya adalah remaja lelaki manakala selebihnya adalah remaja perempuan iaitu seramai 11 orang. Dalam bentuk peratusan, subjek remaja lelaki mewakili 21.4% manakala subjek remaja perempuan mewakili 78.6% daripada keseluruhan subjek kategori remaja tersebut.

3 orang (21.4%) remaja lelaki 11 orang (78.6%)

remaja perempuan

Rajah 4.2 : Taburan Subjek Mengikut Jantina Bagi Peringkat Umur Kategori Remaja

26

4.3.2 Kategori Dewasa

Rajah 4.2 menunjukkan taburan bilangan subjek bagi kategori dewasa. Keseluruhannya, seramai 46 orang awam terlibat di mana 11 orang daripadanya adalah lelaki dewasa manakala selebihnya adalah perempuan iaitu seramai 35 orang. Dalam bentuk peratusan, subjek lelaki dewasa mewakili 24% manakala subjek perempuan dewasa mewakili 76.1% daripada keseluruhan subjek kategori dewasa tersebut.

11 orang (24%) 35 orang (76.1%)

lelaki dewasa perempuan dewasa

Rajah 4.3 : Taburan Subjek Mengikut Jantina Bagi Peringkat Umur Kategori Dewasa

4.4

Tahap Kesihatan

Jadual 4.1 menunjukkan keputusan analisis tahap kesihatan subjek bagi setiap kategori. Keputusan analisis data bagi tahap kesihatan setiap subjek telah di bahagikan mengikut kategori iaitu lelaki dewasa, perempuan dewasa, remaja lelaki dan remaja perempuan. Analisis data bagi kategori remaja lelaki dengan bilangan subjek seramai 3 orang menunjukkan purata umur serta sisihan piawai untuk umur, berat, BMI, peratus lemak, paras glukosa dan kekerapan senaman masing-masing

27

adalah 16.0 ± 1.0, 56.0 ± 8.0, 19.4 ± 0.7, 17.7 ± 5.4, 5.0 ± 0.0, 2.0 ± 1.5. Bagi kategori remaja perempuan (N=11), didapati umur, berat, BMI, peratus lemak, paras glukosa dan kekerapan senaman adalah 15.6 ± 0.8 tahun, 50.3 ± 15.6 kg, 20.5 ± 4.8 kgm-2, 26.0 ± 8.9 peratus, 6.1 ± 0.9 mmol/L, dan 2.2 ± 1.1 kali seminggu.

Seramai 11 orang subjek yang mewakili kategori lelaki dewasa pula menunjukkan keputusan analisis bagi umur ialah 40.0 ± 9.2, berat 69.0 ± 12.2, BMI 26.2 ± 5.6, peratus lemak 28.7 ± 1.7, paras glukosa 6.4 ± 1.7 serta kekerapan senaman 1.9 ± 1.2. Bagi kategori perempuan dewasa (N=35), didapati umur, berat, BMI, peratus lemak, paras glukosa serta kekerapan senaman masing-masing adalah 35.9 ± 8.8, 59.0 ± 9.9, 24.5 ± 4.0, 32.7 ± 7.7, 6.7 ± 2.0, 1.8 ± 0.

Jadual 4.1 : Analisis Tahap Kesihatan Bagi Setiap Kategori

Kategori Umur Remaja Lelaki (N = 3) Remaja Perempuan (N = 11) Lelaki Dewasa (N = 11) Perempuan Dewasa ( N = 35)

Paras Glukosa (mmol/L)

Kekerapan Senaman (Kali Seminggu)

19.4±0.7 17.7±5.4

5.0±0.0

2.0±1.5

15.6±0.8 50.3±15.6 20.5±4.8 26.0±8.9

6.1±0.9

2.2 ± 1.1

40.0±9.2 69.0±12.2 26.2±5.6 28.7±1.7

6.4±1.7

1.9 ± 1.2

35.9±8.8 59.0 ± 9.9 24.5±4.0 32.7±7.7

6.7 ± 2.0

1.8 ± 0.5

Umur (Tahun)

Berat (kg)

16.0±1.0

56.0±8.0

BMI (kgm-2)

Peratus Lemak (%)

28

4.5

Komposisi Tubuh Mengikut Kategori Umur Dan Jantina

Jadual 4.2 : Analisis Komposisi Tubuh Mengikut Kategori Umur Dan Jantina

____________________________________________________________________ Kategori Jantina Bilangan Komposisi Sig. (2-tailed) Tubuh (N) Lelaki

3

Perempuan

11

Lelaki

11

Perempuan

35

Remaja

Dewasa

Peratus Lemak BMI Berat

0.14 0.10 0.64

Peratus Lemak BMI Berat

0.37 0.27 0.016

Berdasarkan analisis Two Independent Sample Test, tiada perbezaan signifikan didapati bagi kategori remaja mengikut jantina untuk pembolehubah iaitu peratusan lemak, BMI dan berat di antara lelaki dan perempuan nilai p masingmasing adalah 0.14, 0.64 dan 0.10. Bagi kategori dewasa, tiada perbezaaan signifikan diperolehi untuk pembolehubah peratusan lemak (p = 0.37), dan BMI (p = 0.27). Namun, terdapat perbezaan yang signifikan bagi berat dengan nilai, p = 0.016.

29

4.6

Paras Kandungan Glukosa Dalam Darah

Jadual 4.3 : Analisis Paras Kandungan Glukosa Dalam Darah Mengikut Kategori Umur Dan Jantina

Kategori

Jantina

Min Paras Glukosa

Sig. (2-tailed)

(Mmol/L) Lelaki

4.0

Remaja

0.10 Perempuan

8.5

Lelaki

22.2

Perempuan

23.9

Dewasa

0.71

Nilai min bagi kategori remaja lelaki adalah 4.0 mmol/L dan 8.5 mmol/L untuk remaja perempuan. Bagi kategori dewasa, nilai min bagi paras glukosa adalah sebanyak 22.2 mmol/L untuk lelaki manakala 23.9 mmol/L untuk wanita. Analisis statistik bagi paras kandungan glukosa mengikut jantina tidak menunjukkan nilai yang signifikan bagi kategori remaja dan dewasa. Bagi kategori remaja, nilai signifikan (p) yang diperoleh adalah p = 0.10, Manakala nilai p bagi kategori dewasa ialah 0.71.

30

4.7

Hubungan Senaman Dengan Komposisi Tubuh

Jadual 4.4 : Analisis Korelasi Hubungan Antara Komposisi Tubuh Dengan Kekerapan Senaman Mengikut Kategori Umur Dan Jantina

Kategori

Jantina

Pembolehubah

Nilai

Sig. (2-tailed)

(r)

Lelaki

Berat BMI Peratus Lemak

-0.05 -0.11 -0.04

0.84 0.70 0.89

-0.26 -0.34 -0.40

0.07 0.02 0.006

Remaja Perempuan

Lelaki

Kekerapan Senaman

Berat BMI Peratus Lemak

Dewasa Perempuan

Kekerapan Senaman

Berdasarkan analisis data berkenaan komposisi tubuh dengan kekerapan senaman bagi kategori remaja, keputusan korelasi Pearson -r menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan bagi elemen komposisi tubuh yang dikaji iaitu berat -r = 0.05 kg dan peratusan lemak r = 0.04. Hanya BMI sahaja yang tidak menunjukkan nilai yang signifikan dengan nilai r = -0.11. Bagi kategori dewasa, dapatan keputusan yang berbeza turut diperolehi dimana nilai korelasi -r bagi berat, BMI, dan peratus lemak masing-masing adalah -0.26, -0.34, dan -0.40. Keputusan ini menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara komposisi tubuh dan kekerapan senaman bagi kategori dewasa.

31

4.8

Hubungan Senaman Dengan Paras Kandungan Glukosa

Jadual 4.5 : Analisis Korelasi Hubungan Antara Kekerapan Senaman Dengan Paras Kandungan Glukosa Mengikut Kategori Umur Dan Jantina.

Kategori

Jantina

Pembolehubah

Nilai

Sig. (2-tailed)

(r) Lelaki

Kekerapan Senaman

Remaja Perempuan

Paras Glukosa

Lelaki

Kekerapan Senaman

Perempuan

Paras Glukosa

Dewasa

0.14

0.61

0.07

0.63

Analisis data menunjukkan nilai min dan sisihan piawai untuk kekerapan senaman bagi kategori remaja ialah 2.4±1.2 manakala nilai bagi paras kandungan glukosa dalam darah adalah 5.9 ± 1.0 mmol/L. Keputusan analisis korelasi Pearson, r menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang kuat di antara paras kandungan glukosa dengan kekerapan senaman bagi kategori remaja iaitu (r = 0.14). Selain itu, nilai p yang diperoleh adalah 0.61 lebih besar daripada nilai signifikan yang ditetapkan (p = 0.05), maka hipotesis ini di tolak kerana tidak terdapat hubungan yang signifikan antara paras kandungan glukosa yang normal dipengaruhi oleh kekerapan senaman bagi kategori remaja.

Bagi kategori dewasa, nilai min dan sisihan piawai bagi kekerapan senaman dan paras kandungan glukosa masing-masing adalah 1.8 ± 0.7 dan 6.6 ± 1.9 mmol/L. Analisis korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan dengan nilai korelasi r = 0.07 dan p = 0.63. Keputusan ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan antara paras kandungan glukosa terhadap kekerapan senaman bagi kategori dewasa.

32

4.9

Rumusan

Analisis statistik menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan bagi komposisi tubuh mengikut kategori umur dan jantina kecuali pada elemen berat bagi kategori dewasa. Selain itu, analisis korelasi juga menunjukkan tiada hubungan yang kuat di antara berat, BMI, dan peratus lemak dengan kekerapan senaman bagi kategori dewasa namun bagi kategori remaja pula terdapat hubungan yang signifikan bagi berat dan peratus lemak dengan kekerapan senaman. Tambahan lagi, analisis korelasi juga mendapati tiada hubungan yang kuat di antara kekerapan senaman dengan paras glukosa bagi kategori remaja, berbeza dengan kategori dewasa yang menunjukkan hubungan yang signifikan.

BAB V

RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1

Pengenalan

Bab ini membincangkan hasil kajian yang telah diperolehi daripada analisis data. Berdasarkan analisis data pada bab 4, huraian serta perbincangan dalam bab ini akan menjawab kedua-dua persoalan kajian di samping menjelaskan pencapaian objektif kajian yang telah dibentuk. Selain itu, perbincangan dari kajian yang telah dilakukan juga akan dinyatakan di dalam bab ini di mana setiap kesimpulan dan cadangan yang diusulkan adalah berdasarkan kepada dapatan analisis.

5.2

Paerbincangan Hasil Kajian

5.2.1 Perbincangan Komposisi Tubuh Mengikut Kategori Umur Dan Jantina

Berdasarkan analisis ujian Two Independent Sample Test, keputusan menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan bagi semua pembolehubah yang dikaji iaitu berat, BMI dan peratus lemak bagi kategori remaja lelaki

34

dan perempuan Nilai p yang diperoleh masing-masing adalah 0.14, 0.64 dan 0.10. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan komposisi tubuh mengikut kategori umur dan jantina antara remaja lelaki dan

remaja perempuan seterusnya membawa kepada

penolakan hipotesis dalam kajian ini.

Pada pandangan penyelidik, dapatan kajian tidak menampakkan hubungan yang kuat kerana beberapa faktor seperti jumlah bilangan subjek yang sedikit dan tidak seimbang antara lelaki dan perempuan. Hal ini akan mempengaruhi keputusan dan data yang di peroleh. Manakala bagi dapatan kajian untuk kategori dewasa lelaki dan perempuan juga tidak terdapat perbezaan untuk pembolehubah yang diuji iaitu BMI dan peratus lemak kecuali bagi berat yang menunjukkan nilai, p = 0.01.

5.2.2 Paras Kandungan Glukosa Dalam Darah

Hasil dari dapatan kajian menunjukkan paras kandungan glukosa dalam darah bagi subjek kategori remaja lelaki (N = 3) adalah pada tahap normal dengan nilai min serta sisihan piawai adalah 5.0 ± 0.0 mmol/L. Manakala remaja perempuan pula berada pada paras sederhana dengan nilai min dan sisihan purata adalah 6.1 ± 0.9 mmol/L. Data juga menunjukkan bahawa terdapat seorang subjek yang menunjukkan paras kandungan glukosa yang tinggi iaitu 7.4 mmol/L yang berumur 16 tahun. Secara terperinci, didapati daripada 11 orang subjek yang dikaji hanya 6 orang mempunyai paras kandungan glukosa yang normal, dan selebihnya iaitu 5 orang berada pada tahap melebihi paras normal iaitu.6.0 mmol/L ke atas.

Analisis bagi kategori lelaki dewasa pula menunjukkan paras glukosa berada pada tahap sederhana dengan nilai min serta sisihan piawai 6. 4± 1.7 mmol/L. Daripada 11 orang subjek yang dikaji, hanya 6 orang sahaja yang menunjukkan paras glukosa pada tahap normal, dan selebihnya berada pada tahap bahaya dan

35

mengundang kepada penyakit kronik seperti diabetes dan sebagainya. Namun terdapat seorang subjek yang mencecah paras tertinggi dengan nilai 10.4 mmol/L dan berada pada lingkungan umur 50 tahun. Hal ini kerana subjek memang mengidap penyakit kencing manis dan pada masa yang sama juga pemakanan atau diet seharian yang tidak dikawal menjadikan punca paras kandungan glukosa dalam badan meningkat dengan mendadak. Bagi kategori perempuan dewasa pula, nilai min dan sisihan piawai iaitu 6.7 ± 2.0 menunjukkan paras kandungan glukosa subjek berada pada paras sederhana. Daripada 36 orang subjek yang dikaji, hanya 15 orang subjek yang menunjukkan paras kandungan glukosa mereka berada pada tahap normal dan selebihnya 21 orang subjek pula berada pada tahap melebihi paras normal iaitu 6.0 mmol/L ke atas.

Selain itu, didapati seorang subjek yang berumur 46 tahun mencatatkan paras glukosa yang tertinggi dengan nilai 14.6 mmol/L yang mana boleh membahayakan kesihatan. Walaupun subjek menyatakan beliau menghidap penyakit kencing manis, namun seharusnya kawalan pemakanan adalah perlu agar paras glukosa tidak mencecah ke paras yang lebih tinggi. Namun, analisis statistik menunjukkan tidak terdapat nilai yang signifikan bagi paras kandungan glukosa bagi kategori remaja dan dewasa. Ini bermakna, kajian yang di jalankan ke atas subjek yang berbeza jantina dan kategori umur tidak terdapat perbezaan untuk pembolehubah yang dikaji iaitu paras kandungan glukosa dalam badan.

5.2.3 Hubungan Antara Kekerapan Senaman Dan Komposisi Tubuh

Keputusan analisis korelasi Pearson -r menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan bagi berat dengan nilai -r = -0.05 kg bagi kategori remaja. Dapatan kajian ini menyokong kajian yang telah dilakukan oleh (McGlynn, 1999), mendapati bahawa kekerapan melakukan senaman antara 3 hingga 4 kali seminggu akan

36

menghasilkan perubahan yang signifikan pada

komposisi tubuh. Ini bermakna,

kekerapan melakukan senaman akan menghasilkan berat yang ideal bagi seseorang individu. Untuk mendapatkan berat badan yang ideal, faktor-faktor seperti keghairahan, kematangan, keadaan mental, corak atau tabiat pemakanan dan sosialisasi mesti diutamakan apabila merawat obesiti (McGlynn, 1999). Dengan itu, hipotesis kajian diterima iaitu berat badan yang ideal dipengaruhi oleh kekerapan senaman bagi kategori remaja. Senaman yang dilakukan secara konsisten dan mengambil diet yang simbang akan menghasilkan berat yang ideal seseorang individu. Hockey (1993), menyatakan bahawa baki antara pengambilan makanan dan penggunaan tenaga adalah amat mustahak dalam kawalan berat. Penerimaan hipotesis ini menunjukkan bahawa remaja lelaki kerap melakukan senaman dan bersukan sehingga mendapat berat yang ideal.

Berdasarkan keputusan analisis korelasi Pearson menunjukkan walaupun tidak terdapat perkaitan yang kuat antara BMI dengan kekerapan senaman bagi kategori remaja dengan nilai korelasi -r = -0.11 kgm-2, namun nilai min dan sisihan piawai bagi BMI dengan kekerapan senaman iaitu 20.3 ± 4.2 dan 2.3 ± 1.2 menunjukkan perkaitan yang kuat dengan BMI yang mencapai paras yang ideal. Hipotesis kajian ditolak iaitu BMI yang ideal tidak dipengaruhi oleh kekerapan senaman bagi kategori remaja.

Menerusi analisis korelasi Pearson, keputusan menunujukkan terdapat nilai yang signifikan bagi peratusan lemak untuk kategori remaja dengan nilai r = 0.04 dan seterusnya menjawab kepada penerimaan hipotesis iaitu peratus lemak yang ideal dipengaruhi oleh kekerapan senaman. McArdle et al. (1996) juga menyatakan bahawa jika jumlah pengambilan kalori makanan melebihi penggunaan tenaga harian, maka lebihan kalori akan disimpan sebagai lipid dalam tisu adipos. Jika tidak digunakan maka boleh menyebabkan obesiti kerana lemak berlebihan dalam badan dan kesukaran melakukan aktiviti fizikal.

37

Seterusnya, keputusan bagi kategori dewasa yang menunjukkan dapatan yang berbeza iaitu nilai korelasi -r bagi berat, BMI, dan peratus lemak masing-masing adalah -0.26, -0.34 dan -0.40. Memandangkan nilai (p = 0.05), maka hipotesis kajian di tolak yang menyatakan berat, BMI dan peratus lemak yang ideal tidak dipengaruhi oleh kekerapan senaman.

5.2.4 Hubungan Antara Kekerapan Senaman Dan Paras Kandungan Glukosa

Keputusan analisis korelasi Pearson menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan bagi paras kandungan glukosa dengan kekerapan senaman untuk kategori remaja berdasarkan data yang diperolehi r = 0.14. Memandangkan nilai p = 0.61 maka hipotesis ditolak kerana paras kandungan glukosa yang normal tidak dipengaruhi oleh kekerapan senaman bagi kategori remaja. Apabila dapatan kajian tidak menunjukkan hubungan, kemungkinan banyak perkara perlu diteliti dan dikaji semula. Hal ini mungkin dipengaruhi oleh jumlah subjek yang sedikit maka nilai dapatan kajian menjadi tidak seimbang. Walaupun nilai korelasi didapati lemah, namun nilai min serta sisihan piawai bagi paras glukosa dan senaman ialah 5.8 ± 0.9 dan 2.3 ± 1.2 menandakan terdapat perkaitan yang kuat kerana paras glukosa berada pada paras normal dan kekerapan senaman juga dilakukan sebanyak 2-3 kali seminggu.

Berbeza dengan dapatan kajian bagi kategori dewasa menunjukkan hubungan yang signifikan antara paras kandungan glukosa dengan kekerapan senaman dengan nilai korelasi r = 0.07. Maka dengan itu, hipotesis diterima kerana paras kandungan glukosa yang normal dipengaruhi oleh kekerapan senaman. Walaupun terdapat hubungan yang signifikan antara keduanya, namun nilai min dan sishan piawai bagi paras glukosa menunjukkan nilai yang agak tinggi dan melebihi paras normal 6.6 ± 1.8. Paras glukosa yang normal dipengaruhi oleh pelbagai faktor misalnya usia, keturunan, gender dan pengambilan makanan yang seimbang dengan mengurangkan pengambilan makanan bergula, berminyak dan rendah kolestrol.

38

5.3

Kesimpulan

Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan komposisi tubuh mengikut kategori umur dan jantina bagi kategori remaja. Bagi kategori dewasa pula hanya berat sahaja yang menampakkan perbezaan yang signifikan terhadap komposisi tubuh mengikut jantina manakala pembolehubah yang lain iaitu BMI dan berat tidak menampakkan perbezaan. Manakala, dapatan kajian mengenai paras kandungan glukosa dalam darah bagi setiap kategori umur dan jantina juga tidak menampakkan perbezaan yang signifikan untuk kategori remaja dan manakala kategori dewasa menunjukkan hubungan yang signifikan. Secara terperinci, rata-rata subjek tidak mengamalkan serta menjaga tabiat pemakanan serta tidak melakukan senaman atau aktiviti fizikal yang sesuai sehinggakan ramai di antara subjek yang menghidap penyakit kencing manis.

Seterusnya, bagi dapatan kajian mengenai hubungan senaman dengan komposisi tubuh, data menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan bagi BMI, namun berat dan peratus lemak menunjukkan hubungan yang kuat bagi kategori remaja. Bagi kategori dewasa pula tidak terdapat nilai signifikan bagi ketiga-tiga elemen. Selain itu, hubungan antara senaman dan paras glukosa juga tidak menunjukkan hubungan yang kuat antara satu sama lain bagi kategori remaja dan bagi kategori dewasa pula menunjukkan nilai yang signifikan antara keduanya.

Secara keseluruhannya, hasil analisis menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi beberapa hipotesis yang dikaji. Oleh yang demikian, hipotesis null (Ho 1), hipotesis null (Ho 3), hipotesis null (Ho 4), hipotesis null (Ho 5), hipotesis null (Ho 7), hipotesis null (Ho 8) diterima dan hipotesis alternatif bagi (Ha 1), (Ha 3), (Ha 4), (Ha 5), (Ha 7), (Ha 8). Manakala bagi hipotesis alternatif (Ha 2), (Ha 6), (Ha 9), diterima dan (Ho 2), (Ho 6), (Ho 9), adalah ditolak.

39

5.4

Cadangan

Setelah kajian dijalankan, penyelidik dapat menyatakan beberapa cadangan yang boleh dilakukan untuk meningkatkan penyelidikan ini pada masa hadapan.

5.4.1 Pemilihan subjek

Dari segi pemilihan subjek, pengkaji mencadangkan agar kajian seterusnya dilaksanakan dengan melibatkan subjek yang lebih ramai berbanding kajian ini. Hal ini kerana kekurangan subjek akan membataskan matlamat kajian dan keputusan kajian akan dipengaruhi oleh jumlah subjek yang terlibat. Walaupun dapatan kajian semuanya menunjukkan tidak terdapat perbezaan dan hubungan yang signifikan bagi setiap hipotesis yang diuji namun penglibatan subjek yang ramai akan menyebabkan dapatan kajian lebih tepat dan mempunyai kebolehpercayaan yang lebih tinggi serta keputusan yang berbeza.

5.4.2 Profesion Dan Latarbelakang

Penyelidik juga mencadangkan agar bakal pengkaji memilih subjek dari pelbagai bidang pekerjaan misalnya guru, polis, atlit sukan negara dan sebagainya untuk mendapatkan hasil kajian yang berbeza. Hal ini kerana, penyelidik tidak menetapkan atau mengambil maklumat berkenaan pekerjaan bagi setiap subjek yang di uji. Oleh itu, kajian akan lebih menarik jika kita dapat mengelaskan subjek mengikut kumpulan pekerjaan dan seterusnya dapat mendapatkan keputusan yang berbeza dari aspek pekerjaan.

40

5.4.3 Kawasan Yang Berbeza

Selain itu pengkaji masa hadapan disarankan agar melebarkan kawasan kajian yang bersesuaian dan tidak terhad kepada satu negeri atau daerah sahaja untuk mendapatkan hasil kajian yang berbeza.

5.4.4 Sasaran Subjek Mengikut Kategori Penyelidik mencadangkan supaya pemilihan subjek dilakukan secara telus dan dipecahkan mengikut kategori masing-masing. Hal ini kerana sewaktu menjalankan penyelidikan ini, subjek di ambil secara rawak dan setelah itu baru dipecahkan mengikut kategori. Sehubungan dengan itu, pengkaji masa hadapan perlu menetapkan kumpulan sasaran seperti kategori dewasa sahaja atau kategori remaja sahaja atau kedua-duanya untuk memudahkan pemilihan subjek dan proese mengumpul data. Pengkaji juga disarankan agar mendapatkan maklumat. berkenaan jenis senaman atau aktiviti fizikal yang dilakukan oleh subjek dengan lebih spesifik agar dapatan kajian menjadi lebih kukuh.

Rujukan

Berchtold, P., Berger, M., Jorgens, V., Daweke, C., Chantelau, E., Cries, F.A., dan Zimmermann, H., (1981). Cardiovascular risk factors and HDL-cholesterol levels in obesity. Int. J. Obes. 5, 5–10.

Bjorntorp, P. (1997). Aging and Body Composition. Nutrition, 13 (6), 572-573.

Bjorntorp, P. (2002). Definition and classification of obesity. In: Fairburn,C.G., Brownell, K.D. (Eds.), Eating Disorders and Obesity: A Comprehensive Handbook. Guilford Press, New York, (pp. 377–381).

Blair, S, Kohl, H.W., Paffenbarger, R.S., Clark, D.G., Cooper, K.H., dan Gibbons, L.W., (1989). Physical Fitness and all cause mortality: A prospective study of men and women. Journal of American Medical Association 262, 2395 2401.

Brozek, J., Grande, F., Anderson, J.T., Keys, A., (1963). Densitometric analysis of body

composition: revision of some quantitative assumptions. Annals of the

New York Academy of Sciences 110, 113 – 140.

Dubos, R. (1968). So human an animal. New York: Scribner.

Falls, Harold B., dan Baylor, Ann M. (1980). Essentials of fitness. Saunders College (Philadelphia).

Fatimah Ibrahim, Wan Abu Bakar Wan Abas, dan Ng Siew Cheok. (2008). Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains. Kuala Lumpur : Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya.

42

Fox dan Mathew (1981). Dalam Judith E. Brown (2002), Nutrition Now Fitness. Wordsworth, CA.

Hamdy, R.C. Whalen, K., Donnelly, J., Cancellaro, V., Moore, S., Hudgins, L. (1994).

Age associated changes in body composition in healthy women

and men. Age Ageing 23 (Suppl. 1), 15.

Heyward, V.H., dan Stolarczyk, L.M. (1996). Applied body composition assessment. Champaign: Human Kinetics.

Hockey, R.V. (1993). Physical Fitness: The Pathway Healthful Living. Edisi ke-7. Missouri: Mosby-Year Book Inc.

Hockey (1996). ″ Practical Measurement for Evaluation in Physical Education. ″ (4th

edition), UnitedState of America : Burges Publishing United State of

America.

Holloszy, J.O. (1998). Minireview: Exercise and longevity: studies on rats. Journal of

Gerontology, 43, 149 - 151.

Hoyman, H. (1962). Our modern concept of health.Journal of School Health, 32, 253.

Horber, F.F., Gruber, B., Thomi, F., Jensen, E.X., dan Jaeger, P. (1997). Effect of sex and age on bone mass, body composition and fuel metabolism in humans. Nutrition 13524.

J.R. Lustig, dan B.J.G Strauss. (2003). Encyclopedia of Food Sciences and Nutrition, Pages 550-557.

43

J. Woo., T. Kwok., E. Lau., M. Li., L.M. Yu. (1997). composition

Arch. Gerontol. Body

in Chinese subjects: Relationship with age and disease 26,

23–32.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Selangor : Dawama Sdn. Bhd. Lyndon J. O. Joseph, Alice S. Ryan. (2004). Encyclopedia of Endocrine Diseases, Pages 373-377.

McArdle, D.M. Katch, F.I. and Katch, V.L. (1996). Exercise Physiology: Energy, Nutrition and Human Performance. (4th ed.). Philadelphia, PA: Lippincott. Williams and Wilkins.

McGlynn, G. (1999). Dynamics of Fitness: A Practical Approach. 5th ed. St. Louis. The McGraw-Hall Companies Inc. Prentice, W.E. (1999).

Fitness and

th

Wellness for Life. (6 ed.). Colombia: McGraw-Hill, Inc.

Nor Kumala Awang (2007, 30 Julai). Gaya Hidup Sihat Perlu Keseimbangan Rohani Dan Jasmani. Institute Of Islamic Understanding Malaysia (IKIM).

Obesiti: Kajian didapati Malaysia Hadapi Masalah Paling Besar Di Asia. (2005, July 8). Bernama.

Ortiz, O., Russell-Aulet, M., Daley, T.L., Baumgartner, R.N., Waki, M., Lichtman, S., Wang, J., Pierson, R.N., Heymsfield, S.B., (1992). Differences in overall muscle and bone mineral mass between black and white females and their relevance to estimates of body composition. (55), 8–13.

44

Paffenbarger RS Jr, Hyde RT, Wing AL dan Hsieh C-c (1986). Chronic disease in former college students: XXX. Physical activity, all-cause mortality, and longevity of college alumni. New England Journal of Medicine 314, 605–613

Pollock, M.L., dan Wilmore, J.H. (1984). Exercise in health and disease: Evaluation and

prescription for prevention and rehabilitation Ed. Ke-2. Philadelphia:

W.B. Saunders Company.

Rico, H., Revilla, M., Hernandez, E.R., Gonzalez-Riola, J.M., dan Villa, L.F. (1993). Four-compartment model of body composition of normal elderly women. Age Ageing 22, 265–268.

Siri, W.E., (1961). Body composition from fluid space and density. In: Brozek, J., Hanschel, A. (Eds.), Techniques for Measuring Body Composition. National Academy of Science, Washington, DC, (pp. 223–244).

Stamler, J., Stamler, R., Rhomberg, P., Dyer, A., Berkson, D., Reedus, W., Wanamaker, J., (1975). Multivariate analysis of the relationship of six variables to blood

pressure:findings from Chicago community surveys,

1965–1971. J. Chronic Dis. 28, 499–525.

Wee Oeng Hoe (1998). Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

World Health Organization (1948). Constitution of the World Health Organization. In Documents Commodities, Geneva: Author.

World Health Organization, (1995). Physical status: the use and interpretation of anthropometry. World Health Organization Technical Report Series, 854.

45

World Health Organization, (1998). Obesity: preventing and managing the global epidemic: Report of a WHO consultation on obesity, Geneva, 3– 5 June 1997. World Health Organization Division of Noncommunicable Disease Programme

of Nutrition Family and Reproductive Health, Geneva.

LAMPIRAN A

CETAKAN JADUAL ANALISIS DATA SPSS

DEWASA

NPar Tests

Descriptive Statistics

Berat BMI Lemak Glukosa Senaman Kategori Jantina

N 46 46 46 46 46 46 46

Mean 61.4130 24.8870 31.7435 6.6022 1.8261 4.0000 1.7609

Std. Deviation 11.20628 4.44360 8.92469 1.87646 .73950 .00000 .43127

Minimum 44.20 17.30 11.40 4.00 1.00 4.00 1.00

Maximum 87.80 35.90 50.10 14.60 5.00 4.00 2.00

47

Mann-Whitney Test

Ranks

Berat

BMI

Lemak

Glukosa

Senaman

Kategori

Jantina lelaki perempuan Total lelaki perempuan Total lelaki perempuan Total lelaki perempuan Total lelaki perempuan Total lelaki perempuan Total

N 11 35 46 11 35 46 11 35 46 11 35 46 11 35 46 11 35 46

Mean Rank 32.00 20.83

Sum of Ranks 352.00 729.00

26.64 22.51

293.00 788.00

19.59 24.73

215.50 865.50

22.18 23.91

244.00 837.00

21.95 23.99

241.50 839.50

23.50 23.50

258.50 822.50

Test Statistics(b)

Mann-Whitney U Wilcoxon W Z Asymp. Sig. (2tailed) Exact Sig. [2*(1tailed Sig.)]

Berat 99.000 729.000 -2.408

BMI 158.000 788.000 -.889

Lemak Glukosa Senaman Kategori 149.500 178.000 175.500 192.500 215.500 244.000 241.500 822.500 -1.107 -.374 -.507 .000

.016

.374

.268

.709

.612

1.000

.015(a)

.387(a)

.272(a)

.722(a)

.666(a)

1.000(a)

a Not corrected for ties. b Grouping Variable: Jantina

48

Correlations

Descriptive Statistics

Berat BMI Lemak Glukosa Senaman Jantina

Mean 61.4130 24.8870 31.7435 6.6022 1.8261 1.7609

Std. Deviation 11.20628 4.44360 8.92469 1.87646 .73950 .43127

N 46 46 46 46 46 46

49

Correlations

Berat Berat

BMI

Lemak

Glukosa

Senama n

Jantina

BMI

Lemak

Gluk osa

Senaman

Jantin a

Pearson .386( Correlatio 1 .869(**) .635(**) .217 -.262 **) n Sig. (2.000 .000 .147 .079 .008 tailed) N 46 46 46 46 46 46 Pearson Correlatio .869(**) 1 .859(**) .217 -.336(*) -.171 n Sig. (2.000 .000 .147 .022 .256 tailed) N 46 46 46 46 46 46 Pearson Correlatio .635(**) .859(**) 1 .160 -.400(**) .192 n Sig. (2.000 .000 .288 .006 .202 tailed) N 46 46 46 46 46 46 Pearson Correlatio .217 .217 .160 1 .072 .067 n Sig. (2.147 .147 .288 .633 .660 tailed) N 46 46 46 46 46 46 Pearson Correlatio -.262 -.336(*) -.400(**) .072 1 -.064 n Sig. (2.079 .022 .006 .633 .674 tailed) N 46 46 46 46 46 46 Pearson Correlatio -.386(**) -.171 .192 .067 -.064 1 n Sig. (2.008 .256 .202 .660 .674 tailed) N 46 46 46 46 46 46 ** Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed). * Correlation is significant at the 0.05 level (2-tailed).

50

REMAJA

NPar Tests

Descriptive Statistics

Berat BMI Lemak Glukosa Senaman Jantina

N 14 14 14 14 14 14

Mean 51.5357 20.3000 24.2071 5.8929 2.3571 1.7857

Std. Deviation 14.22704 4.27839 8.83224 .96274 1.21574 .42582

Minimum 38.80 16.40 12.90 4.80 1.00 1.00

Maximum 94.40 32.70 46.40 7.40 5.00 2.00

Mann-Whitney Test

Ranks

Berat

BMI

Lemak

Glukosa

Senaman

Jantina lelaki perempuan Total lelaki perempuan Total lelaki perempuan Total lelaki perempuan Total lelaki perempuan Total

N 3 11 14 3 11 14 3 11 14 3 11 14 3 11 14

Mean Rank 10.67 6.64

Sum of Ranks 32.00 73.00

8.50 7.23

25.50 79.50

4.00 8.45

12.00 93.00

4.00 8.45

12.00 93.00

9.17 7.05

27.50 77.50

51

Test Statistics(b)

Mann-Whitney U Wilcoxon W Z Asymp. Sig. (2tailed) Exact Sig. [2*(1tailed Sig.)]

Berat 7.000 73.000 -1.479

BMI 13.500 79.500 -.468

Lemak 6.000 12.000 -1.635

Glukosa 6.000 12.000 -1.646

Senaman 11.500 77.500 -.910

.139

.640

.102

.100

.363

.170(a)

.659(a)

.126(a)

.126(a)

.456(a)

a Not corrected for ties. b Grouping Variable: Jantina

Correlations

Descriptive Statistics

Berat BMI Lemak Glukosa Senaman Jantina

Mean 51.5357 20.3000 24.2071 5.8929 2.3571 1.7857

Std. Deviation 14.22704 4.27839 8.83224 .96274 1.21574 .42582

N 14 14 14 14 14 14

52

Correlations

Berat Berat

BMI Lemak .884(**) .631(*)

Glukosa Senaman Jantina .115 -.059 -.171

Pearson 1 Correlation Sig. (2.000 .016 .696 .840 tailed) N 14 14 14 14 14 BMI Pearson .884(**) 1 .874(**) .173 -.111 Correlation Sig. (2.000 .000 .554 .706 tailed) N 14 14 14 14 14 Lemak Pearson .631(*) .874(**) 1 .281 .042 Correlation Sig. (2.016 .000 .330 .887 tailed) N 14 14 14 14 14 Glukosa Pearson .115 .173 .281 1 .147 Correlation Sig. (2.696 .554 .330 .616 tailed) N 14 14 14 14 14 Senaman Pearson -.059 -.111 .042 .147 1 Correlation Sig. (2.840 .706 .887 .616 tailed) N 14 14 14 14 14 Jantina Pearson -.171 .110 .399 .503 -.287 Correlation Sig. (2.558 .709 .157 .067 .321 tailed) N 14 14 14 14 14 ** Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed). * Correlation is significant at the 0.05 level (2-tailed).

.558 14 .110 .709 14 .399 .157 14 .503 .067 14 -.287 .321 14 1

14