Panduan Pengguna Permohonan Pembiayaan Pendidikan PTPTN ...

253 downloads 472 Views 683KB Size Report
PEGESAHAN PERMOHONAN. 14 ... Alamat Tetap dan Surat-menyurat. • Nombor ... Contoh. Gaji Kasar = RM1500.00. KWSP = (150.00). PERKESO = ( 10.00).
Panduan Pengguna Permohonan Pembiayaan Pendidikan PTPTN Secara Online http://www.ptptn.gov.my/gateway/ No Hotline PTPTN: 03 2080 4455

*PANDUAN INI KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR KOLEJ NEW ERA SAHAJA.

KANDUNGAN PENDAFTARAN KALI PERTAMA/LOG MASUK SISTEM

1

BUTIRAN PERIBADI

2

BUTIRAN PEKERJAAN PEMOHON

4

BUTIRAN IBU BAPA KANDUN

5

BUTIRAN PENJAGA

8

BUTIRAN KURSUS

11

BUTIRAN KELAYAKAN

13

PEGESAHAN PERMOHONAN

14

PENDAFTARAN KALI PERTAMA/LOG MASUK SISTEM

1. Bagi pemohon pertama, membuat pendaftaran kali pertama. 2. Log masuk ke sistem.

BUTIRAN PERIBADI

Butiran Peribadi:  Nombor Kad Pengenalan Baru (12 digit) / Tentera / Polis  Alamat eMel yang sah  Nombor Pin BSN (Untuk pemohon kali pertama, anda perlu membeli nombor pin BSN di mana-mana cawangan BSN). Nombor Pin yang dibeli hanya sah dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh pembelian.  Nombor Pendaftaran Kecacatan Jabatan Kebajikan Masyarakat (jika berkenaan)  Alamat Tetap dan Surat-menyurat  Nombor Telefon Bimbit dan Telefon Tetap  Bagi yang bekerja atau pernah bekerja: Alamat, Nombor Telefon & Kod Agensi Majikan, Gaji Kasar & Bersih, Nombor Cukai Pendapatan, Nombor Ahli KWSP, Tarikh Mula Bekerja (jika bekerja)  Nama Institusi, Kampus & Kursus, Jurusan, Nombor Matriks, Jenis Pengajian, Tempoh & Tarikh Mula Kursus (jika mempunyai kelayakan pendidikan lain)  Nombor Akaun Bank  Selepas selesai isi maklumat peribadi, klik simpan and seterusnya.

BUTIRAN PEKERJAAN PEMOHON

 Bahagian ini wajib diisi jika anda sedang bekerja ataupun mempunyai pengalaman bekerja. Isikan maklumat yang berkenaan.  Sekiranya anda tidak bekerja ataupun tidak mempunyai pengalaman bekerja tidak perlu mengisi bahagian ini dan klik simpan dan seterusnya.

BUTIRAN IBU BAPA KANDUNG

 Nama Ibu / Bapa Kandung – Masukkan nama ibu / bapa kandung anda (Medan ini wajib diisi walaupun ibu / bapa kandung telah meninggal dunia). Butiran Ibu / Bapa / Pasangan / Penjamin:  Nombor Kad Pengenalan Baru (12 digit) / Tentera / Polis  Alamat Tetap Surat-menyurat  Nombor Telefon Tetap / Bimbit (Jika tidak ada nombor telefon tetap / bimbit, masukkan nombor telefon saudara mara yang boleh dihubungi. Isikan kedua-dua nombor telefon tersebut.)  Alamat eMel yang sah  Jumlah Gaji Kasar (Sebulan) – Masukkan gaji kasar sebulan Ibu / Bapa anda (cth. 1500)  Jumlah Gaji Bersih (Sebulan) – Masukkan gaji bersih sebulan Ibu / Bapa anda.

 Contoh Gaji Kasar = RM1500.00 KWSP = (150.00) PERKESO = (10.00) Bayaran Balik Pembiayaan Sewa Beli = (300.00) Bayaran Balik Pembiayaan Perumahan = (200.00) Gaji Bersih = 840.00  Masukkan amaun 840 sebagai Jumlah Gaji Bersih (Sebulan).  No. Cukai Pendapatan – Jika Ibu / Bapa anda bekerja, masukkan nombor cukai pendapatan yang boleh didapati di penyata cukai pendapatan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).  Selepas selesai isi butiran ibu bapa kandung, klik simpan and seterusnya.

BUTIRAN PENJAGA

*Sekiranya penjaga adalah ibu bapa anda juga perlu mengisi bahagian ini. Butiran Penjaga:  Nombor Kad Pengenalan Baru (12 digit) / Tentera / Polis  Alamat Tetap Surat-menyurat  Nombor Telefon Tetap / Bimbit (Jika tidak ada nombor telefon tetap / bimbit, masukkan nombor telefon saudara mara yang boleh dihubungi. Isikan kedua-dua nombor telefon tersebut.)  Alamat eMel yang sah  Jumlah Gaji Kasar (Sebulan) – Masukkan gaji kasar sebulan Penjaga / Pasangan anda (cth. 1500)  Jumlah Gaji Bersih (Sebulan) – Masukkan gaji bersih sebulan Penjaga / Pasangan anda.

 Contoh Gaji Kasar = RM1500.00 KWSP = (150.00) PERKESO = (10.00) Bayaran Balik Pembiayaan Sewa Beli = (300.00) Bayaran Balik Pembiayaan Perumahan = (200.00) Gaji Bersih = 840.00  Masukkan amaun 840 sebagai Jumlah Gaji Bersih (Sebulan).  No. Cukai Pendapatan – Jika pasangan / penjaga anda bekerja, masukkan nombor cukai pendapatan yang boleh didapati di penyata cukai pendapatan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).  Selepas selesai isi butiran penjaga, klik simpan and seterusnya.

BUTIRAN KURSUS

1. JENIS IPT - Sila pilih IPTS. 2. NAMA INSTITUSI – Sila pilih Kolej New Era. 3. MOD PENGAJIAN – Sila pilih Sepenuh Masa. 4. TAHAP PENGAJIAN – Bagi pemohon yang mengambil program/kursus:  Degree: sila pilih Ijazah Pertama Sepenuh Masa  Diploma: sila pilih Diploma Sepenuh Masa 5. NAMA PROGRAM/KURSUS PTPTN – Sila pilih program/kursus yang anda memohon.

6. TARIKH MULA PENGAJIAN/MENGIKUT SURAT TAWARAN – Sila rujuk surat tawaran anda. 7. NO. MATRIK – Sila isi no. matrik anda (Contoh: 1120123). 8. NAMA BANK – Sila pilih Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). 9. NO. AKAUN – Sila isi no. bank akaun anda.

BUTIRAN KELAYAKAN

 Sila pilih kelayakan anda dan simpan di dalam laman web ini. Kelayakan anda adalah wajib untuk pemprosesan lanjut pembiayaan pendidikan tinggi anda.

PENGESAHAN PERMOHONAN

 Sila baca MAKLUMAT PENTING dengan teliti sebelum membuat pengesahan. ~TAMAT~