Peranan para ulama dalam pendidikan ... Tokoh-tokoh ulama: peranan dan
sumbangan mereka .... penulis dan peranan majalah – majalah dan suratkhabar.
Peranan para ulama dalam pendidikan orang-orang Melayu di Semenanjung
Pengenalan Siapakah ulama? Kebangkitan para ulama di Semananjung. Tokoh-tokoh ulama: peranan dan sumbangan mereka Tok Pulau Manis Syeikh Daud Al-Fatani Tok Kenali Syed Syeikh Al-Hadi Syed Abdillah Ahmad Al-Jufri Kesimpulan
Siapakah sebenarnya ulama? Dalam pengertian Islam, ia merujuk kepada mereka yang berilmu agama, dan yang seharusnya beriman dengan penuh ketaqwaan kepada Allah, serta menjalankan misi selaku “ pewaris anbia”.
Dalam persepsi masyarakat, dan juga tanggapan pihakpihak tertentu yang lain, ulama ialah mereka yang berkebolehan dan berkeupayaan untuk mengajar, membimbing dan memimpin sesuai dengan semangat yang terkandung dalam ayat al-Quran(maksudnya)
“Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hambahamba(ku) hanyalah para ulama.”
Kebangkitan Ulama Negeri - negeri Melayu telah berjaya menampilkan berpuluh – puluh orang tokoh besar Islam; Realiti sosial Politik Tiada saingan daripada golongan-golongan lain sebagai pemimpin sosial
Tok Pulau Manis
Nama sebenarnya Sheikh Abdul Malik bin Abdullah
Dikenali juga sebagai; Dato’Pulau Manis
Tok Syeikh Pulau Manis
Tok Ku Pulau Manis
Tuan Pulau Manis
Dilahirkan pada 1650 di Kampung Pauh Hulu Trengganu
Berketurunan Sharif Mohd
Tok Pulau Manis
Beristerikan puteri Tok Raja Sawa Lila seorang pembesar tempatan yang berasal dari Johor
Pernah berguru dengan Abdul Rauf Singkel
Pernah menjadi pendidik di Mekah
Pada 1690 beliau pulang ke Trengganu
Meninggal pada tahun 1149H / 1736M ketika berusia 86 tahun
Peranan dan sumbangan Tok Pulau Manis
Berdakwah melalui lisan dan penulisan
Pengasas pendidikan pondok
Menghasilkan 4 buah pusaka ilmiah: Risalah Naql,
Risalah Kaifiyyat Al-Niyyah,
Kitab Al-Kifayah
Syarah Hikam
Mencapai taraf wali Allah serta Al-Iman Al-Alim AlAllamah
Syarah Hikam
Peranan dan sumbangan Tok Pulau Manis
Sebagai Syeikh al-Ulama dan Mufti, mengeluarkan fatwa-fatwa berhubung dengan pegangan keIslaman dan hukum-hakam Mengarang risalah Naql yang menghuraikan pendapat ulama fuqaha tentang bilangan sah untuk mendirikan sembahayang Apabila menyedari jumlah penduduk di sepanjang sungai Terengganu adalah kecil, sehingga menyebabkan kesukaran kepada mereka mendirikan solat Jumaat
Peranan dan sumbangan Tok Pulau Manis
Merujuk kepada kedudukan dan penglibatan Tok Pulau Manis kita membuat kesimpulan bahawa ketokohan beliau tidak semata-mata bersifat tempatan tetapi juga bersifat nasional dan nusantara
Selepas kematiannya, tradisi pengajian yang diasasnya tidak turut malap tetapi tetap subur kerana diteruskan oleh keturunannya.
Kitab-kitabnya masih digunakan oleh generasi kemudian hingga kini.
Institusi Pengajian di Pulau Manis (Awal Abad ke-18)
Pengajian di Beladu (Berlanjutan Awal Abad ke-19)
Pengajian di Serengas Oleh Haji Abdul Malik bin Isa (Pertengahan Abad ke-19) Haji Mat Lapok (Pertengahan Abad ke-1
Pengajian Padang Midin ( Lanjutan Lampu Terakhir Abad 20)
Pondok Haji Abdul Hamid Tebauk Nerus K. T’Ganu Akhir abad ke-13/19
Pondok Pengajian Haji Husain Kampung Besut 1290/1332/1873/1913
Pondok Faqih Abdullah
Pondok Tuan Guru
Kuala Brang Berakhir 1966
Haji Muhammad bin Haj Hussein, Kuala Besut (1338-1391/1919-1971)
Syeikh Daud Al-Fatani
Nama sebenar, Daud bin Abdullah ibni Idris Al-Jawi AlFatani Al –Melayuwi.
Beliau juga dikenali sebagai Datuk Syeikh Daud Al-Fatani.
Dilahirkan di kampung Parik Marhum Selatan, Patani.
Berguru dengan kaum keluarganya sendiri yang memang terkenal alim.
Syeikh Daud Al-Fatani
Menerima pelajaran asas selama 5 tahun di Patani, kemudian ke Acheh selama 2 tahun.
Menyambung pengajian di Mekah selama 30 tahun, akhir sekali di Madinah selama 5 tahun.
Meninggal ketika usianya 80 tahun, 1263H
Peranan dan Sumbangan Syeikh Daud Al-Fatani
Menguasai banyak ilmu agama, usuluddin, fiqh, tasawwuf,hadith, sejarah
Menterjemah karya – karya dari B. Arab ke B. Melayu untuk menyampaikan mesej da’wahnya.
Kegiatan penting: mengarang, mengajar dan mengurus hal ehwal jemaah haji.
Berjaya menghasilkan 2 buah karya ilmiah setiap tahun sepanjang hidupnya.
Peranan dan Sumbangan Syeikh Daud Al-Fatani
Kitab – kitab karangannya ditulis, diterjemah dan disadur dalam B. Jawi
Al Dur Al-Thamin (Permata Berharga)
Kashyf al-Ghummah (Penawar Kedukaan)
Kepujanggan beliau terserlah –
Isi kandungan karya diolah dalam bentuk sastera yang indah hingga mengocak perasaan pembaca
Bijak memilih ungkapan yang begitu seni lagi berkesan.
Sumbangan paling bernilai - pusaka penulisannya yang masih dapat dimanfaati hingga ke masa kini.
Al Dur Al-Thamin (Permata Berharga)
Kashyf al-Ghummah (Penawar Kedukaan)
Tok Kenali
Dilahirkan di Kampung Kenali, tahun 1868
Nama asalnya, Muhammad Yusuf Bin Ahmad
Dari kecil, memperlihatkan tanda – tanda kecerdasan yang luar biasa dan kecenderungan kepada ilmu pengetahuan
Melanjutkan pelajaran di Kota Baru semasa berusia 10 tahun
Kemudian melanjutkan pelajaran ke Kota Suci Mekah pada 1886.
Meninggal dunia pada 19 haribulan November, 1933
Peranan dan Sumbangan Tok Kenali
Sejak dari muda lagi meminati pembacaan dan menaruh pandangan yang begitu tinggi terhadap tugas – tugas penulis dan peranan majalah – majalah dan suratkhabar – suratkhabar
Pengasas dan pendorong majalah ‘Pengasuh’, 1918 (Majalah tertua yang kedua selepas majalah Al-Imam – Syeikh Al Hadi)
Peranan dan Sumbangan Tok Kenali
Tidak meninggalkan hasil – hasil karya yang besar dalam mana – mana bidang pengajian Islamiah, namun jasa paling besar ialah kejayaannya melahirkan satu angkatan ulama’ yang memegang obor pengajian tinggi Islam bukan di negeri Kelantan dan Malaya, malah di Thailand, Kemboja dan Indonesia, di separuh pertama abad dua puluh
Telah berjaya membawa kemuncak pengajian tatabahasa Arab, nahu saraf, balaghah dan sistem pelajaran Pondok di negeri itu
Peranan dan Sumbangan Tok Kenali
Keahlian beliau dalam bidang – bidang itu merupakan legenda di kalangan ahli - ahli ilmu di zaman itu
Dalam kebanyakan waktu beliau mengajar tanpa kitab
Aktif dalam bidang kegiatan kemasyarakatan dan pentadbiran negeri
Membuka Pondok Kenali
Peranan dan Sumbangan Tok Kenali
Menyandang jawatan – jawatan selaku
anggota Majlis Ugama Islam
anggota Jemaah Ulama Kelantan,
Ketua Pengarang pertamna majalah Pengasuh dan
Ketua Pelajaran Utama
Menyebarkan pengetahuan agama yang tinggi dan memajukan negeri Kelantan
Syed Syeikh Al-Hadi Nama sebenar, Syed Syeikh Bin Syed
Ahmad Al-HAdi Dilahirkan pada petang Selasa 25 Rejab
tahun 1281H bersamaan 1867M, di Kampung Hulu, Melaka Memperolehi pendidikan dasar di sekolah swasta
dibawa ayahnya ke Riau sewaktu umurnya 14 tahun Di Riau beliau menuntut dengan seorang alim yang
terkenal, Raja Ali Alhaj atau Raja Ali Haji.
Syed Syeikh Al-Hadi
Meneruskan pendidikan ke Mekah, lalukeBeeirut dan selanjjutnya ke Mesir memasuki universiti AlAzhar pada tahun 1894 – 1905M 1905 – 1915, Syed Sheikh Al-Hadi bekerja di Mahkamah Assyariah ddi Johor Pada tahun 1908, beliau mendirikan Madrasah AlIqbal di Singapura. Kemudian tahun 1917, Syeikh Al-Hadi mendirikan Madrasah Al-Hadi di Melaka
Peranan dan Sumbangan Syed Syeikh AlHadi
Selain menyebarluaskan agama Islam, memperbetulkan akidah dan tafsiran orang Melayu terhadap agama Islam, malah berkeupayaan sebagai seorang novelis dan sasterawan
Bersama rakan – rakannya dalam Golongan Muda, berusaha mengasaskan sistem pendidikan madrasah
salah sebuah madrasah yang ditubuhkannya ialah Madrasah AlMasyhur Al Islamiyah di Pulau Pinang (berfungsi hingga kini)
Madrasah yang terkenal dan bepengaruh di Tanah Melayu ini telah berjaya menghasilkan pelajar – pelajar terkemuka termasuklah Dr. Burhanuddin Al-Helmy, bekas Yang Di-Pertua Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (PAS) yang pertama dan merupakan tokoh nasionalis dan pejuang kemerdekaan tanahair yang ulung.
Peta madrasah – madrasah yang ditubuhkan oleh Syeikh Al-Hadi
Peranan dan Sumbangan Syed Syeikh AlHadi
Menerbitkan majalah – majalah Al Imam, Al Ikhwan dan Saudara
Tulisannya yang sering mendahului zaman dan kontroversial telah merubah dan mencelikkan mata dan hati masyarakat Melayu yang dikongkong oleh penjajah Barat
Al Imam
Al Ikhwan
Peranan dan Sumbangan Syed Syeikh AlHadi
Syeikh Al-Hadi mengasaskan penerbitan Al Imam pada tahun 1906.
Pemikiran terhadap pembaharuan kepercayaan – kepercayaan karut serta khurafat yang terdapat di kalangan masyarakat telah diutarakan. Kemajuan yang seimbang diantara kepentingan duniawi dan ukhrawi diungkapkan dalam tulisan – tulisannya yang tersiar dalam Al Imam sekitar tahun 1906 – 1908. Al Imam dijadikan sebagai platform perjuangan yang cukup berkesan dengan suasana masyarakat Islam di Tanah Melayu ketika itu. Saranan, kritikan dan tegurannya mendapat perhatian masyarakat khususnya golongan intelektual dan mereka yang celik huruf, bertambahlah golongan – golongan agama serta sekolah – sekolah pengajian pondok banyak didirikan Yang paling berkesan masyarakat Melaui mulai sedar akan pentingnya tabiat membaca dan menimba ilmu
Peranan dan Sumbangan Syed Syeikh AlHadi
Majalah Al Ikhwan dan akhbar Saudara yang dipimpinnya dengan lantang dan tegas mengutarakan kepincangan dan kemunduran umat Islam Teguran dan pandangan ini mendapat perhatian daripada masyarakat Islam, ketua – ketua agama, Sultan – sultan malah penjajah Inggeris sendiri Pada tahun 1920, Syeikh Al-Hadi mulai mengarang buku- bukunya. Dari karangannya ini, tampak keahliannya sebagai seorang sasterawan dan pendidik Di antara karya – karyanya seperti; 1. Hikayat Setia Asyik kepada Ma’syuk (Faridah Hanum) 2. Tarikh Islami, pada tahun 1922 3. Tafsir Juz’Amma, pada tahun 1927 4. Hikayat Anak Daragsan, pada tahun 1928 5. Taman Cinta Berahi, pada tahun 1928
Karya – karya Syeikh Al-Hadi
Peranan dan Sumbangan Syed Syeikh AlHadi
Memainkan peranan penting dalam memajukan sistem pendidikan di negara ini khususnya dalam bidang pendidikan madrasah agama
Menerusi pengajian madrasah inilah beliau menyalurkan pemikiran dan falsafah perjuangannya
Gerakan reformasi dalam sistem pendidikan yang dipelopori berkembang ke negeri – negeri seperti Selangor, Negeri Sembilan, Perlis, Perak dll.
Peranan dan Sumbangan Syed Syeikh AlHadi
Dianggap sebagai tokoh yang mempopularkan sistem pendidikan madrasah dan aliran reformasi Islam
Penubuhan madrasah – madrasah tersebut berhasil memberi saingan kepada sistem pendidikan sekular
Menekankan perlunya kaum wanita Islam diberi kebebasan dan peluang yang sama dengan kaum lelaki dalam pendidikan dan taraf hidup
Memperjuangkan hak kebebasan dan menaikkan taraf pendidikan yang sama rata di rantau ini.
Syed Abdillah Ahmad Aljufri
Dilahirkan di Singapura pada 2 Ogos 1938 (Selasa, 5 Jamadilakhir 1357H)
Mendapat pendidikan di Madrasah Aljunied.
Berguru dengan banyak ulama, termasuk Allamah Syeikh Omar Abdullah Al-Khatib (seorang mursyid terkenal)
Dalam usia 50-an beliau berjaya meraih diploma pengajian Islam daripada Universiti Islam Antarabangsa
Meninggal pada 5 Januari 2003
Peranan dan Sumbangan Syed Abdillah Ahmad Aljufri
1957, mengajar di madrasah, sekolah pemerintah, masjid dan bersyarah di khalayak umum
Tulisan dan ceramahnya sering disiarkan dalam media Singapura dan rantau ini
Pengarang banyak buku pengetahuan agama Islam (IRK) terbitan Institut Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran
Peranan dan Sumbangan Syed Abdillah Ahmad Aljufri
Menjadi rujukan ramai dalam hal ehwal agama sehinggalah berkhidmat dengan Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS)
Menjadi pengetua Madrasah Aljunied
Memimpin Persatuan Ulama dan Guru Agama Islam Singapura / Pergas (dan merupakan anggota pengasas Pergas)
Peranan dan Sumbangan Syed Abdillah Ahmad Aljufri Pada tahun 2000, menjadi pengetua Madrasah Aljunied bahas sengit mengenai masa depan pendidikan madrasah sepenuih masa ekoran rancangan pemerintah untuk mengenalkan Pendidikan Wajib (CE)
Bahas itu dikatakan hampir menjejas perpaduan umat Islam Menegaskan betapa perllu madrasah sepenuh masa diberikan kelonggaran dalam soal CE dan bantuan serta genting bagi Singapura sendiri mempunyai asatizah dan ulama setempat Penjelasannya meyakinkan pemerintah
Khidmat cemerlangnya telah diiktiraf oleh MUIS, Pergas dan pelbagai badan da’wah di dalam dan luar Singapura Karya terbaru Allahyaram ialah VCD tafsir Al- Quran mengenai tiga surah Qul hasil siri ceramahnya.
Kesimpulan
Para ulama memainkan peranan penting dalam pendidikan dalma masyarakat Melayu
Tanpa kehadiran mereka, kemungkinan masyarakat Melayu masih diselubungi kegelapan dan kejahilan
Ternyata dengan peranan dan sumbangan mereka, masyarakat Melayu telah dapat meninggalkan ajaran – ajaran yang lapok dan memeluk ajaran dan pendidikan duniawi dan ukhrawi yang seluruhnya
Bibliografi
Talib Samat (1992). Syed Syeikh Al-HAdi: Sasterawan Progresif Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (KL) Muhd Abu Bakar (1991). Ulama Terengganu: Suatu Sorotan Utusan, Publication dan Distributors Sdn. Bhd. (Terengganu) A.M Noor (2000). Tokoh – tokoh Ulama Kelantan Darul Naim. Pustaka Aman Press Sdn. Bhd. (Kelantan) Diselenggarakan oleh, Ismail Che Daud (1988). Tokoh – tokoh Ulama Semenanjung Melayu (1), Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu (Kelantan) Drd. H. MuhammadSyamsu As. Ulama Pembawa Islam di Indonesia dan Sekitarnya, Lentera (Jakarta) Berita Harian, 5 Januari 2003